Terima Kasih Allah...
Assalamualaikum sahabat...
Dianggarkan satu dari 3 orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi.
Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang kronik seperti masalah kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular.
Tapi hakikatnya ramai masih tidak sedar paras kolesterol mereka terlalu tinggi. Orang kurus pun berpotensi tinggi kolesterol.
APA ITU KOLESTEROL
Kolesterol adalah bahan lemak yang terdapat dalam daluran darah dan kesemua sel badan.
Kolesterol merupakan komponen tubuh yang penting untuk membentuk sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.
2 SUMBER UTAMA KOLESTEROL
Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati dan juga diperolehi dari makanan harian.
Kolesterol juga didapati dari makanan yang kita makan, yang secara tidak langsung akan meningkatkan paras kolesterol darah.
2 sumber kolesterol
Kandungan kolesterol yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar (stroke).
2 JENIS KOLESTEROL
Terdapat 2 jenis kolesterol utama dalam darah:
LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah – kolesterol jahat)
HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi – kolesterol baik)
LDL – KOLESTEROL JAHAT
LDL dikenali sebagai kolesterol jahat kerana paras LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam salur darah.
Plak dalam salur darah (arteri)
Plak ini menyumbatkan salur darah dan menyekat aliran darah seperti yang berlaku dalam serangan jantung atau angin ahmar (stroke)
HDL – KOLESTEROL BAIK
HDL dikenali sebagai kolesterol baik kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah kembali kepada hati untuk disingkarkan.
Dalam kata lain, HDL berperanan membersihkan salur darah.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita memastikan paras HDL lebih tinggi dari paras LDL.
FAKTOR UTAMA TINGGI KOLESTEROL LDL
Makanan Malaysia yang tinggi lemak dan kalori merupakan punca tinggi kolesterol LDL.
Persatuan Jantung Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan kolesterol kurang dari 300mg sehari.
Penghidap penyakit jantung pula perlu mengehadkan pengambilan kolesterol kepada 200mg sehari.
Walaupun begitu, menu harian Malaysia amat tinggi kandungan kolesterol. Sebagai contoh:
Sarapan 2 keping roti canai : 350 mg
Makan tengahari nasi lemak: 213 mg
Makan malam char kue tiau: 235 mg
Jumlah keseluruhan kolesterol makanan harian di atas adalah 798 mg, iaitu melebihi 3 kali ganda dari pengambilan harian yang di syorkan.
4 TIPS MERENDAHKAN PARAS KOLESTEROL SECARA SEMULAJADI
Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut
Lakukan senaman dengan lebih kerap
Turunkan berat badan
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan fitosterol ke dalam diet harian untuk menurunkan paras kolesterol secara semulajadi
KENALI FITOSTEROL
Fitosterol wujud secara semulajadi dalam kandungan sedikit di dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan minyak sayuran.
Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.
BAGAIMANA FITOSTEROL BERFUNGSI
Struktur fitosterol adalah hampir sama dengan kolesterol.
Pengambilan fitosterol akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dan penghadaman.
Hasilnya penyerapan kolesterol akan dihalang, kolesterol tidak akan membentuk plak di dalam salur darah dan kolesterol akan disingkirkan keluar bersama fitosterol.
Sebelum dan selepas pengambilan fitosterol
Ia bermakna, bila anda mengambil lebih banyak fitosterol, maka semakin kuranglah kolesterol yang akan di serap oleh tubuh.
Ini secara tidak langsung membantu anda untuk menurunkan paras kolesterol LDL
BERAPA FITOSTEROL YANG DIPERLUKAN SEHARI?
NIH mengesyorkann pengambilan 2,000 mg Fitosterol dalam diet harian untuk menurnkan paras kolesterol secara semulajadi
SUMBER SEMULAJADI 2,000 MG FITOSTEROL
Untuk memperolehi 2,000 mg Fitosterol, pertimbangkan dahulu makanan yang anda ambil setiap hari. 2,000 mg Fitosterol sehari bersamaan gabungan makanan berikut:
200 biji lobak merah
70 keping roti gandum
425 biji tomato
Sebagai alternatif, anda juga boleh memilih Phytocol ST Shaklee untuk membekalkan 2,000 mg Fitosterol tumbuhan sehari kepada anda.
PHYTOCOL ST SHAKLEE
Phytocol ST Shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2,000 mg Fitosterol setiap hari.
Membekal 2,000 mg Fitosterol setiap hari
Ia sesuai di ambil 2 tablet 2 kali sehari dengan makanan.
Harga Phytocol ST hanya RM 199 untuk 120 tablet.
CARA ORDER PHYTOCOL ST SHAKLEE
Untuk order Phytocol ST Shaklee, anda hanya perlu hubungi saya di:
Noraida Omar
SMS/WhatsApp: 0126818241