Ads

jom kita kawan

Monday, July 1, 2019

IKHTIAR KURANGKAN SAKIT ENDOMETRIOSIS TANPA PEMBEDAHAN


Cara Merawat Endometriosis Tanpa Pembedahan

 

Assalamualaikum w.b.t 

Sungguh beruntung menjadi seorang wanita tau. Ini kerana kita dianugerahkan rahim dalam badan dan ia adalah organ yang sangat penting untuk pembiakan. Namun, ada di kalangan kita yang kurang bernasib baik kerana diuji dan salah satu penyakit yang biasa dihadapi ialah endometriosis

KENALI ENDOMETRIOSIS

Berlaku apabila tisu yang membentuk lapisan rahim hadir pada organ-organ lain di dalam badan kita. Biasanya ditemui di bahagian bawah abdomen atau pelvis, tetapi boleh muncul di mana-mana di dalam badan. Ia boleh wujud atau tumbuh di bahagian ovari, pundi kencing, usus, rektum dan lain-lain.

SIMPTOM ENDOMETRIOSIS

Wanita dengan endometriosis sering mengalami sakit iaitu di bahagian abdomen,sakit di bahagian pelvis,pendarahan vagina yang tidak normal,sakit dengan datangnya haid atau sakit dengan hubungan seks, danb oleh mempunyai kesukaran untuk hamil. 

Atau simptom usus besar dan pundi kencing(seperti sakit dengan pembuangan air besar, perut kembung, sembelit,  darah dalam air kencing atau sakit semasa membuang air kecil. 

Sebaliknya, sesetengah wanita dengan endometriosis mungkin tidak mempunyai simptom sama sekali. Endometriosis ini dianggarkan melibatkan 3-10% wanita yang berada dalam lingkungan umur yang boleh melahirkan anak.

Semasa proses kitaran haid pada setiap bulan, tisu dalam rahim akan membesar dan menjadi tebal, seterusnya telur akan merembeskan hormon yang akan menghakis tisu tersebut dan ianya akan keluar sebagai darah haid.

Bagi tisu yang wujud di luar rahim (endometriosis), ini tidak berlaku. Kemungkinan tisu ini akan berdarah sedikit tetapi tidak dapat keluar daripada bahagian badan dan menyebabkan penggumpalan darah di kawasan itu.


MENGAPA RASA SAKIT?

Apabila seorang wanita dengan endometriosis mengalami haid, dia mengalami pendarahan bukan sahaja dari sel-sel dan tisu di dalam rahim, tetapi juga boleh mempunyai pendarahan dari sel-sel dan tisu di luar rahim.

Apabila darah menyentuh organ-organ lain, terutama di dalam abdomen, ia boleh menyebabkan keradangan dan kerengsaan, ini mewujudkan kesakitan.

Kadang-kadang tisu parut juga boleh terbentuk dari endometriosis yang juga boleh menyumbang kepada kesakitan.

Jadi tisu rahim yang membengkak atau berdarah tadi adalah punca kesakitan yang dialami oleh mereka yang menghidapi penyakit ini.


.

No comments:

Post a Comment