Ads

jom kita kawan

Thursday, December 17, 2015

5 CARA PENGAMBILAN ZAT BESI



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

'Saya dah makan vitamin klinik bagi, makan bayam, makan macam-macam.. Tapi Hb tak naik-naik jugak.'

'Saya takutnya kena cucuk iron..'

Sapa ada pengalaman di atas? 👆👆 😊


----------

Masalah anaemia (kurang sel darah merah) memang kerap berlaku terutama untuk ibu-ibu yang hamil macam saya ni. 😊
Lebih-lebih lagi, kalau jarak kelahiran anak-anak tu rapat-rapat (macam setahun seorang ke). Ibu itu lagi berisiko tinggi untuk mendapat anaemia.

Apa yang saya perhatikan, kebanyakkan ibu-ibu yang mengalami masalah rendah Hb ni, diorang bukan tak makan vitamin (sama ada yang dibekalkan oleh klinik atau yang beli sendiri) tapi iron yang diorang makan ni, tak diserap dengan optimum. Pendek kata, macam tak makan jugak la kan?

Jadi, hari ni saya nak share CARA PENGAMBILAN IRON yang betul, agar kadar penyerapannya lebih optimum.

✔ Iron (Zat Besi) paling berkesan diserap semasa perut kosong. Paling bagus bangun-bangun tidur terus telan. Tapi, ramai yang tak boleh amik waktu ni sebab rasa mual dan loya. Lebih-lebih lagi di saat awal kehamilan.

✔ Untuk ibu-ibu yang tak boleh telan waktu perut kosong, disarankan mengambil sarapan dahulu sedikit. Jarakkan selama 30-45 minit selepas sarapan dengan pengambilan iron.

✔ Iron disarankan diambil dengan buahan yang tinggi vitamin c seperti oren, manggo dan apple. Vitamin c merupakan vitamin terbaik untuk penyerapan iron. Disarankan juga ambil sekali dengan supplemen vitamin c. Macam saya, saya akan ambil 2 biji vitalea (multivitamin with iron) bersama-sama 2 biji vitamin c sr.

✔ Sekiranya ibu-ibu mengambil susu atau produk tenusu seperti yoghurt, selepas 30-45 minit kemudian baru lah makan supplemen iron. Ini kerana segelas susu boleh mengurangkan kadar penyerapan iron sebanyak 50%!

✔ Elakkan minum teh dan minuman berkarbonate. Ini kerana, tanin acid di dalam teh dan phosphate dalam minuman bergas akan bergabung dengan iron dan seterusnya menghalang penyerapannya.

Antara makanan dan vitamins lain yang menganggu penyerapan iron ialah:
-----------------------------

✔ Cereals, grains, lagumes

✔ protien telur (telur putih&kuning)

✔ kopi

✔ kalsium, magnesium, zink dan copper

✔ koko

✔ makanan yang tinggi fiber

✔ herba - peppermint & chamomile

Semua makanan di atas bukannya tidak boleh diambil, tetapi dinasihatkan untuk dijarakkan pengambilannya.

LIKE & SHARE SEKIRANYA BERMANFAAT. 😊

+6012 6818241
Penasihat Shaklee anda 

1 comment:

  1. Good info sis.. Semoga terus berkongsi info yang berguna utk Semua...

    ReplyDelete