Ads

Digital clock

jom kita kawan

Wednesday, June 17, 2015

JUST SO OBSESS!!!!


Terima Kasih Allah... 


Assalamualaikum sahabat...


Korang pernah ada peminat fanatik tak??? yang memang giler minat kat korang?

zaman sekolah rendah??
zaman sekolah menengah??
zaman universiti??
zaman kerja??

hokaaayy...ni cerita ida..Memang tak sangka ada peminat fanatik yang super duper fanatikkan ida. Haha..Umur 29 tahun baru start ada peminat fanatik. Yang minat teramat sangat . Kalau boleh nak 24 jam je berkepit dengan ida. Hmm...Tak jadi artis pun boleh ada peminat fanatik rupanya.

Nila peminat fanatik saya.....
taraaaaaaaaa
                                            

Sayalah peminat fanatik yang dimaksudkan tu!


Peminat yang kalau boleh nak 24 jam je berkepit.. Eh..Eh..
Tapi kan???? ida pun kalau boleh nak 24 jam berkepit dengan dia, tapi apakan daya, ada masa memang terpaksa jugak berpisah kejap. Tapi tiap kali kena berpisah kejap, mesti senyum2 ingatkan dia. Satu2nya peminat saya yang paling hebat sekarang ni. Haha...


Dia bangun tidur, kalau tengok saya takde dekat sebelah memang siapla nangis macam ape lagi. Akan gi cari dalam bilik..Jenguk dekat toilet. Kalau pintu bertutup memang dia ketuk panggil2 guna bahasa jerman dia sambil nangis. ummi....ummi...selagi xmenyahut la..
Kalau saya dekat dapur tengah masakkan bekal untuk dia, , saya letak dia dekat ruang tamu bagi dia main2. Kalau mood ok, nakla dia main tupun sambil kepala sikit2 jenguk saya dekat dapur. Takut lari...hahaha. Takpun datang jadi "assistant" dekat dapur. Sebab tu time nak masak pagi2 memang bersilat macam apa. idtambah pula dengan bunyi dulang yang dia duk pung pang campak...fuhhhh..
kul 6.30 dah macam pasar borong ikan dah bunyi rumah tu..



Tengah buat keja rumah memang kadang tak jadi apa. Sebab dia rajin tolong "kemaskan" sekali. Ikut je bontot saya pergi manapun. Memang bodyguard paling setia. Sampai masuk toilet pun dia tolong jadi guard dekat depan pintu toilet. Haha..Kadang, kalau nasib tak baik, dia meraung nak masuk sama. Sabar jela..

tapi kalau husband balik bercuti,yeay!!!!!!
I'M FREE!!!!
sket2 tengok abi keluar..apiiii!!!(abi tapi dia jadi api).mandi nak dengan apii..buai dengan apiii..jalan2 dengan apii..
TAPIII...
time nak tido,gempa bumi ke,tsunami ke,tetap ummiiii!!!!!! 


Kalau dia tak pegi taska,Bila balik keja, sampai rumah, bukak je pintu kereta, memang nampak dia dengan terujanya nak turun rumah dan kejar saya.. Agaknya memang menunggu je tengok bila pintu tu nak terbukak. Dia datang terus angkat tangan mintak dukung. "miiii,ukonggg" tula ayat dia..
 kadang tak sempat nak bukak tudung, letak beg dia dah merengek nak didukung. pegang je kain ikut kita gi letak beg, bukak tudung. Terus saya ambik dia & peluk...ummi pun rindu sebenarnyaa

 
Tengah dia ralit main depan saya, saya bangun kejap nak pergi buat air pun dia bangun ikut gi dapur. Dulu masa dia kecik-kecik kena duduk dalam radius 1m je dari dia . Gerak keluar sikit je, siapla dia menangis macam apa. Tak boleh gi mana-mana. Kena duduk dengan dia je..hahaha. Mana nak jumpa peminat fanatik kita yang macam ni?

Kalau malam2 tidur memang nak saya yang tidurkan. Malam masa nak menempek je dengan saya. Kalau terjaga malam tapi mata pejam. Memangis cari saya. Hihi.. nak menyusu. Nak saya peluk.



Peminat fanatik ni, Walaupun ragamnya macam-macam, kerenahnya kadang tak terlayan tapi bahagia yang dia bagi Allah saja yang tahu. Syukur sangat ada peminat fanatik macam dia. Kecik2 dah nak jadi bodyguard saya. Walaupun tahu, mungkin dia tak dapat protect saya walaupun asyik mengikut saya ke sana sini. walaupun dalam rumah yang ruang kecik tu nak jugak mengikut, tapi saya tahu yang dia nak saya sentiasa ada dengan dia. Tak payah berangan nak jadi artis sebab tak glemer pun dah ada orang yang suka kita tahap kaw2. Husband sendiri pun tak sefanatik ni dulu masa suka dekat saya. Hihi..



Dia..anak saya, Muhammad Ammar Syahmi Bin Syaroul Syahidan.

Satu-satunya peminat fanatik saya yang paling setia sampai sekarang. Dan sayapun secara rasminya jadi peminat fanatik dia sejak dia dalam perut lagi. Hihi..

Cepatnya dia membesar. Rasa macam baru semalam je lahirkan dia. Sekarang dah nak masuk 1 tahun 5 bulan dah..Hmm..kadang nak je cakap, please don't grow up too fast. stay je cmni, selalu jadi peminat fanatik ummi. Sentiasa harapkan ummi ada dengan awak. Tak nak sikitpun jauh dengan ummi.

Sekarang Ammar masih breastfeeding. Tapi saya dah fikir macam manala nanti nak putus susu bila sampai masanya nanti. dah cuba sekali ceraikan susu..tapi pukul 3 pagi menangis kaw2 punyer..alih2 bagi jugak..Hai..jangankan anak, emosi ummi pun tak kuat sangat nak bercerai susu ni.

Kadang2 kalau letih layan kerenah anak, buntu dengan ragam diorang yang tak pasti apa punca & apa kehendak just fikir, masa2 nilah diorang jadi peminat fanatik kita. Masa ni jela yang paling banyak diorang nak berkepit dengan kita. Terkadang ada jugak ummi jadi dinasour..ummi nak mengaji pun dia suh layan dia jer..nk solat pun duk sekaki jer..1 rakaat boleh lagi harap dia xkacau..masuk 3 rakaat,mulalah dia tunjuk dia bosan xde orang nk kacau..adoilaaaa anak

Tapi Layankan saja sebab anak ni anugerah tak ternilai harganya. Sekejap je masa berlalu. Nanti bila diorang dah pandai urus diri sendiri, dah pandai pakai baju sendiri, makan sendiri, pergi toilet sendiri memang kita akan rindu! Memang rindu!

Untuk Ammar,
Ummi akan sentiasa jadi peminat nombor satu awak sampai bila-bila..Ummi akan selalu pegang tangan awak
I Love You

No comments:

Post a Comment