Ads

jom kita kawan

Thursday, May 4, 2017

HAKIKAT EMOSI ISTERI BILA PJJ




Emosi seorang isteri yang berjauhan dari seorang suami, tidak sama dengan emosi seorang isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya. (Pandangan Ida saja ni yer )

Ramai yang pertikaikan kesusahan diri bila PJJ dengan suami. Ida memang tersangat faham EMOSI yang ibu-ibu alami kerana ida juga salah seorang yang pjj dengan suami. Dan, tak kurang juga ibu-ibu yang tidak berada dalam situasi kami ibu-ibu pjj ni,mencemuh apabila ada ketika kami terasa sangat penat,sangat ingin mempunyai masa untuk diri sendiri dengan membiarkan anak anak dengan gadjet. 

Kami pun ibu yang tahu baik buruknya gadjet untuk anak-anak .

Psikologi isteri yang berjauhan dari suaminya tidak sama psikologi dengan isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya. 

Kami pun tahu, tempat yang terbaik bagi seorang isteri adalah di sisi suaminya kerana di sana akan ada sokongan emosi, perasaan, kewangan dan sosial. Tapi,kerana paksaan kerja dan kewangan,kami redha untuk berjauhan.

Seorang isteri yang bersendirian selama beberapa tempoh menguruskan dirinya serta anak mengalami beberapa tekanan yang jauh lebih dahsyat berbanding isteri yang mengalami tekanan namun masih ada suami disisinya. 

Tekanan yang dirasakan isteri yang berjauhan juga tidak sama dengan tekanan suami kerana suami hanya menguruskan dirinya sahaja tanpa melibatkan pengurusan anak. 

Isteri sentiasa bangkit dengan mengumpul kekuatan-kekuatan untuk hari-hari yang akan dihadapi. 
Isteri sentiasa berehat dengan fikiran yang sentiasa berjaga demi hari esok bersama anak-anak 

Maka tidak hairanlah jika tahap kesihatan seorang isteri yang berjauhan, jauh lebih teruk berbanding isteri yang tinggal sebumbung dengan suaminya. 

Hati yang menanggung masalah atau terseksa boleh menjejaskan tahap kesihatan walau ada senyuman yang terukir. Jauh di sudut hatinya menangis sendiri. Sebab itu jugalah,ida selalu sarankan kepada semua kaum ibu untuk JAGA DIRI UNTUK JAGA ORANG LAIN!

Ibu PERLU ambil supplement supaya kesihatan tak terjejas. Emosi sentiasa stabil. Bagaimanapun,semua kesakitan,dugaan itu,Allah yang datangkan. Kita hanya usaha dan ikhtiar untuk kekal sihat.

Dan kerana itulah,ida bersungguh-sungguh untuk menjadi salah seorang WORK AT HOME MOM dengan SHAKLEE. Ida dapati,ramai ibu yang mula mempunyai masa yang FLEXIBLE dengan shaklee. 

Mereka mempunyai lebih masa bersama anak-anak
Mereka mempunyai lebih wang untuk membantu suami
mereka mempunyai lebih waktu untuk diri sendiri dan keluarga


Meman itulah idaman kalbu setiap wanita. Inginkan kebebasan untuk keluarga dalam masa yang sama inginkan pendapatan.

Dan Alhamdulillah ida makin menuju ke arah KEBABASAN MASA  & WANG!

RANK COORDINATOR permulaan untuk Ida rancang ke arah impian.
Sekarang, Ida masih bekerja tetapi sudah mendapat bonus hampir sama dengan gaji hakiki.

Insyaallah sampai satu tahap,bila ianya makin stabil,sampai masa untuk ida tumpukan sepenuhnya pada Shaklee dan keluarga saja.

Anda berminat tak jika Ida bukakan 8 SLOT untuk ida didik sampai berjaya PEGANG 4 ANGKA BONUS?



Wednesday, May 3, 2017

30 FOTO Yang Dipertuan Agong yang selama ini DIRAHSIAKAN.



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...


  YANG DIPERTUAN AGUNG Baru Kita Ini.ALHAMDULILLAH !!








Tiba-tiba rasa teringin semadikan gambar YDP Agong 2017 ni.



Memperkenalkan Tuanku Muhammad Faris Petra iaitu Yang Dipertuan Agong 2017
Majoriti penduduk memang akan memuji bila disebut perihal Sultan Kelantan ni.

Baginda memang  disayangi dan disukai ramai org bukan hanya dari kelantan malah rakyat dari negeri lain 


Banyak yg Ida  baca tentang Tuanku Muhammad Faris Petra ni
selain rajin imamkan solat,baginda jugak rajin melawat rakyat²nya,sempoi dan penuh sederhana. Tak menyombong diri mahupun berlagak. Wajahnya saja dah terpamer jiwa kerendahan budi, Insyaallah.


Setakat ni kita tak mendengar cerita² negatif tentang baginda, dan sememangnya kita tak mahu mendengarnya. Apa yg boleh aku katakan, alhamdulillah dikurniakan sultan yg begini. Tuanku Muhammad Faris Petra satu dalam seribu sultan.............!
.


Gambar ketika tok guru masih ada. 





Sedikit Info mengenai baginda: Lahir pada 6 October 1969.....
 Mudah membahasakan diri SAYA atau KITA, adalah putera sulung. 
Pernah mendirikan rumahtangga tetapi jodoh tidak panjang, baginda tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama isteri. 
Baginda menukarkan laungan "Daulat tuanku" kepada "Allahuakbar" supaya rakyatnya mendapat pahala apabila melaungkan laungan tersebut.




(Gambar ketika muda yg pertama tu) adalah ketika ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Baginda menjawat jawatan itu sehingga 13 September 2010 sebelum Dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke- 29. Mulai 13 Disember 2011, baginda telah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong untuk satu penggal (5 Tahun).


Baginda dikenali sebagai seorang Raja Melayu yang warak, mesra rakyat dan mengutamakan Agama Islam dalam setiap hal.




























Setakat tu dulu info mengenai baginda.
Baginda jugak suka pakai jubah. Aku tahu pun melalui apa yg ditulis oleh media dan gambar² sebagai bukti. 


Thanks to all bloggers, wikipedia, media, yg keluarkan gambar tentang sultan yg aku ambil ni.....ramai, nak tulis pun tak larat (ayat cover - malas). Jangan tiru sifat ini.......




Gambar baru. Sultan Kelantan makan bersama rakyat ketika di masjid


Update: Gambar terbaru baginda Sept 2014 menunaikan umrah. Fb.


Update: Dibawah adalah gambar yg aku baru upload hari ni 27 Dec 2014, sultan Kelantan mencemar duli dengan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir besar dibumi kelahiran baginda Kelantan. "Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya." Itulah peribahasa yg paling sesuai untuk baginda. Membantu rakyat dalam kesusahan dan tanpa diiringi oleh pengiring2 dan pengawal peribadi sikitpun tidak menjatuhkan martabatnya. Malah dipandang mulia, dihormati, dan dikasihi sekalian rakyat tidak kira dari negeri mana. 










Baginda memandu sendiri kenderaannya dan membantu rakyat Kelantan yg ditimpa musibah banjir







Semoga bermanfaat

SHARE