Assalamualaikum sahabat
Kat sini ida kongsikan serba sedikit yang ida termampu edit untuk rujukan korang dimasa2 akan datang..
kalau ada yang terkurang,harap maafkan.insyaallah akan cuba sehabis daya membahagi masa untuk lebih efisen update blog ;)
Q0⃣1Assalamualaikum...
Doc bagaimana nak hilangkn selesema tersumbat hidung?
Sy prefer iliadin nasal drop...confirm tak tersumbat...tp better doc bg advise...
Saya pun kronik bab hidung tersumbat ni.. Tak pasti punca apa. Dekat setahun saya guna nasal spray non stop. Dari grup ni saya dpt tau ada jenis nasal spray yg ada efek jika guna dlm tempoh masa yg panjang. Saya pun try stop guna nasal spray. AlhamdulilLlah, skrg dh tak guna. Hidung tersumbat, saya hembus. Walaupun masih tersumbat, tp tak lagi kronik sgt mcm dulu2. Sekadar berkongsi.
Bila selalu selsema lipatan kulit dalam hidung bengkak menyebabkan hidung tersumbat
Boleh cuba ubat spray hidung
Assalamualaikum.
Q02 : Doc, kawan saya ada cyst di mulut dan dia sudah buang.
Soalannya. Adakah cyst ni boleh berulang lagi?
Betul ke apa yg sy dgr, setiap wanita ada cyst cuma aktif or tidak je..
Cyst di mulut jika mengganggu elok la buang, berulang atau tidak bergantung pada operation, jika kapsul dapat dibuang sepenuhnya insyaa Allah tidak akan berulang.
Setiap wanita ada cyst tu saya tak pasti
Q0⃣3Apakah side effect pengambilan pil utk turunkan cholesterol? Paras cholesterol dh dekat border dan doc kata hati ada minyak. Mcm mana dia punya risk-benefit ratio?
Kesan sampingan otot tegang dan sakit, ini yang paling biasa, selain dari itu boleh rosakkan sel hati. Jika baru border line kontrol diet kurang minyak dan santan, exercise
Saya ada pernah baca article tentang santan bkn penyebab cholesterol...btul ke?
Kolesterol bersumber dari haiwan. Santan dari kelapa. Tiada kolesterol.Santan ada asid lemak tepu. Rantai sederhana. Bkn yg berantai pjg yg bole sbbkn kolesterol meningkat. Tp jgn mkn byk la.Begitu juga dengan minyak, ada asid lemak tepu yang boleh menyebabkan kolesterol meningkat. Kolesterol yang kita makan hanya menyumbang sedikit saja dalam meningkatkan paras kolesterol dalam darah. Penyumbang terbesar ialah makanan manis, kerana ia akan merangsang sel hati untuk mengeluarkan sejenis enzim yang akan membentuk kolesterol
Q0⃣4 nak tanya vitamin c brape MG y paling bgus? Ape beza 100mg, 500mg & 1000mg?? Sy selalu ambil 1000mg tp kt hosp bg 100mg.....
Vitamin c larut air jika ambil banyak pun akan cepat dibuang, lebih baik sikit dan banyak kali macam 100mg dan makan 4 kali sehari
QO5...
Doc...tombong (betul ke bahsa sye nice.kalo salah mohon pwrbetulkan)...Bahaya Lah doc..kalo dh kluar dr permukaan kmluan wanita...then apakah rawatan?
Oh ini namanya uterine prolapsed, ia tidak merbahaya, tapi menyusahkan kita, tak boleh nak tahan kencing, selalu dapat jangkitan di pundi kencing dan banyak lagi. Rawatan nya bagi mereka yang tidak menjalani operation boleh bubuh cervical ring kalau yang boleh operate, buang terus rahim
Buat pemeriksaan, jika betul prolapsed, buat operation atau cervical ring.Biasanya prolapsed ni berlaku pada warga emas
Doc...boleh brnak kah kalo dh tahaf ini?
Biasanya penyakit ini terjadi pada mereka yang sangat tua, belum pernah lagi jumpa pada orang muda. Kalau tak dapat penyakit ini pun orang tersebut sudah tidak beranak
Qo5..Assalamualaikum Dr..bila angkat benda berat contoh pasu bunga..pranakan kita rasa jatuh kebawah..apakah rwatan nak betulkan blek..
Q0⃣6 kapsul, gel, pil y mana cepat larut dan lambat larut....sy mkn habatus sauda n myk zaitun bbntuk gel cpt larut dlm bdn x?
Dua dua sama, dalam perut kena dengan acid dan enzim cepat je hancur
Q07..
Doc...kenapa telinga sye rase bedesing n bergema mcm pekak pun Ade....nk bt lgumano nie doc???...
Ada dua kemungkinan, satu mungkin disebabkan tube eustachian yang menghubungkan telinga tengah dengan tekak tersumbat dan menyebabkan tekanan luar dan dalam telinga tidak sama. Biasanya terjadi semasa demam selsema dan selepasnya. Ia akan baik sendiri, insyaa Allah.
Kedua, mungkin gegendang telinga bocor. Ini perlu buat pemeriksaan dan kita comfirn bocor kena buat operation untuk tampal
Nombor Q🆕0⃣1 as salam doc n semua..apkah punca tumit kaki pecah2?
Badan berat dan kasut keras, mungkin juga kaki kering, cuba banyakkan sikit pakai kasut penuh, bukan jenis sandal
Q0⃣4 Doc mcm mn nk kurangkn sakit tonsil
Rasanya kena jumpa doktor untuk tengok, mungkin di sebabkan jangkitan kuman bakteria, kalau iye kena makan antibiotik
Q05⃣ doctor...ada x cara nak hilangkan semput?dada sudah rs padat
Kalau semput kena makan ubat
Ubt apa doc
Makan ubat asthma
🆕0⃣6 doctor..apa sebab utama jantung berdenyut laju tanpa henti walaupun nafasnya normal? Cara nak kembalikan kepada normal mcm mn?
Iye, svt dan biasanya akan kembali normal dengan sendirinya. Biasanya ia berlaku tak lama dan disebabkan discaj pada jantung tiba tiba laju dan tidak dapat dikawal. Rawatan hanya akan diberikan jika semasa berlaku ada tanda tanda tekanan darah menurun dengan rasa nak pitam. Topik ini dah dibincang, tetapi semasa pengumpulan soalan dan jawapan tiada index jadi susah untuk merujuk kembali
Q0⃣8Salam dr. Apa kesan jika berhenti minum Aspirin?
Dikhuatiri darah boleh membeku dan menyumbatkan salur darah
Q1⃣0doc selepas main gym otot badan mesti sakit.. cmner nk kurangkan rasa sakit tue.
Buat warm up secukupnya dan stretching sebelum mula dan buat senaman regularly, insyaa Allah nanti akan okay
Q0⃣6 doctor..apa sebab utama jantung berdenyut laju tanpa henti walaupun nafasnya normal? Cara nak kembalikan kepada normal mcm mn?SVT ke ni?
SVT apa en.khairul
Supraventricular tachycardia...minta doc explain skit...
Iye, svt dan biasanya akan kembali normal dengan sendirinya. Biasanya ia berlaku tak lama dan disebabkan discaj pada jantung tiba tiba laju dan tidak dapat dikawal. Rawatan hanya akan diberikan jika semasa berlaku ada tanda tanda tekanan darah menurun dengan rasa nak pitam. Topik ini dah dibincang, tetapi semasa pengumpulan soalan dan jawapan tiada index jadi susah untuk merujuk kembali
Anak panah biru tu adalah laluan electrical discharge supaya otot jantung mengecut.Dlm kes supraventricular....laluan electrical discharge terganggu...supra atas ventrille...maksudnya electrical discharge tu mengalir secara kitaran di atas kawasan ventricle, ia tak pergi ke bawah kawasan ventriccle
S5🏀apakah punca cramp atau tarik mengkarung terutama jari kaki?
Biasanya sebab kurang calcium, cuba banyak minum susu atau makan calcium dalam 600 mg sehari
Assalamualaikum
Q🅱1⃣ anak saya umo 2 tahun...ada batuk2 n selseme....bunyi penafasan kt dada kuat....selain mkn ubt klinik...apa lg car lain ya?
Bunyi nafas tidak apa masa selsema disebabkan oleh hidung tersumbat oleh hingus. Yang penting lihat pada hidung samada kembang kuncup dan dekat leher lekuk atau tidak masa tarik nafas
Q🅱2⃣ Assalamualaikum wbt. Doc. Apakah sbb Terasa pedih dan sakit d bhgn kiri dada ? Dlm keadaan duduk. Terasa spt pedih dlm perut . adakah ada kena mengena dgn jantung atau hati, Doc?
Besar kemungkinan sakit di perut, hati berada di sebelah kanan. Jantung pula patern sakit nya berbeza, biasanya waktu kita melakukan sesuatu yang yang agak kuat
Nafas nya berat, terpaksa guna lebih tenaga untuk tarik nafas, mungkin asthma0atau pneumonia
.
Q 🅱3⃣ Doct...
Bangun pagi rasa memusing rumah...macam pening 4..5..hari..tekanan darah 120/80..mengapa ea...
Keadaan ini dipanggil vertigo, disebabkan gangguan pada sistem keseimbangan. Sebab nya mungkin ada masalah pada telinga atau salur darah basilar . Tetapi pada kebanyakan kes sebabnya tiada di ketahui, hanya di beri ubat untuk melegakan keadaan tersebut
Q🅱5 anak lelaki berusia 5thn mengalami demam berterusan selama 15 hari.. mula2 check klinik panel dr kata tonsil kiri bengkak..diberi antibiotic dan ubat demam..ubat habis tapi demam on n off dan mula batuk2 di check kali kedua dr kata di tekak ada spot putih..dia diberi antibiotic yg kuat m ubat demam batuk n selsema.. selepas ambil ubat utk nak masuk hari ke tiga demam dia tak surut..badan dia sentiasa panas.. dan mengadu sakit perutnya keras.. adakah ia normal tindak balas dari antibiotic yg kuat itu..atau saya perlu bawa dia ke hospital terus.... anak tak pernah sakit sebegini...terima kaseh dr..
Elok di bawa ke hospital untuk pemeriksaan yang lebih rapi
Q🅱5⃣
Doct...bolehkah pemeriksaan darah dapat mengesan adanya sel kanser ...
Boleh, ada tumor marker yang boleh di periksa melalui darah tapi ini hanya sebahagian kecil
Q🅱6⃣
Tn Doct...adakh batuk yg berpanjangan ada kaitan dengan msalh sinus jga...
Sinusitis merupakan jangkitan pada sinus iaitu rongga udara di sekeliling hidung. Ia akan menyebabkan hidung rasa tersumbat. Ia tidak akan menyebabkan batuk yang berpanjangan
Tapi..sya pernah mendapat rawatan utk masalh sinus yg berpunya dr batuk yg lama ..
Contoh..tdk bole terdedah dlm aircond yg lama..tmpat berhabuk..
Ubat yg saya dpt sperti ubat spray dlm rongga hidung 2 jenis..ubat resdung mkan..dn ubat batuk (dry cough)
Itu mungkin rhinitis dan bukan sinusitis
Q🅱7⃣ Doc anak sy umur 2th 1/2, sejak umur 8 bulan sering mgalami sembelit... org kt mslh susu. dah mcm2 susu sy cuba, smua x bkesan... anmum, lactogen, dumex, dugro akhir skali sustagen... masih smbelit gak... 1st time dia smbelit umur 8 bulan... smpi skrg.... stakatni sy guna ubat masuk punggung dr famasi untuk mmbantu bayi sy buang air besar...
Dah buat rawatan, maksud saya berjumpa dengan doktor
Dah pegi... tapi dberi ubat masuk pgg jer.. xde lain.. dia ckp ni biasa... klu budak byk bmain, dia akn mnahan diri drp nak buang air bsar...sy takut doc, kang ada mslh usus... apa saranan doktor?
Jumpa doktor sekali lagi, tak sepatutnya sembelit begitu lama
Perutnya membesar atau tidak?kuat minum air masak... lpas minum susu... dia minum air masak... perut x mmbesar... biasa jer...
Tidak lah merisaukan, cuba bagi makan buah buahan macam mangga, anggur, pisang dan betik
Q🅱8⃣ setelah menjalankan ujian tumor marker dan tidak ada kelainan,
A)berapa lama lagi tempoh untuk menjalankan tumor maker ?
B) berapa peratus kah ketepatan ujian tersebut utk memastikan yg kita benar2 bebas drp kanser?
1. Biasanya buat setiap tahun bersama dengan ujian yang lain
2. Tumor marker hanya di jadikan panduan, bila ianya meningkat doktor akan lebih teliti dalam pemeriksaan dan akan membuat ujian ujian lain untuk memastikannya. Ketepatan nya saya tidak tahu
Q🅱9⃣ a)berapakah umur yang sesuai bagi seorang kanak2 untuk menjalankan pembedahan hypospadias dan choorde?
B) biasanya mengambil masa berapa jam untuk prosedur pembedahan tersebut dan adakah bius penuh?
C) setelah menjalankan pembedahan adakah perlu di khitan lagi atau semasa prosedur berlangsung terus d khitankan?
1. Untuk hypospadias umur yang sesuai untuk operation antara 3 ke 18 bulan
2. Operation mengambil masa 1 hingga 3 jam dan dibius penuh.
3. Setengah pakar bedah menggunakan kulit hujung untuk repair, sudah pastilah akan dikhitankan dan kulitnya digunakan. Walaubagaimanapun, bincang dulu dengan pakar bedah mengenai prosidur ini
Q🅱1⃣0Salam doc....
anak sya berusia 9 thn...baru2 ni demam sampai 2 mgu...bila refer hosp...urine dia kotor...dia jenis kuat minum air masak...tp dia cpt mengah..sbb ada asma
Dia suruh tnya kencing kotor sebab apa
Ini mengikut praktis yang dijalankan di luar negara dan yang ada dalam buku teks, saya tiada pengalaman sendiri
Biasanya orang suka guna istilah kencing kotor, istilah yang betul ialah jangkitan pada salur kencing atau pundi kencing. Jangkitan ini boleh saja berlaku pada sesiapa terutamanya orang perempuan sebab urethra pendek, orang yang suka menahan kencing, tak cukup minum, yang kurang menjaga kebersihan diri dan sebagainya.Kalau terjadi pada budak lelaki mesti buat pemeriksaan doktor walaupun itu kali pertama kena, dikhuatiri ada ketidak normalan pada saluran kencing dan pada kanak kanak perempuan setelah 3 kali kena
Doc,sy nk tanye..ada kesan sampingn ke kalau kita sakit kepala / demam kita mkn panadol.
Sangat minimal, panadol ubat yang selamat itu sebabnya boleh di jual di kedai runcit.
saya mengalami sakit kepala sejak 2 hari yg lepas. hari ni kebah sikit tapi kalau batuk rasa mencengkam di bahagian kiri kepala primarily tepi hadapan. telan panadol actifast tapi masih persistent. apa kemungkinan2nya doc? saya cuba mendapatkan maklumat sblm ke klinik
Mungkin tension headache atau cluster headache
Apakah penyebab tension headache @ cluster headache ni
Tension headache disebabkan tension, cluster headache tidak di ketahui sebabnya
Mcm ne nk hilangkan tension headache tu. Apa nasihat doc?
Tension headache dsbbkn oleh stress..perlu cri jln utk tngani stress tu dulu. Jika dsbbkn olh beban krja yg byk.. Perlu cri masa utk rehtkn diri sndri n brcuti brsma kluarga.Jangan tension, banyak bersabar, jadi pemaaf, jangan iri hati dan hidup dengan gembira
Jangan lebih 4 g sehari dah selamat dah biasanya......1 panadol yg biasa 500mg. kalau makan banyak2 tulah yg boleh rosak hati....
Q🅱1⃣1. salam doktor. Saya ada masalah Tonsel yg bernanah, sering bernanah di area kerongkong saya. Setiap bulan tonsel bernanah akan menyerang. Saya sentiasa dibagi antibiotik yg banyaaakk.. tapi tonsel tu tetap juga menjangkiti saya setiap bulan hingga berat badan saya susut sebab kesusahan utk menelan makanan. Apa punca berlaku mcm tu doktor? Dan apa tindakan yg perlu saya buat supaya terhindar drp tonsel bernanah di bahagian tekak.? Tq doktor
Tonsilitis.. Jangkitn pd tonsil.. Untuk org yg slalu dpt tonsilitis n antibiotik bantu disarnkan buat pmbedahn tonsilectomy.. Buang tonsil. Apapun tnya pndgn doktor yg pakar☺
Kalau setiap bulan tu mmg alamat kena buang tu
semoga bermanfaat apa yang ida kongsikan kt sini yer..apa2 boleh komen nanti ida panjangkan pada doktor2 yang bertugas..
maaf segala kekurangan.
sekian.wassalam
No comments:
Post a Comment