Ads

Digital clock

jom kita kawan

Sunday, June 12, 2011

siapa dia???


Entah ribut apa yang melanda,entah taufan negara mana yang mengenakan tempiasnya padaku membuatkan ingin untuk mencoret sesuatu untuk tatapan mata yang kelaparan untuk membacanya. Mungkin pandangan pembaca lain akan menganggap aku ‘SS’ tapi takkan ku kesah semua tu. Walaupun apa yang akan ku coret nanti tentang sesuatu yang aku sendiri tak pasti,tentang seseorang yang mungkin aku tak pernah mengenalinya selama ini. 

Aku tidak pernah terfikir untuk  memperkenalkan diriku pada sesiapa apatah lagi memperdengarkan suara yang di anugerahkan Nya pada seseorang yang tidak ku kenali. Tapi entah apa yang merasuk minda warasku untuk mendail nombor yang tertera di  wall yahoo messenger ku. Padahal telah ku nekadkan hatiku suara ini hanya untuk dia yang berhak mendengarnya, yang mungkin belum sampai masanya untuk mendengar.
Sedari kecil, aku telah di ajar, diasuh dan di didik untuk menjaga diri sendiri. Kata ibu “ Maruah dan mahkota kita,hanya kita yang boleh menjaganya kerana Allah memang telah menentukan segalanya pada setiap yang bernyawa. Tanggungjawab ibu bapa pada anak perempuan ialah mendidik dan menjaga sehingga hadirnya seorang lelaki  yang sanggup mengambil alih tanggungjawab itu daripada kami”. Dan sedari itu,aku mula menganyam mimpi untuk bersama orang yang telah ditetapkan untukku,di pertanggungjawabkan membimbingku selepas ibu dan ayah.

Maafkan aku sekiranya aku pernah tersasar jauh dalam perjalananku ketika mengharungi liku-liku mencarimu. Mungkin juga aku pernah berhenti di persimpangan  dan memilih untuk mengambil jalan pintas menuju ke penghujung. Tapi seandainya hati ini mampu aku keluarkan suaranya,sudah pasti ia tidak bersetuju dengan pilihanku. Ku gunakan kekuatan hati, kewarasan minda untuk mencari yang terbaik untukku, untuk mu.
Kerana  telah ku ketahui,kau telah wujud sejak azali..

Aku sebolehnya mahu melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan saidatina Aishah r.a “sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang cantik oleh lelaki”
Aku juga tak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tak dapat ku berikan. Yang tak mampu ku berikan segumpal darah bernama hati. Risau bila di soal di tempat penghakiman nanti,apakah sumbanganku di dunia? Apakah yang harus ku jawab? Sudah bersediakah aku untuk semua itu?

Di hatiku, terdetik andainya aku ingin seseorang yang boleh membimbingku,aku juga harus menjadi wanita  yang senang dipimpin. Andainya hati ini tidak mempunyai kekuatan tatkala matamu memandang wanita lain, seharusnya aku lah yang menundukkan pandanganku, merebahkan jiwa ego ku. Harusnya ku hiasi peribadiku agar matamu tidak pernah puas memandangku, dirimu tidak pernah lokek untuk menambah apa yang tidak terisi dalam diriku. Bukan kah Tuhan dah mengatakan suami isteri adalah untuk melengkapi hidup di dunia?? bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu hanya untuk lelaki yang baik jua?

Tidakku nafikan sebagai remaja aku memiliki perasaan itu, menyayangi dan ingin disayangi, namun setiap kali perasaan itu datang,setiap kali aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu….Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku ini.bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain,lelaki itu berhak kasih yang tulen,bukan yang telah dibahagi-bahagikan…

Aku bukanlah gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanyaalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana ….tetapi aku juga mempunyai keinginan seperti gadis lain,dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga…memimpin ke arah tuju yang satu….

Kau tak perlu memiliki wajah seindah Nabi Yusuf a.s yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz…..Allah pasti akan mencampakkan kasih dan sayang di dalam hati ini jua hatimu kali pertama kita berpandangan,itulah janji Allah akan tetapi selagi kita tidak diikat jamin.…diikat dengan ikatan yang sah,selagi itu jangan kau zahirkan perasaan itu kepadaku kerana kau tak ada hak untuk berbuat begitu,juga jangan kau melampaui batasan yang telah ditetapkan syara’.aku takut perlakuan itu akan memberi implikasi yang tak baik dalm kehidupan kita kelak.

Permintaanku tak banyak,cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.aku akan merasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri jua sandaran perjuanganmu…bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah ditakdirkan meniup semangat juangmu dalam menghulurkn tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri..itu impianku.

Aku pasti berendam air mata darah andai engkau menyerah seluruh cintamu kepadaku.bukanlah itu yang menjadi impianku,cukup sekadar kau menyintai Allah dengan sepenuh jiwamu.kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku keranaNya.cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa.moga cinta itu juga akan mempertemukan kita di syurga..

Aku jua tak ingin dilimpahi kemewahan dunia..cukuplah dengan apa yang diberiNya….apalah guna harta yang menimbun andainya kau lupa pada tanggungjawabmu jua terhadap agamamu,aku tak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu…biarlah kita hidup dibawah jaminan Allah sepenuhnya…itu lebih bermakna bagiku…

sekian coretan jiwa

wassalam

No comments:

Post a Comment