Ads

jom kita kawan

Friday, February 9, 2018

YOUNGER with YOUTH


Terima kasih Allah

Assalamualaikum



Dari malam tadi kecoh kat group whatsapp duk cerita tentang Shaklee Skin Care yang akan LAUNCH 3 FEB 2018 ni nanti. 



Sekarang pun masih kecoh lagi ni. 

Pasti kualiti lagi terbaik ni. Maklum la Shaklee ni kalau keluarkan sesuatu produk tu kena buat macam-macan test dulu. Siap saintis bagai tau. Dan untuk YOUTH ni,memang ambil masa 8 tahun baru sekarang bileh launch. 

Mengandungi Anggur Muscadine yang tersangat la mahal RM100= 1 biji. Terkeluar biji mata tengok harga. Ada yang cakap kat KLCC ada jual anggur tu.

Youth skin care shaklee


Set Youth ni mengandungi beberapa jenis:

1. Luminous Gel Oil Cleanser - polish, purify, prepare. Bertindak sebagai make up remover sekali gus pencuci muka. Jimat kan?

2. Perfecting Skin Toner - exfoliate, hydrate, nourish. 

3. Youth Activating Serum - renew at the cellular level.

4. Age Defense Mineral Moisturizer - hydrate & protect.

5. Advanced Renewal Night Cream - deeply hydrate while you sleep.

6. Radiance C + E - plump & brighten




Dan semestinya produk yang dikeluarkan oleh Shaklee dijamin BEBAS dari BAHAN KIMIA berbahaya yang boleh menyebabkan kanser serta penyakit lain. 

Produk penjagaan kulit muka Shaklee iaitu YOUTH ini dijamin 100% SEMULAJADI (natural base), BEBAS PARABEN, BEBAS MERCURY, BEBAS PHTALATES dan BEBAS dari HYDROQUINON.

So anda tak perlu was-was. 

Menarik kan??. Tak sabar nak tunggu launching. Orang US ramai dah pakai set ni. Demand tinggi sangat kat sana,sebab itulah lambat boleh masuk Malaysia ni.

Nak buat pre order? Jom wassap ida terus sebab baru launch kan,sudah tentu jadi pisang goreng panas ni.


"Look younger with YOUTH"

TIP PUPUK MINAT ANAK MENGAJI


Terima Kasih Allah

Assalamualaikum sahabat!


Saja ida nak cerita pengalaman pertama jumpa cikgu sekolah anak anak.
Semalam pergi ke mesyuarat sekolah Ammar. Alhamdulillah. Syukur sangat2 bila cikgu memaklumkan Ammar memang cepat ingat kalau ustazah ajar doa apa2,cikgu ajar apa2. 

Masuk je dalam kelas,cikgu tunjuk lego yang Ammar buat,seoalah olah bentuk KLCC dia atas meja. "Ini lego yng ammar buat ni ibu. Letak atas meja sebab dia nak sambung buat hari isnin nanti" . Dalam hati cakap "boleh pulak ammar ni main lego kat sekolah. Kalau beli kat rumah,dicampak je sebab tak suka main"


Saya mula mencari tempat duduk. Mata melilau lihat pada dinding,ada lukisan "keluarga saya" dan kolaj bulan dan bintang. Terpapar nama Ammar di situ. Allahuuuu.. Cukup kemas tampalannya tak keluar dari lukisan. Dan,saat ini,saya cukup berterima kasih pada cikgu. Terima kasih cikgu mengajar anak teruna kami. Tak sangka!


Dan selesai mesyuarat,cikgu mula cerita serba sedikit tentang perilaku Ammar di sekolah. 

Kata ustazah,"Ammar memang cepat ingat doa doa yang diajar. Ustazah 2-3kali ulang,dia ikut dan terus ingat. Alif ba ta pun Ammar dah boleh nyanyi. Kalau ajar iqra',Ammar dah boleh baca. Ammar boleh dikatakan semua dah boleh."


Alhamdulillah. Syukur ya Allah kau makbulkan doaku

Dan,memang dekat rumah,Ammar akan praktikkan apa yang dia belajar dari cikgu cikgu kat sekolah. 

Contoh doa sebelum balik "Bismillahi tawakkal tu alalla. La haula wala quwwataillabillahilazim yulazim".




Sampai jer saya kat rumah,ayat pertama yang dia akan tanya "ummi,nak balik tadi,baca doa tak?" Kalau saya cakap lupa,dia akan cakap "kalau lupa baca doa,nanti syaitan ikut ummi. Nak?"

Sebenarnya saya selalu cakap kat dia "kalau lupa nak baca doa makan,nanti syaitan pun ada sekali duk makan dengan abanglong. Nak kongsi makan dengan syaitan ke? Tak nak kan?"


So,sebab itu dia pun twist ayat yang sama pada saya. Dan pada waktu maghrib,doa akan masuk rumah. Kami siap2 mandi,solat dan mengaji.(untuk sayalah).

Ammar kadang2 tak solat pun,penat katanya,nak mengaji saja. Tapi memang ini perkara WAJIB yang saya lakukan. Ada saudara mara,ada sepupu sepapat pun,kena mengaji jugak dulu. Siap mengaji,ummi tak kacau dah. Boleh sambung main.



Hanya Allah yang tahu betapa ummi berdoa siang malam supaya anak anak ummi lembut lidah untuk menghafal alquran,untuk faham bahasa alquran,untuk jadi pencinta alquran. 

Insyaallah Ammar memang saya lebihkan ke arah itu. Saya cuma paksa Ammar mengaji dalam masa seminggu permulaannya. Dan selepas dia dah biasa,sekali panggil je,dia akan terus ambil iqra' dan mengaji.

Dalam kereta pula,memang tak pernah buka radio. Start je enjin kereta,terus terpasang cd mengaji bacaan kanak kanak tu. 

Ida selalu tunjukkan video kanak kanak kerana dengan tunjuk kanak kanak juga,Ammar akan rasa kawan dia hebat,dan nak jadi macam mereka juga. Lebihkurang bersaing dengan rakan sebaya gitu.

Ini antara video yang ida suka tunjuk pada Ammar



Dari segi pemakanan,saya tak pernah marah dia makan apa pun walaupun cekedis,instant food apa pun. Tapi,antara kegemaran dia ialah kismis,buah2. Kalau cekedis,dia sendiri yang tak nak. Kalau beli potato dalam botol tu,makan sekeping dua je,lepas tu tak nak dah.

Mungkin asbab vitalea kid dan omega shaklee yang saya beri pada dia. Vitalea kid untuk bekalkan nutrisi yang kurang seperti dia kurang makan sayur. 

Dan omega pula,menjadikan ammar seorang yang petah bercakap dan cepat mengingat. Dalam omega ada DHA &EPA yang memang membantu untuk minda anak2. BONUS yang dia dapat ialah,SISTEM IMUN jadi kuat sebab dah jrang sangat demam,berjangkit selsema,batuk. 

Kalu nak tahu,Ammar dulu pendiam tau. Teringat lagi arwah mak cakap "mu kena ajar anak mu tu kecek. Napok senyap jah tu..kang tak reti kecek pulok!" 

Ketika itu,umur Ammar setahun. Dan,memang agak risau bila anak nampak lebih pendiam ,dan agak manja. Pantang bercakap suara tinggi sikit,terus menangis. Dan,memang tak nak dengan orang sebab takut!

Masa tu,risaunyaaaaa Allah je yang tahu. Risau bila kawan kawan sebaya dengan ammar,dah pandai bercakap,dah paham apa yang ibu ayah cakap. Masa tu lah ida nekad nak ikhtiar dengan omega. Dan,setiap kali nampak sesuatu,ida bercerita pada Ammar. Kalau dia diam,ida tanya juga dan tunggu dia respon. 

Dan,memang terbukti omega yang banyak bantu ida dalam membentuk pembesaran Ammar. Sebab ida tak pernah bagi supplement lain kecuali shaklee pada Ammar. 

Bersyukur sangat. Selain cepat mengingat,petah bercakap,dia sendiri TAK NAK makan cekedis. Tak perlu lah ummi larang beria kan? 

So,itu serba sedikit tip yang mungkin ibu ibu boleh gunakan untuk pupuk minat anak untuk mengaji,untuk latih anak bercakap. 


Dan untuk ibu ayah yang nak ikhtiar anak anak dengan OMEGA+VITALEA KIDS untuk si manja,pemimpin masa depan kita,boleh la contact ida untuk ida guide dan consult cara yang betul pujuk anak makan supplement. 

wasap.la/jombijak

atau boleh beli terus kat website SHAKLEE kat sini. 


Moga bermanfaat :-)

Tuesday, January 2, 2018

KEPENTINGAN COQ10 ENZIM



Thank You Allah... 

Assalamualaikum 

Hi


Kepentingan CoQ10 dalam badan kita.


Apa Itu CoQ10?

Kenapa saya pilih untuk tulis tentang Coq10?

Refer previous entry COQTROL PLUS 

Koenzim Q10 (CoQ10) ialah sejenis jisim yang menyerupai vitamin dijumpai di dalam setiap sel dalam badan manusia. CoQ10 adalah perlu untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular. Para saintis mendapati jantung kita mengandungi 10 kali lebih banyak CoQ10 berbanding mana-mana organ lain dalam badan. Ini kerana jantung kita adalah organ yang paling kuat bekerja sebab ia berdegup kira-kira 100,000 kali sehari. Tidak ada satu degupan pun boleh berlaku tanpa wujudnya tenaga.



Menjana tenaga yang banyak tidak menjadi masalah semasa kita masih muda. Badan dapat mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung, tetapi apabila kita semakin tua, badan akan mengeluarkan semakin sedikit CoQ10. 

Pada peringkat umur 50-an atau 60-an, jantung kita akan mengalami kebuluran tenaga. Sebaik sahaja keadaan ini berlaku, jantung tidak lagi mampu bekerja dengan cekap serta tidak berupaya untuk menyampaikan semua oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh organ dan tisu di seluruh badan. Akibatnya, kita akan berasa letih dan tidak bermaya. 



Simptom kekurangan CoQ10:

Kegagalan jantung kongesif
Tekanan darah tinggi
Angin
Stroke
Kekurangan tenaga
Lemah system imunisasi
Cardiac Arrhythmias
Gingivitis

Sebenarnya dalam badan kita menghasilkan CoQ10 sendiri tetapi akan semakin berkurangan dengan peningkatan umur. Lagipun agak sukar untuk mendapatkan CoQ10 secukupnya daripada diet harian kita. Tindakan alternatif adalah amalan pemakanan COQHealth Plus Shaklee.



Apakah kepentingan CoQ Health Plus Shaklee untuk diri kita?







Selain daripada untuk kesihatan jantung COQ10  juga bagus untuk diabetes, kanser, kesihatan gigi, kesihatan mental, pengurangan berat badan, kesuburan untuk lelaki dan cholesterol drug.


1. Kesihatan Jantung:

Berperanan untuk merawat dan mencegah penyakit kardiovaskular termasuklah atherosclerosis (arteri tersumbat)
Mengurangkan kekerapan angina episodes dan menguatkan otot jantung.
Meningkatkan kualiti hidup bagi mereka yang mengalami kegaglan jantung kongesif
Berpotensi untuk merendahkan tekanan darah secara semulajadi


2. Untuk Kanser:
Doktor menggunakan Co-Q10 untuk merawat kanser payudara dan berperanan untuk menyokong kesihatan pesakita yang menjalani kimoterapi.


3. Untuk Diabetes:
Co-Q10 membantu untuk memperkayakan pengeluaran insulin.



4. Untuk kesihatan gigi:
Digunakan untuk membantu merawat symptom muscular dystrophy dan penyakit gusi.

5. Kesihatan Mental:
Kajian menunjukkan ada perubahan yang baik bagi pesakit Parkinson yang menggunakan supplemen CoQ10.


6. Untuk Pengurangan Berat:
Kajian yang dilakukan oleh beberapa saintis yang Co-Q10 membantu untuk turunka berat badan. Kajian menunjukkan kira-kira berkurangan 50% apabila pesakit obesity menggunakan Coenzyme Q10 dalam tubuh badan. 


7. Kesuburan Lelaki:
CoQ10 membantu untuk meningkatkan jumlah sperma dan meningkatkan kadar pensenyawaan.



8. Untuk Ubat Kolestrol (cholesterol drug):
CoQ10 boleh membantu melindungi kesan sampingan pengambilan ubat seperti beta blockers dan antipsychotics. Tetapi pengambilan lebihan drugs boleh mengganggu sintesis Coenzyme Q10. 




*These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. This is a supplement product advertisement.
credit to : vitamin suci

CoQ-Trol Plus

Assalamualaikum

Hai !



CoQHealth Plus merupakan satu produk yang agak baru dipasarkan di Malaysia. 
Tak silap saya pada Jun 2014. 
Namun, selepas beberapa tahun di pasaran,Shaklee kehabisan bahan mentah dan tidak dapat bekalan bahan yang sepatutnya digunakan. So,Shaklee memberhentikana pengeluaran kerana hanya akan menghasilkan hanya produk yang terbaik kualiti sahaja.


Setelah sekian lama tiada stok seluruh SHAKLEE,kini COQTROL PLUS kembali dengan fungsi yang lebih efektif dan packaging yang baru.

Hari ini kita baca info COQTROL PLUS yang sangat bermanfaat kepada pelbagai golongan. 

 COQTROL PLUS


Power Up Your Energy

Coenzyme Q10 merupakan komponen penting untuk pengeluaran tenaga dalam sel. Ia dijumpai dalam mitokondria, kuasa tenaga sel. 

Coenzyme Q10 sangat tertumpu dalam sel-sel otak, hati dan hati kita. Ia menukarkan lemak dan gula ke dalam tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. 

Ia juga merupakan antioksidan yang kuat, melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas.


Walau bagaimanapun, tahap koenzim Q10 berkurangan apabila kita berumur dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol seterusnya mengurangkan tahap Coenzyme Q10 dalam badan kita.


THE SHAKLEE DIFFERENCE

CoQ-Trol Plus menyediakan sejenis campuran proprietari semulajadi 100mg Coenzyme Q10 plus resveratrol dan tokoferol.

Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.




Apa CoQTrol Boleh Bantu?

CoQTrol Plus mengandungi CoQ10 yang ditunjukkan dapat:


 1. Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung

2. Menggalakkan dan melindungi arteri sihat terdapat pengoksidaan LDL
3. Meningkatkan peredaran darah

4. Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Boleh wassap terus atau click untuk order


CoQTrol Plus
30 kapsul
Runcit RM157


Friday, October 27, 2017

SCHEDULE PERFORMANCE INDEX (SPI)



Terima Kasih Allah... 



Assalamualaikum sahabat...



This blog post is the fourth blog post in a series of seven on earned value management and project forecasting.

If you’re coming here from a search engine or a referral, please read through my previous three blog posts before reading this post, there is relevant background material.

Here are the links for these blog posts:

Schedule Performance Index (SPI) and Cost Performance Index (CPI), like variances, allow you to assess the health of a project.

In specific, SPI and CPI help you analyze the efficiency of schedule performance and cost performance of any project.
Schedule Performance Index (SPI)

The Schedule Performance Index indicates how efficiently you are actually progressing compared to the planned project schedule.

As per the PMBOK Guide, “The Schedule Performance Index (SPI) is a measure of schedule efficiency, expressed as the ratio of earned value to planned value.”

The Schedule Performance Index gives you information about the schedule performance of the project. It is the efficiency of the time utilized on the project.

Formula for the Schedule Performance Index (SPI)

The Schedule Performance Index can be determined by dividing earned value by planned value.

Schedule Performance Index = (Earned Value) / (Planned Value)

SPI = EV / PV

With the above formula, you can conclude that:
If the SPI is greater than one, this means more work has been completed than the planned work. In other words, you are ahead of schedule.
If the SPI is less than one, this means less work has been completed than the planned work. In other words, you are behind schedule.
If the SPI is equal to one, this means work is being completed at about the same rate as planned, you are on time.

While calculating the Schedule Performance Index, make sure that you consider all tasks. Sometimes you may only consider the tasks on the critical path while ignoring the rest, this will cause an erroneous result.

Therefore, ensure that non-critical activities are included.

Example of the Schedule Performance Index (SPI)

You have a project to be completed in 12 months and the budget of the project is 100,000 USD. Six months have passed and 60,000 USD has been spent, but on closer review, you find that only 40% of the work has been completed so far.

Find the Schedule Performance Index and deduce whether the project is behind or ahead of schedule.

Given in the question:

Actual Cost (AC) = 60,000 USD

Planned Value (PV) = 50% of 100,000 USD

=50,000 USD

Earned Value (EV) = 40% of 100,000 USD

= 40,000 USD

Now,

Schedule Performance Index (SPI) = EV / PV

= 40,000 / 50,000

= 0.8

Hence, the Schedule Performance Index is 0.8

Since the Schedule Performance Index is less than one, you are behind schedule.
Cost Performance Index (CPI)

The Cost Performance Index helps you analyze the efficiency of the cost utilized by the project. It measures the value of the work completed compared to the actual cost spent on the project.

As per the PMBOK Guide, “The Cost Performance Index (CPI) is a measure of the cost efficiency of budgeted resources, expressed as a ratio of earned value to actual cost.”

The Cost Performance Index specifies how much you are earning for each dollar spent on the project. The Cost Performance Index is an indication of how well the project is remaining on budget.

Formula for the Cost Performance Index (CPI)

The Cost Performance Index can be determined by dividing earned value by actual cost.

Cost Performance Index = (Earned Value) / (Actual Cost)

CPI = EV / AC

With the above formula, you can conclude that:
If the CPI is less than one, you are earning less than the amount spent. In other words, you’re over budget.
If the CPI is greater than one, you are earning more than the amount spent. In other words, you are under budget.
If the CPI is equal to one, this means earning and spending are equal. You can say that you are proceeding exactly as per the planned budget spending, although this rarely happens.

Sunday, October 22, 2017

Zikir Untuk Melembutkan Hati Suami


Assalamualaikum...

Zikir ini elok diamalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut :

" Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir."

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak.

Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak)

Selain daripada itu amalkan doa ini :

" Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi."

SEKUAT mana seorang WANITA cuba menghadapi DUGAAN...
SETABAH mana seorang wanita cuba melalui UJIAN...
SETENANG mana seseorang wanita cuba MENYEMBUNYIKAN KESEDIHAN...

Adakalanya, AIR MATA akan tetap JATUH BERGUGURAN di pipi walau dalam SENYUMAN, lumrah wanita penuh KASIH SAYANG dan KELEMBUTAN, mudah terguris dan terhiris, hati halusnya menguatkan SEMANGAT dalam diri a

Wednesday, September 6, 2017

Pulihkan muka rosak akibat tersalah produk!

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...


Gadis tersebut memakai penutup muka (facemask). Aku tertanya-tanya. Biasanya pesakit Tuberculosis yang diminta memakai facemask kerana penyakit tersebut mudah berjangkit. Atau pesakit kanser yang sedang menjalani kimoterapi kerana mereka mudah dijangkiti kuman.
Tetapi, apa yang membuatkan gadis 20-an ini datang ke klinik pada petang ini? “Maaflah doktor, saya malu sebenarnya.” ujarnya lemah.
Tangannya perlahan menurunkan facemask yang dipakai. Maka terpampanglah wajah gadis ini. Kulitnya menggelupas. Nanah kering sebesar syiling 50 sen bertompok-tompok di pipinya.
Masih ada bahagian kulit mukanya yang kemerahan. Berlendir. Ada yang baru hendak naik bintik, persis jerawat. Tapi bukan jerawat. “Produk apa, yang cik pakai?” soalku spontan.
Sekali pandang aku sudah mengetahui, pasti ada penyebabnya. Ini bukan kali pertama aku menjumpai kes sebegini. “********”, jawabnya ringkas.
Aku mengangkat kening. Baru pagi tadi aku membaca kenyataan media terbaru dari Datuk Ketua Pengarah Kesihatan.
Aku mengeluarkan telefonku dan aku membuka website KPK.
“Yang ini ke, cik?”
“Ya, kedua-duanya!”
Aku bertanya lebih lanjut beberapa soalan kepadanya.
Sudah berapa lama guna. Di mana dia membelinya.
“Dah dekat dua minggu guna. Beli di pasar malam.” “Saya ada jumpa penjual tersebut semalam. Penjual tu kata muka saya jadi begini kerana badan mengeluarkan toksik sebab sebelum ini banyak pakai pencuci muka yang ada bahan kimia.”
“Healing crisis?” aku bertanya.
“Ya, betul doktor, itu yang dia bagitahu.
Betul ke?” “Cik, ini bukan healing crisis. Tidak ada apa yang disebutkan sebagai healing crisis. Sebaliknya ini adalah kesan penggunaan bahan terlarang didalam produk tersebut.” aku menjelaskan.
Tampak hiba di wajahnya. “Cik, sudah berkahwin?” aku bertanya lagi.
Beliau tersenyum-senyum sengih. Mungkin ingat aku cuba mengoratnya. Lantas menggelengkan kepala. “Maaflah kerana bertanya.
Maksudnya cik bukannya pregnant atau sedang cuba pregnant lah kan?” aku sengaja bertanya lagi.
Kerana aku perlukan kepastian. “Eh mestilah tak. Kenapa, doktor?” gadis itu pun cuba mendapatkan penjelasan. “Bukan apa, cik. Kerana dalam salah satu produk tersebut, pihak KKM mengesahkan ada bahan bernama tretinoin.”
Bundar mata beliau mendengar aku menyebut nama bahan kimia tersebut. “Tretinoin, adalah sejenis bahan yang digunakan untuk merawat jerawat.
Tetapi, ianya sangat kuat. Kuat dari segi kata, kesan sampingannya. Kesan sampingan yang saya maksudkan, adalah jika seseorang itu mengandung sama ada sedar atau tidak, khususnya pada trimester pertama, janin beliau berisiko untuk mengalami kecacatan!”
Wajah gadis tersebut berubah pucat. “Kesan tretinoin yang cukup kuat ini, menyebabkan ubat ini biasanya hanya dipreskripsi oleh doktor pakar kulit.
Saya sendiri tidak dibenarkan memberi ubat ini kepada pesakit, kerana saya bukan pakar kulit. Dan pakar kulit sendiri pun, apabila beliau mahu memulakan rawatan dengan ubat ini, pesakit perlu menandatangi persetujuan (consent) bahawa sekiranya ditakdirkan pesakit mengandung ketika menjalani rawatan tretinoin, dan berlaku kecacatan kepada janinnya, doktor pakar kulit ini tidak akan dipertanggungjawabkan.
Maksudnya pesakit bertanggungjawab mengambil langkah-langkah pencegahan kehamilan sepanjang menjalani rawatan dengan ubat ini!”
Gadis tersebut menunduk. Terdengar perlahan dia menyebut.. “Astaghfirullah…. Sebenarnya doktor…kakak saya pun ada menggunakan produk ini juga. Tapi dia tidak mengalami masalah kulit seperti yang berlaku kepada saya.
Kakak saya tersebut, sedang mengandung anak sulung, baru dua bulan!” Aku menarik nafas panjang. “Saya sarankan cik nasihatkan kakak cik untuk berhenti menggunakan produk ini, dan maklumkan perkara tersebut kepada doktor klinik tempat beliau check up.
Dikhuatiri beliau perlu menjalani scan yang terperinci (detailed scan) untuk mengenalpasti adakah ada masalah pada janin beliau.”
Mata gadis tersebut bergenang. “Kenapa produk dengan bahan berbahaya sebegini dijual di pasar-pasar malam, doktor…” tanyanya.
Aku pula yang serba salah. Namun aku menjawab dengan tuntas, “Kerana ada orang yang membelinya.” Lantas gadis tersebut diam.
Sentap, agaknya. “Awak, taknak ambil apa-apa tindakan ke kepada syarikat produk ini? Bukti sudah ada.” aku cuba menghasutnya.
Beliau hanya mendiamkan diri seketika, sebelum berkata – “Tak apalah, doktor, benda dah jadi, saya taknak tutup periuk nasi orang.”
Maka aku pun menjawab dengan senyuman, “Kes sebegini, kalau jadi di hospital-hospital kerajaan, berduyun-duyunlah orang akan memarahi doktor dan hospital. Viral di media sosial, katanya doktor cuai memberikan ubat. Silap haribulan kena saman berjuta-juta.
Tapi yelah. Itu kalau berlaku di hospital kerajaan.” Sengaja aku cuba “membakar” beliau. Tapi sejujurnya, memang aku sudah bosan dengan produk-produk sebegini yang melambak di pasaran. Produk-produk yang mengandungi bahan terkawal dan berbahaya, namun dijual secara berleluasa.
Dengan testimoni-testimoni yang indah-indah, “babi pun boleh terbang”. Kanser pun boleh sembuh. Kencing Manis pun jadi tawar. Padahal mengandungi bahan seperti steroid, yang penggunaan secara kronik dan tidak terkawal dosnya menyebabkan kerosakan buah pinggang.
Akhirnya datang ke hospital juga, dan kami juga yang perlu merawat pesakit-pesakit yang menjadi mangsa kepada kapitalis tidak beretika seperti ini. Aku menghabiskan sesi pada petang ini dengan menerangkan rawatan yang aku berikan kepada gadis tersebut.
Aku meminta izin untuk mengambil gambar mukanya untuk tujuan laporan advers dan aku berjanji akan melindungi identitinya.
Gambar yang dipaparkan ini, bukan gambar gadis tersebut. Ianya hasil dari carian google, namun inilah yang berlaku pada wajah gadis itu.
Dan aku harap masyarakat lebih bijak mengetahui bahawa nombor notifikasi, bukanlah nombor kelulusan. Dan sijil paten harta intelek, bukanlah sijil “KKM Approval”.
Dr. Mohd Syamirulah Rahim 11 April 2017 http://fb.com/dr.syamirul

gambar ehsan google saja ni,bukan muka sebenar patient




Ida nasihatkan juga, kalau nak kulit yang cantik, jangalah kedekut sangat sebab produk yang murah hanya gunakan bahan yang murah juga dan bahan yang murah dan mudah didapati pula adalah bahan kimia.Malang sekali kan?….

Dan satu lagi kesalahan yang ramai orang selalu buat adalah nak kesan yang cepat… kalau boleh lepas pakai krim atau apa-apa produk tu terus nak tengok kesan segera… boleh… tapi, ini semua hanya boleh dicapai dengan penggunaan bahan kimia.

Biarlah lambat, biarlah berbelanja lebih sedikit asalkan kita tak menjadi mangsa kepada produk-produk sampah yang terlalu banyak bersepah dipasaran sekarang ni. Berhati-hatilah yer…



BERITA BAIK!



Walaupun pasaran kita dilambakkan dengan produk-produk yang penuh dengan bahan kimia, tapi sebenarnya masih ada produk yang selamat, yang semulajadi, yang bebas daripada bahan kimia merbahaya untuk pulihkan kulit muka rosak dan buatkan kulit anda kekal cantik & sihat.

Dan  PROMOSI september ialah Khas untuk anda yang mengalami masalah breakout akibat tersalah guna produk kecantikan.



















Rawat dan pulihkan kulit muka rosak dengan cara yang betul supaya anda boleh dapat semula kulit yang sihat & cantik seperti yang sepatutnya.

Jika anda pernah menggunakan produk penjagaan kulit yang disyaki mengandungi merkuri atau hydroquinone atau apa saja bahan kimia merbahaya, adalah dinasihatkan untuk anda lakukan DETOKSdengan segera. Ini bagi membantu menyingkirkan lebihan bahan kimia yang tertinggal di dalam badan anda.


PROMO SEPTEMBER 
SET KECANTIKAN + LIPSTIC MARYKAY


PM ida untuk maklumat lanjut
012 6818241


www.wasap.my/60126818241

75% IBU HAMIL AMALKAN KALSIUM SHAKLEE



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...


Ada ibu menyusu yang tidak kisah tentang sakit-sakit tulang atau gigi yang rosak (akibat kurang kalsium) asalkan anak mendapat zat yang cukup.

Tahukah anda bahawa kalsium adalah zat
yang amat penting bagi ibu-ibu hamil?

Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

Sebanyak 75% ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak.

Ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

Ibu hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.

Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak 1 liter setiap hari. Ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.

Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi.

PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.

Kehilangan kalsium

Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.

Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri, merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.

Oleh yang demikian, ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

Anda bagaimana? Jika anda sukar minum susu, anda perlukan pil kalsium seperti Ostematrix


Ostematrix - Apakah perbezaannya dengan pil kalsium lain?

4 biji per serving menyediakan 1000mg keperluan kalsium tubuh. Disediakan dalam bentuk kaplet yg mudah untuk ditelan.
Ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.
Kombinasi kalsium dengan Magnesium dan Vitamin D adalah penting kerana ia merangsang kesan penyerapan kalsium yang lebih tinggi oleh tubuh.
Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai alahan dengan produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy). Atau dengan kata lain anda hanya perlu mengambil 4 biji tablet ostematrix Shaklee sehari bagi menggantikan beberapa gelas susu! Terbaik untuk mereka yang tidak lalu untuk minum susu.


Kebaikan Ostematrix kepada ibu hamil

Tidur lebih lena
Saya memang jenis susah tidur malam, apatah lagi ketika hamil dengan keadaan badan yang kurang selesa dek perubahan demi perubahan yang dialami sepanjang mengandung. Perut yang makin besar, kram di kaki, sakit pinggang dan macam-macam. Alhamdulillah, pengambilan Ostematrix membantu saya mengatasi masalah ni, walaupun mungkin tidur tu sekejap aje tapi lena. Lebih best saya bolehbangun pagi dengan cergas!


Tiada masalah sembelit
Bukan ibu yang berpantang aje ada masalah sembelit tau. Ibu hamil pun ada juga tambahan lagi apabila perut kian membesar yang menekan bahagian usus kami-kami ni. Kandungan Ostematrix Shaklee ni pula memberi efek melembutkan najis so mudahlah nak membuang dengan jayanya.

Tips saya, apa-apahal sebaik bangun tidur minumlah segelas air masak terlebih dahulu untuk memudahkan proses perkumuhan.


Pinggang dan paha tak lenguh
Saya ni kerja kat tapak bina, jadi nak tak nak,memang kena drive sendiri pergi kerja. Punggung,tak payah cakap memang lenguh. Tidur malam saya memang standby mengereng. Lenguh. Tapi dengan pengambilan Ostematrix, masalah lenguh dan krem ini dapat diatasi.


Maintain production breastmilk masa hamil
 Buat pengetahuan anda, ibu mengandung tak boleh makan alfalfa (milk booster paling superb buat saya) jadi boleh teruskan minum ESP dan gantikan alfalfa dengan Ostematrix untuk bantu maintain breastmilk supply. Alhamdulillah untuk saya sendiri memang berkesan.


Bantu mudahkan bersalin
 Masa mengandungkan anak sulung, saya memang rajin minum susu sebab suami saya masa tu rajin bancuhkan hehehe .. tapi untuk anak kedua  saya rajin telan 4 biji Ostematrix Shaklee sebelum tidur. Kandungan kalsium dalam Ostematrix ni penting untuk kurangkan krem semasa proses bersalin. 

Anda berminat untuk mencuba? 



012 6818241 
noraida omar

Nak menikmati discount 20-30% harga produk? Semestinya boleh. Dengan register ahli Shaklee. Hanya RM 79.00 pendaftaran sekali untuk seumur hidup

6 Tips Pulihkan Kulit Rosak Akibat Kosmetik

Assalamualaikum sahabat



Petang ni,saja ida nak share tip untuk rawat mka breakout.
Sebab ramai sangat yang ida tengok update status pasal ni,so,mungkin ada tip tip ni yang korang boleh cuba


1 – Berhenti dan elakkan memakai produk kosmetik pada muka
Kulit sangat sensitif terhadap unsur dari luar terutamanya bahan kimia, lebih-lebih lagi ketika sel kulit sedang rosak atau mengalami iritasi.
Buat masa ini, hentikan sebarang penggunaan produk kosmetik sama ada yang sudah terbeli atau ingin mencuba yang lain.
Ini dapat mencegah kulit daripada terus terjejas dan mengalami komplikasi yang lebih buruk.


2 – Berikan tempoh bertenang & dapatkan nutrisi vitamin untuk kulit
Berikan masa rehat pada kulit muka yang terjejas melakukan proses pembaikpulihan secara semulajadi tanpa pengunaan makeup asas termasuk bedak dan pembersih muka.
Dalam masa itu, amalkan diet yang boleh membekalkan sumber kepada proses pembaikan sel. Antaranya makanan yang kaya dengan kandungan vitamin A, biotin, vitamin C, vitamin E dan mineral zink.
Pemakanan melalui suplemen turut boleh membantu untuk mendapatkan kesemua sumber vitamin ini dengan kadar mencukupi dan konsisten.


3 – Awas bahaya terdedah kepada sinar matahari
Terdedah secara langsung dan berlebihan kepada sinar matahari boleh memyebabkan kulit muka yang rosak terasa pedih.
Juga boleh menyebabkan penghasilan melanin berlebihan di dalam kulit yang bakal menyebabkan berlakunya pigmentasi.
Kesannya mungkin akan menyebabkan tona warna kulit menjadi tidak sekata atau komplikasi jeragat di muka.


4 – Jangan picit jerawat!
Jangan pelik jika tumbuh jerawat di muka, lebih-lebih lagi di kawasan kulit yang rosak itu. Awas! Ia sering muncul secara tiba-tiba tanpa dikehendaki. Biarkan ia, jangan dipicit atau dipecahkan.
Bakteria di dalam jerawat mungkin boleh memburukkan lagi proses pemuliharaan kulit yang rosak jika dilepaskan keluar.


5 – Minum air kosong 8 gelas sehari
Air adalah sangat penting untuk badan. Selain untuk membantu proses perkumuhan, ia juga penting untuk proses detoksifikasi. Detoks merupakan proses penyingkiran toksin yang berlebihan di dalam tubuh.
Semakin banyak air anda minum, lebih banyak toksin yang akan disingkirkan melalui urin dan peluh. Elok untuk membuang segala sisa kimia yang mungkin tersimpan di bawah kulit atau dalam badan.


6 – Dapatkan sumber protein dan kolagen
Protein dan kolagen bertanggungjawab membantu proses regenerasi sel untuk menghasilkan sel-sel kulit yang baru. Protein boleh diperolehi dari sumber pemakanan. Manakala kolagen adalah unsur semulajadi di dalam tubuh yang akan semakin berkurang apabila usia semakin meningkat.
Untuk sumber yang mencukupi bagi keduanya, pemakanan nutrisi suplemen sememangnya amat membantu.

ESP – Sumber protein yang penting untuk pembinaan sel-sel baru yang lebih sihat


Gla Complex – Untuk membantu menstabilkan hormon dalaman wanita dan memulihkan kulit yang rosak



Vita-C Plus – Membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit yang rosak, membantu penghasilan kolagendan menjalankan fungsi antioksidan

Alfalfa Complex – Membantu menyingkirkan toksin dari dalam tubuh, komposisi darah dan saluran usus

Vita-Lea – melengkapkan keperluan nutrisi tubuh agar sistem tubuh dapat berfungsi dengan lebih baik


Collagen Powder – Sumber kolagen premium yang diperlukan untuk proses penyembuhan dan pemulihan kulit rosak

Vita-E Complex – Membantu melembapkan kulit, melawan serangan radikal bebas serta memudarkan parut di kulit.

Vivix – Membantu memulihkan sel yang rosak sehingga ke Peringkat DNA. Tinggi resveratrol dan polyfenols, antioksidan yang hebat. 





Anda berminat nak dapatkan harga PROMO bulanan bagi produk Shaklee? Ada cara mudah untuk dapatkan harga PROMO

PM ida sekarang
012 6818241