Ads

jom kita kawan

Monday, September 21, 2015

PNGK tinggi vs PNGK rendah!!

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...


Sihat ke?

Ni ida copy dari fb..Cuba korang tengok apa yang interviewer ni share?
Habiskan baca tau..

Ida pun Alumni UNIMAS..Ingat lagi masa masih lagi belajar kat UNIMAS,kalau orang tanya "belajar kat mana",then bila ida jawab UNIMAS,mesti orang tanya coarse apa?
Bila ida bagitahu civil engineering,mesti tanya coarse lelong ke?
Kenapa tak ambik engineering kat semenanjung?

So,jangan pedulikan apa orang cakap
Jangan peduli apa orang nak komn pasal PNGK.
Yang penting SELF CONFIDENCE, PR & PANDAI BAWAK DIRI!!









Dimana ramai sangat yang komen bagitahu cabaran mencari kerja..itu pada tahun 2010..zaman ida cari kerja..

dan ida lagi share pasal  Pengalaman MEncari Kerja 2015
hihiihi..kot2 la bermanfaat bagi korang yang sedang nak mencari untuk tukar kerja..

So,yang baik ambik iktibar
yang macam pelik jer,abaikan..

ida share apa yang terlintas jer..
Selamat majujaya semua



Friday, September 18, 2015

Apa yang kita Expect Anak akan Buat??

Terima Kasih Allah...

 Assalamualaikum sahabat...

Banyak la pulak entry hari ni kan???hihihi
Ok ni dah last dah..pasni nak balik dah..
balik date dengan pakwe kecik ni

Ida ni peminat cerita Korea..so,ida selalu nak jadi cool macam mak2 orang Korea. anak2 mat saleh ke? atau paling tidal lebih cool dari abinya! hahahah berangan jer lebih
(tak salah berangan kan?tak kena bayar pun.. :P)

Salah satu yang husband selalu tunjuk yang dia cool ialah dia tak kesah kalau anak main selut.
atau boleh dikatakan kat tempat ida duduk ni panggil "main jejek",  makan aiskrim,main mainan dengan sepahnya(tapi ammar kena kemas balik..berlumba dengannya kemas masuk bakul)

Katanya..tak de nyer kena penyakit,budak2 memang nak explore benda2 yang diorang tak pernah rasa

so,tadaaaaa..tq abi (erkk..ummi memendam rasa.ok.you win!)
as as usual ummi akan campurkan mealsahke dalam susu n bagi vit.c untuk awak..
serik awak akan demam macam dulu..


Dan beberapa hari yang lepas Ida nak solat maghrib,and Ammar meragam..tak bagi ida solat
You all yang ada anak baya ammar ni memang tahu la kan kalau budak2 mengamuk macam mana kan?Husband pulak takde..(baru jer balik ke penang)..

Fuhh..mencabar keimanan betul..
Pada mulanya ida biar jer dia nangis sebab perlahan jer and memang dibuat2 nangis jer..
tapi bila ida nak angkat takbir, makin kuat..masuk bilik solat dan berdiri pegang lutut ida..memang xboleh solat..

Apa yang ida buat ialah berhenti solat dan pegang bahu ammar
i: "ammar,kenapa ni?ammar nak apa?"
ammar: " nanaaaakk"
i:"ok.ammar nanak apa?"
ammar:" nanak allahuakhbar" (mungkin maksud dia tak nak saya solat)
i:"tak boleh la cmtu..kalau ummi tak allahuakhbar,nanti Allah marah ummi..sian ummi(sambil buat muka sedih)"
ammar:(diamm)mungkin setuju dengan apa yang ida cuba sampaikan
i:"ok,sekarang ammar tunggu umi kejap yer?tunggu kat sini jer(saya bentang 1 lagi sejadah untuk dia)
ammar: sambung nangis balik yang dibuat2 jer

i:so i tanya dia balik" ammar nak ke Allah marah ummi? nanti Allah marah ammar jugak sebab buat ummi?nak?nak Allah marah?"

diam........
what i expect is dia akan geleng kepala sebab biasanya dia akan geleng tak nak Allah marah

BUT...

He is nodded his head!!

hahahahhaahhahaha ok..it hits me..
he is just a 1year and 8 months child
im just fine dear..and im realyze that i cant be as cooler as your abi..



Insert Follow Button in your blog!!



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Untuk share dengan anak2 Goldes Star Empire untuk buat blog..
Ida bukan pakar tapi insyaallah akan cuba konsi yang terbaik untuk korang buat blog.
 Selamat mencuba semua!




Button ini akan muncul pada sisi kanan blog korang. Caranya, ikuti tutorial di bawah:


1) Sign in akaun blogger


2) Dashboard > Design > Page Element > Add A Gadget > Html / Javascript


3) Copy paste kod di bawah pada ruang Html / Javascript tadi



<div style="position: fixed; top: 5px; right: 90px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=ID BLOG ANDA" target="_blank" rel="nofollow" title="Follow !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_follow_alpha.png?6" border="0" /></a><div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_dashboard_alpha.png?6" /></a></div>



Nota:
Pada ruang ID BLOG ANDA, masukkan ID blog korang. Macam mana nak dapatkan blog ID tu ye? refer gambar di bawah:




4) Setelah masukkan blog ID pada kod tadi, klik Preview.Kalau menjadi then Save
Lihat hasilnya.


Selamat mencuba! :) 


<< FOR ANY INQUIRIES/ ORDERS>>
WHATSAPP ME AT :+6012 6818241
WHATSAPP ME AT :+6012 6818241
WHATSAPP ME AT :+6012 6818241

MEE KARI SEDAP ASIA TENGGARA



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Salam hujung minggu..selamat bercuti,selamat mencuba resepi baru bagi yang rajin masuk dapur..hihihi

Jom iIda kongsi resepi Mee kari..feveret ida masa hamil aritu..sebelum ni tak suka pun..
Ida dapat pun dari blog2 masakan lain jugak..dah lama duk dalam draft..xsempat nak publish..
Cara penyediaannya tidaklah sukar.. seperti juga laksa Johor.. cuma bahan-bahan yang di perlukan cukup banyak dan inilah antara sebab mengapa ramai yang tidak gemar menyediakan mee kari. Tapi bak kata orang kalau tidak di pecahkan ruyung manakan dapat sagonya dan kalau nak rasa yang sedap kenalah bersusah-susah dahulu.. ya tak..

Mee kari juga jarang di jual... kalau ada pun ramuannya tidak berapa lengkap. Lagi sedap dan enak jika kita menyediakannya sendiri. Rasanya sedap dan puas di nikmati sekeluarga.




Resepi yang asalnya adalah perkongsian dari ngah(orang kedai yang ida suka makan mee kari nya,dan ida campur2 ramuannya ikut pada blog2 based on(nampak macam sedap jer). 

 Jom kita masuk dapur dantengok caranya. Resepi ini  adalah untuk sukatan yang banyak juga, sesuai untuk menjamu tetamu. Kalau tetamu makan bertambah-tambah, rasanya sesuai untuk 10 orang ^_^

Mula-mula kita lihat bahan-bahan yang perlu kita sediakan.




MEE KARI



Bahan Untuk Menumis 

1 senduk minyak masak
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 tangkai daun kari di raut
2 batang serai di titik perdunya


Bahan Kisar

4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 batang serai ~ ambil bahagian putihnya sahaja
1 inc lengkuas
2 inc halia
3 biji buah keras
1/2 cawan udang kering ~ di rendam hingga lembut dan kisar
20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar halus
4 sudu besar rempah kari Baba's



Semua bahan-bahan di atas di kisar halus. 
Fungsi buah keras pula adalah untuk memekatkan kuah kita nanti. 
Rempah kari, guna Baba's. Bukan Baba's yang taja ya.. tapi terserah saja brand apa yang korang ada Kalau Baba's memang tip top!

ok sekarang kita lihat pula bahan lain yang di perlukan

Bahan Stock

1/2 kg udang basah

Bahan stock yang kita perlukan adalah stock udang. Stock udang ni kita kena buat sendiri. Senang aje buat dia. 1/2 kg udang tadi kita bahagi dua. Satu bahagian kita buang bahagian yang tajam, belah belakang dan buang tali atau urat hitam kat belakang badan dia tu, kemudian kita cuci bersih dan asingkan.

Satu bahagian lagi kita kopek udang tu. Asingkan isi udang dan kepalanya

Kulit udang dan kepala udang tadi kita masukkan dalam periuk, kita tambahkan air dan kita rebus. Bila dah masak, dan didih, kita biarkan dia sejuk kejap, kemudian kita kisar dalam blender hingga halus.

Lepas tu kita tapis.

Ambil isi udang tadi, campurkan dengan air udang yang kita dah tapis, masukkan dalam blender yang bersih dan kisar semula untuk hasilkan stock udang.

ok! dah siap stock udang kita. Stock ni kita boleh simpan dalam freezer untuk kegunaan masakan lain juga, macam nak buat laksa atau tom yum.

Bahan Perasa

1 buku gula Melaka
3 keping asam keping
300 ml santan Kara atau 2 biji santan kelapa
1 kiub daging
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
Boleh juga tambah maggi secukup rasa


Bahan-bahan lain

1/2 kg daging batang pinang Jika guna daging lain rebus dahulu hingga empuk
udang basah yang kita asingkan dari 1/2 kg penyediaan stock udang tadi
fish ball ~ ikut suka
1 cawan kerang
8 keping tahu pong ~ di belah 2
3 biji kentang ~ hiris bulat dan goreng, kemudian kisar halus
air secukupnya


Semua bahan dah tersedia, sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk memasak.



Proses untuk menumis bahan-bahan kisar ni kita kena masak lama ya, hingga semua bahan betul-betul masak dan garing. Kalau tidak nanti bila kita makan masih terasa lagi bau serai, halia lengkuas , udang kering dan kari yang kuat dan ianya mengganggu kesedapan dan keenakannya nanti.



Jika kita menggunakan daging selain daging batang pinang, kita kena rebus dahulu hingga empuk. Air rebusan kita jangan buang, kita boleh masukkan dalam kuah ni menggantikan air.







Fungsi kentang ini adalah juga untuk memekatkan kuah, selain itu juga rasa kentang yang manis dan lemak alan membuatkan kuah kita manis dan enak.




Garam dan gula tu sesuaikan mengikut citarasa. Biasanya mee udang dia ada manis-manis pedas sikit.


Dah pun siap kuah mee kari kita. Sekarang bolehlah kita sediakan bahan-bahan yang akan kita makan bersama mee kari kita ini nanti



Bahan-bahan yang di makan bersama 

1 ikat sawi ~ potong dan celur
1 mangkuk taugeh ~ buang akarnya, nak celur boleh tak nak celur pun ok!
3 batang timun ~ buang kulit, hiris halus bulat-bulat, jangan ambil bahagian tengahnya yang lembut.
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Telur burung puyuh ~ di rebus dan kupas kulitnya
limau kasturi
bawang goreng
Lada merah sebagai hiasan
Jeruk lada untuk di makan bersama
Mee kuning secukupnya




Dah pun siap mee kari kita..

Emmm.... sedapnya bau dia....

eh! apa tunggu lagi.. tak kan nak engok aje...
Jemput makan.... semua....




Bagus ke Nutriwhite Shaklee??



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Nutriwhite Shaklee Review




Set Nutriwhite Shaklee dihasilkan daripada bahan semula jadi dan bebas bahan kimia dan amat berkesan untuk penjagaan kulit muka.


Produk ini menjadikan kulit muka sihat dan bersih dengan bahan bahan seperti rumpai laut, Alga hijau, dan strawberi begonia dan lain lain. 

Selepas 3 tahun saintis jepun dan amerika Shaklee bekerjasama mengkaji. 16 bahan semulajadi terbaik telah terpilih.


Antara Kelebihan dan kesan Nutriwhite Shaklee yang diperolehi pengguna dengan Penggunaan Set ini ialah


1. Membantu mengawal keradangan kulit
2. Pengurangan tompokan pada kulit
3. Memberi kelegaan pada kulit
4. Kulit semakin cerah dan menyelesaikan masalah pigmentasi
5. Melmbapkan kulit dan memelihara kulit dari rosak
6. Menegangkan dan menyegarkan kulit wajah
7. Membuang toksin


Apa yang best dan buatkan Mazni suka tentang Set Nutriwhite ialah guna sikit je, satu calit menghasilkan buih yang sangat banyak. 


Memang sangat jimat dan murah harga nya.. Boleh cuci satu muka dengan sekali cucian.


Harga Runcit Set Nutriwhite Shaklee




Nutriwhite Shaklee | Gentle Deep Foaming Cleanser | Apa Kata Mereka?




Assalamu'alaikum Wrmbth, Jom jawab teka teki ni. Ada tak produk kualiti tinggi pada harga berpatutan?

Ada ke? Zaman sekarang ni semua mahal. Memang ada, antaranya Nutriwhite Gentle deep foaming cleanser dan setnya yang lain.

Kenapa Ida berani cakap macam tu? Sebab dalam banyak banyak produk Ida guna, semua ada bahan kimia. Memanglah wangi dan banyak buih.

Tapi bila tengok kandungan semua bahan kimia. Brand dah gah. iklan selalu keluar tv.

Rupa rupanya indah khabar dari rupa. Cuba korang baca sendri. Seram tu





Meremang bulu roma kan. Setiap bulan kita cuci muka nak bersih dan sihat. Rupa rupanya diam diam kita sedang racun diri sendiri. Macam yang ida selalu belikan pencuci muka untuk husband.

Set Nutriwhite skin care mempunyai review dan testimoni yang baik. Kesan pada kulit pun positif.

Memang takde sebarang bahan kimia yang memudaratkan. Semua dari sumber semulajadi. Memang berbaloi. Insyaallah. Harga set nutriwhite pun sangat berpatutan.

Berapa Lama Kita Boleh Gunakan?
Satu Gentle deep foaming cleanser ni boleh tahan 12bulan. 
Pakai sikit je. Anda mesti suke

Lagi best lelaki perempuan boleh pakai. Memang serasi dengan kulit kami sekeluarga. Insyaallah mesti cubakan. Kesan utama produk shaklee ni untuk membersih dan menyegarkan kulit.

Bahan bahan dalam pencuci muka yang gojes ni
Rumpai laut berfungsi membuang kekotoran, sel-sel mati dan menegangkan kulit
Alga Hijau membuang toksin dan mengekalkankan kelembapan kulit
Strawberi Begonia menyeragamkan warna kulit. Takdelah muka kita ada zon warna berbeza. 
Melembut dan menyegarkan kulit







Selepas pakai pencuci muka ni, kulit rasa lebih lembut dan licin. Sehalus salju gitu. Hihi.

Kenapa Pencuci Muka Ni Tak Wangi? Satu perbezaan besar pencuci muka ni dengan brand GAH tu, Nutriwhite ni tak wangi. Bau dia biasa biasa je.

Sebabnya dia tak tambah pun pengawet dan sebagainy dalam ni. Yang wangi tu bahan kimia. Takpelah kan, bau dia pun ok je.




Sijil Halal Produk Shaklee



Tepek2 kat muka, Hihi Semua produk Shaklee Alhamdulillah ada sijil halal Amerika dan diperakui JAKIM. Boleh baca dalam ni. 

Berapa harga Pencuci Muka Gentle Deep Foaming Ni?
Harga runcitnya RM119 saja. Tahan setahun kan. Besarnya 150ml


Nutriwhite Shaklee | Overnight Renewal Whitening Cream | Sejauh Mana Keberkesanannya?


Set ini bertujuan untuk penjagaan kesihatan kulit daripada luar. Lebih lebih lagi sekiranya kita selalu kerja luar. Sinaran matahari dan pencemaran akan menyebabkan kulit kita terdedah kepada kerosakan dan penyakit.

Orang pomuan macam kita kan banyak keje luar. Engineer dan arkitek, nak kena site visit lagi.

Mesti uols pun camtu gakkan. 

Kerja dalam opis pulak, aircond kuat sangat, kulit jadi kering. Kesian kulit kita ni, menggelupas

Kulit adalah organ paling besar pada badan kita. Lebih lebih lagi bagi wanita, kulit yang cantik dan sihat adalah aset yang penting untuk dijaga.

Suami mana yang tak suka melihat isteri berdahi licin dan berkulit gebu. Anda pun jeles dengan kawan kawan yang ada kulit cantik bersinar kan. Memang lumrah manusia, kita sentiasa mengejar kesempurnaan.

Kenapa Perlu Menggunakan Overnight Renewal Whitening Cream?


Pada waktu malam semasa kita tidur, seluruh sistem badan sedang mengalami pemulihan. Otot otot direhatkan, degupan jantung pun menjadi lebih tenang.

Sel sel rosak dan mati perlu digantikan dengan yang baru. Pendek kata, waktu servis bagi badan kita adalah semasa tidur.

Inilah yang menyebabkan saintis di Shaklee mengkaji kaedah secara semulajadi / natural untuk mendapatkan pemulihan kulit sewaktu tidur.

Hasil kajia diseluruh dunia, 16 bahan telah pun terpilih dan dirumus menjadi produk kesihatan kulit Nutriwhite keluaran Shaklee.
Usaha selama 3 tahun ini telah membuahkan hasil. Kesan positif daripada produk ini adalah

Mengembalikan proses keremajaan kulit semasa kita tidur dengan membekalkan nutrien semulajadi yang diperlukan kulit bagi tujuan pemulihan.
Pengguna akan mula merasai perbezaannya. Kulit wajah akan menjadi lebih halus dan lembut, dan tampak lebih cerah keesokan pagi harinya.


Rahsia Bahan Bahan di Sebalik Overnight Renewal Whitening Cream
Vitamin C aktif didalam ramuan akan mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
Kelembapan kulit dari luar kedalam insyaallah dikembalikan. Kulit nampak lebih sihat
Kulit nampak lebih cerah dan radang berkurangan dengan penggunaan Scullcap

Berat satu bekas Nutriwhite Overnight dan berharga runcit RM225. 



Nutriwhite Shaklee | Ultimate Protection Whitening Lotion | Berkesan ke?



Apa fungsi Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion ni?

Sebelum jawab soalan tu, penting untuk kita tahu apa dia SPF 15 ni?

SPF ni nama singkatan bagi Sun Protector Factor. Membawa maksud berapa lama kita boleh tededah pada cahaya matahari tanpa sunburn.

Ini dipengaruhi oleh warna kulit juga. Lebih gelap kulit kita, lebih tinggi kebolehan menahan diri dari sunburn.
Dan dengan menggunakan produk perlindungan dari cahaya matahari, kulit kita akan terlindung dari terik matahari. Taklah kehilangan seri.

Nampak kusam dan kering menggelupas. Akak akak yang kerja engineer dan site supervisor memang kena guna produk macam ni sebab kena selalu site visit.


Ultimate Protection Whitening Lotion SPF15 ni akan melindungi orang yang mempunyai kulit dengan bacaan SPF 15 untuk perlindungan selama 15 x 10minit = 150 minit dibawah matahari.


Krim ni berfungsi dengan

Membantu Mengelakkan kerosakan dari matahari 
Mengurangkan keradangan kerana terdedah sinaran terik matahari
Memberi Perlindungan pada kulit disamping bertindak sebagai pelembap pelbagai fungsi
Perlindungan kulit terhadap pencemaran alam sekitar.
Jika vitamin E Shaklee digunakan untuk mencantikkan kulit dari dalam, maka set ini untuk menjaga kesihatan luaran. 


Produk ini sebahagian dari Set Nutriwhite skin care. Bagi mendapat kesan terbaik, perlu mencuba semua produk ni ek.



Sebenarnya vitamin E tu pun boleh buat masker. Best tu.


Cara Menggunakan Ultimate Protection UPF

Krim disapu pada waktu siang sebagai perlindungan matahari
Sapu dibahagian terdedah pada matahari seperti seluruh kulit muka kecuali bahagian 

Harga runcit produk ini adalah RM200. Nak harga dan keitimewaan menjadi ahli? Ada 2 cara


Cara pertama jadi ahli Shaklee dan anda layak dapat diskaun daripada harga runcit. Macam mana nak jadi ahli Shaklee? Senang saja..

Hubungi ida melalui WHATSAPP/TELEGRAM/SMS +6012 6818241.



Jika anda mempunyai soalan, insyaallah sekiranya mampu Ida akan bantu anda. Boleh hubungi Ida di



SMS / Whatsupp: 
012 6818241 
ID Shaklee: 1090086

Tuesday, September 15, 2015

Tindakan Semasa Jerebu



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Jerebu semakin hari semakin parah. MasyaAllah. Jerebu atau zarah-zarah kecil seperti asap atau debu yang terkumpul dan terapung diatmosfera. macam kabus gitu kan. Tapi kabus tak membahayakan kesihatan berbanding jerebu. Kerana jerebu ni berpunca daripada sikap tak bertanggung jawab manusia itu sendiri. Contohnya melakukan pembakaran secara tebuka, aktiviti perindustrian yang tak terkawal selain permotoran. Risau dengan masalah macam ni, terutama kepada anak-anak kecil.




Jerebu boleh diukur menggunakan indek pencemaran udara (IPU). Pengelasan kualiti udara mengikut IPU adalah :


0 - 50 Baik 
51 - 100 Sederhana 
101 - 200 Tidak Sihat 
201 - 300 Sangat Tidak Sihat 
301 - 400 Berbahaya 
401 - 500 Sangat Berbahaya Lebih 
500 Darurat


Sangat berbahaya kepada kesihatan kita terutamanya kanak-kanak. Selain mengganggu penglihatan ia mampu mengganggu sistem pernafasan, batuk, sakit tekak, mata berair dan bermacam lagi.



Tips kesihatan semasa jerebu :




1. Kurangkan aktiviti luar 
2. Pakai topeng / mask bila keluar


3. Banyakkan minum air masak


4. Rujuk doktor sekiranya ada simptom2 seperti di atas tadi.

Atau,untuk penjagaan Anda dan keluarga,Ida cadangkan untuk uolls semua ambik supplement hebat ni..
Mungkin boleh try salah satu sebagai langkah berjaga kan?

Performance Drink untuk membantu mengelakkan kehilangan banyak air dan meningkatkan sistem imun badan.

Nutriferon yang mana merupakan immune booster yang mana sangat-sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun badan bagi menghalang mudah terkena penyakit. Juga boleh diambil ketika demam bagi menggantikan paracetamol.

Vitamin C Chewable untuk kanak2 membantu meningkatkan imun sistem dalam badan sekaligus menghalang tubuh badan tubuh badan dari mudah terkena penyakit

 
Vitamin C membantu meningkatkan imun sistem dalam badan sekaligus menghalang tubuh badan tubuh badan dari mudah terkena penyakit


Atau korang boleh juga dapatkan consultation terbaik dari Ida..

Advise hanya yang terjimat untuk Anda!

For more info & order,
Noraida Omar
012 . 6818241

Monday, September 14, 2015

6 Tip Betis Kejang ketika hamil



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Korang sihat ke?hihihi macam jarang jer ida tanya khabar korang kan?
zalim sungguh hish..hish..hish..

Harini ida sebenarnya nak update blog pasal jerebu yang makin nazak dah ni,tapi tetiba teringat pulak pasal kawan tanya pengalaman preggy dulu..pernah cramp tak?

Kalau ida jawab tak pernah,memang tipu la..tapi awal2 hamil tu memang ida ada kena cramp ni..
tapi masa tu tak kenal shaklee lagi..
lepas kena crampt tu,teurs search kat internet dan jumpa macam2 supplement untuk elak cramp ni..
so ida try la OSTEMATRIX dari SHAKLEE tu..
Alhamdulillah xkena dah lepas consume..
Bukan la ida nak cakap ostem ni ubat tapi Alhamdulillah supplement ni banyak membantu..

Tak kira masa baring, duduk, tengah memandu mahu pun tengah jalan pun boleh krem..
sakit hanya Tuhan yang tahu...huhuhu

Kadang-kadang bila terjaga dari tidur malam-malam sampai terjerit-jerit kesakitan..
sambil kejut husband bgtw cramp,hanya mampu selawat dan berdoa jelah..
husband la urutkan kaki ni..itu dulu masa husband kerja sama..

sekarang kalau ada rezeki hamil dugaan jugak..buat ker mabuk,cramp,hubster plak tak ada di sisi,mahu menangis sorang2..kekeke

Bila search kat google katanya otot yang biasanya menegang ialah otot betis..



Beberapa teori tentang kekejangan betis berlaku semasa hamil: 
1. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
2. Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.


Kejang di kaki boleh dirawat dengan cara berikut :
1. Rendamkan kaki didalam air suam yang dicampur dengan garam. 
Dengan ini ia membantu melegakan kaki anda.
2. Minum air secukupnya setiap hari
3. Pakai stokin tebal sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki dari sejuk. Kaki yang sejuk mudah mengalami kekejangan
4. Pakai seluar panjang sewaktu tidur
5. Sapu minyak panas pada betis untuk elak angin sejuk masuk
6. Lapik bantal di bawah/hujung kaki. 


Bagi cara pencegahan pula :
1. Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama
2. Lakukan senaman kaki atau senaman regangan setiap kali sebelum masuk tidur
3. Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen magnesium sebagai vitamin sampingan kepada multi vitamin sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki.


p/s:
Pasni mommies sila amalkan tips-tips di atas tu.. harap-harap tak kena kejang la pasni.. sakit ohhh! huhuhu

nak contact Ida untuk consultation pun boleh

Noraida Omar
+6012 6818241

Thursday, September 3, 2015

Cari Kerja Tahun 2015

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

Dah hampir 6 tahun dah ida bekerja..bagi ida satu tempoh yang agak lama dah..

Boleh dikatakan senior dah kalau duk dalam satu syarikat yang sama..

Dan Alhamdulillah Ida masih di syarikat yang sama..ingat tak company last yang ida g temuduga kat Klang tu?yang buat highway kat kuala lipis tu?ingat tak?

Boleh baca kat entry bawah ni yer kalau yang belum tahu cerita camna ida boleh dapatkan kerja ni..




Perkongsian yang ida boleh kongsikan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.

Beberapa faktor yang merupakan penyebab masalah graduan susah dapat kerja sekarang:

1. Tidak profesional

Ida pernah terbaca emel daripada seorang graduan yang nak cari kerja. Kandungan emel dia lebih kurang macam ni “sy baru grad, ada degree dlm bidang ni.”

Satu ayat je, then ada attachment resume dia. 

Memang sangat TIDAK MENARIK PERHATIAN tau.. Jadi,please adik2..Buat ayat yang formal,supaya nampak anda adalah calon yang sesuai untuk diambil bekerja!

contoh ayat yang ida selalu guna dulu ialah 

I have great pleasure submitting my application for the civil engineer post and I am very grateful to heard that your company is searching for a potential engineer to fulfill the requirements on the vacancy. 

Please do not hesitate to contact me in order to arrange a meeting. I am looking forward to gain experience for my career with your company.

Thank you for your time and consideration.

Sincerely,

Noraida Omar
(012-1234 567)


Belajar tulis email permohonan kerja dengan betul, belajar tentang cover letter dan belajar serba sedikit tentang tatacara dan profesionalisme di tempat kerja.

Mungkin ida boleh share cara tulis resume pulak kalau ada yang minat ..insyaallah

2. Tak fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

Kalau zaman  ida dulu pun bahasa inggeris ni memang dititikberatkan,sekarang ni Ida rasa Bahasa Inggeris ni WAIJB!!   Masa nak cari kerja kebanyakan graduan mula menyesal sebab tak ambil serius bahasa Inggeris ni masa sekolah dulu. Adik2 perlu tahu bahawa walaupun syarikat 100% bumiputera, mereka still cari candidate yang boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris.

So brush up your English. Grammar salah takpe, asalkan boleh communicate dengan baik.

3. Terlalu memilih

Memilih is okay, terlalu memilih is not. Tak salah pilih kerja ikut citarasa kita, tapi kalau terlalu memilih sampai tak sanggup berkorban keselesaan diri untuk mendapatkan pekerjaan, sampai bila-bila kita takkan happy dengan tempat kerja kita.

Ingat satu je. Pekerjaan yang perfect adalah bisnes sendiri. Yang ni kalau tanya orang bisnes, mesti diorang setuju. Kalau kerja dengan orang, mesti ada benda yang tak kena, jadi kenalah suaikan diri 

4. Tiada tawaran kerja

Mungkin kursus pengajian yang susah nak dapat  pekerjaan.
seperti contoh engineer dalam bidang aviation susah dapat kerja. Boleh bilang dengan jari company yang ada kekosongan. Kekosongan yang sentiasa ada adalah peringkat bawah seperti technician atau peringkat atas, Licensed Aircraft Engineer. 

Mungkin ada peluang tapi terpaksa tengok REZEKI la kan?


5. Majikan yang mengambil kesempatan

Semua majikan tahu sekarang berlaku lambakan graduan dan kerja kosong tak banyak. Jadi apa yang mereka buat adalah menawarkan gaji serendah mungkin untuk fresh graduate sekarang.

Memanglah nak jimatkan kos operasi, tapi kalau terlalu rendah, orang tak berminat nak terima tawaran tu. Tapi mereka tahu, dalam ramai yang tak berminat, ada yang sanggup.

Kadang-kadang bukan calon yang terlalu memilih tapi majikan yang terlalu kedekut. Hal ini pun perlu diambil perhatian oleh pihak yang berwajib.

Tetapi,walau dengan apa cara sekalipun, setiap yang habis belajar ingin kan kerja yang terbaik untuk diri sendiri..

jangan putus asa
jangan lalai berdoa

Allah tu dekat sangat dengan kita

sekian.
moga bermanfaat!

with love
sekarang ida Planning Engineer+bisnes shaklee+surirumah
;)