Terima Kasih Allah...
Assalamualaikum sahabat...
Kes kaki sembab bila "preggy" ni rasanya ibarat cam dah selalu nampak pada ibu2 hamil. Sendiri??? Setakat ni sejujurnya belum lagi...kaki masih normal dan tak macam "gajah" pun... heee... ^_^... Tak taulah "towards the end" sok2...kot2 tiba2 sembab pula... Buat masa sekarang "seriously" tak ada lagi... Masa hamilkan amamr syahmi pun Alhamdulillah tiada masalah sembap ni.
Sembab atau bengkak pada kaki (mungkin juga pada tangan, muka, dll) adalah masalah yang sering dihadapi oleh ibu hamil. Masalah ini boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada si ibu kerana menghadapi kesukaran untuk berjalan, solat, dan sebagainya.
Semasa hamil, badan menghasilkan kira2 50% lebih darah dan cecair badan sebagai persediaan menampung bayi yang sedang membesar. Bengkak atau sembab yang disebabkan oleh darah dan cecair tambahan ("water rentention") adalah normal semasa hamil. Kesembapan normal, yang juga dikenali sebagai edema, boleh berlaku pada bahagian tangan, muka, kaki dan pergelangan kaki.
Tapi, "preggy2 mummy" perlu berhati2 jika kesembapan berlaku tiba2 kerana ia mungkin petanda awal preklampsia. Rujuk pada doktor "uols" "if this happen"...
TIPS HINDARI SEMBAB (WATER RETENTION @ SWOLLEN FEET, ANKLE, FACE) SEMASA HAMIL
Minum Air Masak Sebanyak 2-3 Liter Sehari
Toksin dapat disingkirkan daripada badan dengan baik apabila kita minum air masak secukupnya. Apabila badan tidak mendapat cecair secukupnya, ia akan berada dalam "survival mode" di mana badan menyimpan air dan berlakulah sembab kaki, tangan, dan sebagainya. Cuba cek, adakah kita minum 2-3 gelas air masak sehari? Cara mudah untuk tahu sama ada badan mendapat air yang cukup ialah melalui warna urin. Ia sepatutnya jernih, bukan keruh. ("Ok noted!!!)
Lakukan Senaman Ringan
Senaman membantu peredaran darah dan cecair yang lebih baik dalam badan seterusnya menghindari daripada berlakunya sembab kaki dan sebagainya. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki.
Jangan Berdiri Terlalu Lama
Apabila berdiri terlalu lama, cecair akan terkumpul pada kaki yang mengakibatkan sembab. Banyakkan berjalan atau bergerak. (Memang pun!!! Lagi2 kalau Pink Panther ada...huh...tak sempat nak panas punggung (ooopsss) dekat kerusi dah kena pergi sana pergi sini)
Tinggikan Sedikit Kedudukan Kaki
Sewaktu berehat atau tidur, alas kaki dengan bantal supaya kaki berada pada aras yang sama atau lebih tinggi daripada jantung. (Ini pesanan penaja yang hari2 diulangi oleh suami...hu hu hu...)
Pakailah Kasut Yang Selesa
Pakailah kasut yang selesa dan tidak terlalu ketat. Jauhi "heels!"... "Oh My!" rindunya pada "stilettos" dan "heels" saya...ekekeke... *_^
Amalan Pemakanan
Hindari @ kurangkan:
1. Minuman berkafein dan alkohol (alkohol tu memang taklah kan??? harammmmm....)
2. Makanan yang tinggi sodium (antara makanan yang tinggi kandungan sodium selain garam ialah makanan yang diproses ("processed food"), makanan segera ("instant or fast food") - "fries, burger" dll.
3. Karbohidrat
Lebihkan:
1. Makanan yang tinggi potassium - contohnya pisang, lobak merah, kurma, buah oren, tembikai, prune, kismis, bayam, kacang peas, badam, susu dan yogurt.
2. Makanan berserat tinggi seperti roti "high fiber".
3. Sayur2an mentah seperti ulaman.
4. Protein, menggantikan karbohidrat.
5. Makanan tinggi magnesium dan vitamin B - sayuran berdaun gelap, "oatmeal", asparagus dan kacang soya.
6. Selain itu, pengambilan suplemen kalsium magnesium turut membantu mengatasi masalah sembab air. Siapa yang berminat nak ambil suplement ni boleh cuba Shaklee Ostematrix. ^_^...
T*_^
*Harap2 sehingga ke hujung "pregnancy" kaki tak sembablah dan maintain macam sekarang ni... ^_^... tapi memang "during pregnancy" ni saya agak mengawal jugalah apa yang saya makan, terutamanya "kafein" yang saya terpaksa korbankan "coffee based caramel machiatto" saya tu, dan beralih kepada "chocolate based"... dan juga kawal pengambilan garam dalam pemakanan...
No comments:
Post a Comment