“Salam.Uhibbu fillah ya akhi. Minta istikharah”
Cukup menggetarkan di saat hati menghantar pesanan ke minda setelah diterjemah oleh impuls2 yang tidak pernah lalai menunaikan tanggungjawabnya. Di saat itu minda menghantarkan ke saraf2 jari yang kemudiannya jari bergerak2 menaip ke atas tinta kosong.Seandainya saraf bisa menghantar ke lidah,pastinya sudah lama lidahku melontarnya..”
Orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih kearah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar benar tidak ada masalah hati..itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak di sekat. Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata -kata yang tidak sepatutnya.
Apabila individu itu benar benar mencintai seseorang itu atas sifat -sifat di dalam diri respondennya.....ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.
Malah masalah samada sayang ke, samada tidak sayang ke......tidak timbul ...kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam....bukan seperti sebahagian dari anak anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.
Sememangnya tidak di nafikan kuasa cinta benar benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta....contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati .
“Saat ini,impuls otak mula memikirkan dimana letaknya diri aku..adakah aku juga terlibat dalam kancah dunia ini? Ternyata ada yang terkena pada bayangku..apa yang patut ku buat?tinggalkan?”
No comments:
Post a Comment