Ads

jom kita kawan

Tuesday, December 17, 2013

Air @ Minyak Selusuh..APA TU????

Terima Kasih Allah...

 Assalamualaikum sahabat...

mesti sedara sedari kt luar sana menyampah asyik2 citer sal preggy mom jer kn...yer..mmg xkn ada cite lain selagi kome xselamat bersalin..hihihi menunggu hari jer..sebulan lg..nebess

knapa asyik2 cita sal pregnant je nih???sebab musababnya ialah spnjang mengandung ni,buku mengandung je kome baca. anak pertama,mana lah nak tau nak kena buat apa,amal apa,minum apa,baca apa,pantang larang apa dan byk lg la..
so lepas baca,share2 la gn korang yg nak tau..hihihi


ni akar siti fatimah.rendam dan minum.juga untuk memudahkan bersalin

ni kisah air @ minyak selusuh.
tau ke apebenda tu?
sy pun seyesly xtw pada awl2 preggy dulu..lepas baca sana sini,baru lah tau serba sedikit.
mengikut petua melayu,air or minyak selusuh  merupakan salah satu ikhtiar untuk memudahkan proses bersalin. 

CONTOH AIR SELUSUH
1. menelan air dari titisan air rambut yang dilurut turun setiap kali mandi sambil berselawat
2. merebus bulu pokok mengkarung yang dihiris tipis sebesar duit syiling 20sen sebanyak 15-20.air rebusan itu diminum.
3. air hujan pada petang /malam jumaat,dibaca yasin 7x,Basmallah 7x dan dimulai dengan "BISMILLAHIS SAMI'ILBASIR-bermaksud Dengan nama Allah yang maha mendengar dan maha melihat"
4.air zamzam
5.air biasa yang dibacakan yasin beramai
6.mengikut ilmu lama melayu, disediakan air dari mata air,iaitu yang keluar dari tanah atau celahan batu,atau memadai air masak biasa

MINYAK SELUSUH
ialah minyak tanak yang diperbuat daripada kelapa sulung(buah kelapa darpda pokok yg pertama kali berbuah)atau drpda buah kelapa yg digunakan semasa upacara melenggang perut.

air/minyak selusuh boleh dibacakan  :

"wahai air langit-langit lidah.air selusuh minyak diperah,
penawar selusuh siti Fatimah,
penawar aku (nama binti ibu) beranak mudah,
berkat doa lailahaillallah Muhammadarrasulullah."

kemudian dibacakan lalu dihembuskan pada bahan2 yang ingin dijadikan selusuh itu

 al-fatihah 1x
lau anzalna ingga akhir 1x
selawat syifa' 1x
doa siti maryam 3x
dan ayat 28 surah yasin 7x

amalan selusuh ini dilakukan semasa bulan ke7 hingga ckup bulan.
apabila terasa sakit hendak bersalin,air /minyak selusuh ini diminum dan disusuli sapu ke bahagian perut secara menurun hingga ke bahagian sulit.

p/s : ibu2 boleh je buat ikut brg2 yg senang dapat n senang nak buat..
moga dapat sedikit ilmu dari perkongsian sy yer

selamat beramal

wassalam


sy pengedar shaklee yang sah..nak jana pendapatan 4-5 angka sebulan bersama kumpulan besar saya??

012-681 8241 ida omar


No comments:

Post a Comment