Ads

jom kita kawan

Tuesday, November 24, 2015

BAHAY TYROID UNTUK IBU HAMIL



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Hari ni ida nak cerita pasal tiroid pula.

Memandangkan ramai yang PM tanya pasal set tyroid,so ida share kenapa bahayanya tyroid untuk ibu-ibu hamil




Penyakit tiroid sudah biasa kita dengar. Penyakit tiroid adalah salah satu masalah yg berpunca dari sistem endokrin tubuh manusia. Sistem ini berkait rapat dengan hormon badan manusia. Tiroid ketika hamil adalah sangat merbahaya kepada ibu dan sekaligus bayi anda. Ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera. 

Tiroid yang biasa berlaku semasa wanita hamil adalah bersifat auto imun semulajadi. Maksudnya, tubuh membentuk antibodi sendiri untuk melawan sel2 tiroid. Keadaan ini seterusnya memberi kesan kepada fungsi kelenjar tiroid. Antibodi yg menyerang sel2 tiroid menyebabkan keradangan kelejar tiroid (tiroid limfosit) atau penyakit ini dipanggil Hashimoto. Apabila fungsi kelenjar tiroid terjejas, keadaan ini menyebabkan hypotiroidisme.


KOMPLIKASI HYPOTIROIDISME KEPADA KEHAMILAN
Hypotiroidisme memberi komplikasi kepada ibu yang hamil dan juga kepada bayi yang dikandung. Antara komplikasi yang berlaku kepada ibu hamil ialah tekanan darah tinggi, keguguran, kelahiran pramatang,anemia, mudah terkena jangkitan, abruption placenta, arythmia (kelainan pada denyutan jantung) dan sakit jantung. Semuanya komplikasi sgt berisiko tinggi.

Manakala komplikasi yang mungkin akan berlaku kepada bayi yg dikandung ialah bayi berisiko mengalami neonatal hypertiroidisme, intrauterine growth restriction(IUGR), lahir mati, lahir pramatang, dan kemungkinan mengalami kecacatan mental.


RAWATAN PENYAKIT TIROID
Kebanyakan doktor akan menasihati ibu2 yang mempunyai kelainan pada kelenjar tiroid ataupun mmg mempunyai masalah tiroid untuk menangguh kehamilan sehingga masalah tiroid si ibu dapat ditangani.

Perlu diingat bahawa ujian pengesanan atau ujian darah utk hormon tiroid tidak dilakukan ketika antenatal. Doktor akan hanya membuat pemeriksaan lanjut sekiranya mengesyaki anda ada masalah tiroid. 

Jika tiroid terjadi ketika kehamilan, doktor lazimnya akan menyasarkan kadar hormon tiroid pada batas normal secepat mungkin dengan menggunakan ubatan yg minimum. 

Selanjutnya sekiranya terdapat alahan kepada ubatan yg digunakan utk meredakan hormon tiroid, kemungkinan pembedahan terpaksa dilakukan. Doktor tidak akan memberikan ubat ubatan berdose tinggi kepada pesakit yang hamil kerana ubat ubatan tiroid sgt memberi komplikasi kepada bayi.




Demikian sedikit sebanyak info untuk panduan kita. Dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mengalami simptom2 tiroid dan jangan lupa untuk menjaga pemakanan.

Dalam shaklee juga ada set untuk tyroid.

YANG TERBAIK semestinya VIVIX
Nak yang bajet,boleh jer ida consult
PM jer ok ;)

+6012 6818241

Wednesday, November 18, 2015

4 TIP ATASI KLESTROL TINGGI SECARA SEMULAJADI



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...


Dianggarkan satu dari 3 orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi.

Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang kronik seperti masalah kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular.

Tapi hakikatnya ramai masih tidak sedar paras kolesterol mereka terlalu tinggi. Orang kurus pun berpotensi tinggi kolesterol.

APA ITU KOLESTEROL

Kolesterol adalah bahan lemak yang terdapat dalam daluran darah dan kesemua sel badan.

Kolesterol merupakan komponen tubuh yang penting untuk membentuk sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

2 SUMBER UTAMA KOLESTEROL

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati dan juga diperolehi dari makanan harian.

Kolesterol juga didapati dari makanan yang kita makan, yang secara tidak langsung akan meningkatkan paras kolesterol darah.

2 sumber kolesterol

Kandungan kolesterol yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar (stroke).

2 JENIS KOLESTEROL

Terdapat 2 jenis kolesterol utama dalam darah:
LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah – kolesterol jahat)
HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi – kolesterol baik)
LDL – KOLESTEROL JAHAT

LDL dikenali sebagai kolesterol jahat kerana paras LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam salur darah.


Plak dalam salur darah (arteri)
Plak ini menyumbatkan salur darah dan menyekat aliran darah seperti yang berlaku dalam serangan jantung atau angin ahmar (stroke)


HDL – KOLESTEROL BAIK
HDL dikenali sebagai kolesterol baik kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah kembali kepada hati untuk disingkarkan.
Dalam kata lain, HDL berperanan membersihkan salur darah.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita memastikan paras HDL lebih tinggi dari paras LDL.

FAKTOR UTAMA TINGGI KOLESTEROL LDL
Makanan Malaysia yang tinggi lemak dan kalori merupakan punca tinggi kolesterol LDL.

Persatuan Jantung Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan kolesterol kurang dari 300mg sehari.

Penghidap penyakit jantung pula perlu mengehadkan pengambilan kolesterol kepada 200mg sehari.

Walaupun begitu, menu harian Malaysia amat tinggi kandungan kolesterol. Sebagai contoh:
Sarapan 2 keping roti canai : 350 mg
Makan tengahari nasi lemak: 213 mg
Makan malam char kue tiau: 235 mg

Jumlah keseluruhan kolesterol makanan harian di atas adalah 798 mg, iaitu melebihi 3 kali ganda dari pengambilan harian yang di syorkan.

4 TIPS MERENDAHKAN PARAS KOLESTEROL SECARA SEMULAJADI
Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut
Lakukan senaman dengan lebih kerap
Turunkan berat badan
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan fitosterol ke dalam diet harian untuk menurunkan paras kolesterol secara semulajadi
KENALI FITOSTEROL

Fitosterol wujud secara semulajadi dalam kandungan sedikit di dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan minyak sayuran.

Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

BAGAIMANA FITOSTEROL BERFUNGSI

Struktur fitosterol adalah hampir sama dengan kolesterol.
Pengambilan fitosterol akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dan penghadaman.
Hasilnya penyerapan kolesterol akan dihalang, kolesterol tidak akan membentuk plak di dalam salur darah dan kolesterol akan disingkirkan keluar bersama fitosterol.
Sebelum dan selepas pengambilan fitosterol

Ia bermakna, bila anda mengambil lebih banyak fitosterol, maka semakin kuranglah kolesterol yang akan di serap oleh tubuh.

Ini secara tidak langsung membantu anda untuk menurunkan paras kolesterol LDL

BERAPA FITOSTEROL YANG DIPERLUKAN SEHARI?
NIH mengesyorkann pengambilan 2,000 mg Fitosterol dalam diet harian untuk menurnkan paras kolesterol secara semulajadi

SUMBER SEMULAJADI 2,000 MG FITOSTEROL

Untuk memperolehi 2,000 mg Fitosterol, pertimbangkan dahulu makanan yang anda ambil setiap hari. 2,000 mg Fitosterol sehari bersamaan gabungan makanan berikut:
200 biji lobak merah
70 keping roti gandum
425 biji tomato


Sebagai alternatif, anda juga boleh memilih Phytocol ST Shaklee untuk membekalkan 2,000 mg Fitosterol tumbuhan sehari kepada anda.
PHYTOCOL ST SHAKLEE

Phytocol ST Shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2,000 mg Fitosterol setiap hari.

Membekal 2,000 mg Fitosterol setiap hari

Ia sesuai di ambil 2 tablet 2 kali sehari dengan makanan.

Harga Phytocol ST hanya RM 199 untuk 120 tablet.
CARA ORDER PHYTOCOL ST SHAKLEE

Untuk order Phytocol ST Shaklee, anda hanya perlu hubungi saya di:

Noraida Omar

SMS/WhatsApp: 0126818241

Tuesday, November 17, 2015

"Sayang tanya pun marah?"

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

Haari ni saja2 nak update blog..

Semalam rasa nak merajuk dengan husband..
Mana taknya..bila kita tanya kenapa tak reply kat FB?
katanya : laa..awak tahu kan abg ni bukan selalu buka fb pun..abg like jer..abg xsuka komen2 ni.."

"kalau abg itu tak suka..ini tak suka.."
"tak yah la cakap dgn syg lagi.bye"

so, i nekad whatever yang dia sms i tak nak balas n kalau dia cal pun xnak jawab"

tapi bila dia sms tanya " kenapanya tak nak cakap pulok?"

"sebab selalu buat syg marah..tak pernah nak jaga hati syg..tak pernah nak ambik tahu apa yg syg suka ke tak"
(bukan main panjang balas msg :P)

"bilanya buat syg marah?"

"alaaa..haritu syg post kat fb dan tag nama abg tp tak komen pun?"
"nak reply apa syg oi..kan awk duk promote shaklee awk.abg nak komen apa?"
(ida dah boleh bayang dah mukanya cmna masa reply whatsapp ni..mesti such incridible face.apa salah aku ni???hahahahha)

"alaa..ada jer post pasal bukan shaklee..boleh jer komen" 
(still tak nak kalah kan ;) )

"yelah..sori..nanti abg gi like semua post syg yer"

"pastu masa balik haritu cari seluar tak jumpa pun marah.."
(mmg sy tak puas hati bila dia marah tanya seluar dia)

"laaa..itu bukan marahla syg..abg tanya tu.."

"itu bukan tnya..itu marah..cari seluar tak jumpa sbb kain baju byk xteratur..kenapa tak teratur?sbb abg la..sape suruh tak beli almari besar..almari yang ada tu,baju amamr saja pun dah penuh"

"yelah..nanti baju abg tak payah la lipat..gantung jer,,sng kan?lagi?apa lagi?"

masa tengok polis evo tu,abg ckp dah tengok dah dengan kawan2 ..xde bagitahu syg pun? bila syg tanya pegi dengan sape...abg ckp "dengan kwn2 tmpt keje la..dgn sape lagi"

"syg tanya pun marah????"

"laaaaa..itu bukan marah la syg..itu bagitahu..pegi dengan kwn2 rumah & tmpt keje."

tengok! ada je jawapan dia kan??
stress tahu..
tapi semalam lepas bagitaw tak nak dah bercakap dengan husband dah, ida terpikir..mesti hormon nak berubah ni.nak datang bulan ke apa lah ni.asyik nak marah orang je.."
(dan opkos la husband jd mangsa :P

But still he is wrong right?


then  pagi tadi,lepas hantar ammar ke sekolah, dia call

macam biasa ida jawab call dan cerita itu ini..
"dia tnya dah sampai ofis ke belum?
"belum lagi..tadi gi pos barang jap."
(then baru ingat i merajuk dengan dia semalam tak habis lagi)

"eh lupa lak..syg xnk bcakap la dgn abg"

dan dia apalagiiiii
"hihihihihihihihih"
(dah tahu kalau gelak camtu,muka husband mcm apa..eeeeee perli la tuuuuuu)

so memang patut la kan ida merajuk dengan dia???



Thursday, November 5, 2015

TESTIMONI SAKIT SARAF DENGAN SHAKLEE



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...


TESTIMONI PERTAMA (SAKIT SARAF BELAKANG)


Ini mak saya. Hampir 14 tahun beliau menderita sakit saraf.

Mulanya mak menyangka hanya lenguh-lenguh biasa. Maklumlah dulu kerja ladang, banyak tenaga yang dikerah demi mengejar RM300 sebulan.

Setelah mak berhenti kerja sekitar tahun 2007, mak sering mengadu sakit belakang bahu, selalu kebas-kebas tangan, berat kepala dan sering tidak dapat tidur malam.

Banyak kali mak ke klinik. Setiap kali berjumpa doktor, ayat yang sama juga didengar,


“biasalah… bila dah berumur ni, macam-macam lah penyakit datang.”

Sampai satu tahap, mak langsung tidak dapat tidur secara terlentang beralaskan bantal. Mak hanya boleh tidur beralaskan kusyen dalam keadan meniarap.
Disahkan Mengidap Sakit Saraf

Sakit belakang bahu mak semakin menjadi-jadi. Mak juga sering demam, batuk dan tidak bermaya.

Mak langsung tidak boleh memerah santan, dukung cucu dan sebagainya kerana lengan sebelah kanannya berdenyut-denyut.

Doktor yang biasa merawat mak telah merujuk mak ke hospital. Hasil pemeriksaan mengesahkan mak menghidap sakit saraf.

Atas nasihat doktor, saya belikan mak contour pillow. Alhamdulillah mak dapat tidur terlentang semula.

Doktor juga sarankan mak mandi air panas dan sebolehnya elakkan mandi air sejuk biasa. Saya belikan mak water heater.

Banyaknya ubat sakit saraf mak kena makan setiap hari. Tuhan sahaja yang tahu penderitaan yang mak hadapi.

Setelah hampir setahun mak makan ubat sakit saraf tersebut, penyakit lain pula datang. Mak disahkan mengidap kencing manis dan darah tinggi.

Kesian mak. Semakin banyak ubat yang perlu mak ambil setiap hari.

Mak beritahu saya yang dia dah tak sanggup lagi nak makan ubat hospital banyak-banyak, naik loya tekak katanya.

Berat badan lagilah… bagaikan dipam-pam. Mungkin kesan ubat-ubat yang mak makan.
Shaklee Sebagai Ubat Sakit Saraf Alternatif

Setelah saya bertemu dan berkenalan dengan Shaklee, tanpa ragu-ragu saya telah berikan mak vitamin Shaklee dengan harapan dapat meringankan penderitaan sakit saraf mak.

Mula-mula saya berikan 4 suplemen berikut:


B-Complex (120 tablet) RM53.75
B-Complex ini mak ambil sebiji setiap pagi untuk mengawal stres, di samping melancarkan peredaran darah dengan mengawal darah tersumbat di dalam saraf yang menjadi punca kepada sakit saraf mak.

Omega Guard (90 sofgel) RM136.00
Omega Guard mak ambil 3 biji setiap hari untuk mengawal kolesterol yang terdapat dalam saluran darahnya.

Garlic (60 tablet) RM47.50
Mak amalkan Garlic 2 biji sehari untuk mengawal darah tinggi yang dihidapinya.

Advanced Joint Health Tablet (90 tablet) RM124.00
Yang ini namanya agak panjang tapi saya panggil pendek, AJHT. Mak telan 2 biji AJHT setiap hari untuk kesihatan saraf, sendi dan lutut.
Berkesan Tapi Tak Mudah Juga

Setelah 3 bulan mak amalkan 4 jenis suplemen ini, mak beritahu sakit belakangnya berkurangan. 

Tetapi masalah lain pula timbul. Mak tak larat nak telan vitamin banyak-banyak, baginya sama seperti menelan ubat-ubatan hospital yang selama ini ditelan oleh mak setiap hari.

Oleh itu, saya berikan mak sebotol Vivix 150ml RM475.00 setelah yakin dengan banyak testimoni yang melibatkan semua penyakit mak.


Sekarang mak ‘pengguna tegar’ Vivix. Alhamdulillah, bacaan gula dalam darah mak turun dari 11 kepada 5 dalam masa 2 minggu pengambilan Vivix secara konsisten.

Sakit saraf mak juga sudah hilang terus! Alhamdulillah.

Walaupun mahal, bahagia rasanya bila dapat hadiahkan mak sebotol Vivix setiap bulan untuk kesihatan mak yang tidak ternilai.

Tanpa mak, siapalah kita! 

Cubalah hadiahkan Vivix untuk mak ayah kita selagi mereka masih ada. 

Share Itu Prihatin

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.
credit to: http://soleh.net/2014/02/18/ubat-sakit-saraf/

Itu adalah testimoni dari seorang ibu pengedar shaklee..
Jika tuan puan berminat,boleh la 
PM/WHATSAPP/TELEGRAM SAYA DI

=========================
+6012 6818241
+6012 6818241
+6012 6818241


Wednesday, November 4, 2015

Vitamin Untuk Berhenti Merokok



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...


Petua Berhenti Merokok Dengan Vitamin Semulajadi


Jika anda seorang perokok, adalah PERLU untuk melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negatif akibat merokok. Vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ dengan merokok. Vitamin ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.


Vitamin Untuk Berhenti Merokok

Oksida di dalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin C, menyebabkan bekalan vitamin ini menjadi berkurangan. 
Pengambilan tambahan Vitamin C boleh mengembalikan tahap Vitamin C pada darah perokok kepada normal. 
Penyelidik di Hospital Veterans Pentadbiran di Pennsylvania mendapati bahawa tahap normal vitamin C boleh melindungi perokok tegar dari keracunan darah. 
Kerana vitamin C juga membantu mengawal jumlah kolesterol di dalam darah, kekurangan Vitamin C boleh merosakkan keupayaan badan untuk menukar kolesterol ke hempedu. 
Kolesterol kemudian berkumpul dalam aliran darah, ’berkumpul’ di dalam arteri dan boleh menyebabkan aterosklerosis.
 Pengambilan tambahan Vitamin C juga membantu melindungi tahap plasma darah dan fungsi vitamin E, antioksidan kepada badan. 
Bruce Ames, Ph.D., pengarah Institut Alam Sekitar Pusat Sains Kesihatan Kebangsaan di Universiti California, Berkeley mendapati bahawa perokok tidak makan makanan yang cukup kaya dengan vitamin C. 
Menurut Dr. Ames, perokok perlu menelan dua atau tiga kali dos harian vitamin C yang disyorkan untuk bukan perokok.


Pada tahun 2005, kajian oleh Institut Linus Pauling yang disiarkan dalam “American Journal of Clinical Nutrition,” menunjukkan bahawa tahap Vitamin E pada plasma darah berkurangan dan hilang dengan lebih cepat dalam perokok berbanding bukan perokok. Kerana tahap vitamin E yang rendah, ia tidak memberi perlindungan yang mencukupi terhadap radikal bebas, ini mungkin salah satu sebab-sebab mengapa orang yang merokok boleh mendapat kanser.


Kajian menunjukkan bahawa orang yang merokok boleh menjejaskan metabolisme vitamin D dan kalsium seterusnya meningkatkan risiko osteoporosis.Vitamin D membantu untuk mengawal kalsium dalam badan anda dan membantu mengekalkan kepadatan tulang. Vitamin D boleh membantu perokok melambatkan kadar kehilangan kepadatan tulang.


Perokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat kanser paru-paru dan pankreas berbanding dengan bukan perokok, namun risiko ini boleh dikurangkan dengan mendapat vitamin B yang mencukupi. Rachael Stolzenberg-Solomon, Ph.D., di Institut Kanser Kebangsaan di Bethesda, Maryland, mendapati bahawa tahap vitamin B folat adalah lebih rendah pada pesakit yang menghidap barah pankreas. Asid folik, amat penting untuk paru-paru, juga boleh membantu mengurangkan simptom bronkitis pada perokok.


Testimonial Berhenti Merokok Dengan Vivix Shaklee

Suami anda merokok? Bertindak sekarang! Nak mintak suami berhenti ‘susah’. Jadi kita kena bantu suami kita..dgn cara mendapatkan balik nutrisi-nutrisi yg telah hilang kesan dari merokok. InshaAllah

Anda boleh cuba belikan Vivix Shaklee untuk suami berhenti merokok atau paling kurang untuk kurang merokok. 

Justeru, sebagai isteri yang asyik consume supplement itu ini ni, kena lah jaga kesihatan suami juga kan? Jangan asyik nak menyusukan anak, slim, cantik, kesihatan suami kita tak jaga.

Almaklumlah, suami-suami ni part macam ni dorang malas sikit. So saya akan hidangkan supplemen-supplement yang en suami perlu makan kat piring. Siap air lagi. Siap hidang lagi “makan vitamin ye daddy” :p 

Buat muka manja-manja sikit confirm dorang nak makan vitamin-vitamin ni 

Atau kalau diorang tak mahu telan supplemen, boleh syorkan untuk minum sirap vivix ni sahaja.









Tuesday, November 3, 2015

GEMUK SUSAH UNTUK HAMIL KE?



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...





Ketahui Punca Penghalang Ibu Menambah Zuriat

Menurut Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan, Dr. Norintan Zainal Shah yang dipetik dari artikelnya dalam majalah Pa&Ma berpendapat, ada TIGA SEBAB UTAMA yang perlu diberikan perhatian sewajarnya jika anda berhasrat kembali mengandung.

1. Kadar Sperma Suami Yang Semakin Menurun

Ada pelbagai sebab mengapa kadar sperma suami semakin menurun. Mungkin dari segi persekitaran tempat bekerja banyak terdedah kepada bahan kimia, radiasi, logam berat atau sering bersauna yang menyebabkan testikel terdedah kepada kepanasan yang berlebihan. Tabiat buruk seperti merokok dan pengambilan alkohol juga adalah penyebab utama. Di samping itu, sebab-sebab kesihatan seperti jangkitan kuman pada alat sulit atau masalah ejakulasi juga mungkin merupakan faktor. Anda perlu berbincang dengan suami jika ia melibatkan persekitaran dan tabiat. Namun untuk sebab kesihatan perlu memujuknya untuk membuat pemeriksaan doktor.

2. Kemungkinan Salur Fallopio Tersumbat

Kemungkinan juga salur fallopio anda yang dulunya normal semasa melahirkan anak pertama kini telah tersumbat oleh jangkitan kuman dan sebagainya. Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, petanda awal yang menunjukkan tiub falopio anda mungkin bermasalah ialah keluarnya cecair berwarna kuning atau hijau dari kemaluan dan berbau. Ia akan mendatangkan kegatalan dan ketidakselesaan pada alat sulit. Kuman akan naik ke rahim dan berlakunya jangkitan hingga saluran tersumbat. Tiub falopion mungkin juga tersumbat jika anda menghadapi penyakit endometriosis iaitu darah haid naik semula ke tiub fallopio dan terus ke bahagian belakang rahim dan menyebabkannya tersumbat. 

3. Masalah hormon yang kurang stabil dalam tubuh wanita

Ada pelbagai faktor yang menyebabkan hormon menjadi kurang stabil bagi wanita. Jenis pekerjaan atau bagaimana cara kita bekerja menyukarkan proses ovulasi. Period cramp atau sengugut yang datang menyerang setiap bulan juga adalah punca utama. Tekanan atau stress melampau yang dihadapi wanita sehingga mengganggu emosi juga mampu menyebabkan kitaran ovulasi terganggu dan sekaligus menyebabkan period yang tak teratur setiap bulan. Masalah hormon ini boleh diselesaikan dengan cara perubatan moden atau lebih selamat dengan cara semulajadi iaitu mengambil supplemen untuk menstabilkan hormon.


Faktor Berat Badan Dan Kesannya Kepada Kesuburan

Jika tubuh wanita bertambah berat namun sekiranya tubuhnya sihat dan cergas tanpa penyakit seperti diabetes atau hypertensi, mempunyai keinginan seks yang normal serta hubungan seksual yang aktif ianya tidak akan memberikan masalah untuk individu itu mudah hamil. Lebih-lebih lagi, jika beliau seorang yang selalu bersenam dan mempunyai gaya hidup yang aktif. Usah bimbang!

Sebaliknya jika berat badan anda menyebabkan selera seks anda menurun dan gaya hidup yang pasif, maka secara logiknya kebarangkalian anda untuk hamil juga semakin menurun. Jika berat badan anda bertambah juga disertakan sekali dengan pakej penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya sudah pasti tekanan daripada menghadapi penyakit ini akan menpengaruhi emosi anda seterusnya menyebabkan anda sukar menimang anak.

Kesimpulannya, jika ada golongan wanita di luar sana sedang mencuba untuk mengandung tapi masalah belum berhasil, jangan terlalu stress jika anda menganggap berat badan anda adalah punca tunggal mengapa anda sukar hamil. Sebenarnya ada pelbagai punca lain yang perlu anda ketahui supaya anda dapat mencari penyelesaian yang tepat dan objektif anda untuk kembali ‘pregnant’ akan tercapai.

Atasi Masalah Sukar Hamil Dengan Pengambilan Supplemen Yang Selamat

Anda boleh mengatasi masalah anda ini dengan mengamalkan pengambilan supplemen yang selamat, semulajadi dan berkesan iaitu supplemen Shaklee yang telah 58 tahun terbukti berkesan kepada berpuluh-puluh juta pengguna seantero dunia. 



Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.

2) Vitalea


Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.



Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.



Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.



Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.



Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.


Atau boleh juga PM/Whatsapp/Telegram ida untuk dapatkan konsultasi terlebih dahulu

===========================
+6012 6818241
+6012 6818241
+6012 6818241


Tanda Ada masalah Jantung!



Terima Kasih Allah...

 Assalamualaikum sahabat...


Tanda-Tanda Jantung Bermasalah

Pertama sekali, untuk mengesan sekiranya jantung bermasalah. Cuba lihat tanda-tanda di bawah. Sekiranya ada simptom berikut. Anda berisiko tinggi untuk diserang masalah jantung pada usia yang masih muda seawal 20 tahun!

Anda selalu berpeluh berlebih-lebihan walaupun hanya melakukan sedikit aktiviti.

Mudah berasa sesak nafas dan seolah-olah ada sesuatu tersumbat dalam hidung atau dada.

Di sebelah kiri dada anda kerap berasa sakit sama ada impaknya sedikit atau banyak.

Mula diserang sakit kepala dan terasa sekeliling berpusing-pusing dan bergoyangan.

Diserang fenomena “blank out” iaitu hilang upaya daya penglihatan seketika bila berada dalam gelap.

Tangan Kiri rasa sakit seperti terseliuh.

Jika tangan kiri anda mulai rasa sakit selepas rasai tanda-tanda di atas ia adalah petanda yang anda perlu berjumpa doktor dalam kadar segera kerana anda mungkin akan diserang stroke dalam masa terdekat. 

Langkah Mudah Mencegah Masalah Penyakit Jantung

Anda perlu lakukan langkah-langkah berikut bagi mengelak dari diserang penyakit jantung apatah lagi jika anda bukanlah seorang yang rajin bersenam dan juga gemuk!

1) LAKUKAN PEMERIKSAAN AWAL

Menurut sumber dari Kementerian Kesihatan, dari segi jumlah pesakit yang menghidap diabetes, Malaysia berada di tangga pertama dalam Asia dan tersenarai di tangga ke-10 dunia bagi selepas Asia Barat dan Asia Pasifik. Mengikut rekod, ada 2.6 juta pesakit diabetes berusia lebih 30 tahun.

Daripada jumlah ini, separuh atau 1.3 juta tidak sedar mereka mempunyai diabetes. Anda yang berisiko tinggi, disarankan membuat pemeriksaan awal dan berkala bagi mengelakkan sebarang komplikasi.

2)MENGAMBIL PEMAKANAN SEIMBANG

Kurangkan pengambilan lemak,terutama lemak tepu seperti mentega untuk merendahkan risiko kolesterol berlebihan dalam darah sekaligus mencegah risiko penyakit jantung. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10 hidangan sehari) diikuti diet rendah lemak.

Ambil produk tenusu (3 hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Akhirnya, kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman. Anda perlu memasak sendiri di rumah untuk mengawal paras gula dan garam dalam masakan!

3.MELAKUKAN AKTIVITI DAN SENAMAN

Menurut Pakar Runding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, aktiviti ringan atau sederhana, walaupun dilakukan selama 30 minit sehari boleh membawa manfaat. Aktiviti yang dimaksudkan termasuk berjalan kaki sambil bersiar-siar, naik tangga, berkebun, membersihkan laman, kerja rumah yang sederhana atau berat, menari dan senaman di rumah.

Senaman berbentuk aerobik yang lebih cergas seperti berjalan pantas, berlari, berenang, berbasikal, luncur kasut roda dan lompat tali pula merupakan cara terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan jantung dan paru-paru.

Jika anda mahu meningkatkan lagi tahap kecergasan, anda perlu bersenam 30 ke 60 minit, kebanyakan hari dalam seminggu, pada kadar 50-80 peratus daripada keupayaan maksimum anda.

4.MEMASTIKAN TIDUR YANG MENCUKUPI

Ubah gaya hidup anda. Masuk tidur lebih awal. Yayasan Tidur Kebangsaan di Amerika Syarikat mengesyorkan tidur selama 8-9 jam bagi orang dewasa. Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan kekal sihat.

Semasa tidur, tubuh kita memproses glukosa. Jika tidak cukup tidur glukosa akan gagal diproses dan berisiko untuk diabetes. Oleh itu, pastikan tidur anda cukup supaya badan boleh memproses glukosa dengan baik.

Tidur yang mencukupi juga boleh melegakan dari tekanan (stress) dan menjadikan badan lebih tenang disamping merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah serta mengelakkan berlakunya penyakit jantung.

5.KAWAL EMOSI AGAR TIDAK TERTEKAN / STRESS

Kawal emosi anda agar tidak tertekan atau stress. Ini boleh dicegah jika anda berusaha meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk menanganinya. Cara termudah mengatasi stress ialah dengan mencari puncanya.

Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin. Ada pelbagai cara untuk mengatasi stress antaranya rehat seketika, melakukan riadah, bercakap dengan seseorang, bercuti dari kerja dan sebagainya.







atau boleh juga Whatsapp/Telegram Ida untuk dapatkan konsultasi terlebih dahulu
==========================
+6012 6818241
+6012 6818241
+6012 6818241
+6012 6818241

;)


Monday, November 2, 2015

7 SEBAB HILANGNYA REZEKI SUAMI, ISTERI DAN KELUARGA



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...


7 SEBAB HILANGNYA REZEKI SUAMI, ISTERI DAN KELUARGA

1. Sering bergaduh. 
Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat...


2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban. 
Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.

3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki. 
Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah...

4. Lokek dengan pasangan dan anak-anak. 
Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama.

5. Gagal mengawal emosi dan amarah. 
Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

6. Kurang sabar. 
Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu duit...

7. Kurang berdoa. 
Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.

Moga bermanfaat ;)

Nak dapatkan Shaklee dengan ida?
PM/Telegram/Whatsapp
+60126818241