Ads

Digital clock

jom kita kawan

Friday, September 18, 2015

MEE KARI SEDAP ASIA TENGGARA



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Salam hujung minggu..selamat bercuti,selamat mencuba resepi baru bagi yang rajin masuk dapur..hihihi

Jom iIda kongsi resepi Mee kari..feveret ida masa hamil aritu..sebelum ni tak suka pun..
Ida dapat pun dari blog2 masakan lain jugak..dah lama duk dalam draft..xsempat nak publish..
Cara penyediaannya tidaklah sukar.. seperti juga laksa Johor.. cuma bahan-bahan yang di perlukan cukup banyak dan inilah antara sebab mengapa ramai yang tidak gemar menyediakan mee kari. Tapi bak kata orang kalau tidak di pecahkan ruyung manakan dapat sagonya dan kalau nak rasa yang sedap kenalah bersusah-susah dahulu.. ya tak..

Mee kari juga jarang di jual... kalau ada pun ramuannya tidak berapa lengkap. Lagi sedap dan enak jika kita menyediakannya sendiri. Rasanya sedap dan puas di nikmati sekeluarga.




Resepi yang asalnya adalah perkongsian dari ngah(orang kedai yang ida suka makan mee kari nya,dan ida campur2 ramuannya ikut pada blog2 based on(nampak macam sedap jer). 

 Jom kita masuk dapur dantengok caranya. Resepi ini  adalah untuk sukatan yang banyak juga, sesuai untuk menjamu tetamu. Kalau tetamu makan bertambah-tambah, rasanya sesuai untuk 10 orang ^_^

Mula-mula kita lihat bahan-bahan yang perlu kita sediakan.




MEE KARI



Bahan Untuk Menumis 

1 senduk minyak masak
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 tangkai daun kari di raut
2 batang serai di titik perdunya


Bahan Kisar

4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 batang serai ~ ambil bahagian putihnya sahaja
1 inc lengkuas
2 inc halia
3 biji buah keras
1/2 cawan udang kering ~ di rendam hingga lembut dan kisar
20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar halus
4 sudu besar rempah kari Baba's



Semua bahan-bahan di atas di kisar halus. 
Fungsi buah keras pula adalah untuk memekatkan kuah kita nanti. 
Rempah kari, guna Baba's. Bukan Baba's yang taja ya.. tapi terserah saja brand apa yang korang ada Kalau Baba's memang tip top!

ok sekarang kita lihat pula bahan lain yang di perlukan

Bahan Stock

1/2 kg udang basah

Bahan stock yang kita perlukan adalah stock udang. Stock udang ni kita kena buat sendiri. Senang aje buat dia. 1/2 kg udang tadi kita bahagi dua. Satu bahagian kita buang bahagian yang tajam, belah belakang dan buang tali atau urat hitam kat belakang badan dia tu, kemudian kita cuci bersih dan asingkan.

Satu bahagian lagi kita kopek udang tu. Asingkan isi udang dan kepalanya

Kulit udang dan kepala udang tadi kita masukkan dalam periuk, kita tambahkan air dan kita rebus. Bila dah masak, dan didih, kita biarkan dia sejuk kejap, kemudian kita kisar dalam blender hingga halus.

Lepas tu kita tapis.

Ambil isi udang tadi, campurkan dengan air udang yang kita dah tapis, masukkan dalam blender yang bersih dan kisar semula untuk hasilkan stock udang.

ok! dah siap stock udang kita. Stock ni kita boleh simpan dalam freezer untuk kegunaan masakan lain juga, macam nak buat laksa atau tom yum.

Bahan Perasa

1 buku gula Melaka
3 keping asam keping
300 ml santan Kara atau 2 biji santan kelapa
1 kiub daging
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
Boleh juga tambah maggi secukup rasa


Bahan-bahan lain

1/2 kg daging batang pinang Jika guna daging lain rebus dahulu hingga empuk
udang basah yang kita asingkan dari 1/2 kg penyediaan stock udang tadi
fish ball ~ ikut suka
1 cawan kerang
8 keping tahu pong ~ di belah 2
3 biji kentang ~ hiris bulat dan goreng, kemudian kisar halus
air secukupnya


Semua bahan dah tersedia, sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk memasak.



Proses untuk menumis bahan-bahan kisar ni kita kena masak lama ya, hingga semua bahan betul-betul masak dan garing. Kalau tidak nanti bila kita makan masih terasa lagi bau serai, halia lengkuas , udang kering dan kari yang kuat dan ianya mengganggu kesedapan dan keenakannya nanti.



Jika kita menggunakan daging selain daging batang pinang, kita kena rebus dahulu hingga empuk. Air rebusan kita jangan buang, kita boleh masukkan dalam kuah ni menggantikan air.







Fungsi kentang ini adalah juga untuk memekatkan kuah, selain itu juga rasa kentang yang manis dan lemak alan membuatkan kuah kita manis dan enak.




Garam dan gula tu sesuaikan mengikut citarasa. Biasanya mee udang dia ada manis-manis pedas sikit.


Dah pun siap kuah mee kari kita. Sekarang bolehlah kita sediakan bahan-bahan yang akan kita makan bersama mee kari kita ini nanti



Bahan-bahan yang di makan bersama 

1 ikat sawi ~ potong dan celur
1 mangkuk taugeh ~ buang akarnya, nak celur boleh tak nak celur pun ok!
3 batang timun ~ buang kulit, hiris halus bulat-bulat, jangan ambil bahagian tengahnya yang lembut.
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Telur burung puyuh ~ di rebus dan kupas kulitnya
limau kasturi
bawang goreng
Lada merah sebagai hiasan
Jeruk lada untuk di makan bersama
Mee kuning secukupnya




Dah pun siap mee kari kita..

Emmm.... sedapnya bau dia....

eh! apa tunggu lagi.. tak kan nak engok aje...
Jemput makan.... semua....




No comments:

Post a Comment