Ads

jom kita kawan

Tuesday, November 4, 2014

Amalan ibu hamil dari bulan 1 - bulan ke 9

Terima Kasih Allah... 


 Assalamualaikum sahabat...



Sekadar perkongsian ilmu yg sy baca dari buku ensiklopedia perbidanan,so sy kongsi serba sedikit apa yang boleh kita sama2 amalkan. sy bukanlah pakar tapi sekurang2nya bagi yang pertama kali hamil,sahabat ada 1 rujukan tentang apa yang nak dibuat.
paling tidak doa apa yang harus kita amalkan,makanan apa yang kita perlu makan,apa pantang larang ibu hamil dll..
apa yg ana baca,ana translatekan mengikut kepahaman kita sbb dlm buku ni byk perkataan2 lama diguna pakai.panjang sketlah entry kali ni..hihihi
dan skli lg sy mtk maaf sbb ada doa2 atau ayat2 suci  al-quran,sy hanya tulis guna rumi jer..jadi sahabat boleh rujuk dalam al-quran je k untuk bacaan,sebutan yang betul.



BULAN PERTAMA
pada waktu ni,x byk perubahan yg berlaku pada bakal ibu kecuali xdtg bulan.bgaimanapun,badan akan rasa amt letih dan akan ada sensitif pada bau-bauan,nafsu makan yg tinggi.ada jgak yg akan suka pada benda yang pelik2.time ni jgk akan rasa loya-loya dan muntah.
bakal ibu akan rasa kelainan pada fizikal dan emosi.

BULAN KEDUA
time ni,ibu akan rasa denyutan jantung akan lebih cepat dari normal. ini kerana organ jantung ibu terpaksa mengepam lebih banyak darah.dlm tempoh ni jgk otak dan kemaluan janin akan mulai terbentuk.
payudara ibu jgk akan rasa mengembang sket.perut terasa kembung dan sensitif.kadang2 akan rasa pitam dan pening. kalau berlaku pitam dan pening2 ni,petua org tua2 suruh kita minum air didih nasi yang pekat digaul dgn garam dan diminum ketika suam.
di penghujung bulan kedua,ibu akan rasa kerap nak buang air kecil,dan susah nk buang air besar. 
pada minggu ke-7,pergerakan janin sudah mulai dikenal pasti.dan ibu disarankan ambil makanan berdaging atau byk makan kekacang seperti soya,sayuran protein spt brokoli.

BULAN KETIGA
uri mula terbentuk dan tisu tulang mula timbul.janin akan membesar sekitar 3 1/2 - 4 inci.sifat janin akan bertambah dengan pembentukan mata dan kelopak mata.jantina bayi juga sudah dapat dikenal pasti.dan bila usia cukup 3 bulan, ibu akan dapat rasa penimbulan ketulan janin terutama pada waktu pagi.
dan ibu perlu banyak berehat serta lebihkan berzikir dan berdoa bagi menjauhi sebarang masalah seperti keguguran. biasanya ibu sangat lemah pada kandungan di tahap ini.
ibu bapa perlu amalkan sikap yang baik,dan jauhi membunuh binatang kerana takut terkenan.
untuk jauhkan keguguran,ibu digalakkan membaca "Ya Malika lmulk"-wahai Yang Empunya Pemerintahan sebanyak 212x selepas solat fardhu dari bulan ke-3 hingga ke-6.ia juga untuk kecerdasan dan kesihatan bayi dalam kandungan.

BULAN KE EMPAT
rasa loya akan berkurang,ibu hamil mula mempunyai nafsu makan. payudara makin membesar dan puting akan berubah warna kelopak tetek menjadi bertambah gelap. perut pulak makin membesae dan timbul satu jalur di bahagian tengah perut bermula dari bahagian hulu hati terus ke bahagian tulang yg terletak betul2 dibawah ari-ari. mengikut ilmu bidan2 melayu ,jaluran itu boleh jadi petanda cara kelahiran bayi nanti.
jaluran yang lurus,tidak putus menandakan proses kelahiran yg bakal dihadapi adalah mudah
jaluran yg tidak lurus menandakan kesukaran.
biasanya jaluran itu akan hilang sesudah 100 hari bersalin.itu pun kalau ibu bijak menjaga diri semasa pantang. time ni jgk ibu akan rasa pergerakan dalam kandungan.

BULAN KELIMA
bayi dah capai saiz 18.5cm dan beratnya 500gram.time ni plak,ibu biasanya akan mengalami sembelit dan akan mudah dapat buasir dan juga masalah lelehan pada faraj. kadangkala lelehan turut menibulkan bau yang tidak menyenangkan serta terasa gatal. oleh itu,ibu haml perlu prihatin terhadap pemakanan. jauhi makan belacan,ikan kering, jeruk,pekasam dan segala makanan laut kecuali ikan.

BULAN KEENAM
apabila masuk minggu -24,bayi mempunyai sifat yang lebih sempurna.Rambut,kening dan bulu mata mulai lebat. kulitnya halus dan bahagian tulang juga mengeras. ukuran panjang ialah 25cm.
pergerakan bayi lebih cerdas dan kadang2 boleh dilihat pada perut ibu.
ibu akan lebih kerap buang air kecil,terasa lenguh2 dan bisa2 dibahagian kaki,belakang pinggang dan sentiasa akan lapar.

BULAN KETUJUH
minggu-28, bayi membesar sekitar 27.5cm.bayi sudah cukup sifat dan jika dilahirkan waktu ini,insyaallah selamat. dan ibu pula akan mengalami selera makan yang tinggi,mengalami masalah kenaikan berat badan.
ketika ini,ibu akan kerap mengalami kejang otot atau sesetengah org panggil "tarik mengkarung". kadang2 terasa badan terlalu berat hingga tercungap2 kerana pendek nafas. ibu hamil juga akn kerap buang kecil dan mula tak selesa untuk tidur waktu malam.dan ibu dinasihatkan jangan ambik minuman sejuk atau makanan sejuk.(tp sy selalu terbabas jgk :( )
dan perbanyakkan amal zikir "YA ZALJALAA LIWALIKRAM" untuk menetapkan dan menstabilkan posisi bayi hingga cukup bulan

BULAN KELAPAN
apabila mggu ke-32,bayi makin cepat membesar.beratnya mningkat 2.5kg-3kg..pnjgnya plak dlm 30cm.
tulang bayi mula mengeras,dan bayi sudah pandai tersedu dan menangis dan mulai tunjuk respon pada sebarang suara dan bunyi-bunyian dan juga cahaya.
kelahiran pada waktu ini ada berisiko kerana bayi mengalami proses penyusunan semulasifat bayi iaitu mengemaskini sifat bayi sebelum kembali alam dunia.
jadi perbanyakkan amal surah Anbiya ayat 87 " LA ILAA HA ILLA ANTA SUBHA NAKA INNI KUNTUU MINA DZOLIMI"- tiada tuhan selain Engkau,Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan org yg zalim.
seterusnya amal ayat Siti Maryam bagi memudahkan bersalin
"HANNA WALADAT MARYAMA WAMARYAMU WALADAT 'ISA UKHRUJ AYYUHAL MAULUD" - Hanna melahirkan Maryam,Maryam melahirkan isa,keluarlah hai anak yang dilahirkan
dan jika terjadi kandungan terlebih masa ata sakit berpanjangan
"ALLAHUM MA YASSIR WALA TU'ASSIR RABBI TAMMIM BILKHOIR"-Wahai Tuhan,mudahkanlah dan janganlah Engkau payahkan,wahai Tuhanku,sempurnakanlah dengan kebaikan.



BULAN KESEMBILAN
sekarang dh smpai masa untuk melahirkan.bayi pun dah ambik kedudukan kt pintu rahim dh.time ni,doa pada 8 bulan td mesti diamalkan hingga tiba masa melahirkan.


selamat beramal untuk sy sdri dan bakal2 ibu...

*sori sy ltk tulisan rumi je bagi ayat2 tersebut.boleh rujuk Al-quran je k..xpun kt hp boleh la install app i-Quran pro..lg senang..hihihi

sambil2 tu,jom follow BeautifulAsywaq sbb byk lg bnda dlm buku ni nk kongsi..hihihi

moga bermanfaat

wassalam.


5 comments:

  1. terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat. semoga diberkati Allah swt

    ReplyDelete
  2. Terimah kasih bunda,ilmu nya sngat bermanfaat bgi kmi2 bumil

    ReplyDelete