Ads

jom kita kawan

Tuesday, May 12, 2015

RAWAT STROKE & KENCING MANIS


Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...



Vivix, salah satu produk Shaklee yang jarang didengari tetapi khasiatnya in shaa allah hebat. Vivix ni adalah sejenis minuman kesihatan yang mampu membaik pulih semula sel. Korang pun tahu kan, sekiranya nak baikpulih sesuatu, sel dulu yang perlu diberi perhatian. Pertumbuhan sel baru yang sihat menjamin kesihatan yang lebih baik. Dan Vivix bertindak dengan 4 cara di bawah:

1) Mempertahankan Sel
2) Memberi tenaga kepada sel
3) Memperbaiki sel
4)Mempertingkatkan prestasi sel

Vivix sememangnya antara produk yang sangat dicari oleh mereka-mereka yang prihatin kesihatan ibu dan bapanya. Kita asyik cari supplement untuk diri sendiri aje, apa salahnya kali ni bagi untuk ibu bapa pula. Kandungan anggur muskat, elderberi dan lobak ungu didalamnya sememangnya memberi fungsi sebagai anti penuaan, melawan penyakit, pertumbuhan sel baru dan anti oksidan. Ianya juga sangat sesuai untuk diberi kepada warga emas kerana pengambilannya tak memerlukan consumption air yang banyak seperti vitamin-vitamin tablet yang sedia ada.

Kalau nak tahu, Harian Metro juga ada mengulas perihal Vivix ni:
“Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan. “Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas wine merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan.

Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain.

Selain itu, ada juga beberapa testimoni mengenai Vivix yang diambil oleh warga emas. Antaranya :

Pertama
***********
Mak saya mengidap kencing manis dan bila makanan tidak terkawal, bacaan kandungan gula dalam darahnya mula naik mendadak. Apabila perkara ini berlarutan, penglihatan mak menjadi kabur dan makin kabur. Mak kata, apa yang beliau rasa adalah…matanya menjadi makin kembang dan berair. Apabila hal ini berlaku, maka mak tak boleh melihat dengan baik bertambah buruk lagi mak tidak dapat memandu. Mak saya tak boleh makan sebarang supplement kerana ia akan menambah burukkan keadaan yang dia lalui. Mungkin disebabkan fungsi buah pinggangnya yang sedikit terjejas akibat kencing manis.

Oleh kerana itu saya hanya berikan mak saya vivix sahaja. Pada mulanya mak makan setengah sudu teh sehari tetapi kerana mak saya selesa dengan vivix, beliau mengambil 2 sudu besar sehari. Kini saya bekalkan mak saya 2 botol vivix untuk sebulan consume.Dalam masa tak sampai sebulan, penglihatan mak menjadi lebih baik. Mak rasa kedudukan matanya semakin elok dan tidak seperti sebelumnya yang mana ianya mengembang dan berair.
Alhamdulillah, mak saya boleh melihat semula ….tak perlu duduk dekat dengan tv untuk menonton seperti sebelum ini disebabkan matanya yang kabur. Penglihatan mak dah kembali sedia kala. Syukur pada ALLAH atas izinNYA jua. Pengambilan vivix banyak memberi kesan positif pada paras gula dalam darah mak saya serta penglihatannya yang kabur dulu telah pulih sedia kala.
Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain kesihatan mak yang baik.Duit boleh dicari…selagi ada daya usaha.Mudah2an mak dapat menunaikan umrah dengan lebih baik, insyaALLAH.

Kedua
********
Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati…Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat..

Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express ‘feeling’ pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..

Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas ‘study’ punya ‘study’ dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga..

Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah ‘train’ mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan..

Usaha yang terbaik selebihnya Allah yang tentukan.. Vivix bukan sahaja untuk stroke tetapi untuk semua.. Vivix ni tonik antioksidan yang bertindak sehingga ke selular. Itu yang best.. Kalau anda sayangkan ibu bapa, diri sendiri dan keluarga, minumlah Vivix.. Ia membantu menghalang stress oksidatif
Jadi, jomlah kita berikhtiar mengubati ibu bapa kita yang mungkin sedang alami masalah kesihatan. Kalau ibu bapa sedang sihat pun, apa salahnya jika kita berihtiar lebih awal kan? Bak kata orang, lebih baik mencegah dari mengubati. 
“Ramai orang mengelak dari mengambil sebarang supplement. Kata mereka, MAHAL. Tahukan mereka bahawa supplement mampu mengelakkan kita daripada penyakit (dengan izin Allah) akibat pemakanan kita yang agaknya lebih banyak bahan kimia daripada bahan semulajadi terutama anda-anda yang sering makan di luar. Usah berkira wang, tapi jagalah kesihatan, titikberatkan fungsi anggota badan yang Allah berikan kepada kita sebagai SATU AMANAH.

Selamat Hari Ibu semua :)

jom contact ida untuk pembelian or boleh jer beli sendiri kat sini

012-6818241 IDA OMAR

No comments:

Post a Comment