Ads

jom kita kawan

Wednesday, May 3, 2017

30 FOTO Yang Dipertuan Agong yang selama ini DIRAHSIAKAN.



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...


  YANG DIPERTUAN AGUNG Baru Kita Ini.ALHAMDULILLAH !!








Tiba-tiba rasa teringin semadikan gambar YDP Agong 2017 ni.



Memperkenalkan Tuanku Muhammad Faris Petra iaitu Yang Dipertuan Agong 2017
Majoriti penduduk memang akan memuji bila disebut perihal Sultan Kelantan ni.

Baginda memang  disayangi dan disukai ramai org bukan hanya dari kelantan malah rakyat dari negeri lain 


Banyak yg Ida  baca tentang Tuanku Muhammad Faris Petra ni
selain rajin imamkan solat,baginda jugak rajin melawat rakyat²nya,sempoi dan penuh sederhana. Tak menyombong diri mahupun berlagak. Wajahnya saja dah terpamer jiwa kerendahan budi, Insyaallah.


Setakat ni kita tak mendengar cerita² negatif tentang baginda, dan sememangnya kita tak mahu mendengarnya. Apa yg boleh aku katakan, alhamdulillah dikurniakan sultan yg begini. Tuanku Muhammad Faris Petra satu dalam seribu sultan.............!
.


Gambar ketika tok guru masih ada. 





Sedikit Info mengenai baginda: Lahir pada 6 October 1969.....
 Mudah membahasakan diri SAYA atau KITA, adalah putera sulung. 
Pernah mendirikan rumahtangga tetapi jodoh tidak panjang, baginda tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama isteri. 
Baginda menukarkan laungan "Daulat tuanku" kepada "Allahuakbar" supaya rakyatnya mendapat pahala apabila melaungkan laungan tersebut.




(Gambar ketika muda yg pertama tu) adalah ketika ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Baginda menjawat jawatan itu sehingga 13 September 2010 sebelum Dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke- 29. Mulai 13 Disember 2011, baginda telah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong untuk satu penggal (5 Tahun).


Baginda dikenali sebagai seorang Raja Melayu yang warak, mesra rakyat dan mengutamakan Agama Islam dalam setiap hal.




























Setakat tu dulu info mengenai baginda.
Baginda jugak suka pakai jubah. Aku tahu pun melalui apa yg ditulis oleh media dan gambar² sebagai bukti. 


Thanks to all bloggers, wikipedia, media, yg keluarkan gambar tentang sultan yg aku ambil ni.....ramai, nak tulis pun tak larat (ayat cover - malas). Jangan tiru sifat ini.......




Gambar baru. Sultan Kelantan makan bersama rakyat ketika di masjid


Update: Gambar terbaru baginda Sept 2014 menunaikan umrah. Fb.


Update: Dibawah adalah gambar yg aku baru upload hari ni 27 Dec 2014, sultan Kelantan mencemar duli dengan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir besar dibumi kelahiran baginda Kelantan. "Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya." Itulah peribahasa yg paling sesuai untuk baginda. Membantu rakyat dalam kesusahan dan tanpa diiringi oleh pengiring2 dan pengawal peribadi sikitpun tidak menjatuhkan martabatnya. Malah dipandang mulia, dihormati, dan dikasihi sekalian rakyat tidak kira dari negeri mana. 










Baginda memandu sendiri kenderaannya dan membantu rakyat Kelantan yg ditimpa musibah banjir







Semoga bermanfaat

SHARE 

No comments:

Post a Comment