Ads

jom kita kawan

Wednesday, December 21, 2016

DOA PEMBUKA 12 PINTU



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Ada tengok video tentang Dr Fazilah Kamsah berkongsikan tentang doa pembuka 12 pintu, ida google doa tersebut dan berkongsi kat sini.

Selain doa tersebut, digalakkan baca salah satu doa dalam almatsurat dan istigfar paling sedikit 100x

Ida memang suka cara penyampaian beliau yang memang menarik dan cukup berpengaruh.

Dan yang terpenting lagi, walaupun ceramah beliau menjurus kepada motivasi, namun beliau sentiasa meletakkan agama sebagai asas perbincangan.

Pada ida, tip-tip dan panduan yang beliau berikan dalam banyak ceramah beliau amat sesuai dengan umat Islam terutamanya rakyat Malaysia.

Hari ini, ida  kongsikan dengan anda salah doa yang beliau amat galakkan kita amalkan setiap hari di awal pagi.

Ataupun setiap kali selepas solat. 

Nama doa ini adalah Doa Pembuka Dua Belas Pintu.



Fadhilat Doa Pembuka Dua Belas Pintu

Doa ini memang banyak fadhilat atau kelebihannya yang tersendiri. Antaranya:

Di murahkan rezeki
Mudah mendapat jodoh dan cinta sejati
Keselamatan
Kesihatan
Kasih-sayang, 
Ilmu
Keampunan Allah SWT

Apa yang Ida senaraikan di atas hanyalah sebahagian fadhilatnya sahaja.

Untuk mengetahui kelebihannya yang lain bolehlah anda merujuk dengan guru-guru yang alim atau kitab-kitab yang muktabar.

Pada ida, fokus yang perlu diutamakan bukannya kelebihan atau fadhilat doa ini, tetapi kemampuan kita untuk berdoa dan istiqamah dengan amalan ini.

Ini kerana, Allah SWT menyukai hambanya yang istiqamah dalam beramal.

Perkara lain yang lain dalam berdoa adalah kesungguhan, keikhlasan dan keyakinan kita kepada Allah SWT.

Marilah kita beramal dengan doa ini bersungguh-sungguh di samping melakukan amalan-amalan lain seperti bersedekah, memudahkan orang lain, bekerja bersungguh-sungguh, solat sunat dan lain-lain lagi.

InsyaAllah, tidak ada suatu pun yang mampu menghalang jika Allah SWT sudah tetapkan rezeki kita.

Semoga bermanfaat 

noraida omar
ID 1090086
Pengedar Shaklee

No comments:

Post a Comment