Ads

jom kita kawan

Monday, March 23, 2015

SOALAN KESIHATAN TELEGRAM 1-10


Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Kat sini ida nak share apa yang kami bincangkan dekat group kesihatan telegram bersama2 dengan doktor2 dan 4 orang doktor pakar..moga sedikit sebanyak membantu korang yer..

dan bagi kawan2 ida yang jejak kt sini,jom follow ida..baru tak miss apa yang kitorang bincangkan. kalau ada apa2 soalan yang bermain2,berlegar2 or berkampung dalam pikiran korang,boleh jugak drop komen.nanti ida tolong korang ajukan pada yang pakar..



Soalan Kesihatan
0⃣1
Nak tanya, tonsil. Kalau dia besar. Ada kesan apa2 yang memudaratkan? Or ok ok je. 
Punca, kesan dan simptom yg berkaitan. smile emoticon


Tonsillitis

Ianya adalah keradangan tonsil, sellau disebabkan oleh bakteria Streptococcus Pyogenes. Ada jugak tonsillitis disebabkan oleh pelbagai jenis virus.

Tanda2 & kesan tonsillitis - demam, sakit tekak, sakit @ sukar menelan, tidur berdengkur.

Tonsillitis boleh dirawat, cuma jika kerap kena tonsillitis mungkin kena buang tonsil tu. Kes chronic tonsillitis kena rawatan pakar ENT (ear, nose, throat).

Wallahu'alam bissawab....



Soalan Kesihatan

Q 0⃣2 Laili Fairus
Tahap kolestrol saya 6.4. Adakah saya perlu mkn ubt utk kurangkan kolestrol? Apakah kesan ubt medostatin 40 thdp organ dlmn spt buah pinggang atau hati? Ada kesan sampingan tak?


Penyakit kolesterol tinggi.

Jenis kolesterol ada banyak, ada total kolesterol, free kolesterol, kolesterol baik & jahat. Sebaiknya berbincang dgn Dr keluarga masing2 utk penilaian perlu @tidak start ubat anti-kolesterol.

Senaman

Exercise adalah penting utk semua sama ada kolesterol tinggi @ rendah.

Exercise at least 150 minit / week, each exercise at least 20 minit (kalau larat). Ia bagus utk turunkan paras kolesterol jahat, turun berat badan & bagus utk janyung & peparu kita.

Kalau takder masa utk exercise, boleh berjalan at least sehari 10,000 langkah. Jaraknya 7-8km bergantung kepada keluasan langkah kita.

Mulakan dengan bilangan langkahnyg termampu dahulu contohnya 200 langkah sehari, kemudian naikkan sedikit demi sedikit utk tingkatkan stamina masing2.



Soalan Kesihatan
Q0⃣3 

soalan pasal resdung. Apa kesan jangka panjang penggunaan nasal spray pada satu tempoh yang lama?

Nasal spray widely used di malaysia coz boleh beli over the counter di farmasi. Kesan sampingan jika digunakan secara berlebihan adalah rebound effect - merosakkan nasal passage & our body fail @ unable to respond to those medication. Kesan lain sakit kepala, bengkak nasal passage & rarely septal perforation - membrane di antara nostril tu koyak.


Wallahu'alam bissawab....



Soalan Kesihatan
Q0⃣4 

wujudkah penyakit yg x blh memandu jarak jauh? Pesakit akn berdebar dan x fokus. Sahabat sy alami.

Tidak boleh memandu sama ada jarak jauh @ dekat tu bukan penyakit, ianya adalah kesan daripada sesuatu penyakit.


Banyak penyakit berkaitan berdebar2 & susah nak fokus, ini perlukan penyiasatan & kemungkinan rawatan lanjut oleh Dr yg merawat beliau.

Wallahu'alam


Soalan Kesihatan

Q 0 5 
boleh dr terangkn mengenai penyakit galaucoma apa kaedah untuk menagatasi dan ada xubat bagi penyakit ini?

Glaucoma ni penyakit tekanan dlm mata meningkat, it's multifactoral, komplikasi boleh jadi blind sebab pressure pada saraf mata. Rawatan tu banyak bergantung kpd penyebab glaucoma. Kena jumpa pakar mata untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Wallahu'alam



Soalan Kesihatan
Q 0 6
Doktor, boleh tak doktor jelaskan apa dia ekzima
1)punca berlaku
2)rawatan yg dicadangkan Eczema


Eczema ni adalah keradangan pada kulit, jenisnyg paling common adalah Atopic dermatitis.

Penyebabnya banyak, antaranya bulu binatang, sabun, panas sangat @ sejuk sangat, stress, secara general it's multifactor.

Rawatan selalunya simtomatik treatment, kalau gatal Dr akan bagi ubat gatal sam ada sapu @ gatal.

Rawatan yg terbaik adalah PREVENTION.

Kita kena tahu kukit kita alahan pada apa. Kalau dapat avoid benda yg kita alah, insya allah boleh avoid eczema.

Wallahu'alam


SOALAN 7 AKAN MENYUSUL NANTI..


Soalan Kesihatan
Q 0⃣8

saya wanita 59 tahun. jari2 tangan mula nampak kelainan. mcm mula bengkok dan ruas jari mcm mbesar. adakah itu tanda artritis atau rhumatism.tak rasa sakit tapi bila picit mcm sengal sikit.


Hujung jari yg abnormal (?clubbing fingers?) boleh berkaitan dengan banyak penyakit, sama ada jantung, hati, sakit arthritis etc. Kena jumpa Dr utk check apa yg problem.


Wallahu'alam



Soalan Kesihatan
Q 🆕0⃣9

Apa rawatan yang patut dibuat unuk mempercepatkan kulit tumbuh kembali..baru2 saudara ini terkena letupan gas..bila dibawa ke hospital,doctor buang kulit yang terbakar dan sapu dengan colagen.

Plz advise doc.tq 

Burn

Dalam keadaan kulit yg dah terbakar, memang kulit baru akan tumbuh, but old skin burned akan menghalang pertumbuhan kulit baru, thats's why Dr akan buang kulit lama yg dh terbakar, x sakit pun masa buang tu sebab kulit tu dh mati.

Benarkah sapu kolagen? Biasanya sapu ubat terbakar (ssd). Bila terbakar ni perku banyak minum air & banyak makanan berprotein untuk bagi tenaga & pembentukan kulit baru.

Wallahu'alam


Soalan Kesihatan
Q 🆕1⃣0
Bagaimana nk merawat jerawat dan jeragat di muka

Apa beza jerawat & jeragat? Ok ke kalau sy mix bm english?


Jerawat
Jerawat ni sebenarnya jenis jangkitan pada liang roma kulit, kena make sure kulit kita bersih dari habuk & minyak. Ade org yg sesuai pakai pencuci muka, ada yg sesuai cuma basuh dgn air bersih. Paras hormon juga mainkan peranan pd rembesan peluh, jerawat sellau terjadi nial stress & prior to haid.

Wallahu'alam

Utk jerawat tu banyak product kosmetic di pasaran, contohnya oxy...boleh try apply nipis, kalau kulit jadi menggelupas, maknanya kena try product lain @ kalau teruk sangat jerawat tu boleh jumpa pakar kulit. Pakar kulit yg sy maksudkan adalah Dr perubatan bukan kosmetic people.

Wallahu'alam
*** sy bukan promote product yer, just my suggestion


Apa2 boleh jer contact ida yer
nk wassap ke wechat ke telegram ke,semua boleeeehhh

012-6818241
moga bermanfaat

No comments:

Post a Comment