Ads

jom kita kawan

Friday, May 15, 2015

PERMASALAHAN KESIHATAN MENYELURUH


Assalamualaikum semua..

kat sini ida kongsikan serba sedikit persoalan2 yang kawan2 tanya pada doktor yang bertugas kt group telegram.

kalau ada persoalan yang korang nak tanya pun boleh,pm or comment je..nanti ida tolong panjangkan persoalan korang pada doktor yang ada dalam bilik tu.
selamat membaca
;)

🆕1⃣  soalam saya...anak saya sllu gatal2..smpi luka2 sbb digaru..ada apa2 jenis krim yg bole doktor sarankan...anak umur 8thn..berat 40kg..
Terima ksih...😊😊
Boleh guna mild steroid, macam hydrocortisone cream

🆕3⃣
salam dr..saya dah lama kena gastrik..mcam2 ubat dr dah bagi..skarang xboleh makan mkanan keras..contoh nasi..rasa pedih.sakit..adakah penyakit ni dah making teruk..?

🆕4⃣
Assalam.Dr saya nak tanya adakah cara atau apa cara senaman yg boleh merawat rabun mata dan silau
Kena makan sikit sikit dan kerap, insyaa Allah
Hanya boleh di betulkan dengan memakai cermin mata, atau pembedahan lasik

🆕5⃣
Asslm Dr, Ubat titik dalam mata tu....klau dh buka boleh guna brp lama ye?simpan dlm peti ais boleh thn lama x?😊
Kena buang selepas 2 minggu, kalau simpan dalam peti ais pun kena buang selepas 2 minggu

🆕6⃣ 
Assalamualaikum doc...saya nk tyala..ank saya berusia setahun..tp dia xbyk buang air kecil..kdg2 dr pg mndi smpi ptg..skali je..klu mlm pun kdg2 skali...pampers jarang penuh..ada apa2 effect x doc...trma ksih...😊😊

🆕7⃣
Assalamualaikum.
Boleh ke orang mengandung trimister pertama minum air kelapa muda? Ada tak memberi kesan apa-apa kepada kandungan?.
Terima kasih.

Wa alaikum salam, cuba perhatikan samada air kencingnya pekat dan berwarna seperti air teh, jika warnanya sedemikian kemungkinannya dia tak cukup minum
Boleh dan insyaa Allah tiada kesan apa apa
Kalau warna air kencing okay  tak ada darah, saya rasa tak ada masalah.


Kalau tak makan tapi minum susu okay je, anak saya yang sulung minum susu je hingga berumur 4 tahun

🆕9⃣   tak lama lg nk puasa,utk org yg ada gastrik,bagaiamana utk kawal sakit gastrik tu?


Sekarang ni makan sikit sikit dan kerap
kenapa air kencing keruh? perlu risau tak
lately ni baru noticed
Cuba buat ujian air kencing, pastikan ia tidak mengandungi darah atau cuba minum lebih banyak air, ia menjadi clear atau tidak
lagi satu doc kalai x keberatan. sahabat saya sakit buah pinggang dan dia beritahu saya antara tanda2 kidney problem ni bila buang air kecil kita akan dapati air dalam toilet bowl tu berbuih
Bila air kencing berbuih ia menunjukkan air kencing tadi mengandungi protein. Protein akan banyak terbuang dan menjadi rendah dalam salur darah. Ini yang menyebabkan badan menjadi bengkak dan mata jadi sembab
Biasanya mkn novomin pastu minum air bikarbonat. Tak tahu pulak dari sudut medic mcm mana. Tp berdasarkn pengalaman mmg berkesan. Cuma novomin buatkan kita mengantuk. Mintak pendapat doc dlm hal ni.


Adakah merbahaya doktor? Bila berbuih setiap kali
Bila berbuih kena check sebab ia menunjukkan kencing mengandungi protein, bahaya atau tidak bergantung kepada penyebab protein keluar melalui kencing


Kolesterol memainkan peranan yang kecil sekali dalam meningkatkan kolesterol dalam darah
Kaedah diet yg saya faham, pagi makan banyak-banyak.

Tengahari, makan ala kadar.
Petang pun ala kadar.
Malam, sekadar biskut kering.

Untuk saya, pagi dan tengahari boleh buat. Cuma petang dan malam, tak menentu. Kadang makan terlampau.
Apa yg memainkan peranan besar doc? Cholesterol sy dah atas border ni...

Karbohidrat, ia akan merangsang hati untuk membentuk kolesterol

Assalam dr..anak saya ada pyakit kepala..macam kelemumur yg teruk..making lama making teruk dah penuh satu kpala..dr bg ubat shampor..tapi x ada kesan..mcamana tu..ada kah kena rujuk ke pakar kulit..
Sepatutnya pergi ke pakar kulit, mungkin anak pun ada seborrheic dermatitis



🆕9⃣x lama lg nk puasa,utk org yg ada gastrik,bagaiamana utk kawal sakit gastrik tu?
Sekarang ni makan sikit sikit dan kerap

🆕1⃣1 Zuraida Ismail
Assalamualaikum.. doktor.. saya nak tahu mengenai vaksin HPV.. kebaikan, keburukan, perlu/ tidak perlu

Hpv hanya untuk orang perempuan untuk mencegah kanser pangkal rahim, kebaikan nya dapat mengelak kanser pangkal rahim. Keburukan nya belum lagi established kerana ianya masih baru lagi

🆕1⃣2Asslamualaikum..selamat pagi semua..dr bagaimana nak hilangkan pnyakit badam..pada jari..dah pergi klinik..bg ubat sapu..xhilang..gatal..pedih..

Q🅱05
assalamualaikum.. doktor nak tahu apakah punca sukar menelan makanan... kerap juga terjadi...


Mungkin tekak terlampau kering atau kekurangan zat besi juga boleh menyebabkan susah untuk telan, cuba buat pemeriksaan
dah stahun kena penyakitni..gatal2..udang..sotong telor dah lama x makan.ubat makan..ubat sapu..x juga hilang..nak hilang kan penyakit ni...


 Q🅱14  selain tu kan doktor... rakan saya menderita cyst dengan fibroid serentak..  masing-masing  6 x 5cm besar... apa impak akan datang pada rakan... apakah boleh untuk mengandung... dah berbelas tahun kawin tak pernah mengandung walau sekali...



Bergantung pd pakar....rawatan berbeza pd saiz...ada yg boleh mengandung mxm biasa, ada just buang ketulan tu..ada buang semua uterus


🆕1⃣5
asssalamualaikum..
knapa isteri sy selalu skt perut semasa mengandung??


Saya rasa dia gastik pasal bila perut besar....kandungan menekan pd perut ....jadi acid mudah naik esophagus
Ada banyak sebab......tp benda ni kadamg2 biasa jiga.


🆕1⃣6
Assalamualaikum...doc..knp hidung kami suami isteri kdg2 kuar darah..sblh kanan shj..tibe2 kuar...trma ksih..


Pasal salur darah kat hidung mudah berdarah.Ini fenomena biasa kerana salur darah terletak di permukaan kulit di hidung



Cuba diet yang kurang cili, bawang, dan rempah. Semasa mengandung paristalsis urus menjadi lebih perlahan mungkin bahan ini merangsang dinding usus



Kalau keadaan teruk dan sangat gatal boleh cuba makan prednisolone atau betamethasone tapi perlu pengawasan dari doktor
Memang tak boleh hilang kecuali jika alah pada apa dan jauhkan diri darinya


Doc sya dnasihatkan utuk mrncang fmly
Sya x mau mkan ubat.
Nurse nasihat pasang IUD.
Ade kesan kah doc?
SBB sye sllu dgr org Pakai alat tu..then preggy ..alat mlekat kat Anak..byqngkan kalo mlekat d hidung r mata?..
Iud memang boleh mengandung tapi tak lah sampai melekat pada anak, biasanya doktor akan keluarkan iud tu.


Satu lagi komplikasi ialah jangkitan kuman pada pelvis disebabkan bendasing dalam badan

🆕1⃣7


Kalau saya makan udang atau ketam, saya alah. Bersin, rasa gatal muka.
Biasanya begitulah.

Ada kalanya, saya ok, tiada kegatalan.

Adakah alergik mcm tu? Kadang ok, kadang tak ok.
Kalau alahan setiap kali makan akan jadi gatal, kalau kadang jadi kadang tidak mungkin alah pada rempah ratus nya

🆕1⃣8
Salam doc..apakah tanda2 penyakit katarak dan apakah cara untuk cegah atau rawat
Tanda katarak pandangan di halang, cara merawat operate dan ganti kanta. Cara cegah, kontrol makan supaya jangan kencing manis, jangan selalu bubuh ubat mata yang ada steroid, elakkan kecederaan pada mata dan lain lain lagi



Q0⃣1Assalamualaikum..selamat pagi..Dr anak lelaki saya sering berak keluar darah..adakan buasir atau usus..sakitnya tidak..tapi darah keluar slepas najis..

Kena buat pemeriksaan, mungkin ada polyps, infestasi cacing pun boleh, umur anak berapa tahun
anak remaja..23thun..
Oh, besar kemungkinan buasir
lama2 dia pergi ke barah usus ke??
Biasanya tak lah sampai jadi kanser, sebabnya terjadinya kurang makan serat dan sembelit, kerap cirit, berpidato dengan bersemangat dan suka menjerit, mengangkat barang berat selalu
berpidato? mcamana kesannya?

Biasanya penceramah akan cakap dengan semangat dan menekan suara, ini akan meninggikan tekanan dalam perut seperti meneran

Q,2⃣   Doc, saya baca buku Eat Right for your Blood Type, saya dpt apa yg saya makan selama ni tidak sesuai dgn jenis darah 0 saya, adakah ini benar? Sebagai cth: saya tak makan daging lembu, lamb disebabkan ada allergic, tapi dlm senarai beneficial food yg terbaik adalah daging lembu, cth lain: saya gemar makan roti wholemeal dan cereal, tp ia dlm senarai food to be avoided, jd Doc, perlukan saya ikut senarai yg tertulis atau yg dinasihatkan?  Jzklh Doc 🌱🌱
Soalan ni pernah dah di tanyakan dan rasanya Dr Seiji dah jawab. Pada saya tiada kaitan langsung, tapi terpulang kalau nak ikut, hanya yang penting makan makanan yang seimbang, apa yang nak dimakan terpulang pada pilihan masing masing

Q0⃣3Adakah pengambilan whey protein akan menggemukkan? Sy dgr pegambilan whey protein baik utk merawat rasa sakit akibat aktiviti sukan. Betul ke?
Insyaa Allah, pengambilan protein tidak akan menggemukkan, tapi jika diambil dengan sangat berlebihan akan memberi tekanan pada buah pinggang. Sakit otot sebab bersukan rasanya akan lebih selesa jika mengambil b kompleks

Ooo... B complex elok utk org bersuka...Saya nak amalkan.

Dr. apa suplement utk org yg dah 50 series?
Kalau boleh semua nutrient yang ada dalam senarai
Selain itu b kompleks meningkatkan kadar metabolisme asas, selera makan juga bertambah, jika tidak kawal makan boleh bertambah gemuk

Q05... As salam dr. Utk pesakit slip disc yg baru melaluu prosedur injection... ada pantang larang tak?
Facet injection..*
Jangan angkat benda berat, kurangkan berdiri lama

[Cervical n lumbar spine was compressed L3/l4 n l4/l5 disc bulge
[C6 c7 dusc bulge
http://www.spine-health.com/video/facet-joint-injections-procedure-video

Oic... dari segi pemakanan... ada tak yg perlu pantang? 😁😁😁
Tak perlu pantang makan
B complex blh mengemuk kan??terima kasih dokter. Saya nak cuba makan b kompleks dan kawal nafsu makan sekali...

Q0⃣6-doctor nak tanya,adakah buah tembikai blh menyebabkan seseorg tu semput
Tidak, semput merupakan penyakit alahan keturunan. Kalau dah memang semput dan alah pada tembikai memang akan dapat semput setiap kali makan, tapi kalau kita tidak alah dengan tembikai kita tidak akan semput

Q0⃣7Dr, bdk klu kerap dmam, dlm sebln 2@ 3kali, apa mslhnya?
nsyaa Allah, nanti bila sistem immune berkembang dengan baik akan kurang demam. Kanak kanak akan kerap demam kembali bila ke tadika atau kakak dan abangnya ke tadika


Q0⃣8Doc.. Selain dari susu, makanan apa kah yang boleh menambahkan berat badan secara agresif?
I
Semua jenis karbohidrat

Q09. Dr..apa cara yg btl utk buat blood test di rumah? Guna test kit yg beli di farmasi. Cara mcm ni ok x: puasa waktu mlm n esok pg cek. Lps brekfes, tgu 2 jam n test lg sekali utk tgk sama ada blood glukos dh trn ke normal atau masih tinggi.
Kalau nak tahu kencing manis atau tidak, test sebelum sarapan dan kemudian 1 jam, dan 2 jam kemudian. Kalau nak tahu kontrol atau tidak kena test setiap kali sebelum makan


p/s:
ida jual shaklee tahu..ada untuk kolestrol,tingkatkan sistem imun anak2,buasir,masalah kulit,jerawat,jeragat..

sekarang kalau  hantar anak gi taska dah tak selalu demam..kalau dulu,dalam seminggu tu,sehari je boleh elok..ari2 lain,demam lah.selsema lah..

alhamdulillah omega&mealshake membantu tak berjangkit.

boleh pm ida jer yer kalau nak tahu lanjut
012-6818241

Anda Tanya Doktor Jawab Soalan kesihatan 21-30


Terima Kasih Allah... 


Assalamualaikum sahabat...


Hari tu ida ada share pasal soalan2 kesihatan yang telah ditanya oleh kawan dan dijawab oleh doktor2.

dan ada 1 kelas bersama Dr.Zubaidi..

kalau sape2 yang terlepas nak baca soalan2 tersebut.boleh refer kt sini yer ;)




Dan hari ni ida nk share lagi soalan 21-30..sorry sangat2 sebab ida sibuk sangat2 dengan audit..bermacam2 audit nak kena hadapi..hihihihi 

so selamat ulangkaji..kalau ada apa2 persoalan yang bermain di fikiran,boleh jer drop kt comment nanti ida akan panjangkan pada doktor2 yang ada kat dalam group kami tu..




SOALAN KESIHATAN 21
SINDROM VOMIT

QR21: Salam dr. Ada x penyakit sindrom vomiting? Ank sy sejak dr umur 6 thn, kerap kali vomited tanpa hg warded.

A21: bila muntah tu selalu lepas makan ke....atau tak makan muntah ke?Berapa kerap muntah tu?Ada demam?Cirit birti atau sembelit?Setahu saya tak ada sindrom vomiting
Kadang2 vomiting boleh menandangkan saluran sistem penghadaman tak sempurna

SOALAN KESIHATAN 22
KESAN UBAT

Q:Pelangi hijrah
Q.As salam,sy nak tanya nie,adakah kesan daripada pengambilan suppliment...contohnya seperti supliment untuk rawat kulit,untuk hilangkan parut ke


A: drshahrul
Setiap ubat @ bahan @ makanan @ minuman yg kita ambil boleh ade kesan sampingan jika tubuh kita alah dgn bahan tersebut @ kita ambil dlm kuantiti yg banyak. Begitu juga supplement & ubat2. Kesan sampingan bergantung kepada supplement tersebut. Sy hanya sebut secara general. U all kena tanya sendiri pd penjual supplement tersebut apa kesan sampingannya. Jika penjual kata tiada kesan sampingan, maknanya si penjual tidak amanah @ kurang pengetahuan tentang produk jualannya.

SOALAN KESIHATAN 23


SOALAN KESIHATAN 24
SAKIT TUMIT
Q24. Apa sebab tumit selalu rase ngilu terutama bangun dari tidur? Kedua-dua belah kaki.

Q 24 Itu biasanya di sebabkan calcaneal spur, untuk supaya tidak sakit sangat kena pakai kasut yang lembut tapaknya dan di rumah kena sentiasa pakai slipper yang tebal. Insyaa Allah sakit akan kurang

SOALAN KESIHATAN 25
AIR LEBIH DALAM BADAN

Q25:Overweight: Didapati Ow disebabkn air yg berlebihan dlm badan... atau gemuk air...BMI 30. apa rawatan yg bsesuaian di samping diet yg berterusan? tq

A25: Overweight di sebabkan tisu lemak yang berlebihan sebenarnya, jadi untuk kurangkan berat kita kena kurangkan makan karbohidrat dan exercise supaya badan kita akan pecahkan lemak untuk membekalkan tenaga. Kata kita hanya kurangkan karbohidrat dan tidak exercise badan kita akan pecahkan protein kerana ia lebih mudahUntuk senang kalau kita makan satu pinggan, suku nasi, suku lagi protein dan setengah pinggan sayur

SOALAN KESIHATAN 26
BRAIN DEAD
Q26: Berkenaan life support dlm kes brain dead dan bergantung kepada mesin sahaja. Apa kaedah terbaik menurut syarak?

A26: Masya Allah, harap ada yang arif menjawabnya
Peraturan di hospital bergantung pada waris, bila waris kata off baru akan di off kan. Doktor hanya akan beritahu bila pesakit sudah brain death.Hospital akan tunggu sampai waris buat keputusan untuk off, mungkin boleh cari ustaz dan ceritakan situasinya untuk memberi nasihat pada waris


SOALAN KESIHATAN 27
KENCING TAK LAWAS

Q27. APA PENYEBAB KENCING TAK LAWAS UNTUK LELAKI DEWASA... DAN MCM MANA UNTUK MERAWAT NYA... DAN OBAT APA YG MUJARAB UNTUK PENYAKIT KENCING TAK LAWAS NI...


SOALAN KESIHATAN 28
ASMA

Q28. Sy pengidap asma sejak kanak2 lg.masa zaman kanak2 dulu jika sy diserang asma akan disusuli dgn demam skali.jd tempoh utk sembuh itu kadang2 hampir seminggu.bile meningkt dewasa serangan asma itu semakin berkurang dan biasa berlaku sekali @ 2 kali sahaja setahun.walaupun jarang berlaku bile terkena mmg sgt2 tersiksa.sy tidak menggunakan ubat sedut mcm pengidap asma yg lain dan biasa doktor hanya memberi ubat pil dan ubat batuk sahaja.soalan sy bila sy minta ubat Sedut mcm pesakit asma lain doktor tidak menyarankan berbuat demikian.kenape begitu.sy lihat ia lebih berkesan dan cepat sembuh berbanding dgn mkn ubat.
Sy juga tidak pernah merokok sepanjang hidup sy kerana penyakit sy ini.

SOALAN KESIHATAN 29
BUASIR
Q: Ank sy berumur 13 tahun kena buasir...apakah penyebab utama buasir...cara nk elakkan buasir....

A: Penyebab utama buasir ialah sembelit dan kerap cirit, suka menjerit, banyak mengangkat benda berat dan apa jua aktiviti yang meningkatkan tekanan dalam abdomen dengan tinggi





Soalan Terkumpul

‍‌‌‌‌‍‍‍‌‌Q Syahrizul

Q, for prolapsed disc, L4, L5 and S1, apakah rawatan lain selain conservative operation? ‌‌‍‌‍‍‌

Q Din Jamal

PROSTAT BENGKAK
Q; Doktor..ada tak kesan sampingan jika makan ubat bengkak prostat?Apa yg mnyebabkn klenjar prostat bengkak?Tkasih


🆕2⃣2⃣Fadzli ABM

Q..saya ada seorang sepupu yang dikhabarkan langsung tidak datang haid.

🆕2⃣3⃣ lailatulqadar

Q.assalamualaikum.ank sya 18thn demam.doc ambil drh tiada denggi.tapi doc britahu darah rendah 17.8.nk tya apa punca tekanan darah rendah.apa rwtan uh d perlukan. ank larat nk bangun.kami minggu cuti sekolah satu keluarga demam



Thursday, May 14, 2015

L.O.V.E


Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...



Kasih sayang adalah kekayaan dalam kehidupan..
Apabila rahmat kasih sayang ada didalam rumah..
Ia akan menjadi magnet menarik kekayaan yg lain dengan izin Allah
Tanpa perlu dibayar
Tanpa perlu dibeli
Percuma nikmat Allah yg tak terhingga...
Ada yg sudah lama tak endah....memberi
Tapi nak menerima... zalimnya...
Tapi ada juga yg selalu memberi....
Tapi yg menerima tak mensyukuri 
Indahnya hidup berkasih sayang.....dalam berkat rahmat Allah
Senyum aku apabila diketuk baru terasa sakitnya....

Selamat Petang semua ;)

10 Cara Turunkan Kolestrol



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Ida cuma nak share kenapa dan macamana nak turunkan kolestrol anda semua jika ada masalah tersebut..
Semua pun tahu kan yang kolestrol tinggi sangat bahaya kerana ia menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Antaranya ialah penyakit jantung dan juga strok. Ida sudah melihat dengan mata sendiri betapa seksanya pesakit apabila diserang sakit jantung.




Berikut adalah 10 cara mudah dan berkesan untuk menurunkan paras kolestrol secara natural:

1) Kebiasaannya individu yang mempunyai paras kolestrol yang tinggi seringkali dikaitkan dengan habit pemakanan yang tidak sihat seperti makanan berminyak dan bersantan. Oleh itu, ubah pola makan anda! Jika anda penggemar makanan berminyak atau santan, anda boleh gantikan santan dengan susu rendah lemak. Minyak pula boleh digantikan dengan minyak zaitun atau pun menggunakan air fryer apabila menggoreng. Lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan. Kurangkan pengambilan daging lebih-lebih lagi bahagian tinggi lemak seperti ekor, dan tulang.

2) Ambil makanan berserat tinggi seperti dedak gandum, kacang rebus, oat dan juga sayuran/buahan. Makanan berserat ini akan mengikat kolestrol di dalam usus dan akan membantu menyingkirkan kolestrol dari tubuh anda

3) Perbanyakkan memakan ikan terutamanya ikan laut dalam seperti salmon dan tuna. Ianya sangat membantu menurunkan kadar lemak dalam darah.

4) Makan nasi hanya sekali sehari di waktu tengahari. Sangat dinasihatkan untuk lebihkan sayuran dan buah-buahan. Waktu malam sebaiknya hanya mengambil cereal atau pun minumam kesihatan seperti ESP atau CINCH daripada Shaklee sebagai ganti kepada makan malam anda.

5) Biasakan meminum segelas air kosong setengah jam sebelum makan agar nafsu makan lebih terkawal

6) Ikut sunnah Rasululullah. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Ini sangat berkesan untuk mengelakkan perut daripada membuncit.

7) Berpuasa sunat. Amalan ini bagus jika diamalkan untuk melatih perut agar mengawal nafsu makan. Tetapi harus diingatkan, jangan pula hentam segala jenis makanan ketika berbuka. Jika begitu, matlamat asal tidak akan berjaya.

8) Bersenam. Jika anda seorang individu berkerjaya, ambil sedikit masa di waktu pagi sebelum ke pejabat membuat senaman ringan selama 15 minit. Cuba park kenderaan anda di tempat yang agak jauh supaya anda boleh berjalan menuju bangunan pejabat. Kemudian, elakkan menggunakan eskalator. Sebaiknya gunakanlah tangga yang disediakan. Cara ini nampak simple tetapi sangat berkesan jika dijadikan rutin di samping menjaga pemakanan seharian.

9) Bekalkan diri anda dengan air kosong yang diisi dengan beberapa potong timun jepun, buah oren, lemon dan juga epal hijau. Ianya bagus untuk mengeluarkan toksik menyebab penyakit dan membantu menurunkan paras kolestrol.

10) Akhir sekali, ambil supplement kesihatan sebgai bantuan mempercepatkan lagi proses penurunan kolestrol dalam badan. 
Ambil Omega Guard dan Lecithin secara rutin setiap hari bagi membantu proses ini. Kedua-dua suuplement ini sememangnya disarankan oleh doktor sebagai pelengkap kepada misi menurunkan kolestrol badan. Ianya juga membantu menghalang perlekatan lemak-lemak penyebab jantung dan salur darah tersumbat.

Korang pun memang tahu kan ida pengedar Shaklee kan???;)
So kalau perlukan konsultasi dari ida,boleh pm terus yer
012-6818241

atau boleh je beli terus kat sini

Keep Running dude!!



Terima Kasih Allah... 


Assalamualaikum sahabat...




Aku dan takdirku...

Aku dan senyumku

Aku dan dosa2ku

Aku dan kehidupanku

Aku tak mungkin berhenti mengejar...





HIT RATIO IN CONSTRUCTION


Assalamualaikum sahabat.


Gambar hiasan semata.*gambar projek 


Bagi yang berada dalam bidang construction or planning,mesti familiar dengan HIT RATIO ni kan??

Apa sebenarnya Hit Ratio ni??

Ini semua Pendapat ida yer..kalau korang ada pendapat lain..boleh jer sharing2 hokayyy??
Sebab pernah dulu sembang2 dengan bos,dia cakap Hit ratio ni,task yang kita hit dan sudah siap kt site..

tapi pendapat ida macam ni...

 Hit Ratio tu based on numbers of items started that month vs items supposed to start that month
Maksudnya item yang kita dah buat la .



Ada ke kes camni??

Contohnya hit ratio 25/30 so project should be delay lah? Tapi our project still ahead..
Tiada kaitan dengan ahead or delay project sebenarnya yer..

 Sebab Hit Ratio ni cuma nak check adakah Task yang kita programkan tu kita start ke tidak.

Dan dia based on monthly je
N base on cost jgk kn?
Tak ada kena mengena ngan cost
Cuma Actual Task Start vs Planned Task Start
Ini cuma JKR project je yang implement.
Probability of Project to Complete on Time tu dah dapat?
Sbb masa audit aritu..diorang tny kenapa hit ratio 25/30 tp project ahead?


Hihi
Senang je. Task yang kita programkan tu weightage dia tak semestinya sama value semua. Lay ACBC ngan Lay ACWC pun tak sama harga. Belum cakap lay Cruser Run ngan lay Wet Mix lagi
Ok.saya rasa sy paham dh...sbb program yg i buat tu berdasarkan money bukan duration. Jadi mungkin yg dah hit tu semua yg money nya besar besar...yg belum hit tu cost sikit.betul tak cmtu?
Memang pun Progress based on Money Value for JKR Project
Don't be mistaken by this Hit Ratio

Hit means Task tu dah start je. Value still depends on Claim kita bulan2. Kalau hit pun tapi kerja dia tak banyak value dalam bentuk Wang, Progress kurang jugak. Tapi kalau kita Hit satu Task yang Value dia tinggi, Progress pun bagus la.
Itu yang Planner kena Alert Operation Team akan Task2 yang value dia tinggi. Kalau dalam Earthworks Excavate USM dan Backfill Sand lagi tinggi Value dari Cut and Fill. Pasal tu Kena buat USM cepat2 dan dapatkan  Backfill Sand banyak2. Value dia tinggi dan Progress lagi bagus
Ok. Cukup dah lecture hari ni kot?

tq #yusnisyahadan & #hajimusasipan

kedua2 tu ex-boss
;)

Tuesday, May 12, 2015

RAWAT STROKE & KENCING MANIS


Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...



Vivix, salah satu produk Shaklee yang jarang didengari tetapi khasiatnya in shaa allah hebat. Vivix ni adalah sejenis minuman kesihatan yang mampu membaik pulih semula sel. Korang pun tahu kan, sekiranya nak baikpulih sesuatu, sel dulu yang perlu diberi perhatian. Pertumbuhan sel baru yang sihat menjamin kesihatan yang lebih baik. Dan Vivix bertindak dengan 4 cara di bawah:

1) Mempertahankan Sel
2) Memberi tenaga kepada sel
3) Memperbaiki sel
4)Mempertingkatkan prestasi sel

Vivix sememangnya antara produk yang sangat dicari oleh mereka-mereka yang prihatin kesihatan ibu dan bapanya. Kita asyik cari supplement untuk diri sendiri aje, apa salahnya kali ni bagi untuk ibu bapa pula. Kandungan anggur muskat, elderberi dan lobak ungu didalamnya sememangnya memberi fungsi sebagai anti penuaan, melawan penyakit, pertumbuhan sel baru dan anti oksidan. Ianya juga sangat sesuai untuk diberi kepada warga emas kerana pengambilannya tak memerlukan consumption air yang banyak seperti vitamin-vitamin tablet yang sedia ada.

Kalau nak tahu, Harian Metro juga ada mengulas perihal Vivix ni:
“Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan. “Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas wine merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain.

Selain itu, ada juga beberapa testimoni mengenai Vivix yang diambil oleh warga emas. Antaranya :

Pertama
***********
Mak saya mengidap kencing manis dan bila makanan tidak terkawal, bacaan kandungan gula dalam darahnya mula naik mendadak. Apabila perkara ini berlarutan, penglihatan mak menjadi kabur dan makin kabur. Mak kata, apa yang beliau rasa adalah…matanya menjadi makin kembang dan berair. Apabila hal ini berlaku, maka mak tak boleh melihat dengan baik bertambah buruk lagi mak tidak dapat memandu. Mak saya tak boleh makan sebarang supplement kerana ia akan menambah burukkan keadaan yang dia lalui. Mungkin disebabkan fungsi buah pinggangnya yang sedikit terjejas akibat kencing manis.

Oleh kerana itu saya hanya berikan mak saya vivix sahaja. Pada mulanya mak makan setengah sudu teh sehari tetapi kerana mak saya selesa dengan vivix, beliau mengambil 2 sudu besar sehari. Kini saya bekalkan mak saya 2 botol vivix untuk sebulan consume.Dalam masa tak sampai sebulan, penglihatan mak menjadi lebih baik. Mak rasa kedudukan matanya semakin elok dan tidak seperti sebelumnya yang mana ianya mengembang dan berair.
Alhamdulillah, mak saya boleh melihat semula ….tak perlu duduk dekat dengan tv untuk menonton seperti sebelum ini disebabkan matanya yang kabur. Penglihatan mak dah kembali sedia kala. Syukur pada ALLAH atas izinNYA jua. Pengambilan vivix banyak memberi kesan positif pada paras gula dalam darah mak saya serta penglihatannya yang kabur dulu telah pulih sedia kala.
Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain kesihatan mak yang baik.Duit boleh dicari…selagi ada daya usaha.Mudah2an mak dapat menunaikan umrah dengan lebih baik, insyaALLAH.

Kedua
********
Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati…Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat..

Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express ‘feeling’ pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..

Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas ‘study’ punya ‘study’ dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga..

Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah ‘train’ mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan..

Usaha yang terbaik selebihnya Allah yang tentukan.. Vivix bukan sahaja untuk stroke tetapi untuk semua.. Vivix ni tonik antioksidan yang bertindak sehingga ke selular. Itu yang best.. Kalau anda sayangkan ibu bapa, diri sendiri dan keluarga, minumlah Vivix.. Ia membantu menghalang stress oksidatif
Jadi, jomlah kita berikhtiar mengubati ibu bapa kita yang mungkin sedang alami masalah kesihatan. Kalau ibu bapa sedang sihat pun, apa salahnya jika kita berihtiar lebih awal kan? Bak kata orang, lebih baik mencegah dari mengubati. 
“Ramai orang mengelak dari mengambil sebarang supplement. Kata mereka, MAHAL. Tahukan mereka bahawa supplement mampu mengelakkan kita daripada penyakit (dengan izin Allah) akibat pemakanan kita yang agaknya lebih banyak bahan kimia daripada bahan semulajadi terutama anda-anda yang sering makan di luar. Usah berkira wang, tapi jagalah kesihatan, titikberatkan fungsi anggota badan yang Allah berikan kepada kita sebagai SATU AMANAH.

Selamat Hari Ibu semua :)

jom contact ida untuk pembelian or boleh jer beli sendiri kat sini

012-6818241 IDA OMAR

Tuesday, March 31, 2015

Tip untuk dapat anak genius- kelas Dr.Zubaidi


Terima Kasih Allah

Assalamualaikum sahabat


Tip utk dapat anak genius.



Setelah isteri hamil maka bermulalah satu step.
Mengikut lajian saintifik janin mula bergerak pada usia kehamilan 6 atau 7 minggu.
Pada masa inilah sebenarnya dianggap roh telah ditiupkan kerana ada degupan jantung dan fungsi saraf.
Hanya org yg hidup mempunyai degupan jamtung jadi janin yg mula mempunyai degupan jantung dan mula bergerak dianggap sbg permulaan roh ditiupkan.Sebelum itu janin hanyalah seketul daging yg disebut alaqah.Sebelum itu disebut nutfah keluar dari tulang sulbi. Tulang sulbi adalah istilah yg am. Untuk lelaki air mani dipancutkan oleh batang zakar dan berasal dari kerandut zakar (testes).Sementara wanita dihasilkan dari ovari.
Kedua dua pergerakan air mani dan ovum dilindungi oleh tulang pubis.Pada masa yg sama pembentukan otak dan fungsi otak bermula.

Jadi jika mahu anak genius, berikan suplemen dan ransangan bermula pada masa ini.Malangnya pada masa ini kebanyakan UPT masih negatif atau masih kabur.
Saya ada menulis mengenai UPT. Bagaimana kadang kala kita keliru..
http://drzubaidi.com/blog/urine-pregnancy-test-upt-boleh-mengelirukan/
Sbb itu ramai doktor mencadangkan agar penjagaan makanan untuk para ibu bermula apabila dia mula berniat mahu hamil.
Sbb para isteri tak tahu bila dia hamil sehingga dia tak datang haid pada waktu yg sepatutnya (lambat haid) dan apabila buat UPT didapati positif. Pada masa itu sudah masuk minggu ke7 atau ke 8.

Itu baby dah lahir. Step kehadapan. Ini baru peringkat janin. Blom lahir lg

betul ke doktor mkn buah nenas dlm qty byk, boleh sbbkn keguguran janin?

Dr Zubaidi, bagaimana dengan pendapat ibu makan folat 3 bulan sebelum dia plan nak mengandung dan di teruskan semasa mengandung

Soal nenas dan hamil.
http://drzubaidi.com/blog/nenas-boleh-sebabkan-keguguran/


Hasil persenyawaan kena pastikan isteri ditahap waktu kesuburan yg tepat, suami punya sperma yg sihat.. ada tips nk pastikan sperma sihat ke?
Betul Dr Kamaludin. Elok jaga pemakanan bila ada niat utk hamil. Mungkin 3-6 bukan sebelum itu. Ada yg mudah hamil dan ada yg sukar hamil. Bila ada niat untuk hamil dan mula mencuba, terus jaga pemakanan.

Sekiranya pd hari ke 14 slps period kita buat upt, dan result positif, baby da berusia berapa minggu? Bagaimana kaedah pengiraan tu spya x miss mggu 6 n 7 tu?

Maksud genius di sini adalah genius seperti indigo childs ke doc?
Wow ini lari tajuk tip utk dpt bayi genius ni..
Rasulullah S.A.W bersabda, “Berilah makan kurma wanita yang sedang hamil pada bulan-bulan terakhir kehamilannya supaya anaknya menjadi anak yang penyabar dan suci.”

Ustaz boleh bg perawinya?

Penjagaan makanan bukan saja tahu apa yg patut makan tetapi juga apa yg tidak harus makan.
Amalan menurut sunnah nabi. Bagaimana pula pandgn dr. Dari sudut pemakanan para ibu yg sdg hamil..
Genius ini bukan setakat bagus IQ.Tetapi EQ dan SQ.
Pembinaan hardware ( otak).bermuka dari minggu ke 6
Cara kita beri didikan dan ransangan yg menyebabkan anak itu mendapat IQ EQ atau SQ.

Didikan dan ransangan inilah software yg harus diberikan semenhak awal lg.Jadi pembentukan otak harus pastikan janin ini mendapat nutrien makanan yg lengkap.
Terutamanya omega 3 dan vitamin b kompleks.

Cara kita beri didikan dan ransangan yg menyebabkan anak itu mendapat IQ EQ atau SQ.

x clear yg ni Dr Z👆


Itu step kedua. Didikan dan ransangan masa janin dlm rahem.

Step yg pertama pastikan pembentukan otaknya yg sempurna

Nutrien yg sempurna bukan saja dapat pd yg dinamakan makanan sunnah, tetapi byk terdapat makanan yang halal dan berkhasiat (halalal toyyiban).
Sbb tu saya lebih suka apa yang dihalalkam lg bernutrisi ini digalakkan, bukan setakat kurma dan madu saja.
Izinkan saya berkongsi sebarang maklumat yang saya dapat dalam group ini kt fb yer...tq.🙏
Tak dpt dinafikan kurma dan madu byk khasiatnya, tapi utk org asia seperti kita kurma dan madu hanyalah suplemen. Bukan makanan asasi utk wanita hamil.Malah daging telur juga sumber protein dan vitamin bagus untuk pembentukan otak bg janin.Begitu juga buah2an dan sayuran berwarna.

Kalau nak bg hadis yolong sebutkan perawi. Saya lebih suka begitu.Kalau kata ulamak, bg tahu nama ulamak itu.

Masalah banyak ibubapa muda lebih cenderung dengan supplement dicadang sedang makanan khasiat perlu diutamakan.

Vitamin utk suplemen boleh digunakan tp jgn terlalu obses.
Mungkin pakar pemakanan kita boleh sentuh pasal pemakanan.

Apa yg perlu dielak ialah segala jenis asap.
Asap??😳😳asap apa dr z?

Makan sarang burung baik tak Dr..

Jin kan suka asap hehege
Asap rokok asap kereta asap pembakaran.Semua mengandungi bahan kimia berbahaya.
Tapi la..asap kenderaan dimana2..
Saya kata perlu elakkan. Gunalah penutup hidung ke. Itu tanda kita kasih pd anak kita.

Antibiotik ada yg selamat dan ada yg tak selamat. Jd kalau sakit jumpa doktor yg berpengalaman dan katakan puan hamil.
Minuman berkabonat juga elakkan.
Minuman berkafein.
Dan segala supkemen herba yg tidak diketahui kandungannya.
Kopi teh tak boleh diminum.. Ka
Jd pembentukan otak duransangkan pemakan yg halal lagi berkhasiat

Kalau ibu mngandung...hisap rokok. Ade kesan x?? Atas janin itu
Minuman berkafein harap dielakkan.
Untuk masukkan software pada otak anak di peringkat janin.
Ransangan berbentuh sentuhan dan bunyi adalah paling bagus.
Mcm mana dgn asap masakan.. Asap goreng ikan dsb
Semua jenis asap ada bahan kimia. Cuba elakkan. Bukan tak boleh langsung

Sentuhan pada abdomen isteri haruslah dilakukan.Oleh ibu.Dan bapa.

Getaran yg membentuk kasih sayang dapat dirasakan sbb emosi dikawal oleh hypothalamus di otak sudah mula terjadi.

Sentuhan kasih sayang ini yang jarang diberikan atau diberikan seseksli sesekala.

Inilah permulaan untuk meransang minda genius EQ

Dikatakan juga kaedah mendengarkan alunan muzik2 neo klasikal seperti bach, mozart, dan lain2 turut mempengaruhi perkembangan otak janin bayi dlm perut. Adakah ini satu fakta?
Itu ransangan kedua iaitu bunyian. Ransangan sentuhan pun blom habis.Ransangan harus diberikan dengan kasih syg. Dengan hati. Berbicara sama ada dengan suara atau dlm hati. Ia ada hubungan.

Hubungan antara ibu dan anak telah bermula sejak hamil. Malangnya hubungan anak dan bapa agak lambat. Hanya setelah bayi dilahirkan.

Saya pernah dengan Yahudi akan rangsangan muzik seperti kata tuan Khalid dan juga ibu mengandung akan banyak buat latihan maths. 
Kita pula ramai tidak mahu baca Al Quran ketika mengandung dan leka shopping barang bayi.
🙋 Dr Z, msa pregnant, suami isteri kna kurangakn hibungan suami isteri ke?😷😷😷
Seawal minggu ke berapa janin dah mula boleh mendengar dan merasai getaran sentuhan dan bunyian?


dr bagaimana pula dgn faktor anak hasil zina, bukankah dia tidak dapt rangsangan sbgaimana dr bahaskan diatas..
Untuk jd anak tak perlu ransangan masa janin pun tak pe. Tapi nak anak genius ia harus dimulakan sejak awal.
Hubungan kelamin suami isteri harus dielakkan shingga semester ke 2 atau 16 minggu. Ia paling selamat.
Ada yg buat tapi tak ada apa2 pun? Kita bercerita ttg risiko. Kalau di awal kehamilan risiko tinggi. Tp kalau nak buat juga, ia masih halal.
soalan lain dr, sy dn pasgn br berkahwin, apa nasihat dr utk merancang dapatkan zuriat, ransangan apa yg utama perlu sy berikan, krn kedua2x kami masih ada perasaan malu..

Kalau suami dah usap perut isteri tiap mlm itu tanda sokongan suami. Ini juga membantu emosi ibu.

Saya tak faham soalan. Maknanya blom hamil tp malu?
ye dr
Untuk hamil perlukan pancutan air mani dalam vagina. Jika malu mmg tak hamil.

kalau perkara tue selesai.. ada faktor lain x, perlu diberi perhatian
Kekerapan jimak membantu ke tidak doktor untuk hamil?
Dr. Kalau makan obimin..folid acid dan neurogain sejak niat nak pregnant dan sepanjang pregnant ok ka...
Emosi ibu mengandung mmg perlu dijaga..terutamanya bg ibu2 yg ad penyakit darah tinggi.andai kata tekanan darah tidak dikawal..kadang2 ad kes yang boleh menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan

Isteri sy tgh mengandung. Kaki selalu bengkak2
Selalunya tembak tak tepat, sdr abd halim.
Pancutan itu harus dilakukan pada hari subur.
Selain tu pastikan kualiti sperma dan ovum dlm keadaan baik.
Kualiti sperma diperiksa dengan pemeriksaan air mani.
Bg wanita lebih sukar. Tetapi hormon progestrone yg penting semasa hamil. Jika rendah, lapusan endometrium dlm rahem yg menjadi tspsk semaian tidak kuat dan luluh sbg darah haid atau keguguran.

Betul ke org tua2 dl amal telur ayam kampung untuk tingkat kan kualiti sperma?
Mkn telur kampung pun kena periksaan airmani. Kalau isteri dah hamil tak perlu lah periksa. Mkn telur ayam kampong dan madu lwbih kepada beri stamina masa berjimak.

Ok saya sambung ttg tip anak genius.
Selain sentuhan fizikal, perlu juga ransangan bunyi.
Secara saintifiknya ransangan bunyi dalam bentuk muzik yg lembut dan bacaan al quran memberikan kesan positif yg sama. Cuma mendengarkan bacaan al quran lebih barakah.
Dalam rahem byk perkara yg tidak dpt dikawal, jika pembentukan fizikalnya tidak betul ia boleh menyebabkan kecacatan.
Tiada siapa yg dpt mengawal ini kecuali ALLAH.
Sbb itu kita mahu barakah dan pertolongan ALLAH semoga kehamilan yg berlaku berlaku dgn selamat.
Sudah pasti muzik Mozart tidak memberikan barakah dlm hal2 yg kita tidak dpt kawal.Itu beza antara bacaan Quran dan muzik Mozart.Getaran ini dapat dirasakan seperti mana ransangan fizikal tadi.Muzik yg kuat akan menyebabkan degupan jantung janin kencang dan ini mengganggu perkembangan fizikal dan emosi janin.Ia mrmberikan "stress" kpd janin. Rahem seharusnya seperti rumah dan kediaman yang tenang.Begitu juga ransangan ini dapat dirasakan berkait dgn nada. Bukan setakat kekuatan bunyi saja.
Nada2 yg lembut dan baik harus dibetikan. Nada2 jahat seperti mengumpat, marah, sedih, tidak puas hati harus dijauhkan kerana memberi kesan pada EQ janin. Sebab itu elakkan emosi yg negatif ketika hamil. Ia memberikan kesan negatif pada EQ anak kita dlm rahem.

Dr. Z ,Jadi percakapan kita pun harus dijaga sepanjang tempoh hamil?
Ya ia memberikan kesan negatif pd EQ janin.
Bukan setakat lisan tp gerak hati.
Sbb tu ada anak kita yg kuat cemburu masa kecil. Anak yg lain pula ok saja berkawan dgn kanak2 lain.
Cuma sama ada kuat atau tidak kesannya pada janin.

Boleh dr komen tentang remaja yg mengandung anak luar nikah?macam mana kesan terhdap janin?sebab kebanyakan mereka tidak membuat follow up tntang kandungan bayi

Sbb tu dlm banyak kajian ibu hamil dan murung akan melahirkan abak yg mudah murung juga dan tidak tahan tekanan dari luar.
Kesan ansk luar nikah ni byk utk dibahaskan. Mungkin kelas lain kot.

Cuma yg penting cuba saya sampaikan. Bila hamil, kawal perasaan. Cakap hal2 yg baik saja.
Sudah semestinya dgn baca quran dan zikir.

Dr. Kalau makan obimin..folid acid dan neurogain sejak niat nak pregnant dan sepanjang pregnant ok ka...
Ok juga.Obimin adalah multivit. Ada foluc acid
Bagaimana dgn iberet?
Iberet ada zat besi. Elok tunggu lepas confirm hamil.
Masihvlg boleh dibetikan ransangan. Teruskan berikan kadih syg selepas lahir.
Ada kajian anak yg rapat dgn ayah lebih baik EQ dia bila dewasa.
Masa umur 7 thn je bawah kena tunjuk kasih syg.
Garang masa anak remaja. Itu pun bersebab bujan garang tak tentu pasal.Ia membantu. Ibu yg menggubakan otak kiri dan kanan membantu perkembangan IQ dan EQ anak.
Ibu hanil yg hidup beragama akan membentuk ES pada anak. Anak lebih mudah terpaut pd spiritual dan keagamaan.
Bergantung pada apa yg ibu baca. Quran ke Bible ke... itu pautan hati anak mula dibentuk.

Minggu depan kita dah boleh mulaka kuliah anatomi.
hihi


kuliah dr zabidi
19/3

sekian..selamat membaca dan praktiss
ada apa2 soalan nak ajukan boleh jer drop komen

nk wassap ida 012-6818241