Ads

jom kita kawan

Tuesday, November 3, 2015

GEMUK SUSAH UNTUK HAMIL KE?



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...





Ketahui Punca Penghalang Ibu Menambah Zuriat

Menurut Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan, Dr. Norintan Zainal Shah yang dipetik dari artikelnya dalam majalah Pa&Ma berpendapat, ada TIGA SEBAB UTAMA yang perlu diberikan perhatian sewajarnya jika anda berhasrat kembali mengandung.

1. Kadar Sperma Suami Yang Semakin Menurun

Ada pelbagai sebab mengapa kadar sperma suami semakin menurun. Mungkin dari segi persekitaran tempat bekerja banyak terdedah kepada bahan kimia, radiasi, logam berat atau sering bersauna yang menyebabkan testikel terdedah kepada kepanasan yang berlebihan. Tabiat buruk seperti merokok dan pengambilan alkohol juga adalah penyebab utama. Di samping itu, sebab-sebab kesihatan seperti jangkitan kuman pada alat sulit atau masalah ejakulasi juga mungkin merupakan faktor. Anda perlu berbincang dengan suami jika ia melibatkan persekitaran dan tabiat. Namun untuk sebab kesihatan perlu memujuknya untuk membuat pemeriksaan doktor.

2. Kemungkinan Salur Fallopio Tersumbat

Kemungkinan juga salur fallopio anda yang dulunya normal semasa melahirkan anak pertama kini telah tersumbat oleh jangkitan kuman dan sebagainya. Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, petanda awal yang menunjukkan tiub falopio anda mungkin bermasalah ialah keluarnya cecair berwarna kuning atau hijau dari kemaluan dan berbau. Ia akan mendatangkan kegatalan dan ketidakselesaan pada alat sulit. Kuman akan naik ke rahim dan berlakunya jangkitan hingga saluran tersumbat. Tiub falopion mungkin juga tersumbat jika anda menghadapi penyakit endometriosis iaitu darah haid naik semula ke tiub fallopio dan terus ke bahagian belakang rahim dan menyebabkannya tersumbat. 

3. Masalah hormon yang kurang stabil dalam tubuh wanita

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan hormon menjadi kurang stabil bagi wanita. Jenis pekerjaan atau bagaimana cara kita bekerja menyukarkan proses ovulasi. Period cramp atau sengugut yang datang menyerang setiap bulan juga adalah punca utama. Tekanan atau stress melampau yang dihadapi wanita sehingga mengganggu emosi juga mampu menyebabkan kitaran ovulasi terganggu dan sekaligus menyebabkan period yang tak teratur setiap bulan. Masalah hormon ini boleh diselesaikan dengan cara perubatan moden atau lebih selamat dengan cara semulajadi iaitu mengambil supplemen untuk menstabilkan hormon.


Faktor Berat Badan Dan Kesannya Kepada Kesuburan

Jika tubuh wanita bertambah berat namun sekiranya tubuhnya sihat dan cergas tanpa penyakit seperti diabetes atau hypertensi, mempunyai keinginan seks yang normal serta hubungan seksual yang aktif ianya tidak akan memberikan masalah untuk individu itu mudah hamil. Lebih-lebih lagi, jika beliau seorang yang selalu bersenam dan mempunyai gaya hidup yang aktif. Usah bimbang!

Sebaliknya jika berat badan anda menyebabkan selera seks anda menurun dan gaya hidup yang pasif, maka secara logiknya kebarangkalian anda untuk hamil juga semakin menurun. Jika berat badan anda bertambah juga disertakan sekali dengan pakej penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya sudah pasti tekanan daripada menghadapi penyakit ini akan menpengaruhi emosi anda seterusnya menyebabkan anda sukar menimang anak.

Kesimpulannya, jika ada golongan wanita di luar sana sedang mencuba untuk mengandung tapi masalah belum berhasil, jangan terlalu stress jika anda menganggap berat badan anda adalah punca tunggal mengapa anda sukar hamil. Sebenarnya ada pelbagai punca lain yang perlu anda ketahui supaya anda dapat mencari penyelesaian yang tepat dan objektif anda untuk kembali ‘pregnant’ akan tercapai.

Atasi Masalah Sukar Hamil Dengan Pengambilan Supplemen Yang Selamat

Anda boleh mengatasi masalah anda ini dengan mengamalkan pengambilan supplemen yang selamat, semulajadi dan berkesan iaitu supplemen Shaklee yang telah 58 tahun terbukti berkesan kepada berpuluh-puluh juta pengguna seantero dunia. 



Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.

2) Vitalea


Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.



Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.



Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.



Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.



Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.


Atau boleh juga PM/Whatsapp/Telegram ida untuk dapatkan konsultasi terlebih dahulu

===========================
+6012 6818241
+6012 6818241
+6012 6818241


No comments:

Post a Comment