Terima Kasih Allah...
Assalamualaikum sahabat...
Semalam saya marahkan ammar sepahkan nasik dan sup yang dia duk makan
tapi dia datang dan pukul bahu ida sambil cakap
"biasa dia tu" dengan pelat dia lh
aihhh???
mungkin ramai yang cakap cmtu kat anak kan? saya jarang cakap camtu sebab ammar ni anak manja..even dia tak buat salah,orang saja cakap cmtu untuk lihat reaksi dia yang akan nangis.
Sejujurnya memang ida sangat tak suka saja acah2 marahkan anak walhal dia tak buat salah!
Dan ida juga tak suka bila marahkan anak,angkat tangan seolah2 nak pukul!
Yer..betul..ida ada anak sorang jer..kalian sudah lama bergelar ibu.. tapi pandangan kita ajar anak mungkin berbeza..
Bila anak buat salah,marah anak dengan cakap "biasa dia tu" so dia ulang cakap tu kat saya
apa yang ida cakap kay ammar bila dia pukul ida..
" pukul lah ummi,nanti biar Allah marah"
"allah tak suka orang yang pukul2 ni"
dan dia mula menangis
"nanakk..nanakkk"
"kalau tak nak jangan pukul ummi"
dan dia teresak2 nangis
"ok2 dah..meh peluk ummi. lainkali tak mau pukul2 orang tau..allah tak suka..nanti allah marah. nak allah marah tak?"
"nanaaakkk"
dah masa tu memang dia akan datang peluk ida..
begitu juga bila orang duk takutkan dia dengan gelap!
dan saya memang takkan usik anak saya dengan benda2 camni
sesetengah orang ada juga yang tak nak bagi anak bermain dalam bilik dan contoh cakap "eeee...takut..bilik tu gelap"
dimana saya rasa bila gelap anak akan takut..same goes to ammar :-(
bila blackout atau pun lampu dalam bilik tak pasang
ammar akan cakap " mi, akut"
apa yang ida akan cakap ialah
"nak takut apa..allah kan ada.."
"ummi pun ada kat luar ni"
bila bunyi cicak ammar akan cakap"mii, akut"
ida pula yang akan ida jawab " nak takut apa kat cicak..ammar kan besar dari cicak?"
Allahurabbi..ida memang betul2 tak tahu camna nak terangkan pada budak seusia ammar tu,tapi moga bila besar,dia akan lebih mengerti.
moga bila besar kau mengerti anak..betapa ummi sayangkan kau melebihi segala2 nya
Dan ummi hanya nak kamu tahu bahawa apa jua yang kita buat,Allah lah yang jadi keutamaan.
No comments:
Post a Comment