Ads

jom kita kawan

Monday, December 15, 2014

APA ITU KELOID??

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...



KELOID... cadangan rawatan dengan GLA & VITAMIN E SHAKLEE..

KELOID... parut yang tidak tahu bila hendak berhenti membesar’... huhuhu ;((
saya ada masalah ini, rasanya keturunan, kerana nenek dan beberapa org makcik saya juga mengalami masalah yang sama. Apabila tisu mengalami kecederaan, tisu penghubung yang dipanggil fibroblas akan membahagi (menjadikan jumlahnya berganda) dan mengisi luka supaya bahagian ini bercantum. Proses penyembuhan luka biasanya meninggalkan parut. Kadangkala parut ini menjadi tebal, tetapi jika ia hanya di atas garisan luka, ia dipanggil parut hipertrofi. Parut jenis ini boleh surut selepas satu tempoh yang mungkin mengambil masa satu tahun atau lebih.


Namun, ada juga keadaan di mana saiz parut yang menebal ini menjadi semakin besar sehingga melepasi kawasan luka dan ia dipanggil keloid. Oleh kerana saiznya yang boleh bertambah, ada orang menggelar keloid sebagai ‘parut yang tidak tahu bila hendak berhenti membesar’. Berita sedihnya, ia tidak mudah untuk dihilangkan.


Keloid terjadi apabila tisu penghubung terus membahagi walaupun bahagian luka sudah dipenuhi dengan tisu baru sehingga menyebabkan kawasan luka ini menjadi timbul. Jika tidak dirawat dari awal, keloid atau parut yang timbul lebih sukar untuk ditangani.

Ia boleh berlaku pada sesiapa saja, tetapi sesetengah bahagian badan lebih cenderung mengalami keloid contohnya belakang badan, telinga, lengan, bahu dan dada. Mengapa? Tiada siapa yang tahu jawapannya, kata Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif Hospital Assunta, Dr Kuladeva Ratnam. Pun begitu, keloid jarang berlaku pada muka.

Apa yang menyebabkan keloid? 
Sehingga sekarang pakar perubatan masih tidak tahu apa yang menyebabkan keloid berlaku atau mengapa sesetengah orang mengalami masalah ini. Walaupun punca sebenar keloid tidak diketahui, tetapi penyelidikan mendapati keloid adalah keadaan yang diwarisi, maknanya ada kaitan dengan faktor genetik.

Individu yang mengalami walaupun satu keloid berisiko tinggi untuk mendapat lebih banyak keloid. Biasanya keloid terbentuk apabila berlaku kecederaan kulit disebabkan tindik, jerawat, tatu, luka (sama ada akibat terbakar, pembedahan, terkena objek tajam), calar dan suntikan.

Menurut Dr Kuladeva, keloid boleh dikawal, tetapi tidak dapat dicegah kerana tiada siapa tahu bagaimana dan kenapa ia terjadi. Malah pemakanan juga tidak mempunyai kaitan dengan pembentukan keloid.


Gejala dan faktor risiko:

Keadaan parut dipengaruhi banyak faktor seperti saiz dan kedalaman luka, bekalan darah ke kawasan luka, ketebalan parut dan kecenderungan sama ada ia sama rata dengan kulit atau timbul.

Parut yang timbul ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu keloid dan parut hipertrofi. Keloid adalah parut timbul yang boleh membesar melepasi kawasan luka manakala parut hipertrofi yang tebal dan berwarna kemerahan hanya berkumpul di atas kawasan luka. Bagaimanapun, parut hipertrofi akan surut sedikit selepas satu tempoh sedangkan saiz parut keloid akan terus kekal dan tidak mengecil melainkan diberikan rawatan.

Parut keloid mempunyai beberapa ciri seperti licin, berkilat, benjolan yang agak keras dan berkumpul. Warnanya berbeza antara individu, ada yang mengikut warna kulit, merah atau coklat. Ia juga mungkin kelihatan berombak yang sekata atau tidak sekata. Keloid boleh jadi bengkak, sakit dan gatal terutama ketika pembentukannya.

Biasanya keloid berlaku selepas kulit alami kecederaan. Namun ada juga keadaan di mana parut keloid ini berlaku secara spontan, tetapi kes seperti ini sangat jarang terjadi. Pun begitu, menurut Jurnal Persatuan Perubatan Kanada, pakar percaya ia bukanlah kejadian spontan, tetapi mungkin berlaku akibat reaksi keradangan yang tidak jelas kelihatan atau terlalu remeh untuk diingati.

Rawatan
Kaedah terbaik mengatasi keloid ialah jangan benarkan ia berlaku, dalam kata lain, elakkan diri daripada mengalami sebarang perkara yang boleh menyebabkan kecederaan kulit. Terlebih dulu, doktor akan membuat pengesahan dulu sama ada parut itu keloid atau parut hipertrofi kerana kaedah rawatannya berbeza.


Secara umumnya rawatan keloid boleh dibahagikan kepada dua jenis sama iaitu pembedahan dan bukan pembedahan. Dalam kebanyakan kes, doktor akan memulakan rawatan dengan memberi suntikan steroid. Jika kaedah ini tidak berkesan, barulah doktor akan beralih kepada pembedahan.


Antara kaedah yang digunakan untuk merawat keloid ialah:
Suntikan ubat steroid pada keloid. Ia kaedah yang selamat dan tidak menyakitkan yang bertujuan mengurangkan ketebalan keloid serta mengawal pertumbuhannya. Suntikan biasanya diberikan setiap enam minggu sehinggalah kesannya dapat dilihat dengan jelas. Ia membantu meleperkan keloid, tetapi dalam steroid juga boleh menyebabkan keloid menjadi lebih merah kerana ia merangsang pembentukan salur darah baru pada kulit.
Pembedahan. Untuk mengurangkan ketebalan keloid. Keloid tidak boleh dibuang kerana ia boleh tumbuh semula. Namun, doktor mungkin mencadangkan untuk anda menjalani teknik graft kulit untuk mengurangkan ketegangan pada kulit dan menggalakkan penyembuhan secara normal. Pada masa sama ia juga mengurangkan peluang pembentukan keloid.
Jika anda mengalami masalah ini, pastikan anda mendapatkan rawatan daripada pakar kerana peluang untuk keloid muncul semula selepas pembedahan adalah sangat tinggi.
Rawatan laser. Selepas pembedahan, rawatan boleh disusuli dengan laser atau radioterapi. Kemudian rawatan diteruskan dengan kaedah bukan pembedahan untuk mendapatkan kesan yang lebih baik.
Urutan. Individu yang ada masalah keloid boleh melakukan sendiri urutan pada parut dengan memicit dan menekan-nekan bahagian yang timbul. Selain itu anda juga boleh membalut kawasan berparut dengan tujuan memberi tekanan kepada bahagian berkenaan.
Untuk menangani masalah keloid ni, saya ada cadangan rawatan yang TERBAEKKuntuk anda!!


boleh hubungi saya untuk mendapatkan info dan consultation mengenai supplement ini, kaedah pemakanan dan cadangan rawatan. PM untuk mendapatkan harga terbaik juga!

012-6818241
ida omar

1 comment:

  1. mula bukak blog ingatkan ulat sagu tadi... rupanya parut... hmmm nampak macam membengkak tu... saya tak berani nak gunakn steroid untuk kes macam ni...

    ReplyDelete