Ads

Digital clock

jom kita kawan

Tuesday, June 9, 2015

Ulangkaji persoalan kesihatan telegram


Assalamualaikum sahabat


Q0⃣4 assalamualaikum...doc kalau batuk berkahak...kemudian kahak nye kuar darah sikit...kenapa ya? Tekak luke ke?

Kalau darah merah dan fresh biasanya dari kerongkong yang luka, jika dari paru paru ia akan berwarna hitam

Q05 Assalamualaikum Dr..anak saya make ubat sawan dah brtahun2 .ada kesan pada buah pinggan tak...skarang dia mengadu lenguh sakit belakang dan pingang..

Insyaa Allah tak ada, dia masih dapat sawan ke? Biasanya kalau dah dua tahun tak kena doktor akan cuba kurangkan ubat dan akhirnya berhentikan
masih make ubat..masih sawan..spjang hayat kata dr pakar
Kalau macam tu memang tiada pilihan

Q0⃣5Assalammualaikum Dr. KK & SS, saya nak tanya ada kesan sampingan x kalau buang fibroid? Kalau x nk operate boleh ke? TQ

Boleh je kalau tak nak operate, hanya kalau terlalu besar bahagian dalam akan mati dan menjadi chocolate cyst.

Soalan.. maaf admin xtau no brape ni..


Apa itu probiotik dan sumber makanan yg mengandungi probiotik asli natural. Tksh

Probiotic adalah terdiri dari bakteria dan yeast yang memberi manfaat kepada kita terutama dalam sistem pencernaan. Makanan yang mengandungi banyak probiotic ialah yogurt

Q0⃣7⃣ doc ade ke demam viral?

Ada, viral fever maksudnya demam yang disebabkan oleh virus yang kita belum tahu namanya
Kalau demam viral camne nk pulih ye?
Adakah probiotik membina imun tubuh kita.. efek dgn masalah alergik

Ya...probiotik membina imun tubuh.Akan pulih dengan sendiri
Yogurt, grains, honey, garlic, bananas.. gud info.
How this list can prevent allergies..
Probiotic tak boleh prevent allergy, hanya memperkuatkan sistem imun against pathogens

Q0⃣8 Doc sya baru ja pasang IUD..atas nasihat doc...pasang utuk sthun..sbb Ade resiko keguguran...HRI INI 2 mggu...sya demand plak..skit bhgian perut..Kenapakah?



Di nasihatkan untuk berjumpa dengan doktor, dikhuatiri ada jangkitan di pelvis

Q🔟 anak saya umur 3 tahun, dekat kepala dia ada tumbuh macam kelemumur saiz duit 10 sen tapi bengkak,  saya bersihkan lapisan yg mcm kelemumur tu, dan sapu ubat cream keluar bbrp mcm mata bisul dan berisi nanah, saya bersihkan nana tu tapi masih lagi ada smpi skrg, semalam sy check dia tumbuh di bbrp spot d kpla,apa cdgn doktor?

Jumpa doktor, saya rasa dia perlu antibiotik

Q1⃣1Doc....kolera tu ..tnda2 skit mcmana?

Kolera, cirit dan muntah tak berhenti hingga yang keluar air warna straw, biasanya orang meninggal di sebabkan kurang air, tekanan darah jadi sangat rendah

Q12....Tn Doct..kalu biasanya ada tekanan darah tnggi hingga trpaksa ambil ubat n dh lama.....ttba tekanan darah mnjdi rendah sgt...

Keadaan ini memang boleh terjadi, jadi ubat kena kurangkan dan off perlahan-lahan, supaya tiada rebound hypertension
Rebound hypertension ??
Iye cik norr, kalau ubat di berhentikan dengan serta merta kadang kadang tekanan darah akan melambung naik, ramai pesakit dapat stroke bila mereka berhenti makan ubat

Q1⃣4 kalau cek darah,  doktor kata agak tinggi 148/97, belum cukup tggi ke doc? Kalau nak elak dr makin berbahaya apa yg perlu dilakukan?


Hypertension class 1
60 ke 70 bpm
Kena exercise dan jaga makan, berat jangan bagi naik lagi.

sekian.
moga bermanfaat


No comments:

Post a Comment