Ads

jom kita kawan

Friday, August 22, 2014

santai2 dengan Make up Transformasi

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

Dengan make up ni,semua boleh jadi..
biasalah..kalau dulu wanita dan make up ni mmg sebati
tp sekarang..
lelaki pun hantu make up jugak

(maaf ye kalau ada yang terkena..google je jgk gmbr ni untuk santai2..release tension)
:D

make up gaya che ta


make up gaya emma maembong


make up gaya kartun

make up gaya sape ni ehh?

make up gaya d rock

make up gaya mr.bean

make up gaya sapa dh ni..


make up gaya brad pit

make up swiss roll
:P


hahahahha jgn tension2 yer...happy2 jer keje ari sabtu.



kalau guna set ni mmg betul boleh transform.


sy pengedar shaklee kawasan lipis
012-6818241 ida omar



Wednesday, August 20, 2014

4 PETUA DIDIK ANAK DARI KECIL

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...




PETUA 1
setiap malam,apabila anak tidur, hendaklah kita wiridkan "Ya latif" ke ubun anak2 sebanyak mungkin. paling sibuk pun 100x 

PETUA 2
Selepas baca "Ya Latif",bacalah surah alfatihah 1x dan Surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah) 1x

PETUA 3
Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan memanggil nama penuhnya. Perbualan dan percakapan itu mestilah yang berunsur nasihat,pujian dan bercerita tentang betapa kita sangat menyayanginya. Bicaralah tentang betapa kita selalu mendoakan mereka. bicara tengtang kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak itu sangat berkesan pada jiwa dan rohnya.

PETUA 4
 Ayah dan Ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wudhuk yang ada pada anak kita.misalnya air yang masih basah ditangan ke muka dan ubun-ubun anak.

sekian wassalam

012-6818241 ida omar
pengedar shaklee di area kuala lipis pahang

Tuesday, August 19, 2014

SET SUBUR BAJET DAN CARA MAKANNYA

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...




Suka saya nak ingatkan semula, sila buat pemeriksaan doktor disamping pengambilan supplement untuk kesuburan supaya anda tahu masalah sebenar anda. Cara makan set kesuburan Shaklee ada sedikit warna-warni yang selalu buatkan pelanggan keliru. Untuk bagi gambaran mudah, kita bahagikan kumpulan ketidaksuburan kepada 3 kumpulan dan set Shaklee yang sesuai untuk anda menurut masalah yang anda hadapi.

1- Isteri ada masalah haid yang tidak teratur, haid tak datang, hormon tak stabil.2- Suami isteri tiada masalah, dah buat pemeriksaan, semua ok tapi belum ada rezeki
3- Isteri pernah hamil tetapi keguguran

Untuk ketiga-tiga kategori ni, produk wajib ambil adalah GLA Complex. GLA Complex sangat berperanan dalam membantu kesuburan wanita selain manfaat kecantikan. Apa manfaat GLA boleh baca di entri Dapatkan zuriat..hilangkan jeragat dgn GLA shaklee. Cara makan GLA mudah sebenarnya.

 Isteri ada masalah haid yang tidak teratur, haid tak datang, hormon tak stabil

Bermula dengan masalah haid tak teratur, makan GLA Complex 1 biji selepas dinner setiap hari sehingga haid teratur. Jika nak makan 2 biji sehari, sebiji lagi diambil selepas sarapan dalam jam 10pagi. 10pm sekali, 10am sekali. Just nice. Mulakan dengan sebiji, jika tiada perubahan dalam tempoh dua minggu baru ambil 2 biji sehari. Kalau masih tak beri kesan sebaiknya anda tambah Alfalfa dalam list wajib ambil.

Setelah haid anda teratur dan normal, anda hanya perlu makan GLA sebiji sehari pada waktu malam dari hari pertama haid hingga ke waktu subur anda. Pernah belajar kan tingkatan 3 dulu.. Apa? Lupa? Pergi buka buku adik awak sekarang! Acah je. hehe. Ok jom belajar balik. Lihat rajah bawah ni.


Apa maksud subur? Ovulasi? Semua pernah belajar kan. Itu waktu dimana telur ovum dilepaskan. Jom ketahui cara pengiraan waktu subur anda.
Gunakan sistem jadual seperti di bawah supaya anda lebih jelas dengan perjalanan haid anda. Lorekan warna hijau pada graf menunjukkan waktu anda tak subur. Pada ketika tak subur la anda perlu makan GLA Complex dan pause makan pada hari ke 14 jika kitaran anda 28hari. Dan proses ini diulangi jika datang haid semula.





Menentukan masa subur dengan menggunakan sistem kalendar ada dua cara iaitu :

Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang. Waktu inilah anda dan suami wajib bersama bagi meningkatkan peluang kehamilan. 

Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut. 



Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20.


Jika haid anda lewat, tunggu sehingga 2 minggu dan lakukan ujian UPT. Jika negatif, tunggu lagi seminggu dan lakukan semula ujian UPT. Hanya jika anda sudah melakukan beberapa ujian tetapi masih negatif dan berjumpa doktor untuk mengesahkan anda belum hamil, barulah makan semula GLA Complex


Suami isteri tiada masalah, dah buat pemeriksaan, semua ok tapi belum ada rezeki
Apabila isteri tiada masalah haid iaitu haid normal dan suami pun doktor dah sahkan normal. Maka pengambilan set lengkap kesuburan mungkin boleh membantu tubuh anda memperbaiki sistem reproduktif dan menghasilkan sel sperma serta ovum yang berkualiti tinggi supaya peluang mendapatkan zuriat lebih cerah. Juga tak lupameningkatkan stamina dan menghangatkan hubungan supaya anda berdua enjoy dalam mendapatkan zuriat.



Isteri pernah hamil tetapi keguguran 

Bagi yang pernah mengalami masalah keguguran, kami mencadangkan penambahan wajib ESP dan CoQ Health bagi menguatkan kandungan akan datang. Seeloknya tunggu sehingga 6 bulan sebelum hamil lagi bagi menyediakan rahim yang cukup kuat.

Biasa soalan yang saya terima adalah "set mana yang saya perlu ambil?". Jawapannya bergantung pada anda. Apa masalah anda? Setiap set berperanan untuk selesaikan masalah kesuburan. Kalau doc cakap sperma yg masalah, CoQ la jawapannya. Berbincang dengan penjual anda yang mana anda patut beli dan mengapa. Berikut adalah ringkasan cara makan:

GLA Complex - Sebiji selepas makan (Sarapan / Dinner)
B - Complex - Sebiji selepas sarapan
Vita - E Complex - Sebiji selepas lunch
Zinc Complex - Sebiji semasa perut kosong
ESP - 1 sudu 2 @ 3 kali sehari. Sarapan / Dinner; Sarapan / 3pm / Sebelum tidur. Cara bancuh sila minta bantuan penjual anda ye.
Vitalea - Sebiji selepas lunch
Alfalfa Complex - 3 biji selepas sarapan. Dos bergantung kepada ketahanan tubuh terhadap herba. Minta bantuan penjual anda untuk dos yang sesuai.

Anda boleh pilih untuk beli sendiri secara pantas melalui laman Shaklee atau boleh menghubungi saya untuk tujuan pembelian. Jika anda memilih untuk membeli sendiri, sila klik mana-mana set yang anda mahu. Pembelian pantas menggunakan Visa atau Master Card (Debit / Credit Card). Anda boleh adjust kuantiti produk yang diingini.


Beli Sekarang

ESP boleh digunakan untuk turun / tambah berat jika anda mahu. Ada tipsnya :-). Digunakan untuk menguatkan rahim bagi yang mengalami masalah keguguran. Sebenarnya ada banyak punca keguguran selain rahim tak kuat, contohnya ovum dan sperma yang tak berkualiti, kekurangan nutrisi.

Vitamin yang perlu diambil selepas makan seperti GLA, Vita-E, Vitalea kerana ia kategori larut lemak. Ia perlukan sedikit lemak untuk melarutkan vitamin tersebut.

B-Complex pula kategori larut air. Anda perlukan sekurang-kurangnya 250ml air lepas telan B-Complex ye.


Zinc pula dimakan ketika perut kosong kerana phytates yang hadir dalam roti gandum, bijirin, kekacang dan lain-lain makanan akan mengikat zinc dan menghalang penyerapan penyerapan zinc oleh usus.



012-6818241 ida omar
feel free to ask yer..
wassap/telegram/fb

kalau nk cod,sy duk kt area gua musan kelantan dan kuala lipis pahang
mna2 yg berdekatan boleh jer service ke depan pintu rumah
;-)

kredit : http://www.freevitamin.my/

Friday, August 8, 2014

DAPATKAN ZURIAT..BUANG JERAGAT DGN GLA SHAKLEE

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...






Salah satu daripada kebaikan gla complex shaklee ialah 'membantu meningkat kesuburan' yang mana pasti akan terlintas perkataan 'kehamilan' di minda masing-masing kan? Maka, ramailah yang bertanya, bolehkah GLA Complex ini membantu kehamilan?


InsyaAllah, mengambil vitamin Shaklee juga satu USAHA. Selebihnya berdoalah kepada Yang Satu. 



GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

1) Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

2) Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil?

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’.

Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5. (^_-)

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.

Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur yer.

Hubungi saya untuk dapatkan maklumat lanjut tentang produk berkenaan.


atau

PM untuk harga promosi

012-6818241 ida omar

nak jana pendapatan bersama kumpulan besar sy??




Wednesday, August 6, 2014

LA TAHZAN YA UMMI

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...



Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu,
mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu
adalah perempuan, nak." "Saya tak
mengerti ibu," kata si anak. Ibunya
hanya tersenyum dan memeluknya
erat. "Nak, kau memang tak akan
mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada
ayahnya. "Ayah, mengapa ibu
menangis?" "Ibumu menangis
tanpa sebab yang jelas," sang ayah
menjawab. "Semua perempuan
memang sering menangis tanpa
alasan."

Si anak membesar menjadi remaja,
dan dia tetap terus bertanya-
tanya, mengapa perempuan
menangis? Hingga pada suatu
malam, ia bermimpi dan bertanya
kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa
perempuan mudah menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah
mendengar jawapannya:
"Saat Ku ciptakan wanita, Aku
membuatnya menjadi sangat
utama. Kuciptakan bahunya, agar
mampu menahan seluruh beban
dunia dan isinya, walaupun juga
bahu itu harus cukup nyaman dan
lembut untuk menahan kepala bayi
yang sedang tertidur."
"Kuberikan wanita kekuatan untuk
dapat melahirkan bayi dari
rahimnya, walau kerap
berulangkali menerima cerca dari
si bayi itu apabila ia telah
membesar."
"Kuberikan keperkasaan yang akan
membuatnya tetap bertahan,
pantang menyerah saat semua
orang sudah putus asa."
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk
merawat keluarganya walau dia
sendiri letih, walau sakit, walau
penat, tanpa berkeluh kesah."

"Kuberikan wanita perasaan peka
dan kasih sayang untuk mencintai
semua anaknya dalam kondisi dan
situasi apapun. Walau acapkali
anak-anaknya itu melukai
perasaan dan hatinya. Perasaan ini
pula yang akan memberikan
kehangatan pada anak-anak yang
mengantuk menahan lelap.

Sentuhan inilah yang akan
memberikan kenyamanan saat
didakap dengan lembut olehnya."
"Kuberikan wanita kekuatan untuk
membimbing suaminya melalui
masa-masa sulit dan menjadi
pelindung baginya. Sebab
bukannya tulang rusuk yang
melindungi setiap hati dan jantung
agar tak terkoyak."

"Kuberikan kepadanya
kebijaksanaan dan kemampuan
untuk memberikan pengertian dan
menyedarkan bahwa suami yang
baik adalah yang tak pernah
melukai isterinya. Walau seringkali
pula kebijaksanaan itu akan
menguji setiap kesetiaan yang
diberikan kepada suami agar tetap
berdiri sejajar, saling melengkapi
dan saling menyayangi."

"Dan akhirnya, Kuberikan ia air
mata, agar dapat mencurahkan
perasaannya. Inilah yang khusus
kepada wanita, agar dapat ia
gunakan bila masa pun ia
inginkan. Ini bukan kelemahan
bagi wanita, kerana sebenarnya air
mata ini adalah "air mata
kehidupan."
 
LA TAHZAN YA UMMI
SYUKRAN YA ABI

wasaslam

Tuesday, July 15, 2014

BASIC H dan DAUN RAMBUTAN UNTUK ANAK DEMAM LEPAS CUCUK

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

alkesah la my son sudah 6 bulan..ari isnin pegi cucuk..Alhamdulillah anak xdemam..
happy jer duk tolong ummi kems dapur..yelah kita ni bila dh jadi ibu,bnda plg risau jika anak demam or sakitlh..mmg ibulh org pertama xleh tdo..


tp smlm(rabu)tgh malam tu pgg kpala dia tersangatlh panas..aishhh..nk demam ke ni??
pgang leher pun panas..kaki panas,..tapak tgn pun panas..
ya Allah..ini lh bnda yg ditakuti..
sebelum ni cucuk 1-5 bulan xpernah lagi dia demam..kali ni plak demam..
apa nak buat nih???
think..think..think..
 isi ubat demam dlm botol dan suap..ditolaknya..
aduiiii anak..

last skli dh xtw nk buat apa..
g kt sinki..terpandang botol ni

yer..kawan pernah cerita yg anak dia kena demam campak,dia titis 2-3 titik n lap2 pada badan anak..
so sy pun sama..tgh2 mlm ni mmg xde idea lain dh

titik 2-3 titik..masukkan air..lapkan kpala anak..
lapkn kt leher anak
lapkan bawah ketiak anak
kering jer sapu..kering jer sapu balik air ni..

dan pagi td..kaki...tgn dah hilang panasnya..kepala masih lagi panas tp dh kurang sikit banding dgn mlm td..
alhamdulillah..
tp pg ni mcm ank org lain jgk la..
merengek jer..xnk duk bawah..nk dukung n bertepek aje..

dan 1 cara lagi yg terlintas kt kepala hotak ni..jelum dgn air daun rambutan


gumpal2kan daun rambutan..masuk dlm air..lapkan pd leher..bawah ketiak..n kepala..
dlm 2 jam jgk la duk lap..sapu..lap..sapu..
pukul 12.30 tghri ni,ahamdulillah panas dah hilang

ummi n abi xrisau lg..
be strong anak..
normal lh budak2 demam kan..

 tp kita sbgai ibu..mesti lh xnk tgk ank duk merengek je kn..
so konklusinya

BASIC-H & DAUN RAMBUTAN mmg the best!!


sekian
wassalam

nk jana pendapatan sampingan 4-5 angka sebulan?
boleh tnya sy yer..insyaallah sy bantu smpai anda dapat 5 angka sebulan..
dgn syrat anda RAJIN DAN MAHU!!!
012-6818241 ida omar
sy pengedar shaklee di kuala lipis pahang,gua musang kelantan



Friday, July 4, 2014

cara hilangkan mengantuk dalam kelas????

Terima Kasih Allah...

 Assalamualaikum sahabat...

megantuk dalam kelas or semasa ulangkaji buku??
OMEGA GUARD SHAKLEE ada penyelesaiannya..

DWFenomena pelajar mengantuk dalam kelas adalah biasa dan normal apatah lagi jika subjek yang diikuti adalah subjek yang kita tidak minat.atauun subjek teori yang perlukan fokus minda.
walaupun cara pengaaran itu penting tetapi faktor sarapan dan makanan berkhasiat juga menyumbang dalam keadaan seseorang.


ada beberapa sebb kenapa mengantuk dlm kelas

makan dlm kuantiti terlalu banyak dan berlemak
ini kerana mknn berlemak memerlukan pembakaran tenaga yg memerlukan oksigen yg byk.
oksigen yg kurang di bahagian otak menyebabkan rasa mengantuk dan hilang tumpuan dlm kelas

faktor gaya tidur
gaya tidur bermakna tidur yg tidak menentu(terutama pelajar U) yg stay up kerana assignment or study.
amalan tidur lmbt sbnrnya boleh mnyebabkan xtvt memproses maklumat terganggu.

MEALSHAKE amat sesuai diberikan kepada yang berumur dari 5 tahun hinggalah dewasa.

begitu juga OMEGA GUARD yg satu-satunya supplement yang boleh diambil dari kanak2 seawal 2 tahun hinggalah warga emas dgn khasiatnya yg berlainan.
OMEGA mempunyai DHA,EPA yg sgt bagus tuk OTAK JADI LEBIH FOKUS DAN BIJAK


selain menjadikan pengambil supplemen ini seorang yang fokus, untuk kanak2,ia juga mengurangkan masalah picky eaters atau masalah kanak2 yg memilih dalam pemakanan.



kajian yg dilakukan ke atas kanak2 berusia 6 tahun yang masih tidak pandai membaca
boleh baca kt entry ni yer

so ibu-ibu bapa2,apa tunggu lagi???


atau hubungi sy untuk maklumat lanjut
012-681 8241 ida omar
sy pengedar shaklee yg sah


nak jana pendapatan sampingan 4-5 angka??
jom join group besar sy yer



Friday, June 27, 2014

5 tip mendidik anak lelaki

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat..

menurut Prof madya Dr.Halina Siraj,ibubapa mesti ambil tahu bila masa anak2 kita telah memasui alam dewasa.tapi yang peliknya,kebanyakan ibubapa bukan seorang yang garang tapi tidak kisah untuk ambil tahu hal ini. apa juga perubahan yang dialami kanak2 di sepanjang perubahan yang dialamai anak2 di sepanjang proses dewasa mereka,mesti diterangkan kepada anak2.
jangan biarkan anak2 mencari maklumat sendiri dari sumber @ cara yang salah.

5 tip yang boleh digunapakai dalam membina bonding bersama anak2


PERANAN BAPA

1. balik awal dari kerja,mandikan anak jika masih dibawah 5 tahun

2.bawa anak2 bersiar-siar dan spend waktu bersamanya

3. ajak anak2 bergasak@bergomol. ini akan create bonding dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal

4.anak lelaki akan anggap bapanya role model..maka bapanya kena jadi yang terbaik tuk anaknya.
apa yang bapa buat,akan diikut oleh anak
cth: jika bapa merokok,kebarangkalian anak merokok bila dewasa sgt tggi berbanding dgn bapa bukan perokok.(dr halina yg ckp yer..hihihi)

5.dukung anak atas bahu. ini membolehkan pemandangan anak itu dpt dilihat dari pemandangan bapanya.

PERANAN IBU

1.anak lelaki belajar MENGASIHI daripada ibu

2.ajak anak lelaki serbual pasal apa sahaja.ceritakan padanya apa kita buat,aktiviti serta hal-hal yang boleh dia beri pandangan. ini akan create bonding antara ibu dan anak lelaki.

3.berikan pujian atas usahanya walaupun kecil

moga sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan.

sekian
wassalam

nak jana pendapatan sampingan bersama saya??
012-6818241 ida omar
perunding SHAKLEE anda

Wednesday, June 25, 2014

Ultimate Protection Whitening lotion

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...


macam tajuk kat atas,mesti tertanya2 apa kelebihan cream ni berbanding cream2 yg lain kan???

tgk kt botol tu ada tulis SPF15

apa tu SPF15????

SPF ni singkatan pada Sun Protector Factor.membawa maksud berapa lama kita boleh terdedah pada cahaya matahari tanpa sunburn

dan dgn menggunakan produk yg ada perlindungan uv,kulit akan terlindung dari sinar mthari .tak lah hilang seri kan???
nampak kusan dan kering
menggelupas??
kawan2 yang kerja engineer/supervisor/qs/atau yg related dgn site.. tau la kot bagaimana kalau panas duk kat site.
sbbnya selalu ada site visit,inspection dll

ULTIMATE PROTECTION WHITENING LOTION SPF15 ni akan melindungi org yg mempunyai bacaan SPF15 untuk perlindungan selama 15 x 10minit=150 minit di bawah sinaran matahri.


1.membantu mengelakkan kerosakan dari matahari
2.mengurangkan keradangan kerana terdedah pada terik matahari
3.memberi perlindungan pada kulit disamping bertindak sebagai pelembap
4.perlindungan kulit terhadap pencemaran alam sekitar


jika vit.e digunakan untuk kecantikana dalaman,set nutriwhite ni pulak digunakan untuk jaga luaran.
ni gmbar set2 yang berkaitan yer..

cara menggunakan Ultimate UPF ni
1.krim disapu pada waktu siang sebagai pelindung matahari
2.sapu pada bahagian muka yang terdedah pada matahari seperti seluruh kuit muka kecuali bahagian mata


012-681 8241-wassap/telegram/msg
ida omar

Sunday, June 8, 2014

luka jika tersepak batu

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

Allah berikan rezeki melalui orang2 yang terdekat..
jd jgn pernah sombong jika sudah berjaya


kalau belum pernah tersepak batu kt atas tu,
jalan kena selalu menunduk..
jikalau tersepak,xde lah lukanya teruk sgt



dan kalau berada tggi di langit,
kena juga sekali skala pandang ke bawah
kerana bila awan berselubung gelap..
org dh xnmpak langit..

jadi..
kedudukan kita hari ini..
benar memang atas usaha kita
tapi
igt siapa yg berusaha di belakang supaya kita berjaya???

know our root..
measure our capability
changes our affordability

no war..;-)

sekian 
wassalam

Tuesday, May 27, 2014

SAKIT GIGI guna BASIC-H SHAKLEE POWER!!!!

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...










mmg tak dinafikan keberkesanan BASIC-H ni..
kat bawah ni serba sedikit perkongsian pengambilan dan cara guna BASIC-H yang telah sy kumpul dari customer2 tersayang.

fuhhh..sy pun xsangka mcm2 yg boleh digunakan..

UNTUK KECEMASAN : KEGUNAAN & CARA
1. Menghapuskan kutu di atas kepala
Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas

2. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

3. Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga

4. Demam panas (sebelum berjumpa doctor)
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen kecil yang mengandungi air.Kemudian sapukan atau lumurkan ke seluruh badan dan kepala.

5. Sakit gigi
Masukkan 4-5 titik basic-h ke dalam cawan yang dicampur air kemudian kumur. Sekiranya sakit pada gigi berlubang titikkan 2-3 basic-h pada kapas dan letakkan pada tempat yang sakit.

6. Gatal-gatal pada badan atau miang (masalah kulit)
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gayung. Kemudian gosokkan ke seluruh tempat gatal dengan menggunakan span mandian dan dibilas.

7. Ulser dan mulut berbau
Tuangkan 4-5 titik ke dalam gelas kemudian kumur (sekerap mungkin)
8. Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

9. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.

10.Basuh Puting dan Botol susu anak
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam besen dan rendamkan puting yg telah berkeladak.

Apa kegunaan Basic H?

1. Saya guna untuk cuci sayur dan buah2an sebelum masak dan beri anak saya makan.
2. Saya guna untuk cuci luka atau melecur dan ianya buat luka /lecur cepat kering.
3. Saya guna untuk membersihkan meja makan rumah dan rak dapur supaya semut tak memenuhi ruang tersebut.
4. Saya guna untuk pastikan sinki saya tak tersumbat.
5. Saya guna untuk mop lantai dalam keadaan nak cepat.
6. Saya guna air basuhan untuk siram pokok yang hidupnya segan mati tak mahu supaya ia segar semula.
7. Saya gunakan basic H buat tuam kepala anak saya bila mereka demam.
8. Saya mandikan anak saya dengan basic H bila mereka kena gatal2 atau gigitan serangga.
9. Saya letakkan basic H dalam toilet utama serta dapur agar mudah capai bila diperlukan.
10. Saya gunakan Basic H untuk keluarkan gula2 getah yang melekat pada baju atau pakaian anak2 dengan senang sekali.
11. saya gunakan Basic H untuk lap cermin rumah supaya lebih bersih dan bersinar.
12. Basic H bagus digunakan untuk mencuci botol susu anak serta lampai pakai semula [ cloth diaper] dengan lebih bersih.

sekian saja.
berminat untuk jana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan shaklee??
jom join group besar shaklee kami
hubungi sy di 012-681 8241 -ida

jgn risau xpandai berniaga kerana sy akan bimbing hingga anda xperlukan sy lg.

wassalam.

Monday, May 26, 2014

ANAK ITU ANUGERAH,AMANAH & UJIAN ALLAH

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...


Anak merupakan Anugerah Allah
Mereke juga amanah Allah.

Sudah jelas juga didalam al-Quran..mereka merupakan UJIAN ALLAH

ANUGRAH,AMANAH & UJIAN itulah yang bereada ditangan kita
Akhirat kita nanti bergantung kepada bagaimana kita 'mengurus'
Anugerah,Amanah & Ujian ini.

Syurga amatlah mahal dan perlukan usaha dan tindakan kita di dunia
sebelum menjejakkan kaki ke negri akhirat yang kekal abadi.
Kita amat bertuah kerana dilahirkan sebagai Islam.namu biarlah Islam sebenar-benarnya dan bukan hanya pada nama. Al-quran pula adalah petunjuk untuk kita menuju ke syurga idaman itu.

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ                
 “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar
Al-Qur`an dan mengajarkannya”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

"sesiapa membaca al-Quran dan beramal dgn apa yang tekandung dalamnya,
maka kedua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari,sungguhpun matahari itu berada dalam rumah-rumah kamu di dunia ini"
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Apakah kesibukan kita didunia yang sementara ini menyebabkan kita mengabaikan kehidupan yang kekal di akhirat nanti???

renung2 kan dan selamat berfikir.



dan disebabkan sy adalah pengedar shaklee yang sah, saya rekemenkan pemakanan hanya yg terbaik tuk anak2 anda..walaupun anak sy baru berusia 4 bulan,sy dah makan OMEGA dari dia masih dalam kandungan. kerana zuriat itu ANUGERAH,AMANAH & UJIAN dari Allah
tapi bagaimana pun kita hanya merancang yang terbaik,tetapi TUHAN yang menentukan segala



untuk keterangan lanjut boleh cal/pm/wassap sy di 
012-681 8241
sekian 
wassalam