Ads

Digital clock

jom kita kawan

Tuesday, May 24, 2011

Layang2 bertali kaca…


Pertemuan ini makin merangkak senja,
Perkenalan ini makin mencuit rasa,
Baru semalam rasanya subuh menjelma
Baru semalam jua rasanya bermesra bersama
Mengukir janji manabur tekad
Mungkin pertemuan ini mencipta sesuatu yang indah buat dirimu
Mungkin jua pertemuan ini mencipta gerimis dihatimu?
Mungkin?
Namun ketahuilah
Pertemuan ini ternyata bahagia buatku
Walau ada tikanya disulami duka
Pertemuan ini ternyata menyimpan memori indah
Walau ada tikanya tersisip luka
Resam adat di dunia
Tiada yang indah antara semuanya
Percayalah setulusnya
Yakin seadanya
Andai gerhana muncul tiba-tiba
Tatkala bunga berkembang ria
Andai ombak menghempas tanpa diduga
Tatkala istana baru dibina
Andai taufan melanda tak dipinta
Tatkala kasih baru menjelma
Usahlah salahkan sesiapa kerana aku juga manusia
Mungkin sesekali mendiamkan diri
Tidak beerti memendam hati
Mungkin sesekali senyum tak diberi
Tidak beerti tak terukir kembali
Kerana terkadang aku kalah pada pertemuan ini
Sejauh mana ikatan ini bertahan
Akan ku ketahui juga
Sejauh mana kasih sayang ini berkekalan
akan ku rasa jua
Sejauh mana aku dalam ingatan
akanku temui jawabnya
Dan mungkin jua ku temui persoalannya
Siapa sebenar aku di hatimu?
Segalanya mungkin…usah didebatkan
Kerana jawapannya makin hampir menyentuh rasa
Hari ini mungkin ikatan bersemi disini
Tapi biarlah ikatan itu tidak terlerai terputus talinya
Percayalah dirimu tetap dihati
Menjadi yang pertama
Untuk dikenang selamanya
Menjadi yang pertama manis untuk dirasa
Menjadi yang pertama diingati dalam hayat ini

No comments:

Post a Comment