Terima Kasih Allah...
Assalamualaikum sahabat...
Tip Rawat Anak Demam Panas Di Rumah Dan Petua Turunkan Suhu Badan
Kebelakangan ini ramai anak-anak kecil yang mengalami demam panas. Mungkin juga ada disebabkan cuaca panas kering atau fenomena Elnino yang dialami negara ketika ini.
Ammarnami pun baru jer elok demam. Demam dengan tiba-tiba jer.
Siang tu,elok jer main kejar2 dengan sepupu sepapat,alih2 malamnya,rasa badan dia panas sikit.
Bergegaslah cek suhu.. 37.8
SAH DEMAM!
Tindakan yang ida buat ialah,
1. Buka baju
2. cari asam jawa,rendamkan dengan air suam
3. Lap celah ketiak dengan air asam jawa tersebut
4. Bagi makan NUTRIFERON dalam secubit. 4 jam sekali (sama macam panadol juga lah..nutriferon ganti panadol)
5.Tidur? jangan cakap nak tidur lena yer.. Sebab yang paling risau bila anak demam ialah, suhu akan naik tinggi mendadak dalam pukul 1am-3am.
Time tu,bila pegang ketiak anak panas,start basahkan dengan air asam jawa.
Ubat kena ikut masa.
5.Tidur? jangan cakap nak tidur lena yer.. Sebab yang paling risau bila anak demam ialah, suhu akan naik tinggi mendadak dalam pukul 1am-3am.
Time tu,bila pegang ketiak anak panas,start basahkan dengan air asam jawa.
Ubat kena ikut masa.
6. Dan ida Emergency Leave. Risau untuk hantar anak ke taska..risau suhu makin tinggi
Tapi yang pasti apabila anak kecil demam panas ibu bapa akan risau malah ada yang menggelabah. Tambah jika demam menggigil, berlarutan dan tak lalu makan dan minum susu.
Sebaiknya ketika anak demam ini elakkan hantar ke rumah pengasuh atau pusat jagaan. Ambil cuti dan rawat sendiri anak di rumah. Selama di rumah menjaga anak praktikkan tip rawatan yang disarankan ini.
1. Ukur suhu badan anak dengan menggunakan termometer (jangka suhu) . Suhu badan yang normal adalah 36.7 darjah celsius jika lebih mungkin demam.
2. Beri anak ubat demam (paracetamol)/NUtriferon dengan sukatan yang tepat mengikut masa yang ditetapkan.
3. Lap dahi dan badan anak dengan tuala yang direndam air suam.
4. Pakaikan anak dengan seluar jer. Baju Tak perlu pakai. Jangan selimutkan kerana akan meningkatkan suhu badan.
5. Beri anak minum air dengan kerap untuk menambah cecair dalam badan.
6. Beri anak makanan mudah dihadam seperti sup dan bubur. (kalau ada tonsil,bagi aiskrim vanilla)
7. Jangan biarkan akan tidur sendirian supaya anda boleh bertindak segera jika suhu badan anak naik atau terlampau tinggi melebihi 39 darjah celsius untuk mengelakkan sawan.
Petua Turunkan Suhu Badan
Selain itu anda juga boleh mengamalkan petua di bawah untuk menurunkan suhu badan anak yang panas. Semuanya menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Asam jawa
Ramaskan asam jawa dengan semangkuk air. Sapukan air tersebut ke bahagian ubun-ubun dan seluruh kepala serta lain-lain bahagian badan sebelum tidur.
Daun bunga raya
Ambil beberapa helai daun bunga raya lalu basuh dan kemudian rendam 30 minit. Kemudian daun tadi dipotong kecil-kecil. Selepas itu tapis dan ambil lendir daun tersebut.
Lendir daun bunga raya boleh turunkan suhu badan. Celup tuala dalam lendir daun tadi dan sapu pada kepala dan badan anda. Buat selama 20-30 minit untuk turunkan suhunya.
Air kelapa
Demam panas yang tak kebah-kebah boleh juga dirawat dengan minum air kelapa muda dua kali sehari. Insya-Allah panas akan mulai turun.
Daun aloe vera
Potong daun aloevera, ambil lendirnya dan sapu pada dahi dan juga ketiak anak.
Ubi kayu
Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut. Parutan ubi itu kemudiannya ditempekkan ke dahi anak anda. Apabila parutan ubi itu sudah kering, gantikan dengan yang baru sehingga suhu panas tu menurun ke paras biasa.
Dalam pada itu, ibu bapa perlu banyak bersabar menjaga anak yang mungkin banyak kerenah ketika demam. Berdoalah supaya anak cepat sembuh.
Moga bermanfaat untuk rujukan ibu-ibu semua
Berminat dengan NUTRIFEON?
Boleh Pm ida
+6012 6818241 wa/telegram
Berminat dengan NUTRIFEON?
Boleh Pm ida
+6012 6818241 wa/telegram
Sumber Tip Rawatan Demam Panas : Kementerian Kesihatan Malaysia
No comments:
Post a Comment