Ads

jom kita kawan

Monday, October 26, 2015

Dugaan mematangkan kita



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...


Dugaan yang bersilih ganti yang Insyaallah yang akan mematangkan lagi alam kehidupan kita..

Dan Alhamdulillah aku masih disini..aku masih diberi peluang untuk menghabiskan kenangan2 yang telah terbina..
Kenangan2 yang telah sama2 dicipta..

Syukur ya Allah aku terpilih terima dugaanMu..
Syukur ya Allah Kau pilih aku untuk diduga..
Kerana tanpa cuitan dariMu,mungkin aku akan lalai..
Aku akan terlena..
Aku akan terus mengejar dunia tanpa sedar..


Dalam mempelajari sesuatu tentang kehidupan,ia banyak mengajar aku erti sabar,tabah,positif,redha dan bersyukur..

Insyaallah banyak perkara yang boleh menjadi iktibar dan teladan. Moga hari-hari mendatang akan lebih cemerlang,terbilang bukan hanya dalam hidup di dunia,tetapi juga bertingkatya ilmu akhirat..

USAHA.YAKIN.DOA.TAWAKKAL..

InsyaAllah.Ameen.

APA ITU RHEUMATOID ARTHRITIS ???



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...



Harini Ida ingin berkongsi mengenai penyakit Rheumatoid Arthritis (RA). Penyakit ini menyerang sendi2. Jika ia tidak dirawat lebih awal, ia boleh mengundang kepada kehilangan daya pergerakan. 

Rheumatoid Arthritis (RA) merupakan penyakit kronik yang berlaku akibat kecelaruan sistem pertahanan badan (penyakit autoimun). Ketidakseimbangan sistem pertahanan ini menyebabkan keradangan pada sendi, terutamanya di selaput synovium. Ini mengakibatkan cecair synovium yang berlebihan dalam sendi. 

Oleh itu sendi menjadi sakit, bengkak dan tegang. Jika proses keradangan ini berterusan, kerosakan tulang akan berlaku dan akhirnya menyebabkan kecacatan sendi. Selain sendi, ia juga boleh melibatkan organ-organ lain seperti paru-paru, kulit dan mata.



RA menular dalam 3 peringkat. 
Peringkat pertama 
ialah bengkak pada lapisan tisu sinovia yg menyebabkan kesakitan, kepanasan, kekejangan, kemerahan dan bengkak di sekeliling sendi.
 
Peringkat kedua 
ialah pembesaran dan pembahagian sel yang pantas mengakibatkan cecair sinovia menjadi pekat. 

Peringkat ketiga
sel yang meradang akan mengeluarkan enzim yg mungkin memakan tulang dan rawan mengakibatkan sendi yg terlibat hilang bentuk dan kesejajarannya, lebih kesakitan dan kehilangan daya pergerakan.

Serangan Rheumatoid Artritis (RA)

RA lazimnya melibatkan mereka yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun tetapi ia juga boleh berlaku di kalangan kanak - kanak. Kaum wanita mempunyai kekerapan 3x ganda lebih tinggi
untuk menghidap penyakit ini berbanding kaum lelaki.

Tanda- tanda dan Gejala

- Sakit dan bengkak pada sendi di kedua-dua belah kaki dan tangan.
- Kekakuan sendi yang lebih ketara di sebelah pagi atau selepas lama berehat.
- Berasa letih dan lesu
- Kekeringan mata dan mulut.




Terdapat 3 langkah supplements Shaklee dapat membantu penyakit RA. 

Langkah pertama membantu mengkalkan tulang rawan yang sihat dengan Advanced Joint Health Tablet (AJHT). 

Langkah kedua mengurangkan inflamasi dengan Omegaguard. 

Langkah ketiga mengekalkan sel tulang yang sihat dengan Ostematrix. 



1. Advanced Joint Health Tablet (AJHT).

Ia dipilih kerana tidak mengandungi kondroitin sulfat sebab ia tidak diserap denganbaik bila diambil secara oral. Kajian terkini menunjukkan kondroitin sulfat mengganggupenyerapan glukosamina yang biasanya senang diserap. 




2. Omega Guard


Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega- 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.


Omega-3-Melambatkan degradasi tulang rawan
-Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi - mengurangkan gejala-gejaladalam penyakit sendi
-Bertindak sebagai pelincir –> membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendiberkeriat-keriut & sakit


3. Ostematrix

Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang, tetapi juga bantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis. 



Atau boleh juga ORDER TERUS DISINI

tetapi kat sini AJHT dah habis stok tw..

apa boleh rojer ida dulu yer ;)

Untuk dapatkan konsultasi terbaik dari ida,boleh jer Wassap/telegram ida di 

+6012 6818241

Friday, October 16, 2015

Cara Check Tekanan Darah



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...



Nak Ilmu baru tak?

Macamana nak check blood pressure?

Ok..hari ni kita belajar baca blood pressure saya ye..

Blood pressure ni diambil oleh ibu mertua pada hari Isnin lepas.

Excited dia nak check BP sorang2.

Free of charge lg katanya.hehe.

Jom Start!


SYS-SYSTOLIC

Tekanan ke atas pembuluh arteri akibat dari denyutan jantung.
120 ke bawah-normal
120-139 >prehypertension 
140-159 >high blood pressure stage1


DIS-DIASTOLIC
Tekanan semasa jantung berehat diantara waktu mengepam.
80 kebawah-normal
80-89 >prehypertension
90-99 >high blood pressure stage 1


PULSE
Kiraan denyutan nadi dlm masa seminit.
Normal bg kanak2 (6 ke 15thn)
70-100 beats per minute.


Dewasa (18 thn ke atas)
60 ke 100 beats per minute.


Dah dpt 1 ilmu hari ni kan?
Best tak??


Semoga bermanfaat !

Anda risau tentang kesihatan jantung ?

Jangan segan silu nak inbox saya untuk konsultasi

Pengedar Shaklee

Tuesday, October 13, 2015

Betul ke cara marah anak camtu???

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...



Semalam saya marahkan ammar sepahkan nasik dan sup yang dia duk makan

tapi dia datang dan pukul bahu ida sambil cakap
 "biasa dia tu" dengan pelat dia lh

aihhh???
mungkin ramai yang cakap cmtu kat anak kan? saya jarang cakap camtu sebab ammar ni anak manja..even dia tak buat salah,orang saja cakap cmtu untuk lihat reaksi dia yang akan nangis.

Sejujurnya memang ida sangat tak suka saja acah2 marahkan anak walhal dia tak buat salah!
Dan ida juga tak suka bila marahkan anak,angkat tangan seolah2 nak pukul!

Yer..betul..ida ada anak sorang jer..kalian sudah lama bergelar ibu.. tapi pandangan kita ajar anak mungkin berbeza..

Bila anak buat salah,marah anak dengan cakap "biasa dia tu" so dia ulang cakap tu kat saya

apa yang ida cakap kay ammar bila dia pukul ida..

" pukul lah ummi,nanti biar Allah marah"
"allah tak suka orang yang pukul2 ni"

dan dia mula menangis
"nanakk..nanakkk"

"kalau tak nak jangan pukul ummi"

dan dia teresak2 nangis

"ok2 dah..meh peluk ummi. lainkali tak mau pukul2 orang tau..allah tak suka..nanti allah marah. nak allah marah tak?"

"nanaaakkk"

dah masa tu memang dia akan datang peluk ida..

begitu juga bila orang duk takutkan dia dengan gelap!
dan saya memang takkan usik anak saya dengan benda2 camni
sesetengah orang ada juga yang tak nak bagi anak bermain dalam bilik dan contoh cakap "eeee...takut..bilik tu gelap"

dimana saya rasa bila gelap anak akan takut..same goes to ammar :-(
bila blackout atau pun lampu dalam bilik tak pasang
ammar akan cakap " mi, akut"

apa yang ida akan cakap ialah
"nak takut apa..allah kan ada.."
"ummi pun ada kat luar ni"

bila bunyi cicak ammar akan cakap"mii, akut"
ida pula yang akan ida jawab " nak takut apa kat cicak..ammar kan besar dari cicak?"

Allahurabbi..ida memang betul2 tak tahu camna nak terangkan pada budak seusia ammar tu,tapi moga bila besar,dia akan lebih mengerti.

moga bila besar kau mengerti anak..betapa ummi sayangkan kau melebihi segala2 nya

Dan ummi hanya nak kamu tahu bahawa apa jua yang kita buat,Allah lah yang jadi keutamaan.

Thursday, October 8, 2015

Doa Langsaikan HUtang



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...




Doa langsai hutang

********************

" Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kebimbangan dan kesedihan, aku berlindung dengan-Mu daripada berasa lemah dan sifat malas, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat takut dan kedekut, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan tekanan orang ramai." (HR Abu Daud

Wednesday, October 7, 2015

Produk baru Shaklee 2014 Phytocol untuk Kolestrol



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Produk baru Shaklee 2014 Phytocol

Untuk mengatasi masalah kolestrol tinggi di kalangan rakyat Malaysia, Shaklee telah memperkenalkan produk baru iatu Phytocol.


Phytocol adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000 mg fitosterol setiap hari dan disarankan 100% Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).


Phytocol Shaklee dirumus secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol di dalam tubuh

Fitosterol adalah tumbuhan sterols dan stenoils yang terdapat dalam sel membran tumbuhan. Ia menyerupai kolestrol dalam badan dan apabila kolestrol ni berjumpa dia akan bersaing untuk menyerap ke dalam sistem penghadaman badan. 

Sterols dan stenols ni akan menghalang kolestrol jahat (LDL kolestrol) dan akan merendahkan kolestrol jahat yang masuk ke dalam salur darah manusia yang boleh menyumbatkan salur darah. 

Sterol dan stenoil yang ada dalam makanan seharian kita seperti makan 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato setiap hari. 


Keistimewaan Phytocol Shaklee

dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol
mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH
tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan



Bagaimana Phytocol Shaklee berfungsi?
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. Lihat gambarajah di bawah.




Sekarang bagaimana? Dah tahu cara nak turun kolestrol kan? Kini kita boleh menikmati makanan kegemaran tanpa perlu bimbang dengan ancaman kolestrol asalkan kita mengamalkan Phytocol Shaklee setiap hari. Sebelum kolestrol melarat dan mengundang penyakit merbahaya adalah lebih baik kita amalkan Phytocol Shaklee untuk turunkan kolestrol secara semulajadi.


Kesihatan yang sihat bukan untuk diabaikan!


Atau PM ida untuk konsultasi percuma
+6012 6818241

Nak anak bijak?fokus?



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Perkongsian dari seorang sahabat bergelar doktor dan juga distrubitor shaklee ;)

Untuk ibu yang hamil dan menyusukan anak!!

Nak anak bijak? Mampu fokus dgn baik?
Soalan pesakit,'doktor, pregnant kena makan apa? Apa supplement kena ambik?'

Doctor: ambik ubat tambah darah, ambik calcium dan yang sgt penting ambik Supplement Omega 3 fatty acid.
Sebab Omega 3, ni la yang akan diperlukan dalam kuantiti sgt byk untuk bina otak bayi dalam perut, penglihatan dan sistem saraf. Kalau tak cukup, nanti tak mantapla pembinaannya.

Dulu specialist aneasth aku yang pesan suh aku ambik benda ni masa aku houseman. Dia yang ajar. Sebab doktor2, mmg kiasu nak anak cerdik, sihat dan bla bla, jadi drg ambik supplement ni walaupun klinik kesihatan tak sediakan. Kami beli sendirilah. Mestilahh!!

Omega 3 ni ada dalam ikan laut dalam tapi ikan2 yg ada omega 3 ni kita tak boleh makan selalu sb ada merkuri. Ditakuti merkuri poisoning. So janganlah u mkn sardin dan tuna selalu kalau mengandung. Bahaya!!

Kalau tak boleh makan, nak ambik mana? Sebab tu American Pregnancy Association suggest for pregnant and breastfeeding mother to take supplement for Omega 3 fatty acid. Because your baby need this in big amount. Huge amount.

Research has shown that baby born from mother with adequate Omega 3 fatty acid has better visual function, congnitive development and longer, better attention span.

Dalam erti kata lain, anak kita akan lebih peka, lebih fokus dan lebih bijak.
Kalau tak faham, tak sure can pm me for more information.

Can order Shaklee Omega Guard from me.
Hopefully I will be able to help.

 +60126818241