Ads

jom kita kawan

Friday, September 18, 2015

Bagus ke Nutriwhite Shaklee??



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Nutriwhite Shaklee Review




Set Nutriwhite Shaklee dihasilkan daripada bahan semula jadi dan bebas bahan kimia dan amat berkesan untuk penjagaan kulit muka.


Produk ini menjadikan kulit muka sihat dan bersih dengan bahan bahan seperti rumpai laut, Alga hijau, dan strawberi begonia dan lain lain. 

Selepas 3 tahun saintis jepun dan amerika Shaklee bekerjasama mengkaji. 16 bahan semulajadi terbaik telah terpilih.


Antara Kelebihan dan kesan Nutriwhite Shaklee yang diperolehi pengguna dengan Penggunaan Set ini ialah


1. Membantu mengawal keradangan kulit
2. Pengurangan tompokan pada kulit
3. Memberi kelegaan pada kulit
4. Kulit semakin cerah dan menyelesaikan masalah pigmentasi
5. Melmbapkan kulit dan memelihara kulit dari rosak
6. Menegangkan dan menyegarkan kulit wajah
7. Membuang toksin


Apa yang best dan buatkan Mazni suka tentang Set Nutriwhite ialah guna sikit je, satu calit menghasilkan buih yang sangat banyak. 


Memang sangat jimat dan murah harga nya.. Boleh cuci satu muka dengan sekali cucian.


Harga Runcit Set Nutriwhite Shaklee




Nutriwhite Shaklee | Gentle Deep Foaming Cleanser | Apa Kata Mereka?




Assalamu'alaikum Wrmbth, Jom jawab teka teki ni. Ada tak produk kualiti tinggi pada harga berpatutan?

Ada ke? Zaman sekarang ni semua mahal. Memang ada, antaranya Nutriwhite Gentle deep foaming cleanser dan setnya yang lain.

Kenapa Ida berani cakap macam tu? Sebab dalam banyak banyak produk Ida guna, semua ada bahan kimia. Memanglah wangi dan banyak buih.

Tapi bila tengok kandungan semua bahan kimia. Brand dah gah. iklan selalu keluar tv.

Rupa rupanya indah khabar dari rupa. Cuba korang baca sendri. Seram tu





Meremang bulu roma kan. Setiap bulan kita cuci muka nak bersih dan sihat. Rupa rupanya diam diam kita sedang racun diri sendiri. Macam yang ida selalu belikan pencuci muka untuk husband.

Set Nutriwhite skin care mempunyai review dan testimoni yang baik. Kesan pada kulit pun positif.

Memang takde sebarang bahan kimia yang memudaratkan. Semua dari sumber semulajadi. Memang berbaloi. Insyaallah. Harga set nutriwhite pun sangat berpatutan.

Berapa Lama Kita Boleh Gunakan?
Satu Gentle deep foaming cleanser ni boleh tahan 12bulan. 
Pakai sikit je. Anda mesti suke

Lagi best lelaki perempuan boleh pakai. Memang serasi dengan kulit kami sekeluarga. Insyaallah mesti cubakan. Kesan utama produk shaklee ni untuk membersih dan menyegarkan kulit.

Bahan bahan dalam pencuci muka yang gojes ni
Rumpai laut berfungsi membuang kekotoran, sel-sel mati dan menegangkan kulit
Alga Hijau membuang toksin dan mengekalkankan kelembapan kulit
Strawberi Begonia menyeragamkan warna kulit. Takdelah muka kita ada zon warna berbeza. 
Melembut dan menyegarkan kulit







Selepas pakai pencuci muka ni, kulit rasa lebih lembut dan licin. Sehalus salju gitu. Hihi.

Kenapa Pencuci Muka Ni Tak Wangi? Satu perbezaan besar pencuci muka ni dengan brand GAH tu, Nutriwhite ni tak wangi. Bau dia biasa biasa je.

Sebabnya dia tak tambah pun pengawet dan sebagainy dalam ni. Yang wangi tu bahan kimia. Takpelah kan, bau dia pun ok je.




Sijil Halal Produk Shaklee



Tepek2 kat muka, Hihi Semua produk Shaklee Alhamdulillah ada sijil halal Amerika dan diperakui JAKIM. Boleh baca dalam ni. 

Berapa harga Pencuci Muka Gentle Deep Foaming Ni?
Harga runcitnya RM119 saja. Tahan setahun kan. Besarnya 150ml


Nutriwhite Shaklee | Overnight Renewal Whitening Cream | Sejauh Mana Keberkesanannya?


Set ini bertujuan untuk penjagaan kesihatan kulit daripada luar. Lebih lebih lagi sekiranya kita selalu kerja luar. Sinaran matahari dan pencemaran akan menyebabkan kulit kita terdedah kepada kerosakan dan penyakit.

Orang pomuan macam kita kan banyak keje luar. Engineer dan arkitek, nak kena site visit lagi.

Mesti uols pun camtu gakkan. 

Kerja dalam opis pulak, aircond kuat sangat, kulit jadi kering. Kesian kulit kita ni, menggelupas

Kulit adalah organ paling besar pada badan kita. Lebih lebih lagi bagi wanita, kulit yang cantik dan sihat adalah aset yang penting untuk dijaga.

Suami mana yang tak suka melihat isteri berdahi licin dan berkulit gebu. Anda pun jeles dengan kawan kawan yang ada kulit cantik bersinar kan. Memang lumrah manusia, kita sentiasa mengejar kesempurnaan.

Kenapa Perlu Menggunakan Overnight Renewal Whitening Cream?


Pada waktu malam semasa kita tidur, seluruh sistem badan sedang mengalami pemulihan. Otot otot direhatkan, degupan jantung pun menjadi lebih tenang.

Sel sel rosak dan mati perlu digantikan dengan yang baru. Pendek kata, waktu servis bagi badan kita adalah semasa tidur.

Inilah yang menyebabkan saintis di Shaklee mengkaji kaedah secara semulajadi / natural untuk mendapatkan pemulihan kulit sewaktu tidur.

Hasil kajia diseluruh dunia, 16 bahan telah pun terpilih dan dirumus menjadi produk kesihatan kulit Nutriwhite keluaran Shaklee.
Usaha selama 3 tahun ini telah membuahkan hasil. Kesan positif daripada produk ini adalah

Mengembalikan proses keremajaan kulit semasa kita tidur dengan membekalkan nutrien semulajadi yang diperlukan kulit bagi tujuan pemulihan.
Pengguna akan mula merasai perbezaannya. Kulit wajah akan menjadi lebih halus dan lembut, dan tampak lebih cerah keesokan pagi harinya.


Rahsia Bahan Bahan di Sebalik Overnight Renewal Whitening Cream
Vitamin C aktif didalam ramuan akan mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
Kelembapan kulit dari luar kedalam insyaallah dikembalikan. Kulit nampak lebih sihat
Kulit nampak lebih cerah dan radang berkurangan dengan penggunaan Scullcap

Berat satu bekas Nutriwhite Overnight dan berharga runcit RM225. 



Nutriwhite Shaklee | Ultimate Protection Whitening Lotion | Berkesan ke?



Apa fungsi Nutriwhite Ultimate Protection Whitening Lotion ni?

Sebelum jawab soalan tu, penting untuk kita tahu apa dia SPF 15 ni?

SPF ni nama singkatan bagi Sun Protector Factor. Membawa maksud berapa lama kita boleh tededah pada cahaya matahari tanpa sunburn.

Ini dipengaruhi oleh warna kulit juga. Lebih gelap kulit kita, lebih tinggi kebolehan menahan diri dari sunburn.
Dan dengan menggunakan produk perlindungan dari cahaya matahari, kulit kita akan terlindung dari terik matahari. Taklah kehilangan seri.

Nampak kusam dan kering menggelupas. Akak akak yang kerja engineer dan site supervisor memang kena guna produk macam ni sebab kena selalu site visit.


Ultimate Protection Whitening Lotion SPF15 ni akan melindungi orang yang mempunyai kulit dengan bacaan SPF 15 untuk perlindungan selama 15 x 10minit = 150 minit dibawah matahari.


Krim ni berfungsi dengan

Membantu Mengelakkan kerosakan dari matahari 
Mengurangkan keradangan kerana terdedah sinaran terik matahari
Memberi Perlindungan pada kulit disamping bertindak sebagai pelembap pelbagai fungsi
Perlindungan kulit terhadap pencemaran alam sekitar.
Jika vitamin E Shaklee digunakan untuk mencantikkan kulit dari dalam, maka set ini untuk menjaga kesihatan luaran. 


Produk ini sebahagian dari Set Nutriwhite skin care. Bagi mendapat kesan terbaik, perlu mencuba semua produk ni ek.



Sebenarnya vitamin E tu pun boleh buat masker. Best tu.


Cara Menggunakan Ultimate Protection UPF

Krim disapu pada waktu siang sebagai perlindungan matahari
Sapu dibahagian terdedah pada matahari seperti seluruh kulit muka kecuali bahagian 

Harga runcit produk ini adalah RM200. Nak harga dan keitimewaan menjadi ahli? Ada 2 cara


Cara pertama jadi ahli Shaklee dan anda layak dapat diskaun daripada harga runcit. Macam mana nak jadi ahli Shaklee? Senang saja..

Hubungi ida melalui WHATSAPP/TELEGRAM/SMS +6012 6818241.



Jika anda mempunyai soalan, insyaallah sekiranya mampu Ida akan bantu anda. Boleh hubungi Ida di



SMS / Whatsupp: 
012 6818241 
ID Shaklee: 1090086

Tuesday, September 15, 2015

Tindakan Semasa Jerebu



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Jerebu semakin hari semakin parah. MasyaAllah. Jerebu atau zarah-zarah kecil seperti asap atau debu yang terkumpul dan terapung diatmosfera. macam kabus gitu kan. Tapi kabus tak membahayakan kesihatan berbanding jerebu. Kerana jerebu ni berpunca daripada sikap tak bertanggung jawab manusia itu sendiri. Contohnya melakukan pembakaran secara tebuka, aktiviti perindustrian yang tak terkawal selain permotoran. Risau dengan masalah macam ni, terutama kepada anak-anak kecil.




Jerebu boleh diukur menggunakan indek pencemaran udara (IPU). Pengelasan kualiti udara mengikut IPU adalah :


0 - 50 Baik 
51 - 100 Sederhana 
101 - 200 Tidak Sihat 
201 - 300 Sangat Tidak Sihat 
301 - 400 Berbahaya 
401 - 500 Sangat Berbahaya Lebih 
500 Darurat


Sangat berbahaya kepada kesihatan kita terutamanya kanak-kanak. Selain mengganggu penglihatan ia mampu mengganggu sistem pernafasan, batuk, sakit tekak, mata berair dan bermacam lagi.



Tips kesihatan semasa jerebu :




1. Kurangkan aktiviti luar 
2. Pakai topeng / mask bila keluar


3. Banyakkan minum air masak


4. Rujuk doktor sekiranya ada simptom2 seperti di atas tadi.

Atau,untuk penjagaan Anda dan keluarga,Ida cadangkan untuk uolls semua ambik supplement hebat ni..
Mungkin boleh try salah satu sebagai langkah berjaga kan?

Performance Drink untuk membantu mengelakkan kehilangan banyak air dan meningkatkan sistem imun badan.

Nutriferon yang mana merupakan immune booster yang mana sangat-sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun badan bagi menghalang mudah terkena penyakit. Juga boleh diambil ketika demam bagi menggantikan paracetamol.

Vitamin C Chewable untuk kanak2 membantu meningkatkan imun sistem dalam badan sekaligus menghalang tubuh badan tubuh badan dari mudah terkena penyakit

 
Vitamin C membantu meningkatkan imun sistem dalam badan sekaligus menghalang tubuh badan tubuh badan dari mudah terkena penyakit


Atau korang boleh juga dapatkan consultation terbaik dari Ida..

Advise hanya yang terjimat untuk Anda!

For more info & order,
Noraida Omar
012 . 6818241

Monday, September 14, 2015

6 Tip Betis Kejang ketika hamil



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Korang sihat ke?hihihi macam jarang jer ida tanya khabar korang kan?
zalim sungguh hish..hish..hish..

Harini ida sebenarnya nak update blog pasal jerebu yang makin nazak dah ni,tapi tetiba teringat pulak pasal kawan tanya pengalaman preggy dulu..pernah cramp tak?

Kalau ida jawab tak pernah,memang tipu la..tapi awal2 hamil tu memang ida ada kena cramp ni..
tapi masa tu tak kenal shaklee lagi..
lepas kena crampt tu,teurs search kat internet dan jumpa macam2 supplement untuk elak cramp ni..
so ida try la OSTEMATRIX dari SHAKLEE tu..
Alhamdulillah xkena dah lepas consume..
Bukan la ida nak cakap ostem ni ubat tapi Alhamdulillah supplement ni banyak membantu..

Tak kira masa baring, duduk, tengah memandu mahu pun tengah jalan pun boleh krem..
sakit hanya Tuhan yang tahu...huhuhu

Kadang-kadang bila terjaga dari tidur malam-malam sampai terjerit-jerit kesakitan..
sambil kejut husband bgtw cramp,hanya mampu selawat dan berdoa jelah..
husband la urutkan kaki ni..itu dulu masa husband kerja sama..

sekarang kalau ada rezeki hamil dugaan jugak..buat ker mabuk,cramp,hubster plak tak ada di sisi,mahu menangis sorang2..kekeke

Bila search kat google katanya otot yang biasanya menegang ialah otot betis..



Beberapa teori tentang kekejangan betis berlaku semasa hamil: 
1. Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
2. Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.


Kejang di kaki boleh dirawat dengan cara berikut :
1. Rendamkan kaki didalam air suam yang dicampur dengan garam. 
Dengan ini ia membantu melegakan kaki anda.
2. Minum air secukupnya setiap hari
3. Pakai stokin tebal sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki dari sejuk. Kaki yang sejuk mudah mengalami kekejangan
4. Pakai seluar panjang sewaktu tidur
5. Sapu minyak panas pada betis untuk elak angin sejuk masuk
6. Lapik bantal di bawah/hujung kaki. 


Bagi cara pencegahan pula :
1. Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama
2. Lakukan senaman kaki atau senaman regangan setiap kali sebelum masuk tidur
3. Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen magnesium sebagai vitamin sampingan kepada multi vitamin sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki.


p/s:
Pasni mommies sila amalkan tips-tips di atas tu.. harap-harap tak kena kejang la pasni.. sakit ohhh! huhuhu

nak contact Ida untuk consultation pun boleh

Noraida Omar
+6012 6818241

Thursday, September 3, 2015

Cari Kerja Tahun 2015

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

Dah hampir 6 tahun dah ida bekerja..bagi ida satu tempoh yang agak lama dah..

Boleh dikatakan senior dah kalau duk dalam satu syarikat yang sama..

Dan Alhamdulillah Ida masih di syarikat yang sama..ingat tak company last yang ida g temuduga kat Klang tu?yang buat highway kat kuala lipis tu?ingat tak?

Boleh baca kat entry bawah ni yer kalau yang belum tahu cerita camna ida boleh dapatkan kerja ni..




Perkongsian yang ida boleh kongsikan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.

Beberapa faktor yang merupakan penyebab masalah graduan susah dapat kerja sekarang:

1. Tidak profesional

Ida pernah terbaca emel daripada seorang graduan yang nak cari kerja. Kandungan emel dia lebih kurang macam ni “sy baru grad, ada degree dlm bidang ni.”

Satu ayat je, then ada attachment resume dia. 

Memang sangat TIDAK MENARIK PERHATIAN tau.. Jadi,please adik2..Buat ayat yang formal,supaya nampak anda adalah calon yang sesuai untuk diambil bekerja!

contoh ayat yang ida selalu guna dulu ialah 

I have great pleasure submitting my application for the civil engineer post and I am very grateful to heard that your company is searching for a potential engineer to fulfill the requirements on the vacancy. 

Please do not hesitate to contact me in order to arrange a meeting. I am looking forward to gain experience for my career with your company.

Thank you for your time and consideration.

Sincerely,

Noraida Omar
(012-1234 567)


Belajar tulis email permohonan kerja dengan betul, belajar tentang cover letter dan belajar serba sedikit tentang tatacara dan profesionalisme di tempat kerja.

Mungkin ida boleh share cara tulis resume pulak kalau ada yang minat ..insyaallah

2. Tak fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris

Kalau zaman  ida dulu pun bahasa inggeris ni memang dititikberatkan,sekarang ni Ida rasa Bahasa Inggeris ni WAIJB!!   Masa nak cari kerja kebanyakan graduan mula menyesal sebab tak ambil serius bahasa Inggeris ni masa sekolah dulu. Adik2 perlu tahu bahawa walaupun syarikat 100% bumiputera, mereka still cari candidate yang boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris.

So brush up your English. Grammar salah takpe, asalkan boleh communicate dengan baik.

3. Terlalu memilih

Memilih is okay, terlalu memilih is not. Tak salah pilih kerja ikut citarasa kita, tapi kalau terlalu memilih sampai tak sanggup berkorban keselesaan diri untuk mendapatkan pekerjaan, sampai bila-bila kita takkan happy dengan tempat kerja kita.

Ingat satu je. Pekerjaan yang perfect adalah bisnes sendiri. Yang ni kalau tanya orang bisnes, mesti diorang setuju. Kalau kerja dengan orang, mesti ada benda yang tak kena, jadi kenalah suaikan diri 

4. Tiada tawaran kerja

Mungkin kursus pengajian yang susah nak dapat  pekerjaan.
seperti contoh engineer dalam bidang aviation susah dapat kerja. Boleh bilang dengan jari company yang ada kekosongan. Kekosongan yang sentiasa ada adalah peringkat bawah seperti technician atau peringkat atas, Licensed Aircraft Engineer. 

Mungkin ada peluang tapi terpaksa tengok REZEKI la kan?


5. Majikan yang mengambil kesempatan

Semua majikan tahu sekarang berlaku lambakan graduan dan kerja kosong tak banyak. Jadi apa yang mereka buat adalah menawarkan gaji serendah mungkin untuk fresh graduate sekarang.

Memanglah nak jimatkan kos operasi, tapi kalau terlalu rendah, orang tak berminat nak terima tawaran tu. Tapi mereka tahu, dalam ramai yang tak berminat, ada yang sanggup.

Kadang-kadang bukan calon yang terlalu memilih tapi majikan yang terlalu kedekut. Hal ini pun perlu diambil perhatian oleh pihak yang berwajib.

Tetapi,walau dengan apa cara sekalipun, setiap yang habis belajar ingin kan kerja yang terbaik untuk diri sendiri..

jangan putus asa
jangan lalai berdoa

Allah tu dekat sangat dengan kita

sekian.
moga bermanfaat!

with love
sekarang ida Planning Engineer+bisnes shaklee+surirumah
;)

Tuesday, August 25, 2015

Proud to be you,Working Mom!


Terima Kasih Allah... 


Assalamualaikum sahabat...


Ada tak kawan2 maya ida yang bekerja??

Working mom!



Ada video virus baru menunjukkan penonton di seluruh dunia nasib ibu Jepun yang bekerja pekerjaan sepenuh masa sementara perlu juga mengekalkan isi rumah dan menjaga anak-anak mereka.


Menurut RocketNews24, ibu Jepun yang berhenti kerja adalah untuk menjadi surirumah sepenuh masa 

Video baru pendek yang dihasilkan oleh syarikat perisian berpangkalan di Tokyo Cybozu menggambarkan seorang ibu yang di ambang kekusutan. Dia tidak mendapat bantuan daripada suaminya, dan rakan sekerja lelakinya yang tidak memahami pengorbanan beliau  untuk mengambil anak yang sakit dari sekolah.


Ida cabar korang semua untuk lihat sendiri pengorbanan ibu yang bekerja,kesukaran yang dialami oleh seorang ibu yang bekerja setiap hari bila suami berjauhan atau suami tidak membantu..Video itu dibintangi oleh pelakon Jepun Eri Fukatsu sebagai seorang ibu yang membazirkan banyak masa tidur demi anak lelakinya.

Jom tengok video tersebut sampai habiss..






Syarikat yang sama mencipta satu lagi video yang menggambarkan mesej yang sama di mana ibu yang sama menemui bapa kerja yang berfikir bahawa kerja ibu sangatlah mudah. Walau bagaimanapun, ia tidak mengambil masa yang lama bagi seorang lelaki untuk menyedari betapa dia tidak menyedarinya selama ini kesusahan yang dihadapi oleh para isteri.


So,working mommy outhere,be strong!!

Proud to be as strong as you mommy!

8 Ways To Remove Cellulite or Stretchmark


Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat..
 




Everybody who have this problem,surely will have less confident.
Stretch marks are a tearing of the dermis usually occurring where fat is stored. Genetics plays a big part in whether stretch marks occur and if they remain noticeable; however, you can treat stretch marks with some dermatologist treatments and home remedies. Learn more about these methods to get rid of stretch marks at home.


1 Eat plenty of foods that contain Vitamin C, if you are gaining weight, growing quickly or pregnant. Some studies show that Vitamin C boosts collagen production so your skin can repair itself.

2 Apply cocoa butter 2 to 3 times per day to the affected area or also can use herbal blend cream from shaklee which is no chemical added. Treat as soon as stretch marks appear. Try to find a formula that is as pure as possible, without added chemicals. 

3  Apply wheat germ oil to new stretch marks 2 times per day. Studies have shown some benefit with very fresh tears.

4 Control weight gain. Yo-yo dieting stretches the skins elastin, breaking down the skin. Reduce rapid weight gain and loss.

5 Do strength training exercises. Building muscle can firm the skin and reduce the look of stretch marks.

6 Do cardio exercise regularly. Keep weight gain at bay and tone the muscles by doing 30 to 60 minutes of cardio 3 to 6 times per week. An active lifestyle will also reduce your chances of getting stretch marks.


7 Drink plenty of water. Reduce other beverages, like alcohol and soda, in favor of water-based beverages. Keeping skin hydrated will improve the overall look of the dermis.

8 Eat healthy. A diet rich in produce is believed to improve the skin.
Eat foods with a low glycemic index. Avoiding foods that spike blood sugar will regulate hormones better. This means you should avoid high sugar, processed or refined flour foods in favor of whole grains and produce for healthy skin.
Eat walnuts. They contain copper, which can boost collagen. Eat 1 handful per day as a snack.
Eat yogurt. The milk protein can help keep skin firm.
Try pomegranates, sunflower seeds and green tea. Although the antioxidants are an overall boost to your body's nutrition levels, they may help hydrate the skin as well.


Else,you also just can take any supplement from me,as proved no chemical added in every product..


OR 
PM/WHATSAPP ME AT
+60126818241 FOR FREE CONSULTATION

CREAM HERBAL BLEND
VITAMIN C


SOY PROTEIN TO REMOVE SCAR


VITAMIN E 





Thursday, August 13, 2015

OSTEMATRIK UNTUK KALSIUM ANDA YANG TERBAIK



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...


Hari ini saya nak kongsi tentang manfaat Ostematrix ni kepada tubuh badan kita.





1. Menguatkan Tulang 

Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-kebas 

Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan,sakit sendi dan arthritis.

Masa hamil kita kerapkali kejang kaki kan?

3. Meringankan Stress 

Ianya mengimbang tekanan darah, memeliharan denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki Masalah Haid 

Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium meringankan sakit semasa haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian Tubuh 

Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesity di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi. 

6. Vitamin D 

Dinamakan Vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Juga bagus untuk mereka yang vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplemen Vitamin D.

7. Magnesium 

Magnesium merupakan antara ion positif yang penting didalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

8. Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum 

Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan un tuk membaiki tulang rawan dan menghalang arthritis.

Siapa yang perlukan ostematrix?

#orang yang tak minum susu
#ibu hamil
#ibu menyusu
#wanita sengugut
#sakit sendi
#mudah letih/penat
#kurang kalsium

Ok..kalsium ni memang sesuai sngt di ambil untuk mereka yg bkaitan di ats

Korang yg xsuka minum susu tu ambil ostematrix nk.kaya dgn klsium hokey

Tahukah anda 1tablet ostematrix bersamaan dgn 1 gelas susu tinggi kalsium dan 80biji badam�




or WHATSAPP ida
012 6818241

Thursday, August 6, 2015

Lagu kanak-kanak 80an

Terima Kasih Allah... 


Assalamualaikum sahabat...


Ini alkesah ammanami la ni..
kadang-kadang dia selalu mintak nak upin ipin la..robocar poli la..tapi sayangnya ida kalau boleh memang tak nak ajar sangat dia ketagih dengan gadjet..

So,banyak lagu-lagu yang ida reka sendiri jer..
hahahahha

lagu kapal terbang
" kapal terbang,terbang tinggi
terbang tinggi atas awan
ada budak ammar syahmi
kuat nangis,cari ummi

kekekekekekekekekekekekekekkeke

lagu rama-rama
rama-rama terbang merata
terbang bebas di taman bunga
ammar syahmi duduk kat mana?
ummi cari tak jumpa-jumpa

hahahahahahha syok sendiri punya lagu...
xkesahla janji ammarnami memang suka lagu2 yang ida nyanyikan kat dia..hahahaha

Dan hari ni,ida tergerak hati nak cari video lagu2 zaman ida dulu..jumpa la 2-3 video yang rasa2nya boleh tunjuk kat ammar..

Jom ajak anak-anak kita nyanyi sama2..








so korang yang ada anak kecik pun boleh la download dan tunjuk yer..
video camni mungkin tak ketagih kot..tapi kalau upi ipin or robocar poli tu,mahu hari-hari mintak nak tengok kan?



senang jer nak download dari website kat atas tu
COPU LINK DAN PASTE JER..PASTU DOWNLOAD..

moga bermanfaat




Sunday, August 2, 2015

Wanita Susah Turunkan berat badan???


Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Kadang-kadang ramai perempuan yang merasakan sukar bagi mereka untuk turunkan berat badan berbanding dengan golongan lelaki. Kenyataan itu ternyata ada betulnya dan ia bukan sekadar mainan perasaan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan perempuan susah untuk membakar lemak berbanding lelaki.

Antara alasan mengapa wanita susah untuk turnkan berat badan ialah:

1. Wanita memiliki lebih banyak lemak berbanding otot.
Perempuan lebih banyak memiliki lemak dibandingkan otot di dalam tubuh. Jaringan otot bersifat lebih aktif dari jaringan lemak. Kalori yang tersimpan dalam otot lebih mudah terbakar. lelaki yang memiliki jumlah otot lebih banyak dibandingkan wanita, sebab itu lelaki lebih mudah untuk menurunkan berat badan.

Dibandingkan lelaki, jumlah lemak yang ada pada tubuh perempuan hampir mencapai dua kali ganda. Sebagai calon ibu, lemak ini penting dan diperlukan untuk membantu ketika hamil dan ketika menyusu.

2. Distribusi lemak/pengagihan lemak.

pengagihan lemak pada perempuan dan lelaki juga berbeza. Perempuan lebih banyak memiliki lemak di bagian bawah tubuh. Sementara itu, lelaki memupuk lemaknya di tubuh bagian atas perbezaan sifat lemak adalah bergantung kepada bahagian lemak itu terkumpul. Lemak bahagian atas lebih cepat terbakar dibandingkan lemak tubuh di bahagian bawah. Hal ini boleh diuji pada wanita yang sedang diet. Penurunan berat badan cenderung diamati dari pengukuran tubuh bahagian atas yang lebih mudah mengecil.

3. Perempuan memiliki bentuk tubuh lebih kecil dari lelaki.

Umumnya, wanita memiliki perwatakan yang cenderung lebih kecil dibandingkan dengan lelaki. Ukuran tubuh yang lebih besar membuatkan lelaki lebih mudah kehilangan panas tubuh. Hilangnya panas tubuh dapat meningkatkan metabolisme. Sehingga, hal tersebut mudah menurunkan berat badan.

4. Hormon tubuh

Secara alami, hormon lelaki membantu menurunkan berat badan. Testosteron dan hormon pertumbuhan dapat meningkatkan metabolisme. Hormon itu boleh meningkatkan massa otot tubuh. Hal ini terjadi kerana lelaki boleh menghasilkan lebih banyak testosteron dibandingkan perempuan, mereka cenderung membakar lemak lebih banyak daripada wanita.

Selama kehamilan dan siklus menstruasi, sel-sel lemak dalam tubuh wanita mempertahankan jumlah air akibat perubahan hormonal. Adanya kandungan air dalam lemak membuat sel-sel lemak memberbesar. hasilnya, adanya air menyebabkan metabolisme lemak menjadi sukar untuk dilakukan oleh wanita.

Hormon progesteron yang diproduksi oleh perempuan juga memicu rasa lapar. Tak hanya itu, progesteron membuat wanita merasa mengantuk dan kurang berolahraga. Sehingga, hal tersebut semakin memicu kenaikan berat badan.

5. Faktor kehamilan

Sel-sel lemak berkembang biak dan berkembang selama kehamilan. Setelah kehamilan, sel-sel lemak masih ada dalam tubuh. Setiap kali tubuh makan makanan yang berlebih, sel-sel lemak akan semakin luas dan membuat berat badan bertambah.