Ads

jom kita kawan

Tuesday, November 24, 2015

BAHAY TYROID UNTUK IBU HAMIL



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Hari ni ida nak cerita pasal tiroid pula.

Memandangkan ramai yang PM tanya pasal set tyroid,so ida share kenapa bahayanya tyroid untuk ibu-ibu hamil




Penyakit tiroid sudah biasa kita dengar. Penyakit tiroid adalah salah satu masalah yg berpunca dari sistem endokrin tubuh manusia. Sistem ini berkait rapat dengan hormon badan manusia. Tiroid ketika hamil adalah sangat merbahaya kepada ibu dan sekaligus bayi anda. Ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera. 

Tiroid yang biasa berlaku semasa wanita hamil adalah bersifat auto imun semulajadi. Maksudnya, tubuh membentuk antibodi sendiri untuk melawan sel2 tiroid. Keadaan ini seterusnya memberi kesan kepada fungsi kelenjar tiroid. Antibodi yg menyerang sel2 tiroid menyebabkan keradangan kelejar tiroid (tiroid limfosit) atau penyakit ini dipanggil Hashimoto. Apabila fungsi kelenjar tiroid terjejas, keadaan ini menyebabkan hypotiroidisme.


KOMPLIKASI HYPOTIROIDISME KEPADA KEHAMILAN
Hypotiroidisme memberi komplikasi kepada ibu yang hamil dan juga kepada bayi yang dikandung. Antara komplikasi yang berlaku kepada ibu hamil ialah tekanan darah tinggi, keguguran, kelahiran pramatang,anemia, mudah terkena jangkitan, abruption placenta, arythmia (kelainan pada denyutan jantung) dan sakit jantung. Semuanya komplikasi sgt berisiko tinggi.

Manakala komplikasi yang mungkin akan berlaku kepada bayi yg dikandung ialah bayi berisiko mengalami neonatal hypertiroidisme, intrauterine growth restriction(IUGR), lahir mati, lahir pramatang, dan kemungkinan mengalami kecacatan mental.


RAWATAN PENYAKIT TIROID
Kebanyakan doktor akan menasihati ibu2 yang mempunyai kelainan pada kelenjar tiroid ataupun mmg mempunyai masalah tiroid untuk menangguh kehamilan sehingga masalah tiroid si ibu dapat ditangani.

Perlu diingat bahawa ujian pengesanan atau ujian darah utk hormon tiroid tidak dilakukan ketika antenatal. Doktor akan hanya membuat pemeriksaan lanjut sekiranya mengesyaki anda ada masalah tiroid. 

Jika tiroid terjadi ketika kehamilan, doktor lazimnya akan menyasarkan kadar hormon tiroid pada batas normal secepat mungkin dengan menggunakan ubatan yg minimum. 

Selanjutnya sekiranya terdapat alahan kepada ubatan yg digunakan utk meredakan hormon tiroid, kemungkinan pembedahan terpaksa dilakukan. Doktor tidak akan memberikan ubat ubatan berdose tinggi kepada pesakit yang hamil kerana ubat ubatan tiroid sgt memberi komplikasi kepada bayi.




Demikian sedikit sebanyak info untuk panduan kita. Dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mengalami simptom2 tiroid dan jangan lupa untuk menjaga pemakanan.

Dalam shaklee juga ada set untuk tyroid.

YANG TERBAIK semestinya VIVIX
Nak yang bajet,boleh jer ida consult
PM jer ok ;)

+6012 6818241

No comments:

Post a Comment