Ads

jom kita kawan

Monday, December 15, 2014

APA ITU KELOID??

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...



KELOID... cadangan rawatan dengan GLA & VITAMIN E SHAKLEE..

KELOID... parut yang tidak tahu bila hendak berhenti membesar’... huhuhu ;((
saya ada masalah ini, rasanya keturunan, kerana nenek dan beberapa org makcik saya juga mengalami masalah yang sama. Apabila tisu mengalami kecederaan, tisu penghubung yang dipanggil fibroblas akan membahagi (menjadikan jumlahnya berganda) dan mengisi luka supaya bahagian ini bercantum. Proses penyembuhan luka biasanya meninggalkan parut. Kadangkala parut ini menjadi tebal, tetapi jika ia hanya di atas garisan luka, ia dipanggil parut hipertrofi. Parut jenis ini boleh surut selepas satu tempoh yang mungkin mengambil masa satu tahun atau lebih.


Namun, ada juga keadaan di mana saiz parut yang menebal ini menjadi semakin besar sehingga melepasi kawasan luka dan ia dipanggil keloid. Oleh kerana saiznya yang boleh bertambah, ada orang menggelar keloid sebagai ‘parut yang tidak tahu bila hendak berhenti membesar’. Berita sedihnya, ia tidak mudah untuk dihilangkan.


Keloid terjadi apabila tisu penghubung terus membahagi walaupun bahagian luka sudah dipenuhi dengan tisu baru sehingga menyebabkan kawasan luka ini menjadi timbul. Jika tidak dirawat dari awal, keloid atau parut yang timbul lebih sukar untuk ditangani.

Ia boleh berlaku pada sesiapa saja, tetapi sesetengah bahagian badan lebih cenderung mengalami keloid contohnya belakang badan, telinga, lengan, bahu dan dada. Mengapa? Tiada siapa yang tahu jawapannya, kata Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif Hospital Assunta, Dr Kuladeva Ratnam. Pun begitu, keloid jarang berlaku pada muka.

Apa yang menyebabkan keloid? 
Sehingga sekarang pakar perubatan masih tidak tahu apa yang menyebabkan keloid berlaku atau mengapa sesetengah orang mengalami masalah ini. Walaupun punca sebenar keloid tidak diketahui, tetapi penyelidikan mendapati keloid adalah keadaan yang diwarisi, maknanya ada kaitan dengan faktor genetik.

Individu yang mengalami walaupun satu keloid berisiko tinggi untuk mendapat lebih banyak keloid. Biasanya keloid terbentuk apabila berlaku kecederaan kulit disebabkan tindik, jerawat, tatu, luka (sama ada akibat terbakar, pembedahan, terkena objek tajam), calar dan suntikan.

Menurut Dr Kuladeva, keloid boleh dikawal, tetapi tidak dapat dicegah kerana tiada siapa tahu bagaimana dan kenapa ia terjadi. Malah pemakanan juga tidak mempunyai kaitan dengan pembentukan keloid.


Gejala dan faktor risiko:

Keadaan parut dipengaruhi banyak faktor seperti saiz dan kedalaman luka, bekalan darah ke kawasan luka, ketebalan parut dan kecenderungan sama ada ia sama rata dengan kulit atau timbul.

Parut yang timbul ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu keloid dan parut hipertrofi. Keloid adalah parut timbul yang boleh membesar melepasi kawasan luka manakala parut hipertrofi yang tebal dan berwarna kemerahan hanya berkumpul di atas kawasan luka. Bagaimanapun, parut hipertrofi akan surut sedikit selepas satu tempoh sedangkan saiz parut keloid akan terus kekal dan tidak mengecil melainkan diberikan rawatan.

Parut keloid mempunyai beberapa ciri seperti licin, berkilat, benjolan yang agak keras dan berkumpul. Warnanya berbeza antara individu, ada yang mengikut warna kulit, merah atau coklat. Ia juga mungkin kelihatan berombak yang sekata atau tidak sekata. Keloid boleh jadi bengkak, sakit dan gatal terutama ketika pembentukannya.

Biasanya keloid berlaku selepas kulit alami kecederaan. Namun ada juga keadaan di mana parut keloid ini berlaku secara spontan, tetapi kes seperti ini sangat jarang terjadi. Pun begitu, menurut Jurnal Persatuan Perubatan Kanada, pakar percaya ia bukanlah kejadian spontan, tetapi mungkin berlaku akibat reaksi keradangan yang tidak jelas kelihatan atau terlalu remeh untuk diingati.

Rawatan
Kaedah terbaik mengatasi keloid ialah jangan benarkan ia berlaku, dalam kata lain, elakkan diri daripada mengalami sebarang perkara yang boleh menyebabkan kecederaan kulit. Terlebih dulu, doktor akan membuat pengesahan dulu sama ada parut itu keloid atau parut hipertrofi kerana kaedah rawatannya berbeza.


Secara umumnya rawatan keloid boleh dibahagikan kepada dua jenis sama iaitu pembedahan dan bukan pembedahan. Dalam kebanyakan kes, doktor akan memulakan rawatan dengan memberi suntikan steroid. Jika kaedah ini tidak berkesan, barulah doktor akan beralih kepada pembedahan.


Antara kaedah yang digunakan untuk merawat keloid ialah:
Suntikan ubat steroid pada keloid. Ia kaedah yang selamat dan tidak menyakitkan yang bertujuan mengurangkan ketebalan keloid serta mengawal pertumbuhannya. Suntikan biasanya diberikan setiap enam minggu sehinggalah kesannya dapat dilihat dengan jelas. Ia membantu meleperkan keloid, tetapi dalam steroid juga boleh menyebabkan keloid menjadi lebih merah kerana ia merangsang pembentukan salur darah baru pada kulit.
Pembedahan. Untuk mengurangkan ketebalan keloid. Keloid tidak boleh dibuang kerana ia boleh tumbuh semula. Namun, doktor mungkin mencadangkan untuk anda menjalani teknik graft kulit untuk mengurangkan ketegangan pada kulit dan menggalakkan penyembuhan secara normal. Pada masa sama ia juga mengurangkan peluang pembentukan keloid.
Jika anda mengalami masalah ini, pastikan anda mendapatkan rawatan daripada pakar kerana peluang untuk keloid muncul semula selepas pembedahan adalah sangat tinggi.
Rawatan laser. Selepas pembedahan, rawatan boleh disusuli dengan laser atau radioterapi. Kemudian rawatan diteruskan dengan kaedah bukan pembedahan untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.
Urutan. Individu yang ada masalah keloid boleh melakukan sendiri urutan pada parut dengan memicit dan menekan-nekan bahagian yang timbul. Selain itu anda juga boleh membalut kawasan berparut dengan tujuan memberi tekanan kepada bahagian berkenaan.
Untuk menangani masalah keloid ni, saya ada cadangan rawatan yang TERBAEKKuntuk anda!!


boleh hubungi saya untuk mendapatkan info dan consultation mengenai supplement ini, kaedah pemakanan dan cadangan rawatan. PM untuk mendapatkan harga terbaik juga!

012-6818241
ida omar

Thursday, December 11, 2014

5 CARA URUS UJIAN


Terima Kasih Allah... 


Assalamualaikum sahabat...


Sekian lama ida tak bersiaran kat mana2 laman sosial..banyak kekangan,halangan dan dugaan yang berlaku selama mata berkelip..Allah...perasaan memang tidak dapat digambarkan..tidak pernah seumur hidup terpikirkan dugaan begini berlaku pada diri sendiri...dan yang paling hebat,diduga hingga tidak mampu untuk bercerita pada sesiapa..perasaan membuak2 ingin mengadu dan bercerita,tapi tiada kebaikan disitu..
dan sebenarnya perancangan Allah memang yang terbaik..diuji tidak dapat bercerita pada sesiapa kerana inginkan ida bercerita HANYA DENGANNYA..Allahuakhbar!!

benarlah apa yang Rasulullah s.a.w bagi perumpamaan yang Hati itu sifatnya berbolak balik seperti air yang sedang mendidih & dan menggelegak.Simpang siurnya begitu licik. Naik turun dan berbolak balik.

Sepanjang tidak bersiaran,ida banyak memerhati,berfikir dan berfikir.

so hari ni ida saja ingin berkongsi KENAPA ALLAH BAGI UJIAN???
dan ida terpikir kenapa kita cal makayah kita??kenapa kita call suami kita??
sudah tentu sbb kita igt kt diorg..rindu kt diorg kan??so sama lh dengan kenapa Allah uji kita.
Allah uji kita sbb Dia nak panggil kitaa kembali pada Dia.(kembali kt sini bknnya MATI tp kembali ketika masih bernafas...kembalikan jiwa kita padaNya...kembali mengharapkanNya...kembali memohon padaNya..
banyak nor kembalinya kan??? sebab memang Allah nk kita KEMBALI IGT padaNya.
kembali menyucikan jiwa kita yg sebelum ni hanyut..sbb itulah Allah bagi ujian tu.
tawakkal hanya kepada Allah.bersyukur dan jangan cepat melatah bila ditimpa ujian kerana makin tinggi iman seseorang,makin tggi jgk lh ujianNya.Insyaallah.


jadi layakkah kita bertanya pada Tuhan KENAPA KITA DIUJI????
sangat kurang ajar kita kalau kita masih nak tnya " Ya Allah,aku dah solat,kenapa aku diuji lagi??", "KENAPA AKU??""KENAPA AKU?"
walhal kita sedia maklum yang cinta Allah boleh tgk pada ujian yang ditimpakan pada kita.
sebenarnya setiap manusia sudah ada darjatnya tersendiri dalam syurga.jadi bilamana Allah tgk di dunia ni,amalan kita xsetimpal dengan darjat yang ditentukan kat sana,diturunkan ujian pada kita..
supaya ujian itu boleh menaikkan lagi darjat sama seperti yang ditetapkan.


BAGAIMANA KITA NAK URUS UJIAN???
1. bila berlaku ujian,yang kita suka@duka,yakinlah ini adalah keputusan Allah.Allah nak tgk hambanya redha ke x? dlm alMatssurat akan selalu baca doa ni...


"Rodhi tu Billah hi Robba! Wa bil Islami dinaa! Wa bil Muhammadin nabiyya wa rosula! Wa bil Quraani Imamaa! Wa bil Ka'baati Kiblataa! Wa bil Mu'mininaa Ikhwanaa"
( Aku redha, Allah sebagai Tuhanku, dan Islam sebagai Agamaku, dan Muhammad sebagai nabi dan rasulku, dan Quran sebagai Imamku, dan Ka'bah sebagai kiblatku, dan orang mukmin sebagai saudaraku )


Istajib duaa ana ya Allah
(perkenankanlah doa kami ya Allah)
ameenn...


2.bila kita diuji,ketenangan diri sangat2 lh diperlukan dan menjadi yang paling penting.kita perlu memohon doa terahdap ujian Allah hanya pada ALLAH! jika ujian dari Allah,SOLUSI juga dari Allah.
Allah cuma nak dengar doa yang kusyuk dari hambanya.sebab itu diturunkan ujian pada kita.sbb itu pada awal2 td ida ada kaitkan Allah nk kita KEMBALI padaNya.KEMBALI BERDOA DENGAN KUSYUK!!


3.TAFAKKUR...ambik masa tuk pikir. ya Allah, apakah tujuan ujianMu ini..barangkali Kau nak kenalkan aku padaMu..+ve..memang ini lah yang patut dipikirkan..Insyaallah dengan ini,hati akan tenang dan yakin dalam membuat keputusan..


4. letakkan cita yang tinggi dlm hidup-iaitu cita2 ingin berjumpa dengan Allah.melihat wajah Allah.

dengan cara ni,kita akan redha dengan ujian yg kita dapat..

5.ISTIKHARAH!!!Paling penting sebelum membuat keputusan..kerana keputusan yang dibuat selepas solat istikharah insyaallah kita xkan menyesal..


tapi APA YANG KITA DAPAT DENGAN REDHA???


org2 yang igt pada Allah ktika ditimpa ujian,org2 yang ingat kasih sayang Allah pada mereka,mereka adalah orang2 yang dipimpin oleh Allah sepanjang hidupnya.so,kita taknak ke Allah pimpin kita dalam jalani hidup?nk merangkak sdri??jgn angkuh.kalau kita redha dalam hidup, dunia ni pun seakan2 tenang pada kita.xde huru hara langsung. selalu ingatkan diri kita.kita hanya transit di dunia.sementara je.seluruh apa yang diamanahkan pada kita,itu semua ujian dari Allah s.w.t.


apa yg kita cakap bila diuji??ISHHHHH???ADOOOHHHHH????
jadi,amalkan panggilan untuk Allah apabila ditimpa ujian.
INNALILLAHIWAINNA ILAIHIRAJIUN
(darinya kita datang,kepadanya kita kembali)


jatuh pen,sebut INNALILLAHIWAINNA ILAIHIRAJIUN
rumah kena pecah, sebut INNALILLAHIWAINNA ILAIHIRAJIUN
selipar hilang, sebut INNALILLAHIWAINNA ILAIHIRAJIUN
duit jatuh, sebut INNALILLAHIWAINNA ILAIHIRAJIUN

Insyaallah ujianlah yang akan merapatkan lagi hati kita dengan Allah..
Insyaallah ujianlah juga yang akan membuat kita bertaubat dan fikirkan kesalahan lampau kita..

jadi,jika diturunkan ujian,solat taubatlah..
istikharahlah..moga keputusan yang kita buat berlandaskan fikiran yang waras dan yakinlah dengan UJIAN yang Allah turunkan dan PERANCANGAN yang telah diaturkan.

moga diri kita lebih tabah dalam menghadapi UJIAN dariNYA..
insyaallah.

wassalam.moga bermanfaat