Ads

jom kita kawan

Monday, May 30, 2011

MIA???


Berkelip-kelip mata aku selepas terjaga dari tidur yang ku rasakan  amat panjang. Mungkin kerana keletihan seharian perjalananku pulang ke kampung halaman. Dalam samar-samar cahaya dari dapur,aku rasa jam di dinding baru je pukul 3 lebih. Tapi kenapa pula aku terjaga di waktu semua penghuni rumah aku lena di buai mimpi?dengan malas aku membetulkan urat-urat dan sendi yang masih terasa lagi lenguhnya..bantal azimat sejak kecil kupeluk rapat ke muka..ahh..sememang baunya mengulitku tidur..
Dan…
“isk…isk..isk..”
 siapa yang menangis?ku melangkah perlahan keluar dari bilikku yang Cuma berpintukan kain perca. Aku menjenguk ke bilik ibu yang hanya berhijab kain berwarna biru berbunga merah hati kegemarannya..ibu bertelekong,menangis di atas sejadah,smbil bahunya terenjut2. Sahlah ibu bgn untuk solat malam.
kenapa ibu menangis?hal apakah yang membuatkan ibu begitu sedih?
Mata aku terasa cerah..ingin je aku masuk dan bertanya kenape ibu bersedih?tp adakah wajar tindakan ku? Ku bangun perlahan2 menuju ke dapur. Terasa kering tekak ku melihat ibu menangis selepas 22 tahun aku dibesarkan. Kepala ku mula ligat untuk mengetahui apa yang membuat ibu sedih..
Dan,tanpa sedar,aku menapak menuju ke kerusi tua di hadapan bilik ibu.itu adalah satu2nya kerusi kesayangn ibu. Katanya kerusi tu hasil seni halus tangan ayahku sendiri.ayahku bukanlh tukang,tp entahlh…aku pun xtau apa yg di nilai oleh ibu sampai ibu sanggup letakkan kerusi di depan kiri biliknya.
Diam2 aku mula mendengar keluhan ibu….
Dlm xsdr,airmataku sudah pun memenuhi takungnya…
Apa yang di cari ibu?kenapa dia menangis di saat nama ayah disebut?
Terseksakah ibu membesarkan kami 7 beradik?
Saat ini aku terasa ingin menerkam dan mencium tapak kaki ibu..
 “jika ibu adalah matahari,aku xingin adanya malam.jika ibu adalah embun,aku ingin selamanya pagi”
Aku perlahan2 menyorok dari diketahui ibu ke bilik ku. Sambil memeluk kedua-dua lutut.aku menangis teresak2. Terngiang2 aduan ibu sebentar td. Walaupun dibesarkan tanpa ayah, tetapi aku sudah merasa kasih sayang ayah melalui ibu.tp kenapa ibu masih meyalahkan dirinya tidak mampu memberi kasih sayang sebagai seorang ibu dan ayah?kenapa ibu perlu menyalahkan dirinya di hadapan Tuhan?kenapa ibu minta dihukum oleh tuhan kerana merasakan tidak mampu mendidik kami 7 beradik?
Sedangkan kami 7 beradik semuanya boleh dikatakan berjaya…
Dan dari pandangan kasarku,kami juga dh diajar ayattullah untuk panduan kami oleh ibu.
Kami diajar untuk mengawal perjalanan hati,menguasai pemikiran minda,apatah lagi solat,puasa dan menghormati orang tua. .
Jika ibu minta untuk dihukum,selayaknya aku lah penggantinya.
Jika dugaan Tuhan menyakitkan hati ibu, biarlah hati ibu jadi milikku.
Apakah dosaku yang membuatkan ibu terasa sakitnya??
Aku mula memerah otak mencari apa lg yang hilang dalam diriku???
Apakah keinginan ibuku yang masih tidak aku gapai???

Aku akan terus mencari supaya ibu tidak lg menyalahkan dirinya di hadapan Tuhan.
tatkala mata ingin melihat,ku biarkan ia menerokai setinggi
langit biru..
tatkala telinga ingin mendengar,aku biarkan sehingga aku lalai,tatkala tangan ingin menggapai,akan ku gapai walaupun kaki terluka,dan tatkala kaki ingin melangkah,adakah aku juga membiarkan ia melangkah walaupun ke jalan yg salah????

Friday, May 27, 2011

sekadar mengisi masa terluang dengan meluahkan apa yang terlintas di fikiran....

Akhir2 ni,kenapa kita asyik berbicara tentang jodoh,tentang nikah kawin??
Sesekali lepak dengan kawan2 lama,topic yang hangat dibincangkan mesti berkisar tentang 2 perkara tu.. orang-orang tua pun begitu jgk..apatah lagi saudara mara..
“dah ada calon ke anak pompuan kamu tu?” “bila nak langsung majlis anak bongsu kamu tu?”

Uwaaahhhhhh….
Sebenarnya,serasa ana,tidak kira lelaki atau pompuan yang berumur lingkungan 24 thn dan ke atas, semestinya terfikirkan hal ini. Apatah lagi bagi lingkungan yang berumur kepala 4 dan masih bujang.Tambahan lagi media pun sudah menjadikan isu kahwin lewat sebagai berita utama.

Ketika makan bersama keluarga kawan dua hari lepas, satu soalan cepumas dilontarkan pada ana. Si penanya pula dah mempunyai sepasang cahaya mata dan baru saja menghabiskan tempoh berpantang selepas bersalin. Mata orang tuanya juga mula ditumpukan pada ana.
“Bila kau nak kawin?”
Kepala mula berpusing apa jawapan yang paling sesuai untuk dilontar keluar dari lidah dan sesuai dengan situasi dikelilingi orang2 yang dah berusia. Jika hanya kengkawan,sudah pasti  jawapanku “tunggu pureta raja dating meminang,baru ana kahwin..”
Tetapi boleh ke reseptor orang-orang tua memproses jawapan seperti itu??
So hanya ini yang boleh dijawab untuk menyenangkan pendengaran mereka tua muda.

“ Tunggu sehingga ana bertemu seseorang yang tepat di waktu yang tepat”
siapakah dia yang tepat, ana pun xtau....

Allah sudah menjanjikan di surat Ar-Ruum:21;
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"


Wednesday, May 25, 2011

ianya milikku....













Ku pandang ke sana
Di tempat yang pernah kau berada
Ku lihat ke sana
Walaupun tahu kau takkan datang
Kerana itu saja cara
Membuat ku kepenatan
Dan terpejam
Kerana ku tak bisa
Walaupun seminit
Untuk memadamkan dirimu dari cintaku
Saat ku bukakan pintu
Terasa seolah-olah kau di sana
Bersama deruan hujan
Seakan terdengar suaramu
Selepas ku pejamkan mata
Terjaga di kala embun menangis
Dan tanpa airmata
Aku tidak mampu walaupun hanya berdiri
Bibirku merekah
Namun ku tidak berdaya
Sekali lagi ku terpejam
Membayangkan mu
Memikirkan nama yang begitu menyakitkan
Yang hanya kekal di ingatan
Dengan cara itu
Aku terseksa
Dengan cara itu
Aku tidak akan mampu memikirkan
Untuk membuang ingatan padamu
Percintaan singkat kita lebih dari mencukupi
Aku tidak tahu
Berpura-pura untuk tidak mengetahui
Kerana hanya airmata kekal milikku

Tuesday, May 24, 2011

Layang2 bertali kaca…


Pertemuan ini makin merangkak senja,
Perkenalan ini makin mencuit rasa,
Baru semalam rasanya subuh menjelma
Baru semalam jua rasanya bermesra bersama
Mengukir janji manabur tekad
Mungkin pertemuan ini mencipta sesuatu yang indah buat dirimu
Mungkin jua pertemuan ini mencipta gerimis dihatimu?
Mungkin?
Namun ketahuilah
Pertemuan ini ternyata bahagia buatku
Walau ada tikanya disulami duka
Pertemuan ini ternyata menyimpan memori indah
Walau ada tikanya tersisip luka
Resam adat di dunia
Tiada yang indah antara semuanya
Percayalah setulusnya
Yakin seadanya
Andai gerhana muncul tiba-tiba
Tatkala bunga berkembang ria
Andai ombak menghempas tanpa diduga
Tatkala istana baru dibina
Andai taufan melanda tak dipinta
Tatkala kasih baru menjelma
Usahlah salahkan sesiapa kerana aku juga manusia
Mungkin sesekali mendiamkan diri
Tidak beerti memendam hati
Mungkin sesekali senyum tak diberi
Tidak beerti tak terukir kembali
Kerana terkadang aku kalah pada pertemuan ini
Sejauh mana ikatan ini bertahan
Akan ku ketahui juga
Sejauh mana kasih sayang ini berkekalan
akan ku rasa jua
Sejauh mana aku dalam ingatan
akanku temui jawabnya
Dan mungkin jua ku temui persoalannya
Siapa sebenar aku di hatimu?
Segalanya mungkin…usah didebatkan
Kerana jawapannya makin hampir menyentuh rasa
Hari ini mungkin ikatan bersemi disini
Tapi biarlah ikatan itu tidak terlerai terputus talinya
Percayalah dirimu tetap dihati
Menjadi yang pertama
Untuk dikenang selamanya
Menjadi yang pertama manis untuk dirasa
Menjadi yang pertama diingati dalam hayat ini