Berkelip-kelip mata aku selepas terjaga dari tidur yang ku rasakan amat panjang. Mungkin kerana keletihan seharian perjalananku pulang ke kampung halaman. Dalam samar-samar cahaya dari dapur,aku rasa jam di dinding baru je pukul 3 lebih. Tapi kenapa pula aku terjaga di waktu semua penghuni rumah aku lena di buai mimpi?dengan malas aku membetulkan urat-urat dan sendi yang masih terasa lagi lenguhnya..bantal azimat sejak kecil kupeluk rapat ke muka..ahh..sememang baunya mengulitku tidur..
Dan…
“isk…isk..isk..”
siapa yang menangis?ku melangkah perlahan keluar dari bilikku yang Cuma berpintukan kain perca. Aku menjenguk ke bilik ibu yang hanya berhijab kain berwarna biru berbunga merah hati kegemarannya..ibu bertelekong,menangis di atas sejadah,smbil bahunya terenjut2. Sahlah ibu bgn untuk solat malam.
kenapa ibu menangis?hal apakah yang membuatkan ibu begitu sedih?
Mata aku terasa cerah..ingin je aku masuk dan bertanya kenape ibu bersedih?tp adakah wajar tindakan ku? Ku bangun perlahan2 menuju ke dapur. Terasa kering tekak ku melihat ibu menangis selepas 22 tahun aku dibesarkan. Kepala ku mula ligat untuk mengetahui apa yang membuat ibu sedih..
Dan,tanpa sedar,aku menapak menuju ke kerusi tua di hadapan bilik ibu.itu adalah satu2nya kerusi kesayangn ibu. Katanya kerusi tu hasil seni halus tangan ayahku sendiri.ayahku bukanlh tukang,tp entahlh…aku pun xtau apa yg di nilai oleh ibu sampai ibu sanggup letakkan kerusi di depan kiri biliknya.
Diam2 aku mula mendengar keluhan ibu….
Dlm xsdr,airmataku sudah pun memenuhi takungnya…
Apa yang di cari ibu?kenapa dia menangis di saat nama ayah disebut?
Terseksakah ibu membesarkan kami 7 beradik?
Saat ini aku terasa ingin menerkam dan mencium tapak kaki ibu..
“jika ibu adalah matahari,aku xingin adanya malam.jika ibu adalah embun,aku ingin selamanya pagi”
Aku perlahan2 menyorok dari diketahui ibu ke bilik ku. Sambil memeluk kedua-dua lutut.aku menangis teresak2. Terngiang2 aduan ibu sebentar td. Walaupun dibesarkan tanpa ayah, tetapi aku sudah merasa kasih sayang ayah melalui ibu.tp kenapa ibu masih meyalahkan dirinya tidak mampu memberi kasih sayang sebagai seorang ibu dan ayah?kenapa ibu perlu menyalahkan dirinya di hadapan Tuhan?kenapa ibu minta dihukum oleh tuhan kerana merasakan tidak mampu mendidik kami 7 beradik?
Sedangkan kami 7 beradik semuanya boleh dikatakan berjaya…
Dan dari pandangan kasarku,kami juga dh diajar ayattullah untuk panduan kami oleh ibu.
Kami diajar untuk mengawal perjalanan hati,menguasai pemikiran minda,apatah lagi solat,puasa dan menghormati orang tua. .
Jika ibu minta untuk dihukum,selayaknya aku lah penggantinya.
Jika dugaan Tuhan menyakitkan hati ibu, biarlah hati ibu jadi milikku.
Apakah dosaku yang membuatkan ibu terasa sakitnya??
Aku mula memerah otak mencari apa lg yang hilang dalam diriku???
Apakah keinginan ibuku yang masih tidak aku gapai???
Aku akan terus mencari supaya ibu tidak lg menyalahkan dirinya di hadapan Tuhan.
No comments:
Post a Comment