Ads

Digital clock

jom kita kawan

Thursday, May 14, 2015

10 Cara Turunkan Kolestrol



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Ida cuma nak share kenapa dan macamana nak turunkan kolestrol anda semua jika ada masalah tersebut..
Semua pun tahu kan yang kolestrol tinggi sangat bahaya kerana ia menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah penyakit jantung dan juga strok. Ida sudah melihat dengan mata sendiri betapa seksanya pesakit apabila diserang sakit jantung.




Berikut adalah 10 cara mudah dan berkesan untuk menurunkan paras kolestrol secara natural:

1) Kebiasaannya individu yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi seringkali dikaitkan dengan habit pemakanan yang tidak sihat seperti makanan berminyak dan bersantan. Oleh itu, ubah pola makan anda! Jika anda penggemar makanan berminyak atau santan, anda boleh gantikan santan dengan susu rendah lemak. Minyak pula boleh digantikan dengan minyak zaitun atau pun menggunakan air fryer apabila menggoreng. Lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan. Kurangkan pengambilan daging lebih-lebih lagi bahagian tinggi lemak seperti ekor, dan tulang.

2) Ambil makanan berserat tinggi seperti dedak gandum, kacang rebus, oat dan juga sayuran/buahan. Makanan berserat ini akan mengikat kolestrol di dalam usus dan akan membantu menyingkirkan kolestrol dari tubuh anda

3) Perbanyakkan memakan ikan terutamanya ikan laut dalam seperti salmon dan tuna. Ianya sangat membantu menurunkan kadar lemak dalam darah.

4) Makan nasi hanya sekali sehari di waktu tengahari. Sangat dinasihatkan untuk lebihkan sayuran dan buah-buahan. Waktu malam sebaiknya hanya mengambil cereal atau pun minumam kesihatan seperti ESP atau CINCH daripada Shaklee sebagai ganti kepada makan malam anda.

5) Biasakan meminum segelas air kosong setengah jam sebelum makan agar nafsu makan lebih terkawal

6) Ikut sunnah Rasululullah. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Ini sangat berkesan untuk mengelakkan perut daripada membuncit.

7) Berpuasa sunat. Amalan ini bagus jika diamalkan untuk melatih perut agar mengawal nafsu makan. Tetapi harus diingatkan, jangan pula hentam segala jenis makanan ketika berbuka. Jika begitu, matlamat asal tidak akan berjaya.

8) Bersenam. Jika anda seorang individu berkerjaya, ambil sedikit masa di waktu pagi sebelum ke pejabat membuat senaman ringan selama 15 minit. Cuba park kenderaan anda di tempat yang agak jauh supaya anda boleh berjalan menuju bangunan pejabat. Kemudian, elakkan menggunakan eskalator. Sebaiknya gunakanlah tangga yang disediakan. Cara ini nampak simple tetapi sangat berkesan jika dijadikan rutin di samping menjaga pemakanan seharian.

9) Bekalkan diri anda dengan air kosong yang diisi dengan beberapa potong timun jepun, buah oren, lemon dan juga epal hijau. Ianya bagus untuk mengeluarkan toksik menyebab penyakit dan membantu menurunkan paras kolestrol.

10) Akhir sekali, ambil supplement kesihatan sebgai bantuan mempercepatkan lagi proses penurunan kolestrol dalam badan. 
Ambil Omega Guard dan Lecithin secara rutin setiap hari bagi membantu proses ini. Kedua-dua suuplement ini sememangnya disarankan oleh doktor sebagai pelengkap kepada misi menurunkan kolestrol badan. Ianya juga membantu menghalang perlekatan lemak-lemak penyebab jantung dan salur darah tersumbat.

Korang pun memang tahu kan ida pengedar Shaklee kan???;)
So kalau perlukan konsultasi dari ida,boleh pm terus yer
012-6818241

atau boleh je beli terus kat sini

No comments:

Post a Comment