Ads

jom kita kawan

Wednesday, September 9, 2020

5 Tips Luka Pembedahan Cesarean Cepat Sembuh



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...



Saat melahirkan anak adalah pengalaman yang paling bermakna bagi seorang ibu. Pastinya para ibu tak sabar-sabar ingin melihat wajah bayi yang mendiam dalam perut selama 9 bulan lalu. Alhamdulillah.

Namun, proses berpantang selepas bersalin adalah agak mencabar terutamanya bagi ibu-ibu yang melahirkan anak dengan kaedah pembedahan atau cesarean(C-sect).

Kita memerlukan lebih banyak masa untuk memastikan luka betul-betul pulih berbanding dengan luka bersalin normal. Normal atau cesarean tak penting. Yang penting semuanya selamat. 


Berikut adalah 5 petua untuk mempercepatkan proses pemulihan supaya kita boleh cepat sembuh dan menghabiskan masa dengan bayi yang memerlukan sepenuh perhatian dari ibunya.
1.0 Banyakkan Masa Untuk Berehat

Cesarean dikategorikan sebagai pembedahan major. Sama seperti mana-mana pembedahan major yang lain. Tubuh memerlukan masa untuk pulih kembali. Biasanya ibu akan ditahan di wad selama 3 ke 4 hari selepas pembedahan. Lebih lama jika ada komplikasi.

Berikanlah masa sehingga 6 minggu kepada badan kita untuk kembali pulih sebelum melakukan rutin harian yang biasa.


Cakap memang mudah. Memang diakui susah untuk hanya berbaring sahaja di katil sedangkan bayi mengharap sepenuh perhatian dari si ibu.

Kita selalu dengar nasihat dari orang tua. Berehatlah atau tidurlah sekali bila bayi kita tidur. Cuba tidur bila-bila masa sahaja bayi kita tidur. Ini amat membantu.

Tak perlu bersusah payah melayan tetamu jika kita rasa tidak larat. Berehatlah sahaja di katil. Mereka tentu akan faham dengan situasi kita.

Minta bantuan dari suami atau keluarga sekiranya ingin menukar lampin atau membuang air.
2. Manjakan Diri Sepanjang Tempoh Ini

Kita perlu lebih berhati-hati bila melakukan sebarang pergerakan. Elakkan naik dan turun tangga selagi boleh. Letakkan barang keperluan berhampiran dengan kita supaya kita tak perlu bangun dan bergerak dengan kerap.

Jangan angkat sesuatu yang lebih berat dari bayi kita. Mintalah bantuan dari pasangan atau keluarga untuk melakukannya. Setiap kali bersin dan batuk, pastikan kita memegang perut untuk melindungi kawasan luka pembedahan.

Kita perlu tunggu biasanya sehingga minggu ke lapan (2 bulan) untuk melakukan rutin harian seperti biasa. Rujuklah doktor jika anda rasa sudah boleh kembali bekerja, memandu dan sebagainya.


Bersabarlah dari melakukan hubungan seks sehingga doktor memberikan lampu hijau buat anda dan pasangan.

Elakkan senaman berat tetapi senaman dengan berjalan perlahan-lahan sangat digalakkan secara kerap. Gerakan ini akan membantu tubuh untuk pulih, mencegah sembelit dan darah beku.

Kita juga perlu mengawal emosi seperti juga fizikal. Jangan dilupa kesihatan emosi perlu stabil. Ibu perlu beradaptasi dengan kehidupan selepas bersalin terutamanya dalam tempoh berpantang. Menjaga bayi memang akan mudah berasa letih, sedih dan kadangkala terlalu sensitif dengan orang sekeliling. Berkongsilah dengan pasangan atau ahli keluarga jika perlu. Luahkan emosi untuk ketenangan minda.

3. Waspada Dan Tahu Bila Masa Untuk Hubungi Doktor


Kita mungkin akan berasa tidak selesa dan sedikit pedih di tempat luka. Mungkin juga akan terjadi pendarahan dan lelehan di kawasan itu sehingga 6 minggu. Itu adalah normal. Tak perlu gusar.

Namun, sekiranya terdapat gejala-gejala berikut, jangan berlengah lagi untuk berjumpa doktor kerana mungkin berlakunya jangkitan kuman:
Kemerah-merahan
Bengkak atau nanah meleleh dari luka
Rasa sakit di sekitar kawasan luka
Demam yang lebih daripada 100.4 darjah Fahrenheit atau 38 darjah Celcius
Bau faraj yang kuat dan tidak menyenangkan
Pendarahan yang banyak keluar dari faraj
Kaki kemerah-merahan atau bengkak-bengkak
Mengalami kesukaran bernafas
Rasa sakit dada
Rasa sakit di bahagian payudara

Hubungi doktor jika anda berasa sedih dan mood tak menentu terutamanya jika mempunyai pemikiran untuk mencederakan bayi. Itu adalah sindrom kemurungan/meroyan (pos-partum depression).


4. Fokus kepada Pemakanan Yang Baik


Pemakanan yang baik adalah rahsia kepada kesihatan yang baik. Sama sahaja pentingnya untuk menjaga pemakanan semasa pantang dan semasa tempoh kita hamil.

Lebih-lebih lagi jika kita menyusukan bayi. Kita adalah masih sumber utama bayi untuk nutrisi. Makan pelbagai jenis makanan sihat akan membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh bayi. Sekaligus membantu bayi untuk kekal sihat dan menguatkan tubuh.

Kajian menunjukkan bahawa makan sayur-sayuran semasa menyusu akan memberikan rasa (flavour) dalam susu ibu. Ini akan meningkatkan keseronokan untuk bayi dan meningkatkan jumlah penyusuan susu ibu oleh anak.

Kita juga perlu minum banyak air. Ibu berpantang memerlukan cecair tambahan untuk meningkatkan bekalan susu badan dan untuk mengelakkan sembelit.
5. Pengambilan Multivitamin Untuk Segera Sembuhkan Luka


Anda juga disarankan untuk mengambil diet yang kaya dengan zink dan zat besi untuk memulihkan luka pembedahan dengan cepat. Untunglah di zaman kita sekarang ini, pengambilan multivatimin amat membantu.

Pengambilan Set Berpantang Shaklee sangat membantu saya dan ramai lagi ibu diluar sana. Vitamin seperti Vitalea yang kaya dengan Zat besi amat perlu memandangkan kita banyak kehilangan darah ketika bersalin. Begitu juga dengan Zinc Shaklee yang amat berkesan menyembuhkan luka pembedahan dengan lebih cepat.

Kredit: celik vitamin

Nak order?

www.wasap.my/60126818241

BERTUKAR KULIT DARI DAYANG SENANDUNG

Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Korang prnah tak mengalami saat2 kulit KUSAM sangat?
 Ida pernah tau..siapa2 yang kenal ida dulu2,memang tahulah camna ghuper ida..
Legam! 
Hahahaaha tambahn pula,kat unimas,ida join palapes.. 
Memang tak risau apa pun sebab kulit memang dah legam kan,jadi legam lah selamanyaaaaaaaaa..

Tapi bila dah habis belajar,masuk kerja,nak nangessss rasa.. Rasa kerdil sangat bila tengok rakan2 ofis,semua kulit putih melepak,siap lipstik,make up bagai.
 Hinanyaaa rasaaaa sob..sob :'-( sob. :'-( :'-( 

Dan lepas tu,pulun la beli macam2 sebab nak cantik mcm orang lain.. 
Kalau tak cantik pun,paling tidak,tak de lah legam cam dayang senandung kan.

Dan,sekarang customer ni pulak yang hadapi fenomena bersalin kulit nim





Dengan hanya 2 bulan,jauhhhh sangat berbeza kulit wajah customer ni. Memang puas hati sangat katanya.. Mahu tak..dah cun melecun dah tuuuu <3

Shaklee bukan sekadar untuk berbisnes tetapi untuk bantu orang sekeliling kita juga. 

Anda ada masalah kulit muka kusam?

Jom dapatkan ESP SHAKLEE dari ida
012 6818241

click www.wasap.my/60126818241

DOA ANAK SOLEH

Terima Kasih Allah... 


Assalamualaikum sahabat...


Letakkan tangan di ubun2 kepala anak. Mulakan dengan asmaul husna, 


Ya Fattah 
Ya Alim
Ya Nur
Ya Hakim
Ya Rashid
Ya Hafiz
Ya Muhaimin


YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK2 KAMI DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH. 


Seterusnya titipkan doa ini. 
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (4)


Pasakkan niat ibu ayah buat anak2. 
Ya mujib.