Ads

jom kita kawan

Wednesday, July 20, 2011

Harumnya mawar..



Mawar pertama
Ingatlah bahawa sesungguhnya Tuhanmu maha mengamouni orang yang beristighfar,Maha menberi taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yang kembali padanya

Mawar kedua
Kasihanilah orang yang lemah nescaya anda akan bahagia.berilah orang yang memerlukan pertolongan nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda,nescaya anda akan selamat.

Mawar ketiga
Optimislah kerana sesungguhnya Allah bersamamu,para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menunggumu.

Mawar keempat
Hapuslah airmatamu dengan berprangsangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.
Mawar kelima
Jangan anda menghitung bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap kerana pada hakikatnya tiada seorang pun di muka bumi ini yang akan mendapat semua yang diinginkannya dan akan bebas dari segala kekeruhan

Mawar keenam
Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya,kebal dari penyakit dan bila dilemparkan batu,ia membalas dengan buah kurmanya

Mawar ketujuh
Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu dan sesungguhnya kegelisahan itu apat membernarkan kesalahan. Maka dari itu,mengapa kau harus bersedih dan gelisah?

Mawar kelapan
Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah tetapi tunggulah kedatangan keamanan,kedamaian,dan kesihatan,InsyaAllah

Mawar kesembilan
Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah padamu

Mawar kesepuluh
Mandi,berwuduk, memakai wangian dan bersiwaklah dengan teratur merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan.

No comments:

Post a Comment