Ads

jom kita kawan

Tuesday, March 31, 2015

ANDA TANYA,DOKTOR JAWAB SOALAN KESIHATAN 11-20

Assalamualaikum semua...


SOALAN KESIHATAN 11
BERSALIN

Q.adakah kesan pengambilan epidural ketika bersalin menyebabkan sakit pinggang@ sakit2 lain?
1.andai benar ia akn menyebabkn sakit2 badan@ sakit pinggang,bagaimana cara mencegah@ merawat agar kembali normal?
2.adakah perlu buat rawatan lain?


TQ☺



A. Epidural akan sakit sikit di tempat yg di cucuk, bukan sakit belakang keseluruhan, yg biasa terjadi adalah sakit kepala. Rawatan adalah rawatan simtom, kalau pening baginubat pening, sakit belakang ubat sakit tahan etc.


SOALAN KESIHATAN 12
TELINGA BERAIR
Q12...telinga slalu rsa berair waktu tdo...dan rsa gtl2....bln 6 ni doc kta nk operate nk buang air kt ggndg klau xclp....jd,sy nk tau,ad effect ke x?

A 12 Dulu penyakit ini di panggil serous otitis media dan sekarang dinamakan otitis media with effusion. Memang cecair dalam telinga tu kena di keluarkan, doktor akan buat lubang di gegendang telinga dan akan letakkan sejenis alat supaya lubang tak sumbat. Bila dah kering nanti alat itu akan dikeluarkan. Biasanya masalah akan timbul disebabkan oleh cecair dalam telinga

SOALAN KESIHATAN 13
SAKIT TELINGA
🆕Q25, apa penyebab nya dan kenapa telingga sakit yg menyucuk2... dtg sekali sekala.... sakit yg teramat dlm jangka yg pendek...

A: sakit yang seperti itu mungkin di sebabkan oleh rangsangan saraf c 7, unlikely to be infection sebab sakitnya sekejap


SOALAN KESIHATAN 14
SAKIT PERUT
Q, Assalam doc,kenapa dalam perut akan terasa pedih dan panas bila makan pedas...adakah itu tanda ulser perut?


A: Tidak semestinya ada ulcer, gastritis pun dapat keadaan yang seperti ini

SOALAN KESIHATAN 15
BEKAM
Q: Apa pendapat doktor ttg rawatan bekam untuk wanita? Apakah kebaikan bekam kepada wanita?

A:



SOALAN KESIHATAN 16
BUASIR

  
Q: Ank sy berumur 13 tahun kena buasir...apakah penyebab utama buasir...cara nk elakkan buasir....

A: Penyebab utama buasir ialah sembelit dan kerap cirit, suka menjerit, banyak mengangkat benda berat dan apa jua aktiviti yang meningkatkan tekanan dalam abdomen dengan tinggi
untuk elak buasir banyak makan serat dan minum banyak air



SOALAN KESIHATAN 17
HAID TIDAK TERATUR


Q: Adakah normal bg wanita yg bujang@ sudah berumah tangga kitaran haid x stabil❓kadang tu setahun x dtg haid.
1.adakah itu perkara biasa?
2.adakah apa2 cara untuk normalkn kitaran haid tersebut.

A:selepas kahwin kitaran haid tak mungkin hanya untuk beberapa bulan disebabkan emosi berubah dengan perubahan yang berlaku dalam kehidupan dan lepas tu normal kembali. Jika sampai setahun tak datang haid kena jumpa untuk pemeriksaan


Bagi yang tiada penyakit apa apa untuk regular haid ialah dengan cara makan pil perancang untuk tiga bulan dan biasanya haid akan regular kembali



SOALAN KESIHATAN 18
STOMACH FLU

Q: saya suspect terkena stomach flu, symptom of vomitting without warning, no fever and I think I get it from my sons and family, soalan saya what is the treatment for this? tido pun tak lena‌‌‍‌‍‍‌




A: Stomach flu? Sy x paham.

Rawatan adalah rawatan simptom utk muntah, sakit perut & air garam (ORS). Kena minum banyak air kosong yg di masak. Requirement for day 2L for man age 35 with bodyweight 70kg. Kalau muntah2 maka kena minum air lebih utk replace water in ur body.


SOALAN KESIHATAN 19
ALLERGIC UBAT

Q: Kim Izkim
Assalamualaikum, 
Soalan saya. Saya nak tahu petanda pesakit yang allergic antibiotik penicilin. Saya antara yang dikesan allergic pada ubat ni. Pernah saya rasa macam sesak nafas dan sakit dada dan lain-lain. 
Bukan sekali saya pernah dapat penicilin, tapi kesan dia macam tu la setiap kali, dan saya terpaksa berhenti makan.

Saya ada pergi ke hospital, pihak farmasi nak bagi ubat dekat saya, tapi bila dia check, ubat tu 1 group dengan penicilin. Kemudian, mereka tukar. Dan berikan saya cephalexin. Kata mereka tu ibarat sepupu sepapat pencipin la. Hehe. Tapi dengan pesanan, andai kata saya rasa tak ok makan dalam sehari dua, saya datang ke hospital lagi, refer doctor n tukar ubat. 
Masalahnya , saya takut nak makan. ;) 

Apa patut saya buat ek?

A: Tanda2 allergic ni sama jika allergic pd ubat @ makanan. Badan akan naik ruam2 merah macam kelopak garam, gatal, jika tanda yg teruk adalah bengkak bibir, muka & sesak nafas. Jika berlaku begini, kena cepat pergi kecemasan.



SOALAN KESIHATAN 20
LEBAM &DARAH BEKU

Q: Ahmad Juzri
doktor sy nk tahu adakah lebam yg kite nampak pd kulit sama ada dipukul atau terlanggar menandakan ade darah beku dibawah kulit.jika ia darah beku adakah ia sama seperti darah beku dlm salur darah @ trombosis.


A: tak sama ....istilah bm je...biasa tak tepat. Pengumpulan darah dlm tisue lebih tepat utk mengambarkan merah2 ketika lebam. Maksudmya darah tu masuk antara liang tisu


Lebam disebabkan ade keradangan pada tisu badan, keradangan boleh melibatkan ada darah beku di bawah kulit. Darah beku ni akan diserap kembali ke dlm badan kita.

Ia berbeza dgn darah beku dlm salur darah di mana darah ini boleh pergi ke tempat lain & menyumbat salur darah yg kecil. Implikasi bergantung keoada temoat yg tersumbat, kalau di jantung boleh dpt serangan jantung, kalau di otak boleh dpt stroke etc.
Darah beku pula adalah darah clotted dlm saluran darah

Sekian dulu soalan dari 11-20

ada apa2 persoalan boleh je drop komen.
nanti ida tolong panjangkan soalan tersebut pada doktor2 yang terlibat untuk menjawabnya..

happy blogwalking

nak wassap ida :012-6818241


Wednesday, March 25, 2015

Who Loves You???


Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat..


Cinta makhluk
Apabila ikatan itu bukan kepunyaan..
Andai bukan kerana Allah
Maka yg dapat hanya debu semata..
Dapat rasa... tapi berpasir
Berpasir tapi apabila angin bertiup
Mata sakit terkena debunya...
Adakah itu sia2..
Pasti tidak..
Kerana apa yg Allah hadirkan bukan sesuatu yg sia2
Ambil, simpan, renung...
Permata yg berkilau adakala dirasakan silau oleh cahayanya
Kaca yg berderai adakalanya mungkin ada tujuannya...
Bersyukur... senyumlah..
Kerana hidup ada tautannya...
Kasih Illahi...
Yg tak putus buat hambaNya
Hari ni ditarik..
Esok diganti yg lebih baik lagi...
Janji Allah itu pasti...
Senyum aku.. melihat senyuman


Monday, March 23, 2015

SOALAN KESIHATAN TELEGRAM 1-10


Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Kat sini ida nak share apa yang kami bincangkan dekat group kesihatan telegram bersama2 dengan doktor2 dan 4 orang doktor pakar..moga sedikit sebanyak membantu korang yer..

dan bagi kawan2 ida yang jejak kt sini,jom follow ida..baru tak miss apa yang kitorang bincangkan. kalau ada apa2 soalan yang bermain2,berlegar2 or berkampung dalam pikiran korang,boleh jugak drop komen.nanti ida tolong korang ajukan pada yang pakar..



Soalan Kesihatan
0⃣1
Nak tanya, tonsil. Kalau dia besar. Ada kesan apa2 yang memudaratkan? Or ok ok je. 
Punca, kesan dan simptom yg berkaitan. smile emoticon


Tonsillitis

Ianya adalah keradangan tonsil, sellau disebabkan oleh bakteria Streptococcus Pyogenes. Ada jugak tonsillitis disebabkan oleh pelbagai jenis virus.

Tanda2 & kesan tonsillitis - demam, sakit tekak, sakit @ sukar menelan, tidur berdengkur.

Tonsillitis boleh dirawat, cuma jika kerap kena tonsillitis mungkin kena buang tonsil tu. Kes chronic tonsillitis kena rawatan pakar ENT (ear, nose, throat).

Wallahu'alam bissawab....



Soalan Kesihatan

Q 0⃣2 Laili Fairus
Tahap kolestrol saya 6.4. Adakah saya perlu mkn ubt utk kurangkan kolestrol? Apakah kesan ubt medostatin 40 thdp organ dlmn spt buah pinggang atau hati? Ada kesan sampingan tak?


Penyakit kolesterol tinggi.

Jenis kolesterol ada banyak, ada total kolesterol, free kolesterol, kolesterol baik & jahat. Sebaiknya berbincang dgn Dr keluarga masing2 utk penilaian perlu @tidak start ubat anti-kolesterol.

Senaman

Exercise adalah penting utk semua sama ada kolesterol tinggi @ rendah.

Exercise at least 150 minit / week, each exercise at least 20 minit (kalau larat). Ia bagus utk turunkan paras kolesterol jahat, turun berat badan & bagus utk janyung & peparu kita.

Kalau takder masa utk exercise, boleh berjalan at least sehari 10,000 langkah. Jaraknya 7-8km bergantung kepada keluasan langkah kita.

Mulakan dengan bilangan langkahnyg termampu dahulu contohnya 200 langkah sehari, kemudian naikkan sedikit demi sedikit utk tingkatkan stamina masing2.



Soalan Kesihatan
Q0⃣3 

soalan pasal resdung. Apa kesan jangka panjang penggunaan nasal spray pada satu tempoh yang lama?

Nasal spray widely used di malaysia coz boleh beli over the counter di farmasi. Kesan sampingan jika digunakan secara berlebihan adalah rebound effect - merosakkan nasal passage & our body fail @ unable to respond to those medication. Kesan lain sakit kepala, bengkak nasal passage & rarely septal perforation - membrane di antara nostril tu koyak.


Wallahu'alam bissawab....



Soalan Kesihatan
Q0⃣4 

wujudkah penyakit yg x blh memandu jarak jauh? Pesakit akn berdebar dan x fokus. Sahabat sy alami.

Tidak boleh memandu sama ada jarak jauh @ dekat tu bukan penyakit, ianya adalah kesan daripada sesuatu penyakit.


Banyak penyakit berkaitan berdebar2 & susah nak fokus, ini perlukan penyiasatan & kemungkinan rawatan lanjut oleh Dr yg merawat beliau.

Wallahu'alam


Soalan Kesihatan

Q 0 5 
boleh dr terangkn mengenai penyakit galaucoma apa kaedah untuk menagatasi dan ada xubat bagi penyakit ini?

Glaucoma ni penyakit tekanan dlm mata meningkat, it's multifactoral, komplikasi boleh jadi blind sebab pressure pada saraf mata. Rawatan tu banyak bergantung kpd penyebab glaucoma. Kena jumpa pakar mata untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Wallahu'alam



Soalan Kesihatan
Q 0 6
Doktor, boleh tak doktor jelaskan apa dia ekzima
1)punca berlaku
2)rawatan yg dicadangkan Eczema


Eczema ni adalah keradangan pada kulit, jenisnyg paling common adalah Atopic dermatitis.

Penyebabnya banyak, antaranya bulu binatang, sabun, panas sangat @ sejuk sangat, stress, secara general it's multifactor.

Rawatan selalunya simtomatik treatment, kalau gatal Dr akan bagi ubat gatal sam ada sapu @ gatal.

Rawatan yg terbaik adalah PREVENTION.

Kita kena tahu kukit kita alahan pada apa. Kalau dapat avoid benda yg kita alah, insya allah boleh avoid eczema.

Wallahu'alam


SOALAN 7 AKAN MENYUSUL NANTI..


Soalan Kesihatan
Q 0⃣8

saya wanita 59 tahun. jari2 tangan mula nampak kelainan. mcm mula bengkok dan ruas jari mcm mbesar. adakah itu tanda artritis atau rhumatism.tak rasa sakit tapi bila picit mcm sengal sikit.


Hujung jari yg abnormal (?clubbing fingers?) boleh berkaitan dengan banyak penyakit, sama ada jantung, hati, sakit arthritis etc. Kena jumpa Dr utk check apa yg problem.


Wallahu'alam



Soalan Kesihatan
Q 🆕0⃣9

Apa rawatan yang patut dibuat unuk mempercepatkan kulit tumbuh kembali..baru2 saudara ini terkena letupan gas..bila dibawa ke hospital,doctor buang kulit yang terbakar dan sapu dengan colagen.

Plz advise doc.tq 

Burn

Dalam keadaan kulit yg dah terbakar, memang kulit baru akan tumbuh, but old skin burned akan menghalang pertumbuhan kulit baru, thats's why Dr akan buang kulit lama yg dh terbakar, x sakit pun masa buang tu sebab kulit tu dh mati.

Benarkah sapu kolagen? Biasanya sapu ubat terbakar (ssd). Bila terbakar ni perku banyak minum air & banyak makanan berprotein untuk bagi tenaga & pembentukan kulit baru.

Wallahu'alam


Soalan Kesihatan
Q 🆕1⃣0
Bagaimana nk merawat jerawat dan jeragat di muka

Apa beza jerawat & jeragat? Ok ke kalau sy mix bm english?


Jerawat
Jerawat ni sebenarnya jenis jangkitan pada liang roma kulit, kena make sure kulit kita bersih dari habuk & minyak. Ade org yg sesuai pakai pencuci muka, ada yg sesuai cuma basuh dgn air bersih. Paras hormon juga mainkan peranan pd rembesan peluh, jerawat sellau terjadi nial stress & prior to haid.

Wallahu'alam

Utk jerawat tu banyak product kosmetic di pasaran, contohnya oxy...boleh try apply nipis, kalau kulit jadi menggelupas, maknanya kena try product lain @ kalau teruk sangat jerawat tu boleh jumpa pakar kulit. Pakar kulit yg sy maksudkan adalah Dr perubatan bukan kosmetic people.

Wallahu'alam
*** sy bukan promote product yer, just my suggestion


Apa2 boleh jer contact ida yer
nk wassap ke wechat ke telegram ke,semua boleeeehhh

012-6818241
moga bermanfaat

Sunday, March 22, 2015

Redha Ibu permudahkan Ketakwaan Anak kepada Allah SWT



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...


Redha Ibu permudahkan Ketakwaan Anak kepada Allah SWT:

Ibuku ‘Umm Rahimah’, Aku Penyejuk hatimu.....

“Ya Allah ya Tuhanku…jadikanlah anak daku sebagai penyejuk mata, hatiku, serta jadikanlah dia sebagai imam dari kalangan orang-orang yang bertakwa”. Demikianlah bunyi doa seorang ibu seperti yang dipetik dari Surah Furqan, Ayat 74 yang bermaksud: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” Doa ini sangat mustajab pertama kerana ianya adalah ayat al-Quran dan keduanya kerana ianya didoakan oleh seorang ibu yang ulamak menggelarkannya dengan panggilan ‘Umm Rahimah’. Doanya terhadap anaknya merupakan ‘rahim’ iaitu benteng untuk anaknya bila anaknya keluar rumah, bekerja atau bermusafir mencari rezeki. Jika diamalkan oleh ibu-ibu, antara lain dapat mengelakkan dari berlakunya gejala sosial keatas anak-anaknya, insya Allah. Islam menghuraikan ‘Umm Rahimah’ ini, sebagai ungkapan untuk seorang ibu yang mempunyai nilai sifat kasih sayang keibuan yang tinggi. Ibu yang mengandungkannya, dan melahirkannya. Dia yang menyusukan. Dia buai, belai, timang, tatang dan mengajar tentang adab dan sopan. Dia memberi makan dan minum, kasih dan sayang, tidur dan bangun, yang sekolahkan dan yang besarkan, yang bagi ubat bila kita sakit dan berjaga malam. Dia mengurus keluarga dan rumahtangga dan dia adalah ‘pengurus terbaik’. Pengurus yang hebat hinggakan anak-anak tidak mampu dan tidak dibolehkan ingkar arahan ibu dalam apa jua keadaan pun. Ketaatan sepenuhnya milik ibu.

Benarlah. Islam kata selepas pengabdian kita terhadap Allah SWT, adalah ibu. Berbanding dengan bapa, Nabi SAW ditanya mengenai tahap penghormatan terhadap kedua ibubapanya, mengikut keutamaan. Lalu Baginda Nabi SAW menjawab hendaklah pertama kepada ibumu, kedua kepada ibumu, ketiga kepada ibumu, sehngga tiga kali, kemudian kepada bapamu. Ini mertabat seorang yang bernama ibu. Nilai pengorbanannya sangat tinggi. Dalam segala segi pengurusan sejak anak dalam kandungan hingga lahir dan dibesarkan dengan pendidikan seiring dengan kasih dan sayang. Manja dan belaian kasih sayang.

Tegas dalam pendidikan dan lemah lembut dalam asuhan, sebagaimana kisah ibu Imam Al-Shafie mendidiknya semasa beliau kecil hingga beliau menjadi ulamak terkenal. Bila anaknya nak masuk rumah, ibunya mengajar beliau supaya memberi salam. Amat tegas didikannya tentang ajaran yang disuruh dan yang dilarang oleh Islam. Hingga dia walaupun masih kecil, ibunya menghantarnya pergi menuntut ilmu. Belia disuruh berguru dengan Imam Malik, yang ketika itu berada di Madinah. Dia yang masih kecil pada masa itu, diamanahkan oleh ibunya melalui salah seorang gabenor ditempatnya untuk dia dihantarkan ke Madinah supaya menuntut ilmu. Pesan ibu, janganlah kau pulang selagi engkau belum menjadi ulamak. Akhirnya jadilah ia ulamak terkenal, seorang imam, al-imam Al-Shafie. Itu adalah salah satu contoh hasil didikan seorang ibu. Ibu yang bergelar Umm Rahimah, yang mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang demi amanah sebagai ibu, takut pada yang Maha Esa, akan amanah menjaga anak-anak. Diiringi doa dan restu serta pengampunan yang berterusan, berkat sebagai ibu, mampu melahirkan ummah yang terbaik. Kita adalah ummah itu. Kita patut berterima kasih kepada ibu yang mengurus kita hingga menjadi sebahagian dari ummah terbaik, disamping kita bersyukur kepada Allah SWT. Itulah ibu, Umm Rahimahku. Daku penyejuk hati ibu. Tetapi sayangnya, menjelang dewasa, anak mula lupa pengorbanan ibu yang ‘Rahimah’ kepadanya selama ini. Abdullah bin Mas’ud RA berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, apakah ia amalan yang paling afdhal (yang lebih besar pahalanya)? Sabda Rasulullah SAW, sembahyang di dalam waktunya. “Aku bertanya lagi, kemudian apa dia? Sabda Rasulullah SAW, berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Aku bertanya lagi, kemudian apa dia? Sabda Rasulullah SAW, berjihad pada jalan Allah SWT.”

Firman Allah Taala di dalam Surah Al-Israa’ ayat 23 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan bahawa kamu tidak boleh menyembah melainkan kepada-Nya dan dengan kedua ibu bapa kamu berbuat baik.” Ini menunjukkan betapa besarnya kelebihan berbuat baik kepada kedua ibu bapa, taat kepada mereka dan melayani dengan perangai yang baik. Bukan sahaja Allah SWT. meletakkannya sebagai suatu amal yang mempunyai fadhilat yang sangat besar dan banyak, tetapi ia menjadi suatu kewajipan yang sangat besar. Ketakwaan anak kepada Allah harus disertai keredhaan ibu. Ia dapat dilihat dengan jelas di dalam kisah Al-Qamah dengan ibunya. Suatu ketika, dengan sikap tergoboh-gapah, isteri Al-Qamah menghadap Rasulullah SAW. mengkhabarkan bahawa suaminya sakit tenat. Isteri Al-Qamah berkata kepada Rasulullah: “Melihat keadaan suamiku itu, aku amat kasihan kepadanya ya Rasulullah.” Mendengar pengaduan itu, hati Rasulullah merasa hiba. Baginda lalu mengutus Bilal, Suhaib dan Ammar untuk melihat keadaan Al-Qamah. Bilal mengajarkan kalimah syahadah ke telinga Al-Qamah. Anehnya mulut Al-Qamah seakan-akan seperti terkunci. Berulangkali dicuba, namun mulutnya tidak sedikitpun terbuka. Tiga orang sahabat itu lalu segera pulang memberitahukan kepada Rasulullah tentang keadaan Al-Qamah. Rasulullah SAW. bertanya kepada para sahabat tersebut: “Adakah sudah kamu talqinkan ke telinganya?” Salah seorang di antara mereka menjawab: “Sudah ya Rasulullah, akan tetapi mulutnya tetap terkunci.” “Kalau demikian, biarlah aku sendiri yang pergi kesana.” Kata Rasulullah. Ketika melihat keadaan Al-Qamah yang terbaring dipangkuan isterinya, Rasulullah SAW bertanya: “Apakah kedua orang tuanya masih ada?” Isteri Al-Qamah menjawab: “Masih ada ya Rasulullah, tetapi ibunya sudah terlalu tua.” “Di manakah dia sekarang?” Tanya Rasulullah. “Di rumahnya, tetapi sangat jauh dari sini,” Jawab isteri Al-Qamah. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh sahabat-sahabatnya pergi menemui ibu Al-Qamah untuk memberitahukan bahawa anaknya dalam keadaan tenat serta menyuruhnya datang bertemu dengan Rasulullah SAW. Kerana Rasulullah SAW yang menyuruhnya datang, maka ibu Al-Qamah pun datang bertemu Rasulullah SAW. Ketika ibu Al-Qamah berhadapan dengan Rasulullah SAW di rumah Al-Qamah maka Rasulullah SAW bersabda: “Wahai ibu Al-Qamah, sesungguhnya anakmu ini dalam keadaan sakarat.” Mendengar pemberitahuan Rasulullah SAW itu, maka dengan segera ibu Al-Qamah berkata, “Biar dia rasakan.” “Tetapi dia dalam keadaan tenat, apakah ibu tidak merasa kasihan kepadanya.” Tanya Rasulullah. Dengan singkat ibunya menjawab, “Dia berdosa terhadapku.” “Ya,akan tetapi maafkanlah dia. Sudah sepatutnya seorang ibu memaafkan dosa anaknya.” Pujuk Rasulullah. “Biarlah dia masuk neraka dengan dosanya”, Jawab ibunya itu. Maka Rasulullah SAW mencari helah. Rasulullah SAW bersabda kepada Bilal bin Rabah: “Wahai Bilal kumpulkan kayu api sebanyak-banyaknya.” “Untuk apa kayu api yang engkau suruh kumpulkan itu ya Rasulullah?” Tanya Bilal kehairanan. “Akan aku gunakan untuk membakar Al-Qamah. Daripada ia hidup dalam keadaan terseksa seperti itu, lebih baik ia dibakar agar cepat mati. Itu adalah lebih baik jika dibandingkan dengan lamanya ia menanggung sakit.” Jawab Rasulullah SAW. Setelah mendengar perkataan Rasulullah itu, maka ibu Al-Qamah tersentak. Hatinya membayangkan apa yang akan terjadi jika anaknya itu dibakar hidup-hidup. Ibunya lalu menghadap Rasulullah SAW dan bertaubat atas keengganannya untuk mengampunkan dosa anaknya itu sambil memohon: “Ya Rasulullah, jangan engkau bakar anakku itu, sesungguhnya aku telah mengampunkan segala dosanya.” Mendengar ungkapan ibunya itu maka legalah hati Rasulullah SAW kerana berjaya melembutkan hati seorang ibu yang menaruh dendam kepada anaknya. Baginda lalu datang mendekati Al-Qamah dan membaca syahadah.

Setelah keampunan diterima oleh Al-Qamah dari ibunya maka keadaannya sangat berbeza dengan sebelumnya kini mulutnya sudah mulai bergerak membaca syahadah seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Selepas itu, Al-Qamah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam keadaan mengucap dua kalimah syahadah dan dia meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah.

Diriwayatkan di dalam kisah Abu Bakar Al-Kattani dan ibu tercinta, di masa remajanya, Abu Bakar Al-Kattani pernah minta izin kepada ibunya untuk mengerjakan haji di Makkah. Ibunya mengizinkannya. Maka berangkatlah dia dari Baghdad menuju Makkah. Ketika sampai di suatu padang pasir, dia bermimpi bahawa dia mesti membersihkan dirinya terlebih dahulu. Kerana mimpinya itu, dia berpendapat dirinya belum mempunyai persediaan yang cukup untuk meneruskan perjalanannya. Oleh kerana itu, Al-Kattani berpatah balik ke Baghdad dan segera pulang ke rumahya. Ternyata dia mendapati ibunya sedang duduk di sebalik pintu menunggu-nunggu kedatangannya. “Bukankah ibu sudah mengizikan aku pergi ke Makkah?” Tanya Al-Kattani. “Betul, akan tetapi sebaik saja engkau pergi hatiku tidak tenang dan duduk sahaja di tempat ini. Aku tidak sanggup melihat rumah itu tanpa engkau.” Jawab ibunya: “Aku telah bertekad untuk tidak bergerak dari tempat ini sehingga engkau kembali.” Maka Abu Bakar Al-Kattani tidak mahu lagi menempuh perjalanan jauh atau mengharungi padang pasir selagi ibunya masih hidup. Apabila ibu yang dicintainya itu telah pulang ke rahmatullah, dia pergi ke Makkah untuk mengerjakan ibadah haji. Dia menghabiskan malam-malmnya di Masjidil Haram dengan beribadah. Al-Kattani menceritakan bahawa ketika dia sedang berada di padang pasir dia telah berjumpa dengan mayat seorang fakir. Anehya mayat itu tersenyum. “Mengapa engkau tersenyum? Padahal engkau mayit.” Kata Abu Bakar Al-Kattani. Tiba-tiba terdengar suara yang memeranjatkan hatinya: “Wahai Abu Bakar! Begitulah keadaan mayat kekasih Allah.” Begitulah ketulusan hati Abu Bakar Al-Kattani dalam menghargai perasaan ibunya, sehingga dalam kehidupannya memperoleh kenikmatan dan kelazatan serta keredhaan Allah.

Diriwayatkan juga di dalam suatu kisah tentang seorang pemuda yang amat mentaati perintah ibunya.Pada zaman Nabi Musa as ada lelaki yang soleh, dia ada seorang anak yang masih kecil dan memiliki seekor anak lembu. Anak lembu itu dibawanya ke hutan lalu dilepaskannya sambil berdoa: “Ya Allah saya lepaskan lembu ini dan saya mohon penjagaan-Mu, kerana ia akan saya serahkan kepada anak saya apabila ia sudah besar nanti.” Tidak lama kemudian lelaki yang soleh itupun meninggal dunia. Maka hiduplah lembu itu bebas tanpa pengembala, bila terlihat manusia ia akan lari masuk ke dalam hutan. Anaknya setelah besar menjadi anak yang soleh pula. Dia sentiasa berbakti kepada ibunya, sehingga dia membahagi waktu malam kepada tiga bahagian: Sepertiga untuk beribadah, sepertiga untuk tidur dan sepertiga lagi untuk menjaga ibunya. Pagi-pagi dia ke hutan mencari kayu api, kemudian di bawa ke pasar untuk dijual, hasilnya juga dibahagikan kepada tiga bahagian. Sepertiga untuk bersedekah, sepertiga untuk makan dan sepertiga lagi diberikan kepada ibunya. Pada suatu hari berkatalah ibunya: “Hai anakku, sewaktu ayahmu akan meninggal dunia ia telah mewariskan kepadamu seekor lembu yang berada di hutan bebas, sedangkan Allah SWT yang menjaganya. Maka pergilah engkau ke sana untuk mengambil lembu itu. Tapi sebelum pergi berdoalah dahulu kepada Allah semoga Allah mengembalikan lembu itu kepadamu. Tanda-tanda lembu itu, bulunya berwarna kuning berkilau-kilauan seperti emas bila terkena sinar matahari.” Pemuda itupun pergi ke hutan mencari lembu itu. Setelah tiba di hutan, dia melihat seekor lembu sedang makan rumput. Lalu dia berdoa kepada Allah: “Demi Tuhan Nabi Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Ya’kub aku panggil hai lembu, datanglah segera kepadaku.” Dengan izin Allah datanglah lembu itu kepadanya. Lalu dipegangnya leher lembu itu dan dibawanya pulang. Tiba-tiba lembu itu berkata kepadanya: “Wahai pemuda, naiklah ke atas punggungku agar engkau tidak penat berjalan.” Pemuda itu menjawab: “Ibuku tidak pernah menyuruh demikian, dia berkata supaya pegang lehermu.” Pada suatu hari ibunya berkata kepadanya. “Hai anakku, engkau miskin tidak berharta, sudah agak berat bagimu bekerja mencari kayu api, sedangkan setiap malam engkau selalu bangun beribadah, oleh itu, lebih baik kamu jual sahaja lembu itu.” Anaknya bertanya: “Kalau kita jual lembu itu berapa harganya?” Jawab ibunya: :Tiga dinar, dan jangan engkau jual lembu itu sebelum berbincang dahulu denganku.” Setelah lembu itu dibawa ke pasar oleh pemuda itu, Allah SWT mengutus malaikat untuk menguji sejauhmana ketaatan pemuda itu kepada ibunya. Malaikat bertanya: ‘’Berapa akan kamu jual lembumu ini?” Jawab pemuda itu: “Tiga dinar.” Malaikat berkata: “Bagaimana kalau saya beli enam dinar dengan syarat jangan beritahu ibumu.” Pemuda itu menjawab: “Jika engkau membeli lembu saya dengan emas seberat lembu ini sekalipun tidak akan saya jual sebelum mendapat restu dan persetujuan dari ibu saya.” Lalu pemuda itu pulang memberitahu ibunya. Kata ibunya: “Juallah lembu itu seharga enam dinar dengan redhaku.” Kemudian pemuda itu pergi ke pasar menemui malaikat dan berkata: “Ambillah lembu saya ini seharga enam dinar dengan redha ibuku.” Malaikat berkata: “Saya beli lembu ini seharga dua belas dinar, jangan beritahu ibumu.” Pemuda itu pulang untuk memberitahu ibunya bahawa lembu itu akan dibeli seharga dua belas dinar. Sesampai sahaja pemuda itu di rumah maka ibunya berkata: “Wahai anakku, ketahuilah bahawa yang akan membeli lembumu itu adalah malaikat. Sekarang kembalilah kepadanya dan tanyakan apakah lembu ini boleh dijual atau tidak. Ketika dia kembali menemui malaikat, malaikat itu berkata: “Pulanglah kamu wahai pemuda dan katakan kepada ibumu bahawa lembu ini jangan dijual, sebab Nabi Musa as akan datang kepadamu untuk membeli lembu ini kerana kejadian pembunuhan di kalangan Bani Israil. Bila lembu ini ingin mereka beli, jangan engkau jual kecuali dibelinya dengan emas seberat lembu ini.” Tidak lama kemudian terjadilah peristiwa pembunuhan di kalangan Bani Israil, untuk mengetahui siapa pembunuhnya. Maka Nabi Musa as menyuruh mencari seekor lembu untuk disembelih sesuai dengan wahyu Allah SWT dengan persyaratan-persyaratan yang cukup. Padahal lembu tersebut sebagaimana yang diperintahkan Allah kepada Nabi Musa as adalah lembu kepunyaan pemuda itu. Maka terpaksalah orang-orang Bani Israil membeli lembu tersebut sesuai dengan yang dipesankan oleh malaikat, iaitu dengan emas seberat lembu. Inilah kisah seorang oemuda miskin di zaman Nabi Musa as yang diberi rahmat dan kurnia oleh Allah SWT kerana taat dan patuh terhadap perintah ibunya. Ketaatan anak kepada kedua ibubapanya tidak berakhir walaupun kedua mereka meninggal dunia. Dari hadis Abu Daud meriwayatkan, telah datang seorang bertanya pada Rasulullah SAW adakah sesuatu kebaikan yang masih ia dapat lakukan kepada ibubapanya setelah mereka meninggal dunia. Rasulullah SAW menjawab: “Ada, iaitu mendirikan solat jenazah bagi keduanya, berdoa meminta ampun bagi keduanya, melaksanakan apa yang menjadi janji keduanya, memuliakan orang yang menjadi sahabat keduanya dan memberi pertolongan kepada keluarga yang bergantung kepada keduanya.” Ziarah kubur kedua ibu bapa yang meninggal adalah dikira sebagai amalan bakti, sebagaimana maksud hadis Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menziarahi kubur kedua ibu bapanya atau salah seoarang diantara mereka setiap hari Jumaat, nescaya diampuni dosanya dan ditulis sebagai orang yang berbakti.” Berbakti kepada kedua ibubapa membawa berkat dan dipanjangkan umur, sebagaimana maksud hadis Rasulullah SAW:

“sesiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya maka hendaklah dia berbakti kepada ibubapanya dan menyambung tali silaturrahim.” Semoga kita memuliakan ibubapa kita dan menjadikan kita dimuliakan pula oleh anak-anak kita dengan pahala bakti yang berterusan turun temurun melalui zuriat penyejuk hati kita, dari seoarang ibu yang bergelar ‘Umm Rahimah’ dan juga dari seoarang bapa yang bergelar ‘Abu Rauf’. WaLlahu'alam.

Susah itu biasa



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...


Mula2 lahir... meniarap, merangkak, dan kini masih merangkak
Follow apa yg Allah bagi tanda
Satu persatu
Yg baik belum tentu baik utk kita
Yg buruk belum tentu buruk utk kita
Dalam melalui takdir... lalu sahaja
Gerak rasatak pernah menipu
Yg menipu kita itulah fikiran
Fikiran itulah iblis
Yg tak suka kita berserah diri pd Allah...
Aku.. lalu.. satu persatu...
Jatuh Allah bangunkan
Jatuh lagi Allah angkatkan
Jatuh berkali2... Allah tak pernah membiarkan hambaNya yg berserah diri...
Jika jatuh itu akan menjadikan aku hambaNya yg baik
Aku redha...
Aku terima baik dan buruk...
Aku redha dengan apa yg telah tertulis...
Senyum aku.. datang dan pergi itu perkara biasa...
Susah juga aku dah biasa...
Sedih juga aku sudah biasa..
Senang juga aku dah rasa..
Yg aku belum rasa... hanya mati...


Tuesday, March 17, 2015

Infused Detox Waters atau Air Detox


Terima Kasih Allah... 


Assalamualaikum sahabat...



Infused Detox Waters atau disebut Air detox. Infused detox water boleh menguruskan badan secara sihat tanpa pengambil sebarang produk pengurusan badan. Sangat berkesan, jimat dan mudah untuk disediakan. Bahan utama adalah air yang memang sepatutnya kita minum air banyak dalam proses pengurusan badan ni dan bahan lain adalah campuran buah, herba dan bahan yang sesuai untuk digunakan.

Air detox ni menggalakan kita minum air lebih banyak disebabkan air detox lebih sedap dengan pelbagai campuran dari air kosong tu kan. Secara tak lansung air ni boleh menjadi tujuan detox bergantung pada resepi campuran yang digunakan.

Antara 5 jenis buah Air detox untuk tenaga dan cuci perut.

1) Oren, lemon, dan halia.

Buah Oren membantu dalam peredaran darah yang sihat, lemon membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia adalah sistem imun booster terkenal.

2) Timun, raspberry dan anggur

Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin, Raspberi mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun.

3) Rhubarb, epal, dan Kulit Kayu Manis

Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah, epal mempunyai mengekalkan kesihatan tulang dan tisu kesihatan, dan kayu manis adalah salah satu yang paling berkesan sebagai penggalak metabolisme.

4) Strawberry and Limau

Strawberi penuh dengan anti-oksidan, dan limau adalah sangat baik senjata anti-penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.

5) Nenas and mint

Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan artritis, dan mint menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.

Cara untuk buat air detox :

Potong bahan bahan mengikut citarasa
Letakkan potongan tersebut di bawah jar, kemudian tambahkan ais diatas potongan bahan tersebut.
Masukkan air sehingga penuh 1 liter dan tutup.
Biarkan semalaman sehingga bahan sebati dalam peti ais.
Boleh minum bila bila masa sahaja macam minum air kosong cuma air detox lebih sedap berperisa

Antara kebaikan air detox ni :

pH dan tahap gula dalam darah yang seimbang
yang dibersihkan dan kawal usus
penurunan berat badan (lemak, bukan air)
beban toksin berkurangan
sistem imun diperkukuhkan
elak sembelit kehilangan keinginan untuk gula dan perangsang yang lain 
pembersihan sel dan pembinaan semula
berseri dan kulit sihat
sakit berkurangan dan alahan
tahap tenaga meningkat

Beberapa Penerangan Ringkas untuk membuat Air Detox

1) Air Detox untuk pembakaran lemak, pencernaan dan sakit kepala

Ramai yang tahu teh hijau bagus untuk mengurangkan berat badan. Untuk membuat air detox atau infused water ni bila dicampurkan teh hijau, daun pudina dan limau nipis insyaAllah membantu untuk pembakaran lemak dalam badan, mudah untuk sistem pencernaan kita dan mengurangkan sakit kepala.

2) Air Detox untuk sokongan gula dalam darah dan penghadaman

Infused water ni juga bagus untuk mereka yang kekurangan dalam darah.Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Campuran timun, strawberi dan kiwi berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan baik.

3) Air Detox untuk penghidratan, pencernaan & kawalan selera makan

Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu untuk menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan kita. Dalam kita nak diet tu kita dapat sekali 3 pakej ni mesti suka kan. Kalau orang yang baru lagi nak diet tu, nak kawal selera makan sangat la susah kan.. Dengan infused water ni insyaAllah dapat membantu proses diet kita lebih cepat bertindak.

4) Air Detox untuk pertahanan imun, pencernaan & pedih ulu hati

sistem pertahanan pada tubuh manusia sangat berguna untuk menjaga kita agar dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Dengan sistem imun kita dapat terhindar dari berbagai macam penyakit yang berada di sekitar kita. Infused water dari limau nipis, limau dan lemon dapat meningkat pertahanan sistem imun sekaligus memudahkan perncernaan dan membantu apabila pedih ulu hati.

5) Air Detox untuk kempiskan perut

Resipi kali ni sangat membantu sesiapa yang perut boroi dan buncit. Hehe.. Infused water dari bahan-bahan seperti timun, daun pudina, lemon dan halia sangat bagus untuk mendapat perut yang menawan.

‪#‎dapatkanHerblax‬&Alfalfa untuk detoks termudah!!
Wasap:012-6818241 ida omar

enjoy!!

Tuesday, March 10, 2015

Jatuh CInta dengan VIVIX SHAKLEE



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...



Kehebatan dan Kebaikan Vivix Shaklee


Vivix memang berbaloi-baloi


Hari ini saya nak berceloteh mengenai Vivix Shaklee! Apa tu Vivix? Pernah dengar ke? Apa kehebatannya? Jom kita baca untuk mengetahui mengapa ramai jatuh cinta dengan kehebatan dan kebaikan vivix shaklee ni?



Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi polifenol. Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat dengan campuran botani eksklusif yang terdiri daripada poligonum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ung. 



Vivix atau lebih popular dipanggil sirap Shaklee kerana cecair vivix ni berwarna merah. Vivix Shaklee merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia. 


Apakah kehebatan Vivix Shaklee?

a) Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.


b) Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia ~ setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.


c) Vivix melambatkan pembentukkan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakkan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.


d) Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)




Bagaimana Vivix bertindak dengan berkesan?

Rahsianya kerana Vivix melindungi dan membaikpulih sel DNA kita di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan.


Kebaikan Vivix Shaklee


* Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru menjalani pembedahan


* Memelihara keseluruhan kesihatan


* Anti oksida yang sangat baik - awet muda


* Membantu anda merasa lebih bertenaga


* Mengurangkan risiko kanser


* Membantu pesakit diabetic


* Menguatkan sistem imun



Masih tak percaya bahawa Vivix ni power? Jom kita baca testimoni di bawah ini...

Testimoni Vivix #1


Testimoni Vivix #2





Testimoni Vivix #3


Testimoni Vivix #4

Kalau berminat nak order terus,boleh jer klik terus


kalau nak dapatkan pandangan ida dulu,pm ja

012-6818241 


Perhatian - Vivix tidak sesuai untuk ibu hamil, menyusu dan mereka yang berumur bawah 18 tahun
Produk ini bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit

Monday, March 9, 2015

DIET & DIABETES


Terima Kasih Allah... 



Assalamualaikum sahabat...



DIET & DIABETES



Pengawalan pengambilan diet adalah salah satu faktor yang penting di dalam pengawalan tahap gula darah. Ini merupakan kunci pengurusan bagi kedua-dua jenis Diabetes Mellitus. Pengambilan diet hendaklah sekata sepanjang hari dan hendaklah konsisten hari demi hari.

Diet Diabetes adalah diet yang sihat dan sesuai diikuti oleh semua orang. Bagi pesakit diabetes, mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana jenis makanan yang dimakan sangat mempengaruhi paras gula darah.

Pengambilan diet harian bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan serta keadaan penyakit anda.

Diet harian mestilah seimbang iaitu mengandungi semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan yang baik dan memberikan tenaga yang mencukupi bagi menjalankan tugas seharian.

Cadangan pembahagian kalori:

30% : Lemak

55% : Karbohidrat

15% : Protein



Matlamat Rawatan Diet 

1. Untuk mengawal paras glukosa dalam darah serta mencegah kehilangan glukosa di dalam urin.

2. Untuk mendapatkan atau mengekalkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian dan umur.

3. Untuk mengekalkan kalori yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti harian.

4. Untuk menjadikan diet yang baru ini sesuai dengan cara hidup pesakit.

5. Untuk melambatkan atau mengelakkan komplikasi Diabetes.



Prinsip asas diet untuk pesakit Diabetes IDDM dan NIDDM adalah sama. Pesakit perlu memahami 3 perkara penting iaitu:

1. Apa yang hendak dimakan

2. Waktu makan yang sesuai

3. Amaun makanan yang boleh dimakan



Apa yang Hendak Dimakan?

Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetes.



1. Makanan yang perlu DIELAKKAN

Makanan/ minuman yang mengandungi gula ringkas. Gula ringkas akan meningkatkan tahap gula dalam darah dengan kadar yang cepat.

Contoh: Gula pasir, gula melaka, gula merah, gula batu, gula-gula, sirap, jeruk, halwa, kuih-kuih manis, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, minuman ringan, coklat, madu lebah, jem (kecuali jem untuk diabetis), semua makanan bersalut gula, dll.





2. Makanan yang perlu DIHADKAN

Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks. Makanan dalam kumpulan ini boleh diambil dalam jumlah yang sederhana banyaknya. Makanan dalam kumpulan ini akan dicerna dan diserap dengan perlahan-lahan, dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan aras gula darah secara mendadak. Pengambilan makanan dalam kumpulan ini haruslah diagihkan pengambilan sepanjang hari, bukan dimakan sekaligus dengan banyak.

Contoh: Nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mee, semua jenis tepung, semua jenis ubi, buah-buahan/ jus, sayuran berkanji (labu), jagung, serbuk coklat, dll.



3. Makanan yang BEBAS dimakan

Contoh: Air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran, ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili, herba, dll.



Pengambilan Serat yang Betul

Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air – ia membantu melambatkan penyerapan nutrien) dan serat tak larut (tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan – membantu mengelakkan sembelit). Serat yang tak larut boleh digunakan di dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolesterol ke aliran darah. Saranan pengambilan serat: 30-40gm sehari.

Contoh makanan yang mengandungi serat: Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta, dll.



Pengambilan Lemak yang Betul

Jenis lemak yang boleh dimakan adalah amat penting. Terdapat dua jenis lemak:

1. Lemak Tepu: Sumber utamanya adalah dari sumber haiwan iaitu daging yang berlemak, kulit ayam, lemak pada ayam, susu penuh krim, mentega, keju dan dari sumber tumbuhan ialah santan kelapa. Lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap lemak dan kolesterol darah.

2. Lemak Tak Tepu:

a) Lemak Poli Tak Tepu

Jenis lemak ini boleh didapati pada minyak jagung, minyak sayuran, minyak bunga matahari, dan minyak soya. Kajian menunjukkan lemak poli tak tepu boleh menurunkan tahap kolesterol darah. Walaubagaimanapun, pengambilannya perlu dalam kadar yang ‘sederhana’.

b) Lemak Mono Tak Tepu

Dijumpai dalam minyak kanola, minyak zaiton, minyak saflower dan minyak bijan. Kajian terkini mendapati lemak mono tak tepu boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.



Pengambilan Protein yang Betul

Protein diperlukan untuk memperbaiki tisu tubuh dan memastikan pertumbuhan yang sempurna pada kanak-kanak. Pengambilan protein 15% – 20% daripada jumlah tenaga yang diambil adalah disyorkan.

Protein boleh didapati dari sumber bijirin (roti, beras, pasta, tepung, soya serta hasilannya dll) atau dari sumber haiwan (daging, ikan, telur, ayam dan produk tenusu). Ini perlulah diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian anda.



Pengambilan Vitamin dan Zat Galian yang Mencukupi

Kajian mendapati bahawa kekurangan zat galian seperti kromium dan selenium mempunyai kesan ke atas insiden diabetes. Kromium mempunyai fungsi untuk menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk medapat diabetes.

Kajian juga menunjukkan bahawa anti-oksidan seperti vitamin C dan E serta beta keroten (sejenis vitamin A larut air) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan diabetes.



Sumber: Panduan Pesakit Diabetes, Unit Pendidikan Kesihatan, Hospital Kangar.



PROGRAM DIABETES SHAKLEE

Apakah supplement Shaklee yang boleh diambil untuk membantu pesakit diabetes?

Suplemen asas untuk kencing manis ialah sepertimana berikut:

1. ESP (Energizing Soy Protein) : Berindeks glisemik (GI) rendah. Sangat sesuai utk pesakit diabetes.

2. Vitalea Iron Formula : Imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.

3. GLA Complex: Memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy.

4. Alfalfa Complex : Sumber serat yang membantu menstabilkan gula dalam darah.

5. Vitamin C : Mengukuhkan kapilari dan salur darah.

6. Zinc Complex : Membantu penghasilan insulin & pemulihan luka.

7. Vivix : Sumber anti-oksidan terbaik.