Ads

Digital clock

jom kita kawan

Thursday, September 3, 2015

Cari Kerja Tahun 2015

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

Dah hampir 6 tahun dah ida bekerja..bagi ida satu tempoh yang agak lama dah..

Boleh dikatakan senior dah kalau duk dalam satu syarikat yang sama..

Dan Alhamdulillah Ida masih di syarikat yang sama..ingat tak company last yang ida g temuduga kat Klang tu?yang buat highway kat kuala lipis tu?ingat tak?

Boleh baca kat entry bawah ni yer kalau yang belum tahu cerita camna ida boleh dapatkan kerja ni..




Perkongsian yang ida boleh kongsikan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.

Beberapa faktor yang merupakan penyebab masalah graduan susah dapat kerja sekarang:

1. Tidak profesional

Ida pernah terbaca emel daripada seorang graduan yang nak cari kerja. Kandungan emel dia lebih kurang macam ni “sy baru grad, ada degree dlm bidang ni.”

Satu ayat je, then ada attachment resume dia. 

Memang sangat TIDAK MENARIK PERHATIAN tau.. Jadi,please adik2..Buat ayat yang formal,supaya nampak anda adalah calon yang sesuai untuk diambil bekerja!

contoh ayat yang ida selalu guna dulu ialah 

I have great pleasure submitting my application for the civil engineer post and I am very grateful to heard that your company is searching for a potential engineer to fulfill the requirements on the vacancy. 

Please do not hesitate to contact me in order to arrange a meeting. I am looking forward to gain experience for my career with your company.

Thank you for your time and consideration.

Sincerely,

Noraida Omar
(012-1234 567)


Belajar tulis email permohonan kerja dengan betul, belajar tentang cover letter dan belajar serba sedikit tentang tatacara dan profesionalisme di tempat kerja.

Mungkin ida boleh share cara tulis resume pulak kalau ada yang minat ..insyaallah

2. Tak fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

Kalau zaman  ida dulu pun bahasa inggeris ni memang dititikberatkan,sekarang ni Ida rasa Bahasa Inggeris ni WAIJB!!   Masa nak cari kerja kebanyakan graduan mula menyesal sebab tak ambil serius bahasa Inggeris ni masa sekolah dulu. Adik2 perlu tahu bahawa walaupun syarikat 100% bumiputera, mereka still cari candidate yang boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris.

So brush up your English. Grammar salah takpe, asalkan boleh communicate dengan baik.

3. Terlalu memilih

Memilih is okay, terlalu memilih is not. Tak salah pilih kerja ikut citarasa kita, tapi kalau terlalu memilih sampai tak sanggup berkorban keselesaan diri untuk mendapatkan pekerjaan, sampai bila-bila kita takkan happy dengan tempat kerja kita.

Ingat satu je. Pekerjaan yang perfect adalah bisnes sendiri. Yang ni kalau tanya orang bisnes, mesti diorang setuju. Kalau kerja dengan orang, mesti ada benda yang tak kena, jadi kenalah suaikan diri 

4. Tiada tawaran kerja

Mungkin kursus pengajian yang susah nak dapat  pekerjaan.
seperti contoh engineer dalam bidang aviation susah dapat kerja. Boleh bilang dengan jari company yang ada kekosongan. Kekosongan yang sentiasa ada adalah peringkat bawah seperti technician atau peringkat atas, Licensed Aircraft Engineer. 

Mungkin ada peluang tapi terpaksa tengok REZEKI la kan?


5. Majikan yang mengambil kesempatan

Semua majikan tahu sekarang berlaku lambakan graduan dan kerja kosong tak banyak. Jadi apa yang mereka buat adalah menawarkan gaji serendah mungkin untuk fresh graduate sekarang.

Memanglah nak jimatkan kos operasi, tapi kalau terlalu rendah, orang tak berminat nak terima tawaran tu. Tapi mereka tahu, dalam ramai yang tak berminat, ada yang sanggup.

Kadang-kadang bukan calon yang terlalu memilih tapi majikan yang terlalu kedekut. Hal ini pun perlu diambil perhatian oleh pihak yang berwajib.

Tetapi,walau dengan apa cara sekalipun, setiap yang habis belajar ingin kan kerja yang terbaik untuk diri sendiri..

jangan putus asa
jangan lalai berdoa

Allah tu dekat sangat dengan kita

sekian.
moga bermanfaat!

with love
sekarang ida Planning Engineer+bisnes shaklee+surirumah
;)

No comments:

Post a Comment