Ads

jom kita kawan

Thursday, March 17, 2016

Jom Buat Kek Aiskrim!!



Terima Kasih Allah...

Assalamualaikum sahabat...

Haritu ida pernah buat kek aiskrim yang macam dalam gambar bawah ni..
Tapi tak de DIY apa2 pun..
Guna aiskrim semata jer
hias dengan fingers.


Dan harini ida nak share camna kalau nak DIY kek aiskrim ni..

SENANG
CEPAT
MUDAH

Langkah-langkah penyediaan kek aiskrim adalah seperti berikut:

1. Ini merupakan bahan-bahan dan barang keperluan untuk menyediakan kek aiskrim.Kredit foto: Paisley Petals Cakes

2. Balutkan loaf pan anda menggunakan cling wrap. Tinggalkan aggaran 3″ lebihan plastik pada setiap bahagian loaf pan.Kredit foto: Paisley Petals Cakes

3. Letakkan aiskrim pilihan anda ke dasar bekas loaf pan tersebut dan ratakan dengan menggunakan sudu ataupun spatula.Kredit foto: Paisley Petals Cakes

4. Celupkan biskut sponge fingers ke dalam campuran air kopi selama 3-4 saat dan susunkan di atas lapisan aiskrim sebentar tadi. Jangan biarkan biskut terendam terlalu lama kerana ia akan menjadi lembik dan susah untuk disusun.
Kredit foto: Paisley Petals Cakes

5. Ulang langkah 3 dan 4 dengan membuat lapisan aiskrim di atas lapisan biskut sehingga memenuhi bekas. Pastikan, lapisan atas sekali apabila siap adalah lapisan biskut.Kredit foto: Paisley Petals Cakes

6. Balutkan lapisan kek aiskrim yang telah siap dengan lebihan plastik dan simpan di dalam peti sejuk semalaman (4-8 jam).Kredit foto: Paisley Petals Cakes

7. Setelah dibiarkan semalaman, dan aiskrim telah betul-betul beku, buka pembalut tersebut dan terbalikkan ia di atas pinggan besar. Kredit foto: Paisley Petals Cakes

8. Tuangkan sedikit sos coklat di atas kek aiskrim. Kredit foto: Paisley Petals Cakes

9. Akhir sekali, letakkan beberapa scoop aiskrim di atas kek aiskrim tersebut mengikut citarasa anda. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga ia sedia untuk dimakan.Kredit foto: Paisley Petals Cakes

9. Siap untuk dimakan!Kredit foto: Paisley Petals Cakes

Di bawah merupakan beberapa perisa kek aiskrim lain yang boleh anda cuba:

Tiramisu: Lapiskan ais krim vanila dengan biskut sponge fingers yang telah dicelup dengan campuran air kopi. Letakkan sedikit serbuk koko di atas biskut sebelum dilapiskan dengan aiskrim vanila. Hiaskan dengan serbuk koko.

Very Berry Frozen Yogurt: Campurkan ½ cawan beri segar yang dicincang ke dalam yogurt beku berperisa vanila dan lapiskan dengan biskut sponge fingers. Hiaskan dengan buah-buahan segar.

Black Forest: Campurkan ceri (dalam tin) bersama ais krim coklat, lapiskan dengan biskut sponge fingers yang telah dicelup dengan lebihan jus daripada ceri dalam tin. Hiaskan dengan parutan coklat dan krim putar.

Death by Chocolate: Tuangkan sedikit sos coklat ke dalam aiskrim coklat, lapiskan dengan biskut sponge fingersyang telah dicelup ke dalam air minuman coklat (disejukkan). Hiaskan dengan sos coklat mengikut citarasa anda.

No comments:

Post a Comment