MENGAPA MASIH ADA CINTA WALAUPUN TERLUKA?
.
Sayang, untuk menguji keikhlasan cintamu, Tuhan mengizinkan suamimu melukai hatimu berkali-kali. Dan sering kali hatimu berdarah bagi dihiris, retak dan hancur berkecai.
.
Namun disebalik air mata kekecewaan yang tidak pernah berhenti, disebalik luka yang mendalam yang semakin melebar, dan di sebalik parut yang tetap berdarah.. kau menyedari bahawa..
.
Walau hancur beribu kali hatimu. Kasihmu pada suamimu tetap utuh.
.
Walau sebanyak mana kesilapan dan kelukaan yang kau alami. Cintamu lebih besar lagi.
.
Sehingga akhirnya kau menyedari bahawa cintamu itu melampaui benar atau salah.
.
Cinta mu itu abadi. Tiada apa di dunia ini yang mampu menghilangkan cintamu ini.
.
Sayang, Pernahkah kau bertanya mengapa?
.
Siapakah Dia Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih?
Siapakah yang kasih sayangNya melampaui kemurkaanNya?
Siapakah Dia yang sering memaafkan atas seribu kali kesalahan?
.
Sayang, bersyukur dan bersujudlah pada Nya. Kerana sesungguhnya Tuhan sedang memercikkan titisan Cinta tanpa syaratNya di hatimu.
.
Cinta yang tidak pernah pudar di hatimu untuk suamimu itu sebenarnya adalah percikan cinta AgungNya.
.
Bersujudlah di hadapan Yang Maha Pengasih atas kemulian yang dianugerahkanNya di hatimu.
.
Cinta di hatimu buat suamimu adalah sapaan CintaNya buat suamiMu. Cinta agung yang melampai segala kesalahan dan kemurkaan.
Tuhan sedang memuliakanmu sayang.
.
Its ok to cry.
.
Menangis dan teruslah menangis jika itu yang menguatkanmu. Kerana dengan air mata, hatimu berterusan menjadi lembut dan terbuka untuk menerima cahaya KasihNya.
.
Tersenyum dan bersyukurlah sayang, atas kemulian ini. Walaupun sering kau rasa kotor dan penuh kekurangan. Namun pilihan Tuhan adalah penuh cinta tanpa syarat.
.
Ucapkanlah Terima kasih ya Allah, Maafkan aku Ya Allah, I Love you Allah <3
.
~ Diyana Tahir, Penulis Buku Ajari Hatiku
No comments:
Post a Comment