Ads

jom kita kawan

Wednesday, June 19, 2013

3 Hal dalam hidup

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

renungan tuk arini..

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu 
2. Kata-kata 
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan 
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan 
2. Keikhlasan 
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta 
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan 
3. Mimpi 

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen 
2. Ketulusan 
3. Kerja keras 

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad 
2. Kemahuan 
3. Fokus ..

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur 
3. Jodoh 

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua 
2. Sakit 
3. Kematian

Boy or Girl???

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

saja sekadar perkongsian berdasarkan calendar cina kuno..walaupun ramai yg dh tw,tp sesaja jgk lh nk tgk..gatai2 jer..tp xleh la percaya 100%..rezeki kt tgn Allah..bkn kt tgn BAPAK!!! kannn??????????//



cara nak tgk calendar ni ailah...
nombor kt atas tu ialah umo korang dijangka bersalin....
kiri kanan tu bulan korang dijangka bersalin...
tgk umo dan bulan,pastu point yg kena nya M or F
M=male
F=female

jadi plan lh 9 bulan awl kn???hikhikhik

peaceeeeeeee

Tuesday, June 18, 2013

Umai versi Lipis

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

Dulu masa kt sarawak,umai adalah salah satu makann feveret kome..mmg terbaik lh saat-saat duk kt sana..mcm2 mknn ada..tapi bg mereka yg xleh trima pun ramai jgk...sbb tekak lain2 kan..hehehehe

saat rindukan umai sarawak,mmg kome akan buat sdri..walaupun xsama rasa,tp plg kurang seakan-akan sama..hikhik

ianya bkn 1 masakan tp satu perapan berasid dah memasakkan udang tersebut..wahhhhhhhhhh gituuuuuuu pulak kn??

ni haaaa

udang-kupas kulit
1 biji bawang besar/bwg merah -1/2 tumbuk halus ,1/2 hiris 
 2 ulas bwg putih-tumbuk halus
7 biji cili padi -hiris
cili besar merah 1 bji-tumbuk
1 inci -tumbuk halus
cuka 2 sudu
limau kasturi 5 bji perah 
garam 
gula
daun sup/daun ketumbar 
belacan-tumbuk


perapkan udang yg dikupas kulit dengan barang2 yg ditumbuh,campur semua skli..simpan dalam peti ais..
rasa sesedap rasa..ejas sket2..



nasi ayam paling sedap di asia tenggara katanyaaaa

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

kome xpenah2 buat nasi ayam.tp hari isnin yg lepas puasa gnti,jd rasa mcm nk bebuka dgn nasi ayam..jd kt ofis mula lh hunting for resepi..dia ckp nasi ayam plg sedap..tp lupa lh blog mna..sbb kome trus print jer resepi tuh..kome kngsi pun bkn sbb kome pndai masak tp sbb snang nti nk buat lg,xyh cri resepi dh..bka blog sdri je..kira cm diari lh knn..

ok..rasa cm senang jer nak wat..


untuk ayam
ayam ikut suka nk potong atau nk wt cm kt kedai tu..sekor2
bwg putih 4 ulas
bwg merah 4 ulas
halia
kicap manis
sos tiram

**cara-caranya ialah..blender bawang merah+bwg putih+halia kemudian rebus ayam dgn sdkit garam.sesedap rasa..bila ayam dah masak,asingkan ayam yg hndak digoreng dan ayam yg nk buat sup...

ayam yg nk goreng,dah dikeluarkan dari periuk rebusan tadi,perapkan dgn sos tiram+kicap

perap ikut citarasa..eloknya goreng bila nasi dah nak masak..baru leh mkn pnas2..sbb grg skejap jer..nk suh rangup2 ...

air rebusan tadi,ambik 2 senduk masukkan kedalam periuk nasi

baki air rebusan+kaki+leher ayam buat sup plak..tambah kiub maggi ayam,tmbh kulit kayu manis,bnga lawang..last skli ltk daun sup.

untuk nasi
beras 3pot
bwg putih 2 ulas
halia
marjerin/planta
kulit kayu manis

**cara masak nasi ayam
tumis dulu bwg putih+bwg merah+halia 1 inci+kulit kayu manis+planta
masukkan dlm rice cooker+masukkan beras,2 senduk air rebusan td..kalau xckup tmbh jer air biasa.pastu masak cm biasa je..

xde gmbor..


sementara tunggu tu,boleh potong sayur2 dulu..

bwg putih 2 ulas+lada besar merah 2 biji+lada kecil 5 bji=blender dan tmbah cuka 2 sudu..lepas tu masak sekejap nak sruh pekat+likat..angkat hidang

dah goreng ayam,ni air perap ayam td...jang buang,tp buat sambal kicap lak..

**caranya ambik air perap ayam tada,cmpur dengan sup sdkit,pastu panaskan dalam kuali....mndidih jap,angkat dan hidangkan..


sekian saja....
peace..
wassalam




Re-evaluate our iman

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

whenever you find your iman growing low, do whatever you can to get it back,even if it means being alone.reevaluate what's important



Monday, May 27, 2013

Petua Menentukan Bakal Jantina Anak

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...



untuk mendapat anak lelaki,wanita disyorkan memakan makanan yang mengandungi lebih daging,buah-buahan dan bergaram

untuk mendapat anak perempuan,makan makanan yang kaya dengan lemak & makanan diperbuat dari susu
jantina anaka juga boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan

-untuk mendapat anak lelaki,isteri perlu mendapat kepuasan yang tinggi kerana ianya akan mengeluarkan cecair beralkali apbila ia mendapat kepuasan semasa persetubuhan.dalam alkali akan merangsang pergerakan benih Y

-untuk mendapat anak perempuan,isteri tidak perlu mendapat kepuasan yg tggi bagi mewujudkan cecair berasid yg seterusnya akan merangsang pergerakan benih X





Cinta YM

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...


“abbey e..offline ho gaya kya, ya Mr.India bana baitha hai? Lal chasma lagaoon kya?”
Aku tersenyum sendiri setelah mendapat audible dari insan_misteri.lalu ku balas.
“Arre...yahin to dhokha kha gaya India..”
insan_misteri : ooo….ada rupanya yer!!
tikusira: ada..saje je tak tegur.takut awak sibuk..
insan_misteri: nape lak takut?
tikusira: takut lah ganggu awk..hehehe
kami mula berbicara.habis 1 topik,ada lagi topik lain…bila ym berbicara,masa seolah2 cepat berlalu.tanpa ku sedar,begitu cepat jam sudahpun pukul 12 malam.menandakan alam maya aku juga hanya setakat ini. Dalam perjanjian sebelum ini,dia telah menetapkan kami hanya boleh ‘date’ sampai jam 0000. Kalau di siang hari tiada tugasan untukku,kami akan date dari jam 1430 hingga 1630.selepas solat asar bersama walau dia berada nun jauh seberang laut,ym akan kembali berbicara sehingga 1830.  YM akan membisu lagi sementara matahari melabuhkan tirai malamnya dan akan kembali berbicara jam 2100 hingga jam 0000. Tetapi  hatiku tetap berbunga riang..gembira dpt dating(walaupun hanya dgn sebuah computer). Gembira dapat berbicara walaupun di alam maya.
Ku pejamkan mata yang masih segar. Masih terngiang kata-kata teman sekuliahku dulu…
 “kau tak nak ke rasa berkawan dengan lelaki..” “ kau tak bosan ke bila cuti, memerap je..?” “kau…itu” “kau …ini” sudah naik bernanah telingaku mendengarnya. Selebihnya akan aku biarkan semua persoalan itu melepasi salur pendengaranku tanpa sekatan. Langsung tidak ku simpan dalam hati.
Kerana ku tahu, aku hanya perlu berserah padaNya yang telah menentukan jalan hidupku. Telah mencorak lukisan perjalananku didunia. Bagiku biarlah mereka hidup dengan cara mereka dan aku dengan duniaku. Dunia impianku. Dunia angan-anganku yang sedang menjelma bila terhidu bau bantal azimatku..
Dan kini aku mula terjebak ke alam yang sukar untuk ditafsirkan.cinta alam maya..

“Assalamualaikum,Ann!aku rasa kali ni aku lama sikit lepak rumah kau.ni ada aku bawak makanan sikit,”cakap Rin dengan muka selambanya.
‘ala…duduk lah lama pun takpe..lagipun bukan ada orang pun rumah aku ni..kami 3 orang ni je lah..”,sambil tangan ku menekan remote tv.pelahankan sikit volumenya.ditambah dengan suara kitorang,macam disko bisingnya.Aku menjeling pada jam dinding. Pukul 8 malam. Teringat pada jadual yg telah ku atur sejak akhir2 ini. Tapi kadang2 terpaksa juga aku ubah. Aku mula tersenyum sendiri mengingatkannya. Kejap lagi dalam pukul 8.30,boleh lah aku online. Aku mula terfikir apalagi topic yang akan kami bualkan dalam YM nanti. Pasti akan ada topic baru…ish…xsabarnya rasa…kenapalah masa begitu lambat berlalu?
“woit,berangan je keje ko ekk?aku guna pc ko jap k,” bagitau rin sambil menepuk bahu ku.
Aku cuma boleh menggangguk.
Masa terus berjalan..ku jeling jam di kamarku..pukul 9.25..terpaksa aku ubah jadualku malam ni..xpa..aku kena sabar..sengaja aku menyedapkan hati yang begitu tidak sabar untuk ber ’YM’.
Setelah jam menunjukkan pukul 10, rin mula bergerak untuk menonton crita kegemarannya.
“Yes! Peluang aku,”jeritku dalam hati. Dengan hati yang amat girang gembira,aku mula memasukkan id dan password ku..
“ You have received 2 new email”
Ku perhatikan sebaris demi sebaris nama2 kawan yang online..
Pelik…kenapa xde?xkeje ke malam ni?
Mungkin dia sibuk dan xsempat nk online kot..xpa..biar aku tunggu kejap lg…sambil2 tu boleh lah aku tengok apa yang ada dalam pc aku ni..dah lama aku xpedulikan buah hati ku ni..delete apa yang patut..kumpulkan dalam 1 folder..xde pun alert yang aku trima ada kawan aku online..dh lama aku tunggu…ermm…aku cri nama kawan2 ku yg offline..
Aku klik pada 1 nama..
“xon9 ke mlm ni?”xda balasan..
Bz kot..bisik hati ku…
Aku membelek2 buku yg ada atas meja ku..nape xde balas ni..sedihnya…
Alamak…dah 11.55…lama jgk aku berangan...sekali lg ku cuba…
“dh blk keje ke?”
Aku tggu balasannya…masih xde balasan..nape aku harus sedih kalau dia xbls?
Kawanku mula bersiap untuk tdo.lampu bilik dhpun dipadamkan..aku masih setia dengan ym ku..jam dhpun 12.30..apa yang aku tunggu?sekali ni  je try lg…ku hantar sad smiley..
Msh tiada apa2…hatiku mula merajuk..kenapa pula aku harus sensitive?dhlh…masuk tdo lh…
Tapi sifat degilku masih meminta2..sekali lg aku send sad smiley..tp kali ini berbalas..ku lihat jam..pukul 1.05..ala..kenapa dapat time ni?pukul 1.30 mesti dia nk tdo..xpelah…jnji ada..
“nape xbls msg td?pnt ana tnggu”…ku tggu replynya…
“sape suruh tggu?lau penat,xpyh tggu”…..
“ermm..xde yg suruh pun..ok..lain kali xtggu dh”blsku dgn airmata mula mencurah2..
Kenapa aku menangis lak ni?adoi…spoil betullah…
“dah nk tdo lah ni”…jawabnya
Aku terkebil2 melihat yahoo memaparkan  “insan_misteri is offline” di sudut bawah sebelah kanan desktop.
Tiada lg kata yg dapat aku tulis…aku terus menangis..menangis…dan terus menangis..untuk apa aku menangis,aku masih xdapat pastikan..
Mungkin kerana penantian yang tidak wajar..atau mungkin aku hanya…….???
“ Ah, ini semua salahku!”. 
“ Mungkin juga bukan salahku. Benar, ini semua bukan salahku. Aku tak patut dipersalahkan”.
“ Kalau begitu, salah siapa lagi? Insan misteri? dia tidak pernah mengundang kehadiranku, tidak sesekali mengalu-alukan kedatanganku. Benar, ini semua bukan salahnya.Dia tak patut dipersalahkan”.  
“ Kalau begitu, salah siapa lagi?”.
Seketul gumpalan saraf terus mendesak mencari jawapannya..
“Perlukah aku terus menunggu dan berharap?”.
“ Mungkin tiada jodoh atau mungkin belum tiba seru. Kalau ditakdirkan kau untuk aku, biar apapun rintangan jodoh tetap penentu. Ya, itu semua sudah tersurat, tidak perlu aku mencari dan mengharap pada mimpi”. ku membujuk hati. 
“ Aku pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya. Biarlah masa yang menentukan”.

saja test boleh lg x nk jiwang2 coret2 cerpen..:)
peace wassalam

Friday, May 17, 2013

duit VS umo

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

okay..mood ana biasa jer..relax2 jer..hihi tapi sambil2 gah tggu barang nak print out,tetiber terpikir sal duit.heran sbb ramai yang kejor duit..nape ekk??
hihihi
'ame kalau xde duit,cmno nk mkn yop??'
'xdo duit,cmno nk idup??'

bkn rezeki dari Allah ker??

duit/rezeki yang halal sentiasa cukup walaupun hidup berlapan/ber10/ber16..
duit songsang yang masuk kedalam dompet kita,walaupun 1 million,2 hari je boleh habis.
lepas tu pikir..."apa aku beli ekk??"apa aku buat duit 2M smlm ekk??"

makin tggi umo,makin xterkejar duit.makin tua,duit nk buat apa lg??dah tua kena banyakkan amal jer..duit tu gunalah untuk amal kita yg akan jadi teman setia kita dalam kubur nanti..
nk berseronok xsalah,tp ada caranya..
(tetiber terngiang2 lagu raihan kt telinga.)berhibur tiada salahnya...bla..bla..bla..

##pitam tgk org2 tua makin tamak mengejar duit..jangan selalu bercakap pasal duit..xelok untuk hati..kerana hati kita sentiasa terumbang ambing kalau xdijaga##pitamlagi##

wassalam

kilauan emas di dalam kubur

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

Artis muda kalau kita tengok sekarang makin ramai yg berhijrah seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
tp yang herannya,yang xbrapa nk muda ni a.k.a tua sibuk masuk kilauan emas.
katanya.......yang lama masih berbisa????

duhai emak...duhai ayah...duhai atok....
jom sama2 ingat kilauan emas di alam selepas dunia...ingat soalan pertama ditanya di dalam kubur..
semestinya bukan juara kilauan emas yg ditanya..bukan soalan kenapa kau jadi naib juara saja??kenapa kau tidak menaynyikan dengan tempo yg betul???

##pitamtgkorg2tuaterlompat2atasstage......kurangingatkuboragknyakot???##

peace..
wassalam


Thursday, May 9, 2013

3 Perkara kita bawa selepas meninggal

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

Bila kita meninggal dunia,3 perkara jer kita bawak..sedekah jariah,ilmu yg berguna,doa ank soleh..pgkat tinggi kt dunia,xde kubur 'VIP',duit dalam bank berpuluh2 ribu,xleh bwk..kalau xsempat buat wasiat,dan anak2 tidak dididik dengan sempurna,apabila kita meninggal,anak2 bergolok,berparang berebutkan harta si mati..si mati di dalam kubur,terseksa..jadi tiada salahnya mendermakan dan jadikan bekalan kita di sana nanti...dan tanah berpuluh2 ekar,kita tggal..selepas je selesai si mati dikebumikan,anak2 menantu mula membangkitkan isu tanah itu tanah ini.
jadi untuk apa kita mencari harta jika bukan untuk bekalan kita di alam barzakh?untuk apa kita mendidik anak menjadi org yang cerdik pandai jika tidak boleh untuk mendoakan kita di alam barzakh?
dan untuk apa kita memarahi anak2 supaya jangan lupakan solat tiang agama jika kita sendiri tidak berjaya menegakkan tiang itu?
maafkan jika entry ini terkena pada diri pembaca.
tiada niat lain selain untuk mengingatkan saudara sesama islam an juga diri ana sendiri supaya kejarlah akhirat.ingatlah mati.ingatlah azab Allah itu amat sakit..

Ya Allah yang Maha Kuasa,jauhilah kami sebagai anak2 dari menjadikan ibubapa kami terseksa di dalam kubur.jadikanlah kami anak2 yang boleh menghantar doa kepada mereka setelah mereka kembali menyahut panggilanMu.

Tuesday, May 7, 2013

Tibanya Rejab

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...



11 Mei 2013 bersamaan 1 rejab 1434H.seperti yang kita tahu,bulan rejab bulan yang amalan kita diserahkan pada Tuhan,dan buku amalan baru akan dibuka.
Jadi sebelum buku amalan kita diserahkan,ayuh sama2 kita guna kesempatan sementara masih sempat.
maafkan sesama sendiri,halalkan makan minum yang sengaja atau xsengaja.
ayuh amalkan yang terbaik untuk buku amalan kita.
Insyaallah.



Wednesday, May 1, 2013

Bayi mempunyai deria yang sensitif sedari dalam kandungan

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...



Indahnya Islam... Bayi lahir, bapa disuruh azan dan iqamat di telinganya. Deria pertama yang disuruh gunakan dalam Islam adalah pendengaran.

Bila dikaji oleh sains, mereka mendapati bahawa bayi mempunyai pendengaran yang tajam dan sensitif, ini mungkin kerana latihan dari dalam perut dimana dunia mereka gelap dan kemahiran mendengar sahaja yang boleh mereka gunapakai. Semua bayi mempunyai deria penglihatan yang kabur ketika lahir. Mereka tidak dapat melihat ibubapa mereka tetapi mereka mengenal suara mereka semasa mereka masih dalam kandungan lagi.
Jika kita ambil pengajaran daripada ini, Islam menggalakkan kita memperdengarkan dengan yang elok. Menggalakkan kita menggunakan dan mempergunakan deria pendengaran pada bayi itu dahulu. 
Tetapi kita selalui tidak mahu memerhati. Kita hanya terhenti sehingga melaungkan azan dan iqamat sahaja ditelinganya. Bila bayi sudah sampai kerumah, ibu berpantang di bilik bersama bayi sambil melihat cerekarama/telenovela dll.  Ingat! Telinga mereka sangat sensitif, jangan salahkan mereka jika bila dewasa mereka menyerap apa yang telah diperdengarkan kepada mereka sedari bayi. Pendedahan semasa kecil pada bayi dan kanak-kanak seolah-olah lukisan peta kehidupan yang akan dianggap biasa oleh kanak-kanak itu apabila mereka dewasa nanti.
Alangkah baiknya jika pendengarannya disajikan terus dengan ayat-ayat Alquran? Ayat Alquran yang dialunkan didalam rumah dimana bayi itu berada, bukan saja membersihkan aura bilik bayi itu berada, malah ia melindung dari bayi kita diganggu oleh syaitan. Sebagai bonus, ayat alquran yang diperdengarkan akan melekat dalam otak mereka. Menjadikan mereka senang untuk melagukannya bila agak besar sedikit. Ia bagai lagu mendodoikan anak yang akan diingat hingga mereka dewasa. 
Sebab itu bila orang bertanya pada saya, puan ada guna pelbagai produk, produk apa yang patut saya gunakan dulu? Adakah Flashcard? Sebelum saya menjawab, saya akan bertanya umur anak. Jika ia masih baru lahir  guna CD Mengaji dahulu, Letak VCD atau flashcard depan mata dia pun, dia bukannya nampak.
Jika anak dah agak masuk zaman kanak-kanak, barulah boleh dua-dua sekali. Sambil melatih melihat flashcard, kita boleh perdengarkan mengaji diwaktu lainnya. Bila nak start menghafal, tak teruk mengajarnya. Kerja mengajar jadi mudah. Kita cuma betulkan sikit sana, sikit sini sahaja..
Apa pun, Sebelum mengajar anak, fahami peringkat umur mereka dan cara deria mereka bekerja kemudian susun aturkan sukatan pelajaran kita. Bunyinya macam serius bukan?  Hehe..

perkongsian dari puan lina...dan terasa diri ini tidak sabar untuk mendidik dan menpunyai zuriat sendiri.moga2 ana berjaya mendidiknya dgn ilmu akhirat.

wassalam.

Sunday, April 28, 2013

Anak berumur 3 bulan mengaji

Terima Kasih Allah...

 Assalamualaikum sahabat...

ni perkongsian dari http://didikanquran.blogspot.com/


berikut adalah video adik berumur 3 bulan mengaji..

Dibawah adalah apa kata ibu Adik Jannah ni :

"Saya mama kepada Jannatul Adni yang pernah sms Puan Lina yang memaklumkan mengenai perkembangan positif anak saya dalam penerapan didikan Al-Quran. Alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang sangat prihatin dalam menitikberatkan didikan yang terbaik untuk anak kami sejak dalam kandungan lagi. Setelah saya disahkan mengandung, dia akan memastikan tidur kami perlu dipasang dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Suami saya lah orang pertama yang memperkenalkan blog Puan Lina yang sarat dengan info dan panduan dalam mendidik anak-anak dengan permulaan asas didikan Al-Quran dari peringkat umur seawal bayi. Pada mulanya saya agak kurang yakin untuk mendidik anak saya yang masih bayi lagi. Tapi, suami saya yang banyak memberikan galakan dengan membeli segala bahan bacaan seperti buku-buku Al-Barqy, pelbagai CD bacaan ayat-ayat Al-Quran dan juga flash card. Dia jugalah yang sentiasa mengingatkan saya untuk membaca email dan blog Puan Lina. Dengan perkongsian info dan panduan yang amat bermanfaat dalam didikan anak-anak yang diberikan oleh Puan Lina melalui kiriman email kepada saya dan suami, saya terapkan dalam jiwa anak saya yang kini baru sahaja berusia 3 bulan.Selepas sahaja bayi kami lahir, suami saya pasti akan mendukung bayi kami dan mendodoikannya sambil membaca surah-surah di dalam Al-Quran dan zikir. Setiap kali selepas anak saya bangun dari tidur, sebelum tidur ataupun selepas mandi, saya mengambil masa untuk mengajarnya dengan penggunaan flash card dan bacaan surah-surah lazim. Subhanallah, hampir setiap kali bila saya dan suami saya membacakan surah seperti Al-Fatihah, 3 Qul dan surah-surah lain, anak saya turut mengikutnya (dalam bahasa dan intonasinya sendiri). Terima kasih di atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat untuk saya dan suami dalam mendidik anak kami supaya dapat mengikut jejak langkah seperti Darwisya dan Darwish. InsyaAllah...Ameen..."


Moga-moga kita juga diberi kesihatan,kekuatan dan kesabaran untum mendidik dan melahirkan khalifah Allah.semoga anak-anak dikurniakan minda dan kecerdasan dalam mengharungi hayatnya.amin.

                                                                        wassalam.

Kaedah Mengajar Bayi

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...







Flashcard Huruf Hijaiyah bertanda atas, bawah dan depan yang saya gunakan untuk mengajar anak-anak saya mengenal huruf. Rata-rata 3 set untuk seorang anak sebelum anak saya mengenal huruf.. Tentulah mula-mula beli satu, kemudian bila dah hancur, anak masih belum habis mengenal, beli satu lagi dan seterusnya. Selalunya kehancuran kad huruf ini adalah disebabkan ianya di ronyok, digigit dan sebagainya oleh anak kita.  






Set Buku dan VCD al Furqan yang saya gunakan untuk mengajar anak saya dari mula hendak mengenal huruf hingga dia boleh membaca. Habis set ni, saya sambung dengan buku iqra' biasa yang ada jilid 1-6, tapi start dengan buku Iqra 3 dan seterusnya.






Buku Hafazan Sistem Al Hufaz.
Untuk Hafazan saya gunakan Kaedah al Huffaz. Tak perlu beli semua. Dapat dalam 3-5 buah buku tersebut sudah mencukupi untuk memperkenalkan pada anak kita cara menghafal. Saya mulakan hafazan secara serius bila anak saya dah masuk Iqra' 5. Peringkat ini jika dimulakan hafazan amat membantu dari segi dia belajar melancarkan bacaan al qurannya. Untuk membiasakan dengan sebutan yang betul dan tajwid yang sempurna, selalu memperdengarkan pada mereka bacaan alQuran dari CD atau VCD setiap pagi atau/dan maghrib. Dia sendiri akan tahu bacaannya salah jika dia membacanya salah seperti yang berlaku pada anak saya kerana selalu mendengarnya dari CD/VCD.

Pengenalan

Rata rata saya dapati di Malaysia ini ramai yang mula mendedahkan kanak kanak untuk mula belajar samada membaca, mengira atau mengaji umur 4-5 tahun. Sebab itu kita lihat ramai ibu bapa menghantar kanak-kanak bersekolah tadika/pre school umur usia tersebut. Sebenarnya otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Mengikut kajian sains, pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak dewasa. Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah didikan yang kita dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini. 

Setelah saya mencuba dan nampak hasilnya pada anak saya, saya ingin kongsikan pada semua kaedahnya ini. Apapun saya boleh buat kesimpulan memang benar kata orang bahawa pendidikan bermula dari rumah. Kaedah saya bermula dari bayi baru lahir hingga 3 tahun. Saya tidak berjumpa lagi sekolah khas yang mengajar bayi baru lahir hingga 3 tahun ke atas di Malaysia ini. Kalau pusat jagaan kanak-kanak memang ada merata untuk umur ini. Maka, si ibu atau bapalah yang perlu menjadi gurunya dan rumahlah menjadi sekolahnya. 

Anda boleh menggunakan kaedah ini samada untuk mengajar anak anda ABC dan seterusnya membaca atau Alifbata dan seterusnya mengaji semuanya terpulang pada pilihan anda. Bagi saya ABC boleh belajar di tadika dan di sekolah nanti. Hingga umur anak saya hampir 3 tahun ini, saya tidak pernah mengajarnya A-Z dan kiraan 1-10, bentuk dan warna dalam bahasa Inggeris secara khusus. Tetapi anak saya sudah boleh mengenal dan menghafalnya sendiri dengan bantuan mungkin dari CD kartunnya atau Barney n Friendsnya. Apapun saya yakin ini kerana otaknya telah dilatih untuk memberi respons yang cepat untuk belajar waktu saya mengajarnya mengaji setiap hari.

Mungkin ada kaedah lain yang di luar pengetahuan saya tetapi ini sahaja kaedah yang saya tahu dan guna pakai sehingga anak saya boleh membaca al Quran sebelum umur 3 tahun. Saya ingin kongsikan kaedahnya kerana saya telah melihat akan hasilnya. Saya dapati ramai yang tidak terdedah tentang mendidik anak dari bayi. Atau mungkin pernah mendengar tetapi tidak tahu kaedahnya. Semoga perkongsian saya ini memberi manfaat kepada masyarakat Islam bagi melahirkan lebih ramai generasi bijak pandai yang berpegangkan pada al Quran dan as Sunnah. Bagi saya setiap bayi telah dilahirkan dengan anugerah yang tersembunyi dan ibu bapalah yang membantu mengeluarkan anugerah ini MUNCUL untuk mereka gunakan seumur hidup. 


Pelaburan Anda untuk memulakan kaedah ini : 


1. Beli Buku Al Furqan set beserta CD (dalam RM30 untuk 4 buku beserta CD lagu dan gambar kartun yang menarik. Pasang CD jika anda nak melekakan dia untuk buat kerja rumah. Biasalah ibu letak anak depan TV bagi mereka leka untuk senang kita buat kerja. Anda juga boleh beli CD iqra untuk kanak kanak jenis lain yang menarik dan banyak di pasaran. 

2. Beli Flash Card Al Furqan dan latih setiap pagi.

3. Gula-gula yg diperbuat dari madu atau bahan yg bagus, Mayfirst bilberry colostrum (kesukaan anak saya), coklat kacang badam atau lain-lain sebagai hadiah kalau habis belajar 1-2 muka surat dengan kita. Boleh mula di beri jika mereka faham akan do n reward system. Kalau kecil lagi tak perlu.


PANDUAN MENGAJAR 


a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad.

b) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali tapi tak dapat2 juga. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu anak sendiri. Kalau anak orang lain, segan sikit nak marah kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu bapanya. Kalau anda rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat jika kita selalu marah kanak-kanak waktu mereka mengaji, mereka akan tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia. 

c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji.

d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca dengan betul.
Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji. 

e) SABAAAAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2.

f) Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.. Kalau tak hafal, bolehlah pasang CD mengaji. Saya percaya kalau kita tak menghafal, tetapi nak mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal.


g) Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikkan yang terbaik buat anak-anak dan kita. Berdoalah di dalam dan diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.


Kaedah ini amat sesuai untuk bayi baru lahir hingga 2-3 tahun. Saya dapati jika kanak-kanak 4-5 tahun yang telah didedahkan dengan Ultraman, Doraemon dan bermacam-macam lagi cerita kartun yang pelbagai, tidak mahu mengikuti CD dan program ini mungkin bagi mereka ianya membosankan. Sebaliknya kanak-kanak yang didedahkan dengan CD mengaji/Iqra ini sejak lahir akan teruja melihat flash kad atau buku yang berhuruf sama seperti yang mereka lihat di TV. Ini menjadikan mereka 'cinta' al Quran dan seronok bila di suruh mengaji.

Saya ingatkan semula ungkapan Pengkaji Bayi, Dr Robert Titzer menyatakan 'Windows of opportunity for natural learning is from birth until 4 years old'. Melihat pada anak saya, saya boleh katakan mereka memang mencintai apa yang diajar secara semulajadi.


Ini adalah Kaedah yang saya gunakan pada pertama kali pada Darwisya. Selepas itu adalah sedikit perubahan sana-sini apabila mengaplikasikannya pada Darwish kerana anak lelaki dan anak perempuan tidak sama cara belajarnya. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawat http://darwishndarwisya.blogspot.com/p/kaedah-mengajar-anak-membaca-al-quran.html


sy xleh share dari page tersebut,so sy copy paste jer tuk berkongsi sesama.
wassalam