Ads

jom kita kawan

Wednesday, November 20, 2013

Apa Rahsia Anak Yahudi lagi Bijak??

Terima Kasih Allah...

 Assalamualaikum sahabat...

Artikel ini diambil dari Internet yang telah memang dialih biasa)
Penulis : Dr. Stephen Carr Leon




Mengapa Yahudi Bijak??. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum YAHUDI, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Adakah bijak boleh dijana?


Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab.. Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo (haram), apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ?? tekalah sendiri..! Ys, Yahudi!

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus kepada sesuatu perkara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! (duit sebenar) Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa. Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg bodoh (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

from : blog darwishdarwisha

wassalam sekadar perkongsian

Amalan ketika ibu hamil dari bulan pertama hingga ke 9 bulan

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

Sekadar perkongsian ilmu yg sy baca dari buku ensiklopedia perbidanan,so sy kongsi serba sedikit apa yang boleh kita sama2 amalkan. sy bukanlah pakar tapi sekurang2nya bagi yang pertama kali hamil,sahabat ada 1 rujukan tentang apa yang nak dibuat.
paling tidak doa apa yang harus kita amalkan,makanan apa yang kita perlu makan,apa pantang larang ibu hamil dll..
apa yg ana baca,ana translatekan mengikut kepahaman kita sbb dlm buku ni byk perkataan2 lama diguna pakai.panjang sketlah entry kali ni..hihihi
dan skli lg sy mtk maaf sbb ada doa2 atau ayat2 suci  al-quran,sy hanya tulis guna rumi jer..jadi sahabat boleh rujuk dalam al-quran je k untuk bacaan,sebutan yang betul.

BULAN PERTAMA
pada waktu ni,x byk perubahan yg berlaku pada bakal ibu kecuali xdtg bulan.bgaimanapun,badan akan rasa amt letih dan akan ada sensitif pada bau-bauan,nafsu makan yg tinggi.ada jgak yg akan suka pada benda yang pelik2.time ni jgk akan rasa loya-loya dan muntah.
bakal ibu akan rasa kelainan pada fizikal dan emosi.

BULAN KEDUA
time ni,ibu akan rasa denyutan jantung akan lebih cepat dari normal. ini kerana organ jantung ibu terpaksa mengepam lebih banyak darah.dlm tempoh ni jgk otak dan kemaluan janin akan mulai terbentuk.
payudara ibu jgk akan rasa mengembang sket.perut terasa kembung dan sensitif.kadang2 akan rasa pitam dan pening. kalau berlaku pitam dan pening2 ni,petua org tua2 suruh kita minum air didih nasi yang pekat digaul dgn garam dan diminum ketika suam.
di penghujung bulan kedua,ibu akan rasa kerap nak buang air kecil,dan susah nk buang air besar. 
pada minggu ke-7,pergerakan janin sudah mulai dikenal pasti.dan ibu disarankan ambil makanan berdaging atau byk makan kekacang seperti soya,sayuran protein spt brokoli.

BULAN KETIGA
uri mula terbentuk dan tisu tulang mula timbul.janin akan membesar sekitar 3 1/2 - 4 inci.sifat janin akan bertambah dengan pembentukan mata dan kelopak mata.jantina bayi juga sudah dapat dikenal pasti.dan bila usia cukup 3 bulan, ibu akan dapat rasa penimbulan ketulan janin terutama pada waktu pagi.
dan ibu perlu banyak berehat serta lebihkan berzikir dan berdoa bagi menjauhi sebarang masalah seperti keguguran. biasanya ibu sangat lemah pada kandungan di tahap ini.
ibu bapa perlu amalkan sikap yang baik,dan jauhi membunuh binatang kerana takut terkenan.
untuk jauhkan keguguran,ibu digalakkan membaca "Ya Malika lmulk"-wahai Yang Empunya Pemerintahan sebanyak 212x selepas solat fardhu dari bulan ke-3 hingga ke-6.ia juga untuk kecerdasan dan kesihatan bayi dalam kandungan.

BULAN KE EMPAT
rasa loya akan berkurang,ibu hamil mula mempunyai nafsu makan. payudara makin membesar dan puting akan berubah warna kelopak tetek menjadi bertambah gelap. perut pulak makin membesae dan timbul satu jalur di bahagian tengah perut bermula dari bahagian hulu hati terus ke bahagian tulang yg terletak betul2 dibawah ari-ari. mengikut ilmu bidan2 melayu ,jaluran itu boleh jadi petanda cara kelahiran bayi nanti.
jaluran yang lurus,tidak putus menandakan proses kelahiran yg bakal dihadapi adalah mudah
jaluran yg tidak lurus menandakan kesukaran.
biasanya jaluran itu akan hilang sesudah 100 hari bersalin.itu pun kalau ibu bijak menjaga diri semasa pantang. time ni jgk ibu akan rasa pergerakan dalam kandungan.

BULAN KELIMA
bayi dah capai saiz 18.5cm dan beratnya 500gram.time ni plak,ibu biasanya akan mengalami sembelit dan akan mudah dapat buasir dan juga masalah lelehan pada faraj. kadangkala lelehan turut menibulkan bau yang tidak menyenangkan serta terasa gatal. oleh itu,ibu haml perlu prihatin terhadap pemakanan. jauhi makan belacan,ikan kering, jeruk,pekasam dan segala makanan laut kecuali ikan.

BULAN KEENAM
apabila masuk minggu -24,bayi mempunyai sifat yang lebih sempurna.Rambut,kening dan bulu mata mulai lebat. kulitnya halus dan bahagian tulang juga mengeras. ukuran panjang ialah 25cm.
pergerakan bayi lebih cerdas dan kadang2 boleh dilihat pada perut ibu.
ibu akan lebih kerap buang air kecil,terasa lenguh2 dan bisa2 dibahagian kaki,belakang pinggang dan sentiasa akan lapar.

BULAN KETUJUH
minggu-28, bayi membesar sekitar 27.5cm.bayi sudah cukup sifat dan jika dilahirkan waktu ini,insyaallah selamat. dan ibu pula akan mengalami selera makan yang tinggi,mengalami masalah kenaikan berat badan.
ketika ini,ibu akan kerap mengalami kejang otot atau sesetengah org panggil "tarik mengkarung". kadang2 terasa badan terlalu berat hingga tercungap2 kerana pendek nafas. ibu hamil juga akn kerap buang kecil dan mula tak selesa untuk tidur waktu malam.dan ibu dinasihatkan jangan ambik minuman sejuk atau makanan sejuk.(tp sy selalu terbabas jgk :( )
dan perbanyakkan amal zikir "YA ZALJALAA LIWALIKRAM" untuk menetapkan dan menstabilkan posisi bayi hingga cukup bulan

BULAN KELAPAN
apabila mggu ke-32,bayi makin cepat membesar.beratnya mningkat 2.5kg-3kg..pnjgnya plak dlm 30cm.
tulang bayi mula mengeras,dan bayi sudah pandai tersedu dan menangis dan mulai tunjuk respon pada sebarang suara dan bunyi-bunyian dan juga cahaya.
kelahiran pada waktu ini ada berisiko kerana bayi mengalami proses penyusunan semulasifat bayi iaitu mengemaskini sifat bayi sebelum kembali alam dunia.
jadi perbanyakkan amal surah Anbiya ayat 87 " LA ILAA HA ILLA ANTA SUBHA NAKA INNI KUNTUU MINA DZOLIMI"- tiada tuhan selain Engkau,Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan org yg zalim.
seterusnya amal ayat Siti Maryam bagi memudahkan bersalin
"HANNA WALADAT MARYAMA WAMARYAMU WALADAT 'ISA UKHRUJ AYYUHAL MAULUD" - Hanna melahirkan Maryam,Maryam melahirkan isa,keluarlah hai anak yang dilahirkan
dan jika terjadi kandungan terlebih masa ata sakit berpanjangan
"ALLAHUM MA YASSIR WALA TU'ASSIR RABBI TAMMIM BILKHOIR"-Wahai Tuhan,mudahkanlah dan janganlah Engkau payahkan,wahai Tuhanku,sempurnakanlah dengan kebaikan.



BULAN KESEMBILAN
sekarang dh smpai masa untuk melahirkan.bayi pun dah ambik kedudukan kt pintu rahim dh.time ni,doa pada 8 bulan td mesti diamalkan hingga tiba masa melahirkan.


selamat beramal untuk sy sdri dan bakal2 ibu...

*sori sy ltk tulisan rumi je bagi ayat2 tersebut.boleh rujuk Al-quran je k..xpun kt hp boleh la install app i-Quran pro..lg senang..hihihi

sambil2 tu,jom follow BeautifulAsywaq sbb byk lg bnda dlm buku ni nk kongsi..hihihi

moga bermanfaat

wassalam.



Tuesday, November 19, 2013

Khasiat Bismillah 5


Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...


Khasiat Bismillah 5 ni adalah seperti berikut :

1. Penawar bisa diri
2. Penawar kepada bisa-bisa tulang
3.Penawar bisa-bisa badan
4.Penawar bisa batu merian ( org ckp sakit ni lepas bersalin,tp xtw nk explain mcm mna)
5.Untuk mengubat penyakit yang tidak diketahui puncanya

letakkan tangan pada tempat yg rasa sakit,tarik nafas,baca 7x dan ditiupkan kt tempat sakit tu.lepas tu,tiup pula pada air..

kalau anggota sakit tu xboleh disentuh dgn tangan,bolehlh letakkan tgn di bahagian lain yg xsakit dgn iktikad bahawa anggota tersebut adalah anggota yg sakit.

sesaiapa yang mengamalkan bismillah 5 dan bismillah 6, akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mudarat jika terminum.
gelas yg dipegang oleh pengamal Bismillah 5 dan Bismillah 6 akan pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.

sekian saja perkongsian setelah lama xupdate..hihihi


Friday, October 11, 2013

Bimbang pada hati

Terima Kasih Allah...

 Assalamualaikum sahabat...


"aku bimbang aku mungkin nampak mulia dihadapan manusia 
tetapi
 akulah yang paling hina dihadapan Allah"

Tuesday, October 1, 2013

30 ORANG PERTAMA DALAM ISLAM

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

org pertama cipta telefon ? alexander graham bell ..org pertama tulis bismillah ? ????? kalau anak  tanya, ternganga nak jawab..so simpan nota nih....

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA. 

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. ✔ 

Tuesday, August 27, 2013

alkesah suami alahan ketika isteri hamil

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

lama xmencoret khabar kt sini kn??walaupun xde yg tnya khabar..hihihi
just quick update jer..straight to the point la kn..
suami alahan ketika isteri hamil???
ada x sahabat rasai pengalaman cmni atau pernah dgr pengalaman kawan2??
nak percaya,susah gk kalau xde bukti drpda kajian saintifik kn..hihi 
sbb secara logiknya suami istri tidk mempunyai perkaitan darah atau genetik keturunan.
taknak percaya pun xbleh gk..sbb org tua2 ckp,pembawakan anak...ada jgk pernah baca dlm mr google nih yg suami alahan truk ,isteri hamil anak pertama.. ada gk yg ckp kdg2 suami xnk istri tanggung kesakitan tu, mohon pada Allah dipindahkan kesakitan tu pada si suami..
tp macamana pun,itu semua kerja Tuhan.dia sebaik2 perancang..

mcm ana,seyesli xde rasa sakit apa2 spnjang hamil ni..ana pun heran la jgk kn..tp bersyukur sgt2 sbb xde gngguan ape2 dan boleh buat keje dgn sng..hihi

tp yang ana heran bin ajaib,sepanjang ana hamil ni,suami lak sakit macam2...
pening..sakit kepala..sakit pinggang..sakit belakang..demam..dan bermacam2 sakit lg lh..
ana pikir mungkin semua sakit yang sepatutnya ibu mengandung rasai goes to my hubby..
really pity him..

mggu lepas 3 hari xbgun..terlepek jer atas tilam..bgun mndi,mkn,solat..pastu baring balik..
katanya lenguh 1 bdn..lenguh pinggang..duduk sekejap jer,pastu kena baring dh sbb sakit..
kesian sgt2..tiap2 malam kepala berat n pening..badan xpyh ckp la..mmg panas sgt2...
air cap badak,100plus mmg ada kt tepi tilam...

kesian kn???tp ana pn xtw nk buat mcm mana..sedih pun ada tgk hub cmtu..

ya Allah,permudahkan urusan kami dunia akhirat,sembuhkanlh kesakitan kami..hanya Engkau yang maha Penyembuh.tiada yang lain yang berkuasa menyembuhkan segala penyakit kecuali Engkau ya Allah.
Amin..

wassalam

Friday, August 2, 2013

Sedikit tip masa mengandung

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

Salam.


Entri ni agak panjang dari yang biasa. Ianya berkaitan dengan info tentang mengandung. Teruskan membaca wahai bakal-bakal ibu. InsyaAllah sedikit sebanyak, kita dapat menambah ilmu semasa mengandung. (Credits to Forum bakal ibu)



................................................................................................



Tanda-tanda hamil :

  • Si isteri mengidam macam-macam termasuk juga si suami. Si suami kadang-kadang akan meminta itu dan ini tatkala mengidam. Adakala, si suami loya dan jugak muntah-muntah. 
  • Morning sickness bermula di minggu yang ke-7 sehingga ke minggu 12 ataupun minggu 13 ataupun melebihi minggu 13.
  • Perut terasa sakit. Rasa macam kembung perut. Senak dan pedih ulu hati.
  • Period tak datang dan kala ada pun, hanya sedikit.
  • Sakit belakang dan pening kepala. Lidah terasa pahit.
  • Sembelit. Kerap berlaku ketika mengandung.
  • Puting payudara berwarna hitam dan semakin gelap. Payudara semakin membesar dan sakit.
  • Muntah-muntah. Ada juga bakal ibu yang tiada langsung loya dan muntah.
Anda HAMIL?
  • Alhamdulillah. Anda harus berjumpa doktor sakit puan secepat mungkin kerana anda perlu mengesahkan kehamilan dan juga untuk memastikan kehamilan terletak di dalam rahim dan bukannya di luar rahim. Juga untuk menentukan sama ada janin kita hidup atau normal.
3 Bulan pertama
Ini merupakan tempoh janin dibentuk dari nutfah (air mani) kepada alaqah dan menjadi mugdah dan seterusnya menjadi janin yang lengkap dengan organ serta anggotanya. Organ yang pertama yang terbentuk adalah JANTUNG. Denyutan jantung dapat dikesan melalui ultrasound seawal minggu ke-6 lagi.
Cegah Keguguran
  • Rehat sebanyak yang mungkin.
  • Cukupkan tidur 8 jam. Tidur awal dan bangun awal. 
  • Jauhkan dari stress fizikal dan mental.
  • Jangan lakukan perjalanan jauh atau berpanjangan.
  • Jauhkan dari suhu yang agak panas, pencemaran udara, racun serangga, bahan kimia, X-ray, ubat-ubat moden atau tradisional tanpa nasihat doktor anda.
Mencegah kecacatan bayi
  • Ambil folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga ke akhir kandungan.
  • Makan nasi, roti, asparagus, jus oren, sayuran hijau, buah-buahan dan susu. Susu penting untuk pembentukan tulang baby.
  • Berserah dan tawakal kepada Allah. Berdoa setiap masa agar di kurniakan zuriat yang baik dan sempurna. 
Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba inaka sami u doa

Petua Orang Tua
  • Ketika isteri hamil, si suami janganlah menganiaya binatang atau membunuhnya. Kononya, amalan ini boleh menyebabkan anak yang di kandung akan lahir cacat.
  • Minum air kelapa untuk membersihkan lendir-lendir semasa bersalin nanti.
  • Tak boleh duduk di akar kayu - di khuatiri akan tertinggal uri.
  • Kalau mandi, jangan lilit tuala di sekeliling leher - di khuatiri tali pusat melilit di leher bayi.
  • Petua orang Cina - minum air sarang burung setiap hari - kulit dan mata bayi akan cantik.
Nasihat lain
  • Rajinkan diri membaca Al-Quran dari surah Maryam, Yusof, Lukman, Yaasiin. 
  • Kafein boleh merencatkan pembesaran bayi manakalan nenas mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada bayi.
  • Elakkan buah nangka dan cempedak sebab mendatangkan angin kepada perut ibu.
  • Jangan simpan atau bela kucing sebab najis kucing boleh menjejaskan bayi.
Nasihat Pemakanan
  • Jangan makan nenas, tapai, air tebu - Sebab ianya makanan berasid dan tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan dan boleh menyebabkan keguguran.
  • Jangan makan pucuk atau ulam-ulaman yang hidup melarat di atas tanah - di takuti uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
  • Jangan makan ulaman yang berbau seperti petai, jering, kerdas waktu hujung kandungan - Air ketuban akan berbau busuk.
  • Jangan minum ais - Akan melemahkan anggota tubuh badan. 
  • Jangan membuat perjalanan jauh di waktu awal 3 bulan kandungan - di khuatiri rahim lemah dan tidak dapat menahan dari keguguran.
Banyakkan:-
  • Minum air susu, air soya, air suam.
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Ambil folic asid untuk penambahan darah.
Amalan di hujung kandungan:
  • Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
  • Minum air kelapa bagi membantu menghilangkan masalah kerak kepada bayi dari berlarutan.
  • Ikuti kelas latihan persediaan bersalin supaya nanti tidaklan kita terjerit-jerit sewaktu nak bersalin.

Wednesday, July 31, 2013

Persediaan untuk terima orang baru

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

sesaja jer duk fb walking,tetiber terjmpa ni..walaupun lama lg nk tiba saat tu,tp ini boleh la wt sbgai persediaan awal kan..xdelah kalut2 nti..

 PERSEDIAN UNTUK IBU DAN BAYI 
Persediaan untuk bayi

Baju siang baby – 5 pasang. (terpulang la kepada anda)
Baju malam baby – 5 Pasang.
Stokin tangan n kaki.
Napkin kain – utk bedung dia.
Pampers – newborn 1 paket dan saiz S 2 paket (Stok untuk sebulan. persediaan awal sebab baby baru kerap buang air besar).
Wet tissue @ tisu basah – dalam 4 paket (100 helai) (Stok untuk sebulan. persediaan awal sebab baby baru kerap buang air besar).
Topi baby.
Selimut baby dan bantal baby.
Minyak untuk sapu kat perut
Kain lampin.
Barut- Untuk mengelakkan dari kembung perut.
Tuala.
Sabun baby.
Syampu baby.
Sikat rambut.
Losyen.
Putik kapas – untuk cuci pusat.
Cotton buds.
Bedak baby (bukan talcum).
Besen mandi baby.
Bakul alatan mandian.
Pelapik getah.
Pemotong kuku.
Raga/ bakul – untuk letak pakaian baby.
Beg bayi.
Tilam.
Katil. *
Termometer. *
Nursing Pillow – bagus untuk membantu ibu2 menyusu baby terutama yang baru bergelar ibu (tak biasa laa katakan)..*
Car seat & stroller. *
Botol susu, berus botol susu (xpun beli set new starter. lagi jimat lagi senang dan tak perlu pening2 nak pilih barang apa yang tak cukup lagi). *

* item ini bagi yang ada bajet lebih. Sedia kan kemudian pun boleh.


Persediaan untuk ibu

Set jamu bersalin
Stokin
Bra untuk menyusu
Baju untuk menyusu
Maternity pad – bagi saya, midnight pad pun sudah cukup
Pantyliners
Disposal panties
Bekung
Pati ikan haruan – bagi sesiapa yang tak makan ikan haruan
Susu menyusu – minum semasa berpantang
Biskut – senang nanti masa berpantang. tak sibuk2 lagi nak pergi beli


Yang ini pula senarai keperluan untuk ke hospital


Beg baby

Baju 4 helai – 2 helai sudah cukup, tapi standby kalau2 lambat discaj wad.
Kain lampin – 3 helai.
Stokin tangan n kaki. – 3 pasang.
Napkin kain – utk bedung dia – 2 helai.
Pampers – 10 keping.
Barut.
Topi – 2.
Bantal.
Tuala – 1 helai.
Minyak yuyi.


Beg ibu

Buku merah
IC
Baju Tshirt – 1 helai.
Kain baju kurung @ skirt labuh – 1 helai ( senang, tak payah nak ikat2 kain batik..hehe).
Pad – 6 keping.
Disposal panties – 4 (senang, buang je terus).
Minyak panas – sapu kat perut.
Stokin.
Tuala.
Berus gigi, ubat gigi, sabun.
Tafsir al quran
Termos
Gelas
Sudu
Sedikit biskut
Milo 3 in 1
Charger hp

Semoga info di atas sedikit sebanyak dapat membantu para ibu2 sekalian. Semoga ibu2 menempuh alam persalinan dengan selamat. 

Thursday, July 18, 2013

Pantaskah syurga untukku???

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

Salam jumaat sahabat.

mengapa begitu berat
jalankan segala perintahmu
begitu banyak rintangan
untuk menadahkan wajah 
bersujud kepadamu Tuhan

indahnya dunia ini
membuat orang terlena
bekerja terus bekerja
tak kenal waktu dan tak kenal lelah

gema azan subuh aku lelap tertidur
gema azan zohor aku sibuk bekerja
gema azan asar aku bergelut dgn dunia
Tuhan pantaskah syurga untukku
gema azan maghrib aku diperjalanan
gema azan isyak lemah tubuhku Tuhan
tak pernah lagi ku baca firman Mu

Tuhan tolonglah hambaMu
Tuhan


tadi,tiba2 ana terdengar lagu pantaskah syurga untukku nyanyian seorang anak kecil dari indonesia..tegar..
sungguh sedih dan bila difikirkan,ternyata kehidupan kita sememangnya begitu...
waktu kerja 8 am-5pm
balik,dah penat.malam lak tidur awl..dan esok,bangun,subuh,dan pergi kerja lg..
kita ulang benda yang sama kita..
jika xdicari masa,ternyata kita akan hanyut dibawa tsunami masa..
luangkan masa untuk bersujud..jadi pencuri masa..

kukuhkan tiang yang akan menjadi pelindung kita.

peringatan untuk diri ana dan sahabat sekalian.

wassalam.







Tuesday, July 16, 2013

Rindu

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...


ya Tuhan...inikah ujianMu?
ya Tuhan..inikah ehsanMu?
tetapi tiada dayaku menolaknya..
kerana Engkau yang berhak memberi
Engkau yang berhak menghalang
walau runtuhnya istana kaca sekalipun
tiada dayaku manusia biasa menolaknya..

ya Tuhan..ku mohon..
tabahkan sekeping hati mereka yang sedang berduka
hentikan segala bisikan syaitan yang bermain ditelinganya
tamatkan kuasa kejahatan manusia, jin dan syaitan yg menakluknya

andai ku punyai kuasa,
akan ku tutup hati sahabatku yang berduka
andai ku punya kuasa,
akan ku pancarkan sinar ceria ke hati  mereka
agar engkau lupa apa itu lara..
agar engkau lupa apa itu duka..

Adat menyayangi pasti merindui..Rindu..satu perkataan yang sering diungkapkan.rindu ibu ayah.rindu suami isteri.rindu anak2.rindu sahabat2.dan yang paling penting..RINDU PADA ALLAH s.w.t..RINDU PADA RASULULLAH s.a.w..
bila rindukan seseorang,pastinya ingin bertemu..
kirimkanlh rindu kalian.jika berjauhan,hantarkan alfatihah dan zikir..moga2 Allah hantarkan rindu kita padanya..
tetapi bagaimana rindukan seseorang yang terlebih dulu menyahut panggilan Ilahi?
tiada suara yang mampu kita dengarkan..tiada rupa yang mampu kita tatapkan..
selain dari memori yang pernah dibina bersama.
memori itu pun kalau mampu,nak aje kita buangkan..

sabarlah wahai hati..
rindu pada yang tiada,hanya doa penghubungnya..
hanya ayat2 suci jadi jambatannya..
moga doa menjadi penghubung rindu kalian.
moga syurga jadi dermaga semua pertemuan rasa rindu itu..

dan,jika rindu..
SUJUD LAH
solat sunat boleh meredakan segala rindu di hati..
mesti ada yg tertanya2kenapa solat sunat boleh jadi penawar kerinduan kan???
yelah..sebab rindu ni datang tiba2 jer..xkira waktu dan ketika..
dan solat sunat pulak boleh buat bila2 masa saja..tiada waktu khas seperti solat fardhu untuk solat sunat(kecuali waktu2 yang diharamkan lh kn)

contohnya terjaga dari lena pkul 4 pg kerana rindu...nak smbung tidur,xlena dh..
nk bgun solat subuh,lmbat lg..nak mandi pun awl lg..
jd..buat solat sunat 2 rakaat..mengadu domba pada Allah..
kira mcm killing 2 birds with 1 stone la kan..
rindu terubat..pahala pun dapat..
rindu xsemestinya terubat bila dgr suara..
rindu pun xsemestinya kena berhabis kredit call..
rindu jgk xsemestinya terubat bla tatap wajahnya..rindu tu jgk kurniaan dari Allah
jadi luahkan rasa rindu pada Pemilik hati2 yang kita rindui..
sape Pemilik hati tuh?
ALLAH!!

luahkan rasa rindu melalui Allah..pemilik setiap yg bernyawa di muka bumi..

p/s: sejak 2 menjak ni ida trgtkan sahabat ida yang baru kehilangan suami tercinta.dan terfikir bagaimana jika dia rindukan arwah?bagaimana jika anknya yg belum tau apa2 rindukan ayahnya?
jadi kuatkan smgt..bykkn solat sunat..bykkn mengaji alquran.
ingatlh masih ada yang sayang..
janji Allah itu pasti..
moga Allah cucuri arwah.alfatihah.



wassalam.



Friday, July 12, 2013

Pengalaman mencari kerja sebagai FRESH GRADUATE

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...




Pasti ramai penuntut universiti or kolej yg habis belajar tetapi masih menganggur kan? bukan sebab korang malas nak cari keje kn?tetapi persaingan sekarang pun makin hebat.

ok sy nak kongsi sket pengalaman sy selepas habis blajar,belum konvo lg.sy dijadualkan akan habis belajar pd bulan 4 2010.tp 2 bulan sebelum habis,saya dah mula beli new paper the star pada setiap hari sabtu..ini kerana tiap ari sabtu,byk kerja kosong yg diiklankan.ada yang perlu emel,sy emel..yg perlu pos,sy pos..tp kena buat tarikh untuk sedia ditemuduga selepas bulan 4..

berpuluh2 resume sy emel dan pos..kawasan yg jadi tumpuan sy,entire malaysia..sy xkisah dihantar kemana asalkan sy dapat keje.perkara paling sy xnk ialah menganggur.ini kerana keadaan keluarga sy yg agak sederhana.memandangkan ibu sy seoang surirumah kepada peneroka,sy fikir mustahil untuk sy minta duit poket bila menganggur.dan alasan itu sy sematkan kukuh dalam minda dan hati sy. plg tidak sy boleh tolong bg duit poket untuk mak kalau ada keje.
dan sy terus hunting job. JOBSTREET,THE STAR.ini saja medium yg sy tw ketika ini.jobstreet skli skala sj sbb susah nak pergi ke CC.jauh dari kolej.

dan alhamdulillah dalam mac 2010,sy dipanggil untuk datang temuduga di sebuah kilang di shah alam,klang,dan setapak..bila dapat cal untuk pergi interview,sy atur tarikh yang sesuai iaitu pada bulan 4.memandangkan tiket flight sy belum book,jadi sy atur tarikh interview dan akan book tiket selepas itu memandangkan sy belajar di sarawak.UNIMAS.jadi terpaksala beli tiket kan?xmgkin boleh naik tongkang..hihi ok2...jgn serius sgt baca yer..hepi2 jer

tapi ketiga3 interview tu sy akan pergi..bukan sy tamak..tp 1st interview belum tentu kita dapat disebabkan kita masih fresh graduate.xde pengalamn.dan disamping kaut pengalamn interview..xrugi pun kan..cuma kena rajin dan sediakan duit sket la..nasib baik masa kt u dulu join PALAPES..ada sikit duit simpanan untuk wt tambang LRT dan BAS..sy pegi ke tempat temuduga menggunakan bas ok..
jadi sy akan bertanya siap2 org yg tepon pggil temuduga tu,ada lrt dan bas yg terdekat x?

ohhhh..lupa lak nak bgtw coarse yg sy ambik kn?? sy ambik civil engineering.mula2 sbb mak sy yg nak anak dia jd engineer..tp lama kelamaan,sy dah jtuh hati dlm bidang ni.its awesome..especially when u got a job that suit ur soil...hikhikhik
jadi tepat 20.4.2010,sy pulang ke semenanjung,dh menumpang rumah kakak di hulu langat.23.4 sy pergi temuduga di shah alam.jwatan sebagai draftswoman..guna autocad..dan tahap autocad sy ketika itu 30/100..worst kan???adik2 kt luar sana,anda mmg perlu belajar autocad..seyesly kena bljar..pandai guna autocad,semua keje senang je dpt..

temuduga kedua site engineer kt setapak..wt residential..semua cina dan lelaki..kalau sy diterima,sy lah seorang peremuan.xde clerk jgk time tu..(dlm hati pikir,mesti aku kena buli jd tukang fotostat do je ni nti)xyh la kerja ni.try lg 1 tempat kt klang plak.

temuduga ketiga,kt klang,office kecik je..tidak dinyatakan requirement autocad,tp bila temuduga,penemuduga berkenaan mintak sy buat sesuatu guna autocad..gelabah yg amat time tu..oh nooooooooooooooo!!!.masa tu pikir,habislaa..temuduga kedua tadi xbuat elok2 pun sbb xnk..igt nk yg ni..
uwaaaaaaaa
kesimpulan yg boleh buat,try ur best tiap kali temuduga.jgn nk memandai pilih yg mana nak,yg mana xnk..hihihi

soalan2 yg biasa ditanya masa ditemuduga :

 introduce urself (dia nk tgk kenyakinan kita cerita sal diri kita jer sbnrnya)

kelebihan anda

kenapa dia perlu ambik anda sebagai pekerja

kenapa terus cari kerja selepas grad?xnak rehat dulu?

dan ada sesetengah yg minta kita lukis/sketch/explain serba sedikit pasal term2 pasal apa yg kita belajar dlm coarse kita..sy pernah ditanya tentang tension dan compression.dia mtk sketch sket untuk pahamkan dia 


dan alhamdulillah sy dapat keje ditempat yang sy xnk iaitu kt setapak..mula kerja bln 5.2010. tp terpaksa jgk sbb sy xnk menganggur.tetapi selepas 2 bulan,sy resign sbb xkena dgn jiwa sy kerja mcm tu..dekat site,toilet kena kongsi dgn general workers,tempat solat xde,so sy kena solat dalm ofis saja.dimana bersepah2 drawing sana sini.dan pada firasat sy xsesuai nk solat sbb bising dgn bunyi2 general bercakap.bising.

dan lepas tu sy mulakan hidup sy menganggur.


inilah apa yg terpikir time ni..bulan 10 sy akan konvo..duit nk beli tiket n bayar jubah xde lg.jadi 
sy berhijrah ke rumah kawan di bangi.terpaksa menumpang lg.dan alhamdulillah dia ada kereta dan dia juga baru resign...so kami sepakat untuk g drop resume ke semua kilang2 di shah alam/bangi.
memandangkan sy civil,agk susah untuk mintak bhgian yg sesuai dgn kelayakan..terpaksa..kena redha.2 hari kami drop resume merata tempat..naik jusco,bagi pada team management.pergi kilang,bagi pada org yg duk dalam bilik..apa tah jawatannya..beli the star,metro..emel resume..pos resume..

tapi tiada 1 pun yg sangkut.dan akhirnya sy pusing kawasan kilang di bangi..kt depan klang2 ni,biasanya ada banner nk pkai pekerja.dan sy dengan slambernya msuk setiap kilang yg ada iklan tu..demi nk dapatkan kerja.tetapi masa interview kt kilang,resume sy hanya sampai spm sj.xguna tunjuk degree sbb mmg tiada yg sesuai kt kilang.

dan sy diterima sbg assistant qaqc..gaji basic 650+OT..waktu kerja 8-5pm.6 hari bekerja..sehari offday..
xpernah terpikir sy akan kerja dgn gaji sbyk tuh..duk rumah sewa,makan,bil air,bil letrik.
dan sy menangis masa gaji pertama sy dpt..sy kerja ot smpai pukul 9-10..sesiapa yg mintak gnti pun sy trima..time tu cuma pikir kena cari duit jer..duit untuk konvo..
xde istilah penat time tu..

dan akhirnya bila smpai bulan 9,sy isi form untuk cuti konvo..time tu ramai yg bru tw sy ada kelulusan.smpai ke pihak atasan,dan apa yg tragik ialah sy xboleeh sambung kerja selepas sy dapat ijazah.bengkak jugak mata pikir nk kena cari keja lgi..ini lah dugaan hidup..

dan 11.10.10,sy trima ijazah kt UNIMAS.sy hanya berseorangan..masa tu tuhan saja yg tahu sedihnya..mak nak pergi,tp duit sy masih xcukup untuk tampung.xkn sy nk ckp "mak boleh nk pergi tp tiket kna beli sendiri" baik sy pegi sorang jer...dan adik brdik adalah hulur 2-3 ratus..wt support byr jubah itu ini..

sekembalinya konvo,im craving for job again..kali ni xpeduli dh pasal kelayakan.letak tepi dulu.
1 jer bermain kt kepala time tu,kena cari tempat kerja yg sediakan tempat tggal..mkn free lg bagus..hahahha
pilihan 1-kedai makan
pilihan 2- tadika

dan akhirnya seleaps 3 hari pencarian,sy diterima sbgai guru smart reader di bangi.alhamdulillah.
dari xde duit masuk kn???
makan dan penginapan percuma..menepati ciri yg sy pikirkan..
tp sambil2 keje tu,newspaper xpernah lekang pada hari sabtu..
dan selepas 2 bulan di smart reader,sy dipanggil temuduga di PJ..ada 2 panel temuduga..
bila ditanya kenapa sekarang kerja dkt tadika,sy cuma menjawab sbb kesemua tempat yg sy htr resume xde pggil temuduga.susah betul nak cari keje.
tp post time tu ialah sbgai QS..gaji menepati kelayan sbgai fresh grad jgk memandangkan belum ada pengalaman kerja dlm civil eng.bulan 1. 2011 sy mula di PJ
xpe...start dari bawah la kn...setahun sy kerja sbgai qs,dan akhirnya sy dipanggil temudga di klang skli lg..
tapi saya akan dihtr bkerja di Kuala lipis.sgt suka sbb kg halaman sy di gua musang.dan gaji pula boleh demand lg kan..so smpai sekaranglah sy masih di kuala lipis..doing for highway project.ECER. 
alhamdulillah.setiap kesulitan,Allah tentukan yg terbaik untuk kita.kita bersabar dan berusaha ok..
pada fresh grad kt luar sana,byk2 kan mencari dan membeli surat khabar. menjobstreet..kerana ini pengalaman pd tahun sy...skrg ni...persaingan makin sengit..semua lepasan university berlumba2 untuk dptkan kerja..
nti sy sediakan tip-tip nk pergi temuduga yer!!

pnjg la plak cite kali ni..

peace.
wassalam

Friday, July 5, 2013

Redang Island

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

Kerja yang sangat membosankan bila sekian lama kita bekerja tetapi xde kluar berjalan ke mana2 pada hari minggu.nak keje pun takde mood..rasa nak resign jer sbb bosan kann???
ke korang tak rasa camtu??Ida sorang je ke rasa cmtu????erkkkkk..hihihihi ok fine..
jadi alkisahnya bos2 semua nk kena gi Semarang untuk tgk kerja2 CRCP yang our subcon pernah buat kt sana..diorang akan pergi selama 3 ari..1.7.13-3.7.13
so kesempatan ini jugaklah Ida buat keputusan untuk cuti..yihaaaaaa release tension katakan
(walhal xlah tension sgt pun kann)
so 29.6.3 Ida dah mula hunting place nk pergi..googleeeeee...jumpalah gmbar pulau redang yang sgt cantik..serius sgt cntikk..xtipuuuu...xcay tgk gmbr ni haaa...

ni pemandangan depan chalet kitorang..



skodeng aku ka haaa???

coral

coral




 bagi makan cekodok..berduyun2 ikan dtg keliling...






Cantik kan????

ok tip untuk ke sana yer..biasanya pulau redang ni pakej 3D2N...
yang Ida pergi aritu...ambik pakej RM320/person kt Redang Lagoon..
pakejnya termasuk bot dari jeti ke pulau redang,3x snorkelling,makan sepanjang kt sana..dan BBQ..
chaletnya ok lh...sekadar untuk tidur saja..tapi sabun mandi pun xde ok..sila bawak siap2..
tapi yang bagusnya Redang Lagoon ni...Tukang masaknya ialah orang tempatan berbanding dengan chalet2 lain or hotel2 lain yang tukang masaknya "chayanunalif" dan pembantu2 tukang masaknya orang2 myanmar dan so on la..

dan pesisir Redang Lagoon adalah paling best untuk mandi manda memandangkan tiada coral yang bertaburan kt pasir.jika nak dibandingkan dengan resort lain.
kat depan chalet diorang penuh dgn coral yg agak sakit bila dipijak..tp kt depan redang lagoon,pasirnya sehalus susu tepung tanpa ada pencemaran atau gangguan dari coral.hihihi

ni ada sedikit no tel resort2 kt sana untuk kengkawan yang nak cuba pergi ke sana yer..
yang ni terus call resort diorang.xperlu call pakej2 pelancongan yang mana harga untuk pakej pelancongan mungkin berlainan sedikit dari harga yang dapat terus dari hotel.

Redang Bay- 09-6203200/01/02/07
Redang Lagoon- 09-6665020
Redang Kalong- 09-6974095
Laguna Redang Island Resot- 09- 6307888
Redang Reef Resort- 09-6226181
Redang Pelangi- 09-6242158/6261189
Coral Redang redang resort-09-6236200

kalau driving,boleh jer parking kat jeti.tapi kalau by flight,tanya resort berkenaan untuk dijemput kat airport.sebab sesetengah resort ada disediakan van persiaran untuk ambik customer diorang dari airport dan hantar ke jeti.
tak menyesal gi release tension kt sana..seyesly warga malaysia kena pegi kt sana.sbb warga asing mmg dh tau..cuma warga malaysia selalu melancong ke luar negara  tapi xtahu ada tempat yg sgt cntik kt negara sendiri..


pergi yer..jangan tak pergi..

sekian saja.wassalam