Ads

jom kita kawan

Friday, May 27, 2011

sekadar mengisi masa terluang dengan meluahkan apa yang terlintas di fikiran....

Akhir2 ni,kenapa kita asyik berbicara tentang jodoh,tentang nikah kawin??
Sesekali lepak dengan kawan2 lama,topic yang hangat dibincangkan mesti berkisar tentang 2 perkara tu.. orang-orang tua pun begitu jgk..apatah lagi saudara mara..
“dah ada calon ke anak pompuan kamu tu?” “bila nak langsung majlis anak bongsu kamu tu?”

Uwaaahhhhhh….
Sebenarnya,serasa ana,tidak kira lelaki atau pompuan yang berumur lingkungan 24 thn dan ke atas, semestinya terfikirkan hal ini. Apatah lagi bagi lingkungan yang berumur kepala 4 dan masih bujang.Tambahan lagi media pun sudah menjadikan isu kahwin lewat sebagai berita utama.

Ketika makan bersama keluarga kawan dua hari lepas, satu soalan cepumas dilontarkan pada ana. Si penanya pula dah mempunyai sepasang cahaya mata dan baru saja menghabiskan tempoh berpantang selepas bersalin. Mata orang tuanya juga mula ditumpukan pada ana.
“Bila kau nak kawin?”
Kepala mula berpusing apa jawapan yang paling sesuai untuk dilontar keluar dari lidah dan sesuai dengan situasi dikelilingi orang2 yang dah berusia. Jika hanya kengkawan,sudah pasti  jawapanku “tunggu pureta raja dating meminang,baru ana kahwin..”
Tetapi boleh ke reseptor orang-orang tua memproses jawapan seperti itu??
So hanya ini yang boleh dijawab untuk menyenangkan pendengaran mereka tua muda.

“ Tunggu sehingga ana bertemu seseorang yang tepat di waktu yang tepat”
siapakah dia yang tepat, ana pun xtau....

Allah sudah menjanjikan di surat Ar-Ruum:21;
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"


No comments:

Post a Comment