Ads

Digital clock

jom kita kawan

Wednesday, September 6, 2017

Pulihkan muka rosak akibat tersalah produk!

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...


Gadis tersebut memakai penutup muka (facemask). Aku tertanya-tanya. Biasanya pesakit Tuberculosis yang diminta memakai facemask kerana penyakit tersebut mudah berjangkit. Atau pesakit kanser yang sedang menjalani kimoterapi kerana mereka mudah dijangkiti kuman.
Tetapi, apa yang membuatkan gadis 20-an ini datang ke klinik pada petang ini? “Maaflah doktor, saya malu sebenarnya.” ujarnya lemah.
Tangannya perlahan menurunkan facemask yang dipakai. Maka terpampanglah wajah gadis ini. Kulitnya menggelupas. Nanah kering sebesar syiling 50 sen bertompok-tompok di pipinya.
Masih ada bahagian kulit mukanya yang kemerahan. Berlendir. Ada yang baru hendak naik bintik, persis jerawat. Tapi bukan jerawat. “Produk apa, yang cik pakai?” soalku spontan.
Sekali pandang aku sudah mengetahui, pasti ada penyebabnya. Ini bukan kali pertama aku menjumpai kes sebegini. “********”, jawabnya ringkas.
Aku mengangkat kening. Baru pagi tadi aku membaca kenyataan media terbaru dari Datuk Ketua Pengarah Kesihatan.
Aku mengeluarkan telefonku dan aku membuka website KPK.
“Yang ini ke, cik?”
“Ya, kedua-duanya!”
Aku bertanya lebih lanjut beberapa soalan kepadanya.
Sudah berapa lama guna. Di mana dia membelinya.
“Dah dekat dua minggu guna. Beli di pasar malam.” “Saya ada jumpa penjual tersebut semalam. Penjual tu kata muka saya jadi begini kerana badan mengeluarkan toksik sebab sebelum ini banyak pakai pencuci muka yang ada bahan kimia.”
“Healing crisis?” aku bertanya.
“Ya, betul doktor, itu yang dia bagitahu.
Betul ke?” “Cik, ini bukan healing crisis. Tidak ada apa yang disebutkan sebagai healing crisis. Sebaliknya ini adalah kesan penggunaan bahan terlarang didalam produk tersebut.” aku menjelaskan.
Tampak hiba di wajahnya. “Cik, sudah berkahwin?” aku bertanya lagi.
Beliau tersenyum-senyum sengih. Mungkin ingat aku cuba mengoratnya. Lantas menggelengkan kepala. “Maaflah kerana bertanya.
Maksudnya cik bukannya pregnant atau sedang cuba pregnant lah kan?” aku sengaja bertanya lagi.
Kerana aku perlukan kepastian. “Eh mestilah tak. Kenapa, doktor?” gadis itu pun cuba mendapatkan penjelasan. “Bukan apa, cik. Kerana dalam salah satu produk tersebut, pihak KKM mengesahkan ada bahan bernama tretinoin.”
Bundar mata beliau mendengar aku menyebut nama bahan kimia tersebut. “Tretinoin, adalah sejenis bahan yang digunakan untuk merawat jerawat.
Tetapi, ianya sangat kuat. Kuat dari segi kata, kesan sampingannya. Kesan sampingan yang saya maksudkan, adalah jika seseorang itu mengandung sama ada sedar atau tidak, khususnya pada trimester pertama, janin beliau berisiko untuk mengalami kecacatan!”
Wajah gadis tersebut berubah pucat. “Kesan tretinoin yang cukup kuat ini, menyebabkan ubat ini biasanya hanya dipreskripsi oleh doktor pakar kulit.
Saya sendiri tidak dibenarkan memberi ubat ini kepada pesakit, kerana saya bukan pakar kulit. Dan pakar kulit sendiri pun, apabila beliau mahu memulakan rawatan dengan ubat ini, pesakit perlu menandatangi persetujuan (consent) bahawa sekiranya ditakdirkan pesakit mengandung ketika menjalani rawatan tretinoin, dan berlaku kecacatan kepada janinnya, doktor pakar kulit ini tidak akan dipertanggungjawabkan.
Maksudnya pesakit bertanggungjawab mengambil langkah-langkah pencegahan kehamilan sepanjang menjalani rawatan dengan ubat ini!”
Gadis tersebut menunduk. Terdengar perlahan dia menyebut.. “Astaghfirullah…. Sebenarnya doktor…kakak saya pun ada menggunakan produk ini juga. Tapi dia tidak mengalami masalah kulit seperti yang berlaku kepada saya.
Kakak saya tersebut, sedang mengandung anak sulung, baru dua bulan!” Aku menarik nafas panjang. “Saya sarankan cik nasihatkan kakak cik untuk berhenti menggunakan produk ini, dan maklumkan perkara tersebut kepada doktor klinik tempat beliau check up.
Dikhuatiri beliau perlu menjalani scan yang terperinci (detailed scan) untuk mengenalpasti adakah ada masalah pada janin beliau.”
Mata gadis tersebut bergenang. “Kenapa produk dengan bahan berbahaya sebegini dijual di pasar-pasar malam, doktor…” tanyanya.
Aku pula yang serba salah. Namun aku menjawab dengan tuntas, “Kerana ada orang yang membelinya.” Lantas gadis tersebut diam.
Sentap, agaknya. “Awak, taknak ambil apa-apa tindakan ke kepada syarikat produk ini? Bukti sudah ada.” aku cuba menghasutnya.
Beliau hanya mendiamkan diri seketika, sebelum berkata – “Tak apalah, doktor, benda dah jadi, saya taknak tutup periuk nasi orang.”
Maka aku pun menjawab dengan senyuman, “Kes sebegini, kalau jadi di hospital-hospital kerajaan, berduyun-duyunlah orang akan memarahi doktor dan hospital. Viral di media sosial, katanya doktor cuai memberikan ubat. Silap haribulan kena saman berjuta-juta.
Tapi yelah. Itu kalau berlaku di hospital kerajaan.” Sengaja aku cuba “membakar” beliau. Tapi sejujurnya, memang aku sudah bosan dengan produk-produk sebegini yang melambak di pasaran. Produk-produk yang mengandungi bahan terkawal dan berbahaya, namun dijual secara berleluasa.
Dengan testimoni-testimoni yang indah-indah, “babi pun boleh terbang”. Kanser pun boleh sembuh. Kencing Manis pun jadi tawar. Padahal mengandungi bahan seperti steroid, yang penggunaan secara kronik dan tidak terkawal dosnya menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Akhirnya datang ke hospital juga, dan kami juga yang perlu merawat pesakit-pesakit yang menjadi mangsa kepada kapitalis tidak beretika seperti ini. Aku menghabiskan sesi pada petang ini dengan menerangkan rawatan yang aku berikan kepada gadis tersebut.
Aku meminta izin untuk mengambil gambar mukanya untuk tujuan laporan advers dan aku berjanji akan melindungi identitinya.
Gambar yang dipaparkan ini, bukan gambar gadis tersebut. Ianya hasil dari carian google, namun inilah yang berlaku pada wajah gadis itu.
Dan aku harap masyarakat lebih bijak mengetahui bahawa nombor notifikasi, bukanlah nombor kelulusan. Dan sijil paten harta intelek, bukanlah sijil “KKM Approval”.
Dr. Mohd Syamirulah Rahim 11 April 2017 http://fb.com/dr.syamirul

gambar ehsan google saja ni,bukan muka sebenar patient




Ida nasihatkan juga, kalau nak kulit yang cantik, jangalah kedekut sangat sebab produk yang murah hanya gunakan bahan yang murah juga dan bahan yang murah dan mudah didapati pula adalah bahan kimia.Malang sekali kan?….

Dan satu lagi kesalahan yang ramai orang selalu buat adalah nak kesan yang cepat… kalau boleh lepas pakai krim atau apa-apa produk tu terus nak tengok kesan segera… boleh… tapi, ini semua hanya boleh dicapai dengan penggunaan bahan kimia.

Biarlah lambat, biarlah berbelanja lebih sedikit asalkan kita tak menjadi mangsa kepada produk-produk sampah yang terlalu banyak bersepah dipasaran sekarang ni. Berhati-hatilah yer…



BERITA BAIK!



Walaupun pasaran kita dilambakkan dengan produk-produk yang penuh dengan bahan kimia, tapi sebenarnya masih ada produk yang selamat, yang semulajadi, yang bebas daripada bahan kimia merbahaya untuk pulihkan kulit muka rosak dan buatkan kulit anda kekal cantik & sihat.

Dan  PROMOSI september ialah Khas untuk anda yang mengalami masalah breakout akibat tersalah guna produk kecantikan.



















Rawat dan pulihkan kulit muka rosak dengan cara yang betul supaya anda boleh dapat semula kulit yang sihat & cantik seperti yang sepatutnya.

Jika anda pernah menggunakan produk penjagaan kulit yang disyaki mengandungi merkuri atau hydroquinone atau apa saja bahan kimia merbahaya, adalah dinasihatkan untuk anda lakukan DETOKSdengan segera. Ini bagi membantu menyingkirkan lebihan bahan kimia yang tertinggal di dalam badan anda.


PROMO SEPTEMBER 
SET KECANTIKAN + LIPSTIC MARYKAY


PM ida untuk maklumat lanjut
012 6818241


www.wasap.my/60126818241

75% IBU HAMIL AMALKAN KALSIUM SHAKLEE



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...


Ada ibu menyusu yang tidak kisah tentang sakit-sakit tulang atau gigi yang rosak (akibat kurang kalsium) asalkan anak mendapat zat yang cukup.

Tahukah anda bahawa kalsium adalah zat
yang amat penting bagi ibu-ibu hamil?

Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

Sebanyak 75% ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak.

Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

Ibu hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.

Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak 1 liter setiap hari. Ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.

Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.

PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.

Kehilangan kalsium

Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.

Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri, merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.

Oleh yang demikian, ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

Anda bagaimana? Jika anda sukar minum susu, anda perlukan pil kalsium seperti Ostematrix


Ostematrix - Apakah perbezaannya dengan pil kalsium lain?

4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk kaplet yg mudah untuk ditelan.
Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.
Kombinasi kalsium dengan Magnesium dan Vitamin D adalah penting kerana ia merangsang kesan penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh.
Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy). Atau dengan kata lain anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi menggantikan beberapa gelas susu! Terbaik untuk mereka yang tidak lalu untuk minum susu.


Kebaikan Ostematrix kepada ibu hamil

Tidur lebih lena
Saya memang jenis susah tidur malam, apatah lagi ketika hamil dengan keadaan badan yang kurang selesa dek perubahan demi perubahan yang dialami sepanjang mengandung. Perut yang makin besar, kram di kaki, sakit pinggang dan macam-macam. Alhamdulillah, pengambilan Ostematrix membantu saya mengatasi masalah ni, walaupun mungkin tidur tu sekejap aje tapi lena. Lebih best saya bolehbangun pagi dengan cergas!


Tiada masalah sembelit
Bukan ibu yang berpantang aje ada masalah sembelit tau. Ibu hamil pun ada juga tambahan lagi apabila perut kian membesar yang menekan bahagian usus kami-kami ni. Kandungan Ostematrix Shaklee ni pula memberi efek melembutkan najis so mudahlah nak membuang dengan jayanya.

Tips saya, apa-apahal sebaik bangun tidur minumlah segelas air masak terlebih dahulu untuk memudahkan proses perkumuhan.


Pinggang dan paha tak lenguh
Saya ni kerja kat tapak bina, jadi nak tak nak,memang kena drive sendiri pergi kerja. Punggung,tak payah cakap memang lenguh. Tidur malam saya memang standby mengereng. Lenguh. Tapi dengan pengambilan Ostematrix, masalah lenguh dan krem ini dapat diatasi.


Maintain production breastmilk masa hamil
 Buat pengetahuan anda, ibu mengandung tak boleh makan alfalfa (milk booster paling superb buat saya) jadi boleh teruskan minum ESP dan gantikan alfalfa dengan Ostematrix untuk bantu maintain breastmilk supply. Alhamdulillah untuk saya sendiri memang berkesan.


Bantu mudahkan bersalin
 Masa mengandungkan anak sulung, saya memang rajin minum susu sebab suami saya masa tu rajin bancuhkan hehehe .. tapi untuk anak kedua  saya rajin telan 4 biji Ostematrix Shaklee sebelum tidur. Kandungan kalsium dalam Ostematrix ni penting untuk kurangkan krem semasa proses bersalin. 

Anda berminat untuk mencuba? 



012 6818241 
noraida omar

Nak menikmati discount 20-30% harga produk? Semestinya boleh. Dengan register ahli Shaklee. Hanya RM 79.00 pendaftaran sekali untuk seumur hidup

6 Tips Pulihkan Kulit Rosak Akibat Kosmetik

Assalamualaikum sahabat



Petang ni,saja ida nak share tip untuk rawat mka breakout.
Sebab ramai sangat yang ida tengok update status pasal ni,so,mungkin ada tip tip ni yang korang boleh cuba


1 – Berhenti dan elakkan memakai produk kosmetik pada muka
Kulit sangat sensitif terhadap unsur dari luar terutamanya bahan kimia, lebih-lebih lagi ketika sel kulit sedang rosak atau mengalami iritasi.
Buat masa ini, hentikan sebarang penggunaan produk kosmetik sama ada yang sudah terbeli atau ingin mencuba yang lain.
Ini dapat mencegah kulit daripada terus terjejas dan mengalami komplikasi yang lebih buruk.


2 – Berikan tempoh bertenang & dapatkan nutrisi vitamin untuk kulit
Berikan masa rehat pada kulit muka yang terjejas melakukan proses pembaikpulihan secara semulajadi tanpa pengunaan makeup asas termasuk bedak dan pembersih muka.
Dalam masa itu, amalkan diet yang boleh membekalkan sumber kepada proses pembaikan sel. Antaranya makanan yang kaya dengan kandungan vitamin A, biotin, vitamin C, vitamin E dan mineral zink.
Pemakanan melalui suplemen turut boleh membantu untuk mendapatkan kesemua sumber vitamin ini dengan kadar mencukupi dan konsisten.


3 – Awas bahaya terdedah kepada sinar matahari
Terdedah secara langsung dan berlebihan kepada sinar matahari boleh memyebabkan kulit muka yang rosak terasa pedih.
Juga boleh menyebabkan penghasilan melanin berlebihan di dalam kulit yang bakal menyebabkan berlakunya pigmentasi.
Kesannya mungkin akan menyebabkan tona warna kulit menjadi tidak sekata atau komplikasi jeragat di muka.


4 – Jangan picit jerawat!
Jangan pelik jika tumbuh jerawat di muka, lebih-lebih lagi di kawasan kulit yang rosak itu. Awas! Ia sering muncul secara tiba-tiba tanpa dikehendaki. Biarkan ia, jangan dipicit atau dipecahkan.
Bakteria di dalam jerawat mungkin boleh memburukkan lagi proses pemuliharaan kulit yang rosak jika dilepaskan keluar.


5 – Minum air kosong 8 gelas sehari
Air adalah sangat penting untuk badan. Selain untuk membantu proses perkumuhan, ia juga penting untuk proses detoksifikasi. Detoks merupakan proses penyingkiran toksin yang berlebihan di dalam tubuh.
Semakin banyak air anda minum, lebih banyak toksin yang akan disingkirkan melalui urin dan peluh. Elok untuk membuang segala sisa kimia yang mungkin tersimpan di bawah kulit atau dalam badan.


6 – Dapatkan sumber protein dan kolagen
Protein dan kolagen bertanggungjawab membantu proses regenerasi sel untuk menghasilkan sel-sel kulit yang baru. Protein boleh diperolehi dari sumber pemakanan. Manakala kolagen adalah unsur semulajadi di dalam tubuh yang akan semakin berkurang apabila usia semakin meningkat.
Untuk sumber yang mencukupi bagi keduanya, pemakanan nutrisi suplemen sememangnya amat membantu.

ESP – Sumber protein yang penting untuk pembinaan sel-sel baru yang lebih sihat


Gla Complex – Untuk membantu menstabilkan hormon dalaman wanita dan memulihkan kulit yang rosak



Vita-C Plus – Membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit yang rosak, membantu penghasilan kolagendan menjalankan fungsi antioksidan

Alfalfa Complex – Membantu menyingkirkan toksin dari dalam tubuh, komposisi darah dan saluran usus

Vita-Lea – melengkapkan keperluan nutrisi tubuh agar sistem tubuh dapat berfungsi dengan lebih baik


Collagen Powder – Sumber kolagen premium yang diperlukan untuk proses penyembuhan dan pemulihan kulit rosak

Vita-E Complex – Membantu melembapkan kulit, melawan serangan radikal bebas serta memudarkan parut di kulit.

Vivix – Membantu memulihkan sel yang rosak sehingga ke Peringkat DNA. Tinggi resveratrol dan polyfenols, antioksidan yang hebat. 





Anda berminat nak dapatkan harga PROMO bulanan bagi produk Shaklee? Ada cara mudah untuk dapatkan harga PROMO

PM ida sekarang
012 6818241

 

Tuesday, September 5, 2017

Kata-Kata Motivasi Selamat Pagi



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...



Selamat pagi semua.. selalunya masa bangun awal pagi, ida suka search kata-kata motivasi dan madah yang indah untuk menaikkan motivasi di pagi hari.. rasa macam dapat kekuatan dan semangat bila dapat ucap selamat pagi dekat kawan-kawan facebook dan fanpage.. kata-kata motivasi selamat pagi ni secara tak langsung dapat bagi semangat baru untuk memulakan aktiviti seharian..


Sentiasa bersemangat untuk memulakan aktiviti seharian.. Allah mengurniakan kita rezeki untuk kita menikmati hari ini, jadi gunakanlah peluang yang ada untuk terus memanjatkan kesyukuran kepada-Nya..


Kadang kala kita lupa bahawa rezeki itu bukanlah hanya terletak pada kekayaan wang ringgit tetapi kehidupan yg baik juga adalah rezeki yang tidak terhingga nilainya.. Antara koleksi ucapan dan kata-kata selamat pagi yang aku pernah share dekat facebook sepanjang bulan Jun 2014 ni.. selalunya aku suka cari madah yang ada kaitan dengan pengalaman hari sebelumnya.. kalau sebelumnya aku rasa termotivasi untuk belajar tentang kesabaran, esoknya suka search kata-kata indah selamat pagi yang berkaitan dengan kesabaran.. 


Semalam telah berlalu.. jadikan ianya ingatan & panduan kita dalam meneruskan kehidupan.. Hari ini, hari baru.. semoga lebih banyak perkara baik yg akan berlaku.



Allah beri apa yang kita perlu. Allah beri sesuai mengikut waktunya. Allah beri yang terbaik utk setiap hamba-Nya. Jangan dipersoalkan kenapa Allah tak berikan apa yang kita hendak, kerana yakinlah setiap apa yang Allah berikan adalah apa yang kita perlu..




Segala yang kita ada & hadapi di dunia ini hanya sementara. Jadi setiap kali gembira, nikmatilah ia. Setiap kali berduka, bersabarlah menghadapinya. Ia takkan kekal lama.



Alhamdulillah.. pagi ini masih diberi kesempatan utk merasai segala nikmat drpd-Nya.. sentiasa berusaha untuk belajar mensyukuri di atas segala nikmat kehidupan yang diberikan.. setiap nafas yang kita hela adalah rezeki daripada-Nya..


Senyumlah... InsyaAllah kebahagiaan menanti.. senyuman mampu merubah kehidupan seseorang.. percayalah dengan senyuman yang seikhlas hati dapat membuat orang yang melihatnya juga akan tersenyum.. senyuman itu kan sedekah..



Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.. di saat kita rasa terlalu sedih dan lemah, yakinlah bahawa Allah sentiasa bersedia membantu kita.. pohonlah kepada-Nya, insyaAllah pasti kita akan mendapat pertolongan daripada-Nya..


Belajar untuk menyelesaikan masalah dengan sabar.. Bukan cuba untuk lari daripada masalah.. setiap orang tidak boleh lari daripada masalah.. namun jangan jadikan masalah itu sebagai bebanan, jadikanlah ia sebagai satu peringatan daripada-Nya untuk kita yang selalu alpa..

Bukan tunjuk bagus dengan share ucapan dan kata-kata indah untuk memotivasikan orang lain.. cuma aku rasa tak salah berkongsi semangat dan aura yang positif dekat orang lain.. lagipun tujuan utama nak share tu adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri.. 

Cubalah korang share kata-kata yang indah di setiap pagi dekat facebook tu.. mula2 maybe rasa biasa tapi bila sehari tak update tentang motivasi pagi, rasa lain gak la.. terasa diri sendiri pun tak termotivasi & kurang bersemangat.. secara tak langsung kita share kata yang baik dan manalah tau ada kawan2 kita yang terinspirasi atau termotivasi kan.. Alhamdulillah.. 


Teruskan berdoa memohon yang terbaik daripada Allah dan jangan mudah berputus asa.. terus berdoa walau apa yang kita hajatkan belum tercapai.. berdoa walaupun kita tertanya2 bilakah Allah akan memakbulkannya.. yakinlah, Allah itu Maha Mendengar..




So, insyaAllah selagi ada kesempatan waktu aku nak cuba untuk rajinkan diri share kata-kata dan ucapan indah berkaitan selamat pagi ni dekat facebook.. perkongsian yang baik untuk diri sendiri dan mungkin dapat memotivasikan orang lain secara tidak langsung.. 

Selamat pagi semua :)



noraida omar

Monday, August 7, 2017

SET GOUT BERKESAN



Terima Kasih Allah... 



Assalamualaikum sahabat...








Ape khabar semua? Semoga sentiasa sihat. Lama sangat dah bersawang blog ni..hhihihi


Semalam,begitu teruja belajar pasal imlu OMEGA GUARD yang mana bagus untuk masalah gout,radang dan lain lain.


So,Hari ni saya nak cerita sedikit tentang sejenis penyakit yang selalu dihidapi oleh kebanyakan dari kita iaitu penyakit Gout.



Sakit GOUT ni bukan main-main. Boleh pecah empangan air mata bila kena. Sejak bekerja ni,ramaiii sangat yang ida tengok ada masalah GOUT ni.


Kawan,sedara mara pernah ada gout ni, nak jalan pun susah 


Kadang-kadang sampai kena ambik suntikan. Makan pun berhati-hati takut tersalah makan nanti makan diri pula.


Dan semua pun tahu kan pesakit gout PANTANG makanan laut dalam/seafood. 


Selepas belajar semalam,jelas sangat kenapa pesakit gout tidak boleh makan seafood. Bukan saja saja tau.. tapi ada sebabnya.


.
.
Dalam seafood ada satu kandungan PROTEIN yang dipanggil PURINE. Purine ni akan trigger gout menjadi lebih teruk.
Sebab itulah kebanyakan pesakit gout sedia maklum mereka TAK BOLEH MAKAN SEAFOOD! 
.
.
.
Tapi jangan tak tahu yang PURINE ni juga ada dalam kekacang which is pesakit gout memang kena elakkan dari makan.






Mula-mula kita kenali dulu,



Apakah Penyakit Gout?


Gout ni adalah keadaan dimana berlakunya keradangan yang menyebabkan kesakitan di bahagian tendon, sendi dan berlakunya pembengkakan. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat paling biasa terjadi Gout.

Klik video utk penerangan tentang Gout




Gout boleh jadi biasa, boleh jadi sebagai tanda penyakit-penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ini disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang terhablur dan disimpan di sendi tendon dan tisu disekelilingnya


Gambarajah nya seperti di bawah ini:





Apakah punca Gout?



Gout ni boleh disebabkan beberapa faktor. Antaranya sebab faktor genetik (keturunan), pemakanan dan masalah buah pinggang.


Gout juga adalah dikelaskan sebagai sebahagian dari penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik yang berkumpul di bahagian sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi terutamanya di bahagian kaki dan mengakibatkan kesakitan.


Bila asid urik di mendap, lama-kelamaan akan jadi hablur garam. Hablur ni lah yang mencetuskan rasa sakit sendi tu.




Apa makanan yang menyebabkan Gout?


Pengambilan makanan berprotein tinggi seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi pruine boleh mencetuskan Gout. Pemecahan purine dalam makanan ni lah yang menyebabkan gout sebab purine ditukarkan ke dalam bentuk asid urik semasa metabolisma tisu rosak dan ketika tisu koyak.


Satu kajian yang dijalankan mendapati mereka yang mengambil daging merah dan makanan laut secara kerap mempunyai 50% lebih potensi mendapat penyakit Gout 


Antara makanan-makanan lain yang mendatangkan risiko penyakit Gout adalah seperti rajah dibawah:






Cara mengatasi Gout?


Terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi masalah penyakit Gout ini. Antaranya;



Mengamalkan diet rendah purine. Pengambilan sederhana makanan yang mengandungi purine dan berprotein tinggi seperti organ dalaman, bilis, sardin, telur ikan, kekacang, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis
Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik
Minum air dengan kadar yang banyak untuk membantu proses penyingkiran asid urik
Kawal berat badan 
Bersenam



Apakah supplemen yang dicadangkan untuk membantu pesakit Gout?





VIVIX - Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalam genetik, menggalakkan pembentukan mitochindra didalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel


ALFAFA - Menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Pengambilan alfafa memerlukan pesakit mengambil air yg banyak utk tujuan detox


OMEGA GUARD - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui didalam ikan laut dalam. Kedua-dua asid ini dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit


PERFORMANCE DRINK - Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak berlaku dehydration.




Bagaimana pula dengan pengambilan Vitamin C?


Pesakit Gout boleh mengambil Vitamin C. Namun secara sederhana dan tidak berlebihan.


Vitamin C adalah uricosuric semulajadi yang bermakdus bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. 


Vitamin C juga adalah asid askorbik. Jika diambil berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang boleh meningkatkan risiko penyakit batu karang


Sebaiknya pengambilan vitamin C untuk pesakit gout adalah didalam dos 500mg hingga 1000mg sahaja sehari. Jika perlukan dos lebih, bincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu




Bagaimana mendapatkan set Gout ini?



Sebotol Vivix berharga RM503sahaja.

Klik butang di bawah untuk membeli Vivix SEKARANG!







Jika anda mempunyai masalah budget, anda boleh mencuba kombinasi Performance Drink, Omega dan Alfafa dengan harga satu set hanya RM297

Klik butang dibawah untuk membeli Set GOUT SEKARANG!









Jika anda ingin membuat pembayaran menggunakan PayPal atau BANK IN, sila hubungi kami ditalian 012- 6818241 



Setiap pembelian akan disertai dengan:
Cara pengambilan yang terbaik utk kesan optimum
Tips percuma
Konsultasi percuma



Selamat mencuba!



Thursday, May 4, 2017

HAKIKAT EMOSI ISTERI BILA PJJ




Emosi seorang isteri yang berjauhan dari seorang suami, tidak sama dengan emosi seorang isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya. (Pandangan Ida saja ni yer )

Ramai yang pertikaikan kesusahan diri bila PJJ dengan suami. Ida memang tersangat faham EMOSI yang ibu-ibu alami kerana ida juga salah seorang yang pjj dengan suami. Dan, tak kurang juga ibu-ibu yang tidak berada dalam situasi kami ibu-ibu pjj ni,mencemuh apabila ada ketika kami terasa sangat penat,sangat ingin mempunyai masa untuk diri sendiri dengan membiarkan anak anak dengan gadjet. 

Kami pun ibu yang tahu baik buruknya gadjet untuk anak-anak .

Psikologi isteri yang berjauhan dari suaminya tidak sama psikologi dengan isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya. 

Kami pun tahu, tempat yang terbaik bagi seorang isteri adalah di sisi suaminya kerana di sana akan ada sokongan emosi, perasaan, kewangan dan sosial. Tapi,kerana paksaan kerja dan kewangan,kami redha untuk berjauhan.

Seorang isteri yang bersendirian selama beberapa tempoh menguruskan dirinya serta anak mengalami beberapa tekanan yang jauh lebih dahsyat berbanding isteri yang mengalami tekanan namun masih ada suami disisinya. 

Tekanan yang dirasakan isteri yang berjauhan juga tidak sama dengan tekanan suami kerana suami hanya menguruskan dirinya sahaja tanpa melibatkan pengurusan anak. 

Isteri sentiasa bangkit dengan mengumpul kekuatan-kekuatan untuk hari-hari yang akan dihadapi. 
Isteri sentiasa berehat dengan fikiran yang sentiasa berjaga demi hari esok bersama anak-anak 

Maka tidak hairanlah jika tahap kesihatan seorang isteri yang berjauhan, jauh lebih teruk berbanding isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya. 

Hati yang menanggung masalah atau terseksa boleh menjejaskan tahap kesihatan walau ada senyuman yang terukir. Jauh di sudut hatinya menangis sendiri. Sebab itu jugalah,ida selalu sarankan kepada semua kaum ibu untuk JAGA DIRI UNTUK JAGA ORANG LAIN!

Ibu PERLU ambil supplement supaya kesihatan tak terjejas. Emosi sentiasa stabil. Bagaimanapun,semua kesakitan,dugaan itu,Allah yang datangkan. Kita hanya usaha dan ikhtiar untuk kekal sihat.

Dan kerana itulah,ida bersungguh-sungguh untuk menjadi salah seorang WORK AT HOME MOM dengan SHAKLEE. Ida dapati,ramai ibu yang mula mempunyai masa yang FLEXIBLE dengan shaklee. 

Mereka mempunyai lebih masa bersama anak-anak
Mereka mempunyai lebih wang untuk membantu suami
mereka mempunyai lebih waktu untuk diri sendiri dan keluarga


Meman itulah idaman kalbu setiap wanita. Inginkan kebebasan untuk keluarga dalam masa yang sama inginkan pendapatan.

Dan Alhamdulillah ida makin menuju ke arah KEBABASAN MASA  & WANG!

RANK COORDINATOR permulaan untuk Ida rancang ke arah impian.
Sekarang, Ida masih bekerja tetapi sudah mendapat bonus hampir sama dengan gaji hakiki.

Insyaallah sampai satu tahap,bila ianya makin stabil,sampai masa untuk ida tumpukan sepenuhnya pada Shaklee dan keluarga saja.

Anda berminat tak jika Ida bukakan 8 SLOT untuk ida didik sampai berjaya PEGANG 4 ANGKA BONUS?



Wednesday, May 3, 2017

30 FOTO Yang Dipertuan Agong yang selama ini DIRAHSIAKAN.



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...


  YANG DIPERTUAN AGUNG Baru Kita Ini.ALHAMDULILLAH !!








Tiba-tiba rasa teringin semadikan gambar YDP Agong 2017 ni.



Memperkenalkan Tuanku Muhammad Faris Petra iaitu Yang Dipertuan Agong 2017
Majoriti penduduk memang akan memuji bila disebut perihal Sultan Kelantan ni.

Baginda memang  disayangi dan disukai ramai org bukan hanya dari kelantan malah rakyat dari negeri lain 


Banyak yg Ida  baca tentang Tuanku Muhammad Faris Petra ni
selain rajin imamkan solat,baginda jugak rajin melawat rakyat²nya,sempoi dan penuh sederhana. Tak menyombong diri mahupun berlagak. Wajahnya saja dah terpamer jiwa kerendahan budi, Insyaallah.


Setakat ni kita tak mendengar cerita² negatif tentang baginda, dan sememangnya kita tak mahu mendengarnya. Apa yg boleh aku katakan, alhamdulillah dikurniakan sultan yg begini. Tuanku Muhammad Faris Petra satu dalam seribu sultan.............!
.


Gambar ketika tok guru masih ada. 





Sedikit Info mengenai baginda: Lahir pada 6 October 1969.....
 Mudah membahasakan diri SAYA atau KITA, adalah putera sulung. 
Pernah mendirikan rumahtangga tetapi jodoh tidak panjang, baginda tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama isteri. 
Baginda menukarkan laungan "Daulat tuanku" kepada "Allahuakbar" supaya rakyatnya mendapat pahala apabila melaungkan laungan tersebut.




(Gambar ketika muda yg pertama tu) adalah ketika ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Baginda menjawat jawatan itu sehingga 13 September 2010 sebelum Dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke- 29. Mulai 13 Disember 2011, baginda telah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong untuk satu penggal (5 Tahun).


Baginda dikenali sebagai seorang Raja Melayu yang warak, mesra rakyat dan mengutamakan Agama Islam dalam setiap hal.




























Setakat tu dulu info mengenai baginda.
Baginda jugak suka pakai jubah. Aku tahu pun melalui apa yg ditulis oleh media dan gambar² sebagai bukti. 


Thanks to all bloggers, wikipedia, media, yg keluarkan gambar tentang sultan yg aku ambil ni.....ramai, nak tulis pun tak larat (ayat cover - malas). Jangan tiru sifat ini.......




Gambar baru. Sultan Kelantan makan bersama rakyat ketika di masjid


Update: Gambar terbaru baginda Sept 2014 menunaikan umrah. Fb.


Update: Dibawah adalah gambar yg aku baru upload hari ni 27 Dec 2014, sultan Kelantan mencemar duli dengan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir besar dibumi kelahiran baginda Kelantan. "Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya." Itulah peribahasa yg paling sesuai untuk baginda. Membantu rakyat dalam kesusahan dan tanpa diiringi oleh pengiring2 dan pengawal peribadi sikitpun tidak menjatuhkan martabatnya. Malah dipandang mulia, dihormati, dan dikasihi sekalian rakyat tidak kira dari negeri mana. 










Baginda memandu sendiri kenderaannya dan membantu rakyat Kelantan yg ditimpa musibah banjir







Semoga bermanfaat

SHARE