Terima Kasih Allah
Assalamualaikum sahabat!
Saja ida nak cerita pengalaman pertama jumpa cikgu sekolah anak anak.
Semalam pergi ke mesyuarat sekolah Ammar. Alhamdulillah. Syukur sangat2 bila cikgu memaklumkan Ammar memang cepat ingat kalau ustazah ajar doa apa2,cikgu ajar apa2.
Masuk je dalam kelas,cikgu tunjuk lego yang Ammar buat,seoalah olah bentuk KLCC dia atas meja. "Ini lego yng ammar buat ni ibu. Letak atas meja sebab dia nak sambung buat hari isnin nanti" . Dalam hati cakap "boleh pulak ammar ni main lego kat sekolah. Kalau beli kat rumah,dicampak je sebab tak suka main"
Saya mula mencari tempat duduk. Mata melilau lihat pada dinding,ada lukisan "keluarga saya" dan kolaj bulan dan bintang. Terpapar nama Ammar di situ. Allahuuuu.. Cukup kemas tampalannya tak keluar dari lukisan. Dan,saat ini,saya cukup berterima kasih pada cikgu. Terima kasih cikgu mengajar anak teruna kami. Tak sangka!
Dan selesai mesyuarat,cikgu mula cerita serba sedikit tentang perilaku Ammar di sekolah.
Kata ustazah,"Ammar memang cepat ingat doa doa yang diajar. Ustazah 2-3kali ulang,dia ikut dan terus ingat. Alif ba ta pun Ammar dah boleh nyanyi. Kalau ajar iqra',Ammar dah boleh baca. Ammar boleh dikatakan semua dah boleh."
Alhamdulillah. Syukur ya Allah kau makbulkan doaku
Dan,memang dekat rumah,Ammar akan praktikkan apa yang dia belajar dari cikgu cikgu kat sekolah.
Contoh doa sebelum balik "Bismillahi tawakkal tu alalla. La haula wala quwwataillabillahilazim yulazim".
Sampai jer saya kat rumah,ayat pertama yang dia akan tanya "ummi,nak balik tadi,baca doa tak?" Kalau saya cakap lupa,dia akan cakap "kalau lupa baca doa,nanti syaitan ikut ummi. Nak?"
Sebenarnya saya selalu cakap kat dia "kalau lupa nak baca doa makan,nanti syaitan pun ada sekali duk makan dengan abanglong. Nak kongsi makan dengan syaitan ke? Tak nak kan?"
So,sebab itu dia pun twist ayat yang sama pada saya. Dan pada waktu maghrib,doa akan masuk rumah. Kami siap2 mandi,solat dan mengaji.(untuk sayalah).
Ammar kadang2 tak solat pun,penat katanya,nak mengaji saja. Tapi memang ini perkara WAJIB yang saya lakukan. Ada saudara mara,ada sepupu sepapat pun,kena mengaji jugak dulu. Siap mengaji,ummi tak kacau dah. Boleh sambung main.
Hanya Allah yang tahu betapa ummi berdoa siang malam supaya anak anak ummi lembut lidah untuk menghafal alquran,untuk faham bahasa alquran,untuk jadi pencinta alquran.
Insyaallah Ammar memang saya lebihkan ke arah itu. Saya cuma paksa Ammar mengaji dalam masa seminggu permulaannya. Dan selepas dia dah biasa,sekali panggil je,dia akan terus ambil iqra' dan mengaji.
Dalam kereta pula,memang tak pernah buka radio. Start je enjin kereta,terus terpasang cd mengaji bacaan kanak kanak tu.
Ida selalu tunjukkan video kanak kanak kerana dengan tunjuk kanak kanak juga,Ammar akan rasa kawan dia hebat,dan nak jadi macam mereka juga. Lebihkurang bersaing dengan rakan sebaya gitu.
Ini antara video yang ida suka tunjuk pada Ammar
Dari segi pemakanan,saya tak pernah marah dia makan apa pun walaupun cekedis,instant food apa pun. Tapi,antara kegemaran dia ialah kismis,buah2. Kalau cekedis,dia sendiri yang tak nak. Kalau beli potato dalam botol tu,makan sekeping dua je,lepas tu tak nak dah.
Mungkin asbab vitalea kid dan omega shaklee yang saya beri pada dia. Vitalea kid untuk bekalkan nutrisi yang kurang seperti dia kurang makan sayur.
Dan omega pula,menjadikan ammar seorang yang petah bercakap dan cepat mengingat. Dalam omega ada DHA &EPA yang memang membantu untuk minda anak2. BONUS yang dia dapat ialah,SISTEM IMUN jadi kuat sebab dah jrang sangat demam,berjangkit selsema,batuk.
Kalu nak tahu,Ammar dulu pendiam tau. Teringat lagi arwah mak cakap "mu kena ajar anak mu tu kecek. Napok senyap jah tu..kang tak reti kecek pulok!"
Ketika itu,umur Ammar setahun. Dan,memang agak risau bila anak nampak lebih pendiam ,dan agak manja. Pantang bercakap suara tinggi sikit,terus menangis. Dan,memang tak nak dengan orang sebab takut!
Masa tu,risaunyaaaaa Allah je yang tahu. Risau bila kawan kawan sebaya dengan ammar,dah pandai bercakap,dah paham apa yang ibu ayah cakap. Masa tu lah ida nekad nak ikhtiar dengan omega. Dan,setiap kali nampak sesuatu,ida bercerita pada Ammar. Kalau dia diam,ida tanya juga dan tunggu dia respon.
Dan,memang terbukti omega yang banyak bantu ida dalam membentuk pembesaran Ammar. Sebab ida tak pernah bagi supplement lain kecuali shaklee pada Ammar.
Bersyukur sangat. Selain cepat mengingat,petah bercakap,dia sendiri TAK NAK makan cekedis. Tak perlu lah ummi larang beria kan?
So,itu serba sedikit tip yang mungkin ibu ibu boleh gunakan untuk pupuk minat anak untuk mengaji,untuk latih anak bercakap.
Dan untuk ibu ayah yang nak ikhtiar anak anak dengan OMEGA+VITALEA KIDS untuk si manja,pemimpin masa depan kita,boleh la contact ida untuk ida guide dan consult cara yang betul pujuk anak makan supplement.
wasap.la/jombijak
atau boleh beli terus kat website SHAKLEE kat sini.
Moga bermanfaat :-)
No comments:
Post a Comment