Ads

jom kita kawan

Thursday, June 4, 2015

Pengalaman Temuduga Part 2


Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...
jangan skodeng2..baca sampai habis tau!!

Ida nak kongsikan pengalaman ida pergi temuduga setelah sekian lama tidak pergi temuduga..hihihi dah tua2 pun nak pegi temuduga lagi..kahkahkah ini kali pertama ida pergi temuduga company Oil& Gas..memang nak sangat cari pengalaman temuduga dalam bidang tu.

jadi sebelum pergi temuduga,ida ada buat research sikit pasal company tersebut.

Jom ida kongsikan serba sedikit pengalaman ida pergi temuduga sebelum ni,dan boleh la aplikasi dalam temuduga korang nanti..


Soalan Biasa yang penemuduga akan bertanya bila masuk jer bilik temuduga tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-

"Please introduce yourself" atau "Sila perkenalkan diri anda"

Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.

Tetapi,bagaimana korang patut jawab sebenarnya??

Kalau awal2 fresh graduate dulu ida selalu ceritakan background family.."nama saya noraida omar,anak ke-6 dari 7 orang adik beradik.Ibu saya surirumah sepenuh masa,saya sekolah rendah di Sek.Keb,Aring 1,Sekolah menengah di bla..bla..bla..

TETAPIIII....

Sebenarnya,itu bukan menunjukkan anda fasih dan lantang berkata-kata malahan merupakan satu kekurangan pada MINDA&CARA BERFIKIR calon.. 

kenapa ida cakap kekurangan???
kerana sepatutnya kita hanya FOKUS pada pengenalan diri yang berkaitan dengan kerja yang kita minta sahaja.!!

contoh yang ida lakukan bila panel meminta ida perkenalkan diri ialah:-
"Hai.saya Noraida Omar..Graduat dari UNIMAS dalam bidang Civil Eng.Sebelum melanjutkan ke Unimas,saya bersekolah menengah di MRSM Kuala Krai,dan lepas SPM sambung pelajaran di Matrikulasi dalam pengajian sains Fizik.

Ida fokus pada 

1) Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.

2) Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)

3) Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.


Ida rasa, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan silsilah keluarga, nama emak, nama atuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan kita je kan??

lagipun,panel bukan nya nak berkenalan dengan kita..hihihi
sebab...biasanya kenapa panel minta kita perkenal diri???
mungkin untuk menilai bagaimana cara penyampaian kita,cara bercakap,fokus ke idok??


Selapas soalan pertama, panel biasanyaakan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-

1) Panel akan melihat keputusan peperiksaan dan subjek yang diambil di Universiti dan akan mengutarakan soalan berkenaannya. Justeru, kita mestilah cuba ulangkaji terlebih dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang diminta.


Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan jurutera di salah sebuah syarikat terkemuka,

Sudah tentu panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman berkaitan yang diambil calon ketika di universiti. 

2) Tugas yang kita lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas) dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.

Tatkala itu, kita mestilah bersedia dengan segala point yang dapat mengaitkan kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza.

Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan kelulusannya), dan sekarang calon memohon tugas sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta.

Maka calon mestilah berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai cashier dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain"

Bagi ida, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.

3) Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.

Ini soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah amat penting untuk panel menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapan pastinya banyak membantu,


ada yang mengatakan :

"Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun sebenarnya"

Kata sebegini adalah satu kesilapan besar.


4) Mengapa kerap menukar kerja?

Soalan ini amat relevan dan penting bagi panel iaitu dalam situasi anda pernah bekerja di pelbagai syarikat dan organisasi sebelum ini, atau kata lainnya, 'melompat-lompat'.

Mereka pasti akan bertanya sebab-musabab banyak melompat, malah sebahagian Managing Director dalam sektor 'Oil & Gas' pernah berkata kepada saya :

"Semua calon yang dilihat banyak melompat dari syarikat ke syarikat dalam tempoh kurang setahun atau dua tahun, awal-awal kami dah reject"

Lihat, malah dalam kebanyakan sektor swasta mereka akan menilai tahap kesetiaan anda dengan satu syarikat. Mereka tidak mahu anda melakukan demikian kepada syarikat mereka nanti. Jawapan konkrit perlu anda sediakan.

Tanpa jawatan konkrit, kebanyakan majikan akan menggangap individu yang kerap melompat sebagai :-

1) Tidak setia kepada satu-satu organsasi.

2) Gila pangkat.

3) Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.

4) Pengejar kenaikan gaji secara rakus. Iaitu dengan cara melompat-lompat.

5) Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.

6) Kurang kemahiran interpersonel.

jadi,moga bermanfaat..

bersedia & tawakkal..
good luck!!



No comments:

Post a Comment