Ads

jom kita kawan

Monday, November 10, 2014

2 JENIS BUASIR







Terima Kasih Allah... 



Assalamualaikum sahabat...

Hari ni ida nak berkongsi pasal BUASIR pulak yer..
Bagi ibu-ibu yang sedang hamil,lepas bersalin,majority mempunyai masalah ini kan??

Buasir tu apa dia sebenarnya???

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memeri' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.




Terdapat 2jenis buasir iaitu:


MAAF JIKA GAMBAR SANGAT NGERI 


i) Buasir dalaman - lazimnya buasir jenis ini tidak terasa sakit @ gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari saluran najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah.


ii) Buasir luaran - buasir jenis luaran selalunya kita dengar yang mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit, bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.Gejala inilah yang memerlukan perhatian dan rawatan perubatan.Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan @ bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang sebelumnya.


Apakah yang menyebabkan buasir?


Meneran (ketika najis keras @ sembelit)-jika najis keras,anda dinasihatkan untuk ambil Herblax yangboleh melembutkan najis

Cirit-birit

Duduk mencangkung terlalu lama

Batuk yg teruk

Bersalin

Mengangkat barang berat

Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan homoseksual


Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir sekiranya mempunyai ahli keluarga yang menghidap buasir serta sering mengalami masalah sembelit.


Di sini saya cadangkan beberapa jenis supplement bagi membantu masalah buasir anda, antaranya ialah Zinc Complex, Ostematrix dan Omega Guard




OSTEMATRIX : membantu untuk mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur


ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit.ZINC COMPLEX membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.


OMEGA GUARD : Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.


TIP ELAK SEMBELIT
Selain ambil bekalan supplemen,anda juga dinasihatkan untuk banyakkan minum air kosong,makan buah-buahan dan makan sayur..

Jika anda dalam pantang,1 petua yang boleh ida kongsikan untuk elakkan sembelit ialah banyakkan makan sayur sawi dan epal hijau..



Untuk dapatkan konsultasi daripada saya secara exclusive/atau inginkan produk ni dengan harga PROMOSI,
boleh wassap

012-6818241
ida omar

@
jika ingin beli terus,boleh 


sekian,moga bermanfaat

Sunday, November 9, 2014

5 Jenis RUAM


Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...

Harini Ida nak share pasal RUAM yer.Ruam yang berlaku pada anak2 kita,pada kita sendiri..

Ruam boleh berlaku dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak disebabkan oleh sesuatu yang memberi iritasi kepada kulit. Ruam akan bermula dalam jangka masa 48 jam selepas terkena dengan alergik atau bahan penyebab (dermatitis). Bercakap mengenai masalah kesihatan berkaitan kulit, antara yang paling biasa tetapi menjengkelkan adalah masalah ruam pada kulit. Lazimnya dilihat berlaku pada kawasan kulit yang mudah berpeluh, ruam menjadi masalah kulit yang membimbangkan ramai orang. Ruam merupakan satu masalah kecil yang sebenarnya boleh dihindari dengan rawatan di rumah sahaja. Namun, dalam keadaan tertentu ruam turut memerlukan rawatan klinikal. Dermatitis akan mengakibatkan kemerahan pada kulit atau ruam dengan tompokan merah. Ruam atau dermatitis yang lebih teruk menyebabkan masalah yang lebih buruk seperti bengkak, kemerahan dan luka.


Antara Punca - Punca ruam adalah :


Ruam bukan selalunya berlaku pada kali pertama anda berhubung dengan alergen atau bahan iritasi. Keadaan apabila berlakunya tindak balas dengan bahan tersebut, menyebabkan berlakunya ruam. Ruam tidak merbahaya tetapi lazimnya menyebabkan kegatalan, kadangkala sehingga terluka. Antara alergen utama yang menyebabkan berlakunya ruam atau dermatitis ialah - Tumbuhan beracun seperti ivy, oak atau sumac, Sabun, bahan pencuci, syampu, minyak wangi, kosmetik atau losyen, Barang kemas atau fabrik.

Ruam juga didapati muncul selepas terdedah kepada serangga atau parasit seperti hama. Anda boleh mendapat ruam apabila anda berjalan ke kawasan luar bandar atau mengembara di dalam hutan. Ruam menjadi penanda masalah kulit yang kronik seperti jerawat, ekzema, psoriasis atau dermatitis seborrheic. Sebab-sebab lain termasuk ruam kering, cuaca sejuk, cuaca yang amat panas (ruam panas) dan tekanan emosi. Emosi seperti kekecewaan atau rasa malu boleh menyebabkan ruam yang gatal. 

Keperluan untuk rawatan perubatan sering bergantung kepada gejala-gejala. Terdapat ruam yang berlaku dengan gejala-gejala lain seperti sesak nafas atau demam, menandakan sejenis tindak balas alahan atau jangkitan yang serius. Periksa tanda-tanda anda untuk memutuskan jika dan apabila anda perlu berjumpa doktor. Anda juga harus lah perlu tahu jenis-jenis ruam.


Antara Jenis-Jenis Ruam Adalah :


1) Ruam Panas ....kepanasan yang terlampau boleh buatkan bayi rimas dan kulit terjejas, naik bintik2 merah seakan-akan jerawat. Selalunya dikawasan pelipatan seperti leher,pelipatan siku,dicelah-celah kulit berketak-ketak. Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal (miliria), adalah erupsi kulit yang boleh timbul apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap. Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang oleh ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, jangan panik; ianya mungkin hanya ruam panas. pabila panas dan lembap di luar, anak anda akan berpeluh untuk menyejukkan badannya. Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas sebab kelenjar peluh mereka belum lagi matang sepenuhnya. Pakaian ketat atau tebal akan menakung peluh juga, menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk. Kanak-kanak boleh mendapat ruam panas dari apa saja yang menyebabkan dia banyak berpeluh, seperti suhu tinggi atau dia berlari-lari main di persekitaran yang panas.




2) Ruam Susu ....kesan daripada lelehan susu yg dibiarkan dan tidak dilap, bintik-bintik putih di muka, leher dan atas dada bayi. Ruam susu biasa nya terdapat pada kulit si kecil terlihat kemerahan, membengkak, dan bersisik di sekitar pipi. Ruam ini menimbulkan rasa gatal dan memicu anak menggaruk area yang terkena ruam, membuat anak gelisah dan rewel. Rasa gatal semakin menjadi-jadi saat malam hari dan sangat mengganggu tidur anak. Pipi adalah kawasan kulit bayi yang sering terkena titisan susu. Keadaan ini disebabkan juga bayi tersebut mengalami alahan kepada susu berasakan protien lembu yang diberikan, terutama bagi mereka yang berada di peringkat usia yang masih muda. jesteru itu, ibu bapa harus lah menukarkan susu lembu kepada susu yang berasakan soya. Ibu bapa juga haruslah memastikan setiap maknanan yang di berikan kepada bayi adalah selamat untk dimakan terutama pada peringkat awal tumbesaran mereka.



3) Ruam Lampin ....terlalu lama dibiarkan memakai kain lampin/lampin pakai buang, kulit jadi merah dan radang sama ada di sekitar punggung bayi atau di celah peha. Kandungan dalam lampin pakai buang seperti bahan kimia, losyen atau bahan wangian boleh meningkatkan sensitiviti terhadap ruam berbanding lampin kain. Walau bagaimanapun, lampin pakai buang lebih menyerap lembapan dan bayi anda akan lebih kering. Maka, risiko terhadap ruam juga berkurangan. Menariknya, kajian menunjukkan reaksi bayi terhadap lampin kain atau lampin pakain buang adalah berbeza-beza. Sesetengah bayi kurang risiko ruam lampin apabila memakai lampin kain atau pun sebaliknya. Untuk jalan penyelesaian mudah, pastikan anda menyalin lampin secepat mungkin selepas anak anda membuang air kecil atau besar kerana pendedahan kulit terhadap najis dan air kencing akan meningkatkan risiko ruam lampin. Jika anak anda mempunyai ruam lampin yang teruk, pertimbangkan menukar jenis lampin yang dipakai sama ada lampin kain atau lampin pakai buang. Jangan lupa untuk mendapatkan nasihat doktor kerana mungkin terdapat juga faktor lain yang memainkan peranan dalam ruam yang dialami.





4) ekzema ....rasa gatal dan tak selesa. Tahap lebih teruk sehingga berdarah dan keluar air. Selalunya boleh tengok pada pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari kaki. Ada dermatis - kemerahan, kuping, bengkak. Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis atau ekzema atopik(ekzema bentuk yang paling biasa). Ekzema atopik selalunya berlaku dikalangan kanak-kanak, tetapi ia boleh juga berlaku keatas orang dewasa atau dikalangan mereka yang usia lanjut. Untuk pengetahuan anda juga, ekzema adalah keadaan kulit yang kronik di mana kulit menjadi gatal, merah, kering dan merekah. Kira-kira 30% daripada semua keputusan diagnosis keatas simptom kulit melibatkan ekzema atopik. Ia memberi kesan yang sama kepada lelaki mahu pun wanita serta orang-orang dari latar belakang etnik yang berbeza. Kebanyakan kes di Eropah Barat, Amerika Utara dan Australia menjelaskan bilangan orang ramai yang dijangkiti penyakit ekzema ini telah meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini dan ini termasuklah di Asia dan Malaysia.





5) Allergy ....kulit merah dan gatal dgn tiba2, biasanya berpunca drpd pemakanan, habuk, cuaca, serangga, ubat dan bulu binatang. Ini tak berpanjangan.Sebenarnya, alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. Sistem keimunan badan bertindak balas terhadap alergen bahan yang membangkitkan reaksi dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti kongesi hidung serta sistem respiratori, gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau cirit-birit, mata berair dan gatal, dan ruam gatal. Tidak semestinya, dan agak sukar dikesan bagi bayi. Contohnya, ramai bayi akan mendapat lelah apabila diserang infeksi saluran pernafasan respiratori atas. Ini sebenarnya bukan tanda alergi, dan kebanyakan bayi akan hilang kecenderungan untuk mendapat lelah apabila mereka menjadi matang. Sekiranya lelah itu berlaku tanpa selesema, dan masih kekal apabila dia mencapai usia tiga tahun, pakar pediatrik anda mungkin akan meminta anda supaya menyimpan buku catatan setiap kali bayi anda menunjukkan simptom ini. Diagnosis asma lazimnya boleh dibuat berdasarkan sejarah bayi dan tindak balasnya terhadap ubat bronchodilators yang melegakan.




Kebanyakan ruam akan hilang tanpa rawatan perubatan. Rawatan di rumah selalunya boleh melegakan kesakitan dan gatal-gatal sehingga ruam hilang. Jika anda mempunyai ruam, anda tidak perlu berada dalam hubungan dengan kanak-kanak atau wanita hamil. Kebanyakan virus yang menyebabkan ruam adalah berjangkit, terutamanya jika ia turut menyebabkan demam.

Untuk RUAM DEWASA- ORDER NOW!!
Untuk RUAM ANAK2 KECIL- ORDER NOW

P/S: AWAS!! Untuk anak2 yang bawah 1 tahun,dilarang ambik VIT.C Chew& MEALSHAKE kecuali atas risiko sendiri..cukup gunakan Herbalblend sebagai sapuan.Dan Ibu yang menyusu ambik Vit.C dan Bcomp supaya kesannya dapat juga pada anak.

untuk pertanyaan lanjut,boleh hubungi saya terus yer

012-6818241
ida omar
penasihat kesihatan anda


5 Tip merawat Resdung



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...


Ada tak antara kawan-kawan ida yang ada RESDUNG??
Pernah tak korang duk auchemm..auchemmm..auchemmm tiap2 pagi??(bersin ler tuu) :P
dah puas berubat tapi belum ada rezeki nak sembuh..
dah habis makanan pantang tak boleh makan tapi macam tu la jugak..








tengok gambar2 kat atas tu..scary je kan???

 Jom saya bagi sedikit tip bagaimana mengurangkan resdung.

Jika korang sedang mendapatkan rawatan resdung, boleh baca kombinasi doa-doa ini:


1.Baca surah al-Fatihah

2.Baca Selawat syifa'

3.Baca Surah al-Israa' ayat 82 ...7 kali sambil tangan memegang hidung

4.Baca doa di bawah ini 7 kali sambil tangan kanan memegang hidung



5. Hiris halus 3 biji bawang merah,ambik 2 helai daun sirij dan secubit biji sawi..Masukkan kedalam magkuk dan tuangkan air yang mendidih.wapkan ke muka anda.
amalkan selalu.

itu serba sedikit tip yang boleh saya kongsi dengan korang semua..
moga bermanfaat yer..

dan kalau ada yang nak ambik set resdung dengan saya,boleh click terus kt bawah yer..

ORDER NOW!!

dan kalau nak dapatkan consultation dari saya dulu,wasap terus ke 

012-6818241
ida omar

Insyaallah saya cuba yang terbaik tuk korang semua

hug with love






Tuesday, November 4, 2014

Amalan ibu hamil dari bulan 1 - bulan ke 9

Terima Kasih Allah... 


 Assalamualaikum sahabat...



Sekadar perkongsian ilmu yg sy baca dari buku ensiklopedia perbidanan,so sy kongsi serba sedikit apa yang boleh kita sama2 amalkan. sy bukanlah pakar tapi sekurang2nya bagi yang pertama kali hamil,sahabat ada 1 rujukan tentang apa yang nak dibuat.
paling tidak doa apa yang harus kita amalkan,makanan apa yang kita perlu makan,apa pantang larang ibu hamil dll..
apa yg ana baca,ana translatekan mengikut kepahaman kita sbb dlm buku ni byk perkataan2 lama diguna pakai.panjang sketlah entry kali ni..hihihi
dan skli lg sy mtk maaf sbb ada doa2 atau ayat2 suci  al-quran,sy hanya tulis guna rumi jer..jadi sahabat boleh rujuk dalam al-quran je k untuk bacaan,sebutan yang betul.



BULAN PERTAMA
pada waktu ni,x byk perubahan yg berlaku pada bakal ibu kecuali xdtg bulan.bgaimanapun,badan akan rasa amt letih dan akan ada sensitif pada bau-bauan,nafsu makan yg tinggi.ada jgak yg akan suka pada benda yang pelik2.time ni jgk akan rasa loya-loya dan muntah.
bakal ibu akan rasa kelainan pada fizikal dan emosi.

BULAN KEDUA
time ni,ibu akan rasa denyutan jantung akan lebih cepat dari normal. ini kerana organ jantung ibu terpaksa mengepam lebih banyak darah.dlm tempoh ni jgk otak dan kemaluan janin akan mulai terbentuk.
payudara ibu jgk akan rasa mengembang sket.perut terasa kembung dan sensitif.kadang2 akan rasa pitam dan pening. kalau berlaku pitam dan pening2 ni,petua org tua2 suruh kita minum air didih nasi yang pekat digaul dgn garam dan diminum ketika suam.
di penghujung bulan kedua,ibu akan rasa kerap nak buang air kecil,dan susah nk buang air besar. 
pada minggu ke-7,pergerakan janin sudah mulai dikenal pasti.dan ibu disarankan ambil makanan berdaging atau byk makan kekacang seperti soya,sayuran protein spt brokoli.

BULAN KETIGA
uri mula terbentuk dan tisu tulang mula timbul.janin akan membesar sekitar 3 1/2 - 4 inci.sifat janin akan bertambah dengan pembentukan mata dan kelopak mata.jantina bayi juga sudah dapat dikenal pasti.dan bila usia cukup 3 bulan, ibu akan dapat rasa penimbulan ketulan janin terutama pada waktu pagi.
dan ibu perlu banyak berehat serta lebihkan berzikir dan berdoa bagi menjauhi sebarang masalah seperti keguguran. biasanya ibu sangat lemah pada kandungan di tahap ini.
ibu bapa perlu amalkan sikap yang baik,dan jauhi membunuh binatang kerana takut terkenan.
untuk jauhkan keguguran,ibu digalakkan membaca "Ya Malika lmulk"-wahai Yang Empunya Pemerintahan sebanyak 212x selepas solat fardhu dari bulan ke-3 hingga ke-6.ia juga untuk kecerdasan dan kesihatan bayi dalam kandungan.

BULAN KE EMPAT
rasa loya akan berkurang,ibu hamil mula mempunyai nafsu makan. payudara makin membesar dan puting akan berubah warna kelopak tetek menjadi bertambah gelap. perut pulak makin membesae dan timbul satu jalur di bahagian tengah perut bermula dari bahagian hulu hati terus ke bahagian tulang yg terletak betul2 dibawah ari-ari. mengikut ilmu bidan2 melayu ,jaluran itu boleh jadi petanda cara kelahiran bayi nanti.
jaluran yang lurus,tidak putus menandakan proses kelahiran yg bakal dihadapi adalah mudah
jaluran yg tidak lurus menandakan kesukaran.
biasanya jaluran itu akan hilang sesudah 100 hari bersalin.itu pun kalau ibu bijak menjaga diri semasa pantang. time ni jgk ibu akan rasa pergerakan dalam kandungan.

BULAN KELIMA
bayi dah capai saiz 18.5cm dan beratnya 500gram.time ni plak,ibu biasanya akan mengalami sembelit dan akan mudah dapat buasir dan juga masalah lelehan pada faraj. kadangkala lelehan turut menibulkan bau yang tidak menyenangkan serta terasa gatal. oleh itu,ibu haml perlu prihatin terhadap pemakanan. jauhi makan belacan,ikan kering, jeruk,pekasam dan segala makanan laut kecuali ikan.

BULAN KEENAM
apabila masuk minggu -24,bayi mempunyai sifat yang lebih sempurna.Rambut,kening dan bulu mata mulai lebat. kulitnya halus dan bahagian tulang juga mengeras. ukuran panjang ialah 25cm.
pergerakan bayi lebih cerdas dan kadang2 boleh dilihat pada perut ibu.
ibu akan lebih kerap buang air kecil,terasa lenguh2 dan bisa2 dibahagian kaki,belakang pinggang dan sentiasa akan lapar.

BULAN KETUJUH
minggu-28, bayi membesar sekitar 27.5cm.bayi sudah cukup sifat dan jika dilahirkan waktu ini,insyaallah selamat. dan ibu pula akan mengalami selera makan yang tinggi,mengalami masalah kenaikan berat badan.
ketika ini,ibu akan kerap mengalami kejang otot atau sesetengah org panggil "tarik mengkarung". kadang2 terasa badan terlalu berat hingga tercungap2 kerana pendek nafas. ibu hamil juga akn kerap buang kecil dan mula tak selesa untuk tidur waktu malam.dan ibu dinasihatkan jangan ambik minuman sejuk atau makanan sejuk.(tp sy selalu terbabas jgk :( )
dan perbanyakkan amal zikir "YA ZALJALAA LIWALIKRAM" untuk menetapkan dan menstabilkan posisi bayi hingga cukup bulan

BULAN KELAPAN
apabila mggu ke-32,bayi makin cepat membesar.beratnya mningkat 2.5kg-3kg..pnjgnya plak dlm 30cm.
tulang bayi mula mengeras,dan bayi sudah pandai tersedu dan menangis dan mulai tunjuk respon pada sebarang suara dan bunyi-bunyian dan juga cahaya.
kelahiran pada waktu ini ada berisiko kerana bayi mengalami proses penyusunan semulasifat bayi iaitu mengemaskini sifat bayi sebelum kembali alam dunia.
jadi perbanyakkan amal surah Anbiya ayat 87 " LA ILAA HA ILLA ANTA SUBHA NAKA INNI KUNTUU MINA DZOLIMI"- tiada tuhan selain Engkau,Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan org yg zalim.
seterusnya amal ayat Siti Maryam bagi memudahkan bersalin
"HANNA WALADAT MARYAMA WAMARYAMU WALADAT 'ISA UKHRUJ AYYUHAL MAULUD" - Hanna melahirkan Maryam,Maryam melahirkan isa,keluarlah hai anak yang dilahirkan
dan jika terjadi kandungan terlebih masa ata sakit berpanjangan
"ALLAHUM MA YASSIR WALA TU'ASSIR RABBI TAMMIM BILKHOIR"-Wahai Tuhan,mudahkanlah dan janganlah Engkau payahkan,wahai Tuhanku,sempurnakanlah dengan kebaikan.



BULAN KESEMBILAN
sekarang dh smpai masa untuk melahirkan.bayi pun dah ambik kedudukan kt pintu rahim dh.time ni,doa pada 8 bulan td mesti diamalkan hingga tiba masa melahirkan.


selamat beramal untuk sy sdri dan bakal2 ibu...

*sori sy ltk tulisan rumi je bagi ayat2 tersebut.boleh rujuk Al-quran je k..xpun kt hp boleh la install app i-Quran pro..lg senang..hihihi

sambil2 tu,jom follow BeautifulAsywaq sbb byk lg bnda dlm buku ni nk kongsi..hihihi

moga bermanfaat

wassalam.


Monday, November 3, 2014

11 Tip untuk hamil dengan cepat



Terima Kasih Allah... 


Assalamualaikum sahabat...



11 Tip untuk hamil dengan cepat 


Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat. 
Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma. 

8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi. 
Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
Memasak
Bersenam
Mendengar muzik
Membaca dan mendengar audiobooks
Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
Beromantik dengan suami

11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari

kalau inginkan supplement untuk membantu,boleh order sini yer

untuk dapatkan konsultasi dari saya dulu pun boleh
wassap jer terus 
012-6818241
ida omar

moga bermanfaat yer ;-)

DIET SHAKLEE & DIABETES



Terima Kasih Allah... 


Assalamualaikum sahabat...


DIET & DIABETES

Pengawalan pengambilan diet adalah salah satu faktor yang penting di dalam pengawalan tahap gula darah. Ini merupakan kunci pengurusan bagi kedua-dua jenis Diabetes Mellitus. Pengambilan diet hendaklah sekata sepanjang hari dan hendaklah konsisten hari demi hari.

Diet Diabetes adalah diet yang sihat dan sesuai diikuti oleh semua orang. Bagi pesakit diabetes, mereka perlu berhati-hati dalam pemilihan makanan kerana jenis makanan yang dimakan sangat mempengaruhi paras gula darah.

Pengambilan diet harian bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan serta keadaan penyakit anda.

Diet harian mestilah seimbang iaitu mengandungi semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk kesihatan yang baik dan memberikan tenaga yang mencukupi bagi menjalankan tugas seharian.

Cadangan pembahagian kalori:

30% : Lemak

55% : Karbohidrat

15% : Protein



Matlamat Rawatan Diet 

1. Untuk mengawal paras glukosa dalam darah serta mencegah kehilangan glukosa di dalam urin.

2. Untuk mendapatkan atau mengekalkan berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian dan umur.

3. Untuk mengekalkan kalori yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti harian.

4. Untuk menjadikan diet yang baru ini sesuai dengan cara hidup pesakit.

5. Untuk melambatkan atau mengelakkan komplikasi Diabetes.



Prinsip asas diet untuk pesakit Diabetes IDDM dan NIDDM adalah sama. Pesakit perlu memahami 3 perkara penting iaitu:

1. Apa yang hendak dimakan

2. Waktu makan yang sesuai

3. Amaun makanan yang boleh dimakan



Apa yang Hendak Dimakan?

Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetes.



1. Makanan yang perlu DIELAKKAN

Makanan/ minuman yang mengandungi gula ringkas. Gula ringkas akan meningkatkan tahap gula dalam darah dengan kadar yang cepat.

Contoh: Gula pasir, gula melaka, gula merah, gula batu, gula-gula, sirap, jeruk, halwa, kuih-kuih manis, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, minuman ringan, coklat, madu lebah, jem (kecuali jem untuk diabetis), semua makanan bersalut gula, dll.





2. Makanan yang perlu DIHADKAN

Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks. Makanan dalam kumpulan ini boleh diambil dalam jumlah yang sederhana banyaknya. Makanan dalam kumpulan ini akan dicerna dan diserap dengan perlahan-lahan, dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan aras gula darah secara mendadak. Pengambilan makanan dalam kumpulan ini haruslah diagihkan pengambilan sepanjang hari, bukan dimakan sekaligus dengan banyak.

Contoh: Nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mee, semua jenis tepung, semua jenis ubi, buah-buahan/ jus, sayuran berkanji (labu), jagung, serbuk coklat, dll.



3. Makanan yang BEBAS dimakan

Contoh: Air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran, ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili, herba, dll.



Pengambilan Serat yang Betul

Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air – ia membantu melambatkan penyerapan nutrien) dan serat tak larut (tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan – membantu mengelakkan sembelit). Serat yang tak larut boleh digunakan di dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolesterol ke aliran darah. Saranan pengambilan serat: 30-40gm sehari.

Contoh makanan yang mengandungi serat: Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta, dll.



Pengambilan Lemak yang Betul

Jenis lemak yang boleh dimakan adalah amat penting. Terdapat dua jenis lemak:

1. Lemak Tepu: Sumber utamanya adalah dari sumber haiwan iaitu daging yang berlemak, kulit ayam, lemak pada ayam, susu penuh krim, mentega, keju dan dari sumber tumbuhan ialah santan kelapa. Lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap lemak dan kolesterol darah.

2. Lemak Tak Tepu:

a) Lemak Poli Tak Tepu

Jenis lemak ini boleh didapati pada minyak jagung, minyak sayuran, minyak bunga matahari, dan minyak soya. Kajian menunjukkan lemak poli tak tepu boleh menurunkan tahap kolesterol darah. Walaubagaimanapun, pengambilannya perlu dalam kadar yang ‘sederhana’.

b) Lemak Mono Tak Tepu

Dijumpai dalam minyak kanola, minyak zaiton, minyak saflower dan minyak bijan. Kajian terkini mendapati lemak mono tak tepu boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.



Pengambilan Protein yang Betul

Protein diperlukan untuk memperbaiki tisu tubuh dan memastikan pertumbuhan yang sempurna pada kanak-kanak. Pengambilan protein 15% – 20% daripada jumlah tenaga yang diambil adalah disyorkan.

Protein boleh didapati dari sumber bijirin (roti, beras, pasta, tepung, soya serta hasilannya dll) atau dari sumber haiwan (daging, ikan, telur, ayam dan produk tenusu). Ini perlulah diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian anda.



Pengambilan Vitamin dan Zat Galian yang Mencukupi

Kajian mendapati bahawa kekurangan zat galian seperti kromium dan selenium mempunyai kesan ke atas insiden diabetes. Kromium mempunyai fungsi untuk menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk medapat diabetes.

Kajian juga menunjukkan bahawa anti-oksidan seperti vitamin C dan E serta beta keroten (sejenis vitamin A larut air) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan diabetes.



Sumber: Panduan Pesakit Diabetes, Unit Pendidikan Kesihatan, Hospital Kangar.



PROGRAM DIABETES SHAKLEE

Apakah supplement Shaklee yang boleh diambil untuk membantu pesakit diabetes?

Suplemen asas untuk kencing manis ialah sepertimana berikut:

1. ESP (Energizing Soy Protein) : Berindeks glisemik (GI) rendah. Sangat sesuai utk pesakit diabetes.

2. Vitalea Iron Formula : Imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.

3. GLA Complex: Memberi kesan positif kepada diabetic neuropathy.

4. Alfalfa Complex : Sumber serat yang membantu menstabilkan gula dalam darah.

5. Vitamin C : Mengukuhkan kapilari dan salur darah.

6. Zinc Complex : Membantu penghasilan insulin & pemulihan luka.

7. Vivix : Sumber anti-oksidan terbaik.




Friday, October 31, 2014

Kencing Manis Semasa Hamil



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...


Kencing Manis Semasa Hamil dan Diet yang Sesuai


Apa itu Kencing Manis Semasa Hamil (Diabetis Gestasi)?

Sekiranya wanita yang mengandung disahkan menghidapi kencing manis, ia dikenali sebagai diabetis gestasi atau kencing manis semasa hamil. Kebiasaannya setiap wanita mengandung akan menjalani ujian diagnosis untuk mengenal pasti sama ada mereka menghidapi penyakit ini dengan Ujian Toleransi Glukosa Oral (OGTT).

Diabetis Gestasi berlaku kerana perubahan hormon di dalam badan akibat kehamilan. Hormon insulin yang berfungsi untuk mengawal paras gula tidak dapat dihasilkan secukupnya oleh pankreas semasa mengandung. Ini akan mengakibatkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan akan meningkat.

Pada masa yang sama hormon yang dihasilkan oleh uri bayi bagi tujuan tumbesaran turut menghalang badan si ibu menggunakan hormon insulin dengan efisien.

Anda tidak perlu terlalu risau sekiranya disahkan menghidapi Diabetes Gestasi kerana ia bukanlah sesuatu yang luarbiasa. 2 hingga 14% ibu hamil diserang penyakit ini. Gestasi Diabetis berbeza denganDiabetis Jenis 1 dan 2 kerana kebiasaannya paras gula dalam darah akan kembali normal selepas bersalin.

Siapakah yang berisiko untuk mempunyai Diabetis Gestasi?
Indeks jisim badan (BMI) lebih daripada 30;
Dahulu telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
Menghidapi Diabetis Gestasi sebelum ini;
Keluarga mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
Keluarga dari nenek moyang yang mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Kesan Diabetis Gestasi Kepada Bayi dan Si Ibu

Sekiranya ibu hamil tidak mengamalkan langkah penjagaan kesihatan yang optimum, ia mampu memberikan kesan negatif kepada bayi dalam kandungan terutamanya apabila paras gula dalam darah terlalu tinggi.

Gula yang banyak di dalam darah akan merentasi plasenta ke bayi dalam kandungan. Akibatnya, saiz bayi akan menjadi terlalu besar kerana menerima bekalan gula yang banyak. Bayi yang besar menyukarkan proses bersalin, dikhuatiri pembedahan caesarean terpaksa dilakukan.

Menurut kajian, bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami Diabetis Gestasi didapati cenderung untuk mendapat obesiti dan diabetis jenis kedua apabila mereka membesar dewasa.

Tambahan itu, walaupun Diabetis Gestasi ini kebiasaannya akan hilang selepas melahirkan,si ibu boleh mendapat diabetis mellitus jenis kedua yang kronik sekiranya mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengawal paras gula dalam darah.

Rawatan untuk Diabetis Gestasi

Langkah yang terbaik untuk merawat penyakit ini sudah tentu dengan mengubah cara pemakanan dengan lebih sesuai dan sihat. Berikut adalah antara tips diet sihat untuk pesakit Diabetis Gestasi

1. Agihkan jumlah makanan sehari kepada 3 kali waktu makan utama (sarapan, makan tengahari, makan malam) dan 2 ke 3 kali makan ringan setiap hari.

Makan terlalu banyak dalam satu masa boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dengan mendadak. Sebaiknya, amalkan memakan snek seperti roti gandum penuh, buah atau salad di antara waktu makan utama (contoh: minum pagi, minum petang) bagi memastikan anda tidak terlalu lapar kemudian makan dengan banyak semasa waktu makan utama. Namun demikian, pemilihan snek perlulah betul.

Dalam pada itu, jangan pernah tinggalkan waktu makan semasa mengandung kerana bayi dan badan anda memerlukan ekstra nutrisi daripada pelbagai sumber makanan.

2. Makan daripada kumpulan kanji pada kadar yang betul

Kadar yang betul itu bermaksud, lebih kurang 2-3 senduk nasi (rata) atau 2 keping roti. Banyakkan jumlah sayur di dalam pinggan kerana serat pada sayur boleh menjadikan anda kenyang lebih cepat dan lebih lama.

Makanan daripada kumpulan kanji seperti nasi, mi, roti, atau kuih muih berasaskan tepung gandum akan bertukar menjadi gula apabila diproses dalam badan. Sekiranya anda terlalu banyak memakan makanan berasaskan kanji, ia mampu meningkatkan gula dalam darah dengan mendadak.

Terdapat dua jenis makanan berkanji; Kanji kompleks dan Kanji halus. Nasi putih dan roti putih dikenali sebagai kanji halus yang begitu mudah bertukar menjadi gula semasa diproses dalam badan. Makanan ini tidak disarankan dimakan terlalu banyak oleh pesakit diabetis kerana ia mampu meningkatkan kadar gula dengan sangat cepat.

Sebaliknya, anda boleh memakan nasi perang dan roti gandum penuh yang merupakan kanji kompleks. Makanan ini mengambil masa untuk diproses menjadi gula. Justeru, mampu menstabilkan kadar gula dalam darah daripada mencanak naik dengan mendadak. Beras Ponni yang tidak mengandungi kanji juga antara pilihan yang baik.
Makanan kumpulan kanji

3. Minum susu hanya satu gelas (lebih kurang satu mug) pada satu masa

Susu sememangnya berkhasiat kerana kaya dengan kalsium dan ia amat penting untuk diminum semasa mengandung. Namun begitu, susu juga mengandungi karbohidrat. Minum terlalu banyak pada satu masa boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dengan cepat.

4. Hadkan pengambilan buah-buahan

Buah juga makanan berkhasiat tetapi tinggi dengan gula. Anda boleh makan 1 hingga 3 sajian setiap hari tapi jangan makan sekaligus dalam satu masa.Satu sajian bermaksud sebiji bagi buah kecil (epal, pisang, oren) dan sepotong bagi buah besar (tembikai, tembikai susu, betik), 8 biji anggur, 5 biji rambutan dan banyak lagi

5. Kurangkan makanan manis dan pencuci mulut

Kek, kuih, gula-gula dan pastri kebiasaannya mempunyai kandungan kanji halus yang amat tinggi. Makanan ini juga biasanya tinggi lemak dan rendah khasiat. Kurangkan juga pengambilan air manis dan minuman berkarbonat.Selain daripada tips pemakanan sihat diatas, ibu hamil juga perlu mengamalkan gaya hidup aktif seperti bersenam ringan seperti berjalan kaki, menaiki tangga atau membuat kerja rumah – sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Apa yang paling penting, dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar pemakanan untuk cadangan pemakanan dan pengambilan ubat yang betul serta bersesuaian dengan kesihatan anda.
Bersenam semasa mengandung

semoga bermanfaat yer

ida omar
012-681 8241

Petua Ubat Darah Tinggi



Terima Kasih Allah... 


Assalamualaikum sahabat...


Petua Ubat Tradisional Darah Tinggi

Assalamualaikum Cara nak turunkan darah tinggi yang dah sampai 180 ni ialah seperti di bawah. Mohon ma'af mungkin nasihat ini tidak dianjurkan sesetengah pihak doktor, tapi alhamdullillah setakat ini saya yg juga mengidap penyakit ini dapat kontrol darah tinggi ke tahap yang tidak membimbangkan, insyaAllah.


1. Minum jus air belimbing, atau blend buah epal hijau dan buat jus

2. Kalau ada daun pegaga pun boleh di buat jus dan minum airnya

3. Bila darah naik tinggi, duduk dan rehat, dan tenangkan fikiran dari segala stress. Cuba jangan fikirkan masaalah.

4. Bacalah Ayat ayat suci Al Quran semasa berehat dan betul bentul concentrate, kerana ayat Quran juga adalah ubat bagi penyakit. Kalau tak pandai baca, pasang CD Quran dan ikut bacaan. Ataupun baca lah surah surah pendek dan mohon pertolongan Allah.

5. Kalau lapar, jangan makan makanan yang bergaram ..buat sementara potong terus garam utk sehari dua. Makanan yang dibeli juga punyai kadar garam yang tinggi. Buat sementara waktu, makanlah masakan yang tiada bergaram atau kurangkan 90% garam! (Saya anjurkan cubalah makan Quaker Oats ditambahkan pisang dan kismis untuk sehari dua nie, insyaAllah akan turun darah kerana Oats ialah cholesterol buster!)

6. Lebih digalakkan untuk makan masakan berstim seperti ikan yang distim dsbgnya ataupun lebihkan sayur sayuran terutama sekali ulam ulam atau raw salad (tomato, cucumber, lettuce) dsbg. (Kalau saya dalam keadaan ini, saya akan makan buah buahan seperti pisang, limau, belimbing dan buah jambu batu untuk sehari) AVOID AT ALL COST..makanan daging lembu, kambing, ayam buat sementara. Jadi macam vegetarianlaa sekejap.

7. Elakkan sementara makanan bergoreng (deep fried) dan semua Fast Food!

8. Minum jus yang disebut di atas 1- 2 hari sehingga pulih

9. Kalau ada ubat doktor, makan ubat ikut jadual

10. InsyaAllah kalau dapat buat seperti di atas , darah akan turun.

Tambahan

a. Kalau tak keberatan beli OMEGA 3 SHAKLEE dan makan 2 kali sehari
b. Dianjurkan juga untuk memakan VIT.E,GARLIC & ESP dari shaklee 

P/S: AWAS!!UNTUK IBU HAMIL,SILA WASSAP SAYA DULU UNTUK  KONSULTASI (012-6818241 Ida Omar)

c. Tambah makanan seperti fresh fruits, raw salads, whole grains ie.quaker oats, makanan berkacang ie dhall dan peas, kerana orang yang ada darah tinggi kurang calcium, potassium dan magnesium.

Moga sedikit perubahan dalam cara hidup iaitu membuat sedikit senaman dan aktiviti setiap hari, meditasi, dzikrullah tahap darah anda akan stabil ke 140 - 150 .Insyaallah.Bila makan ubat tu, doakan yg kita hanya berusaha, tetapi Allah yang menyembuhkan. Jangan risau, insyaAllah semua ubat ada penyakit melainkan maut. Allah 



NAK ORDER SET DARAH TINGGI???



moga bermanfaat.


untuk maklumat lanjut,boleh pm saya atau
wassap 012-6818241 ida omar

Kelebihan OMEGA 3 Shaklee



Terima Kasih Allah... 



Assalamualaikum sahabat...


26 Kelebihan Omega Guard Shaklee Untuk Semua Orang

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.


Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.


SUMBER OMEGA 3


Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee
1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 
semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.


26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?1. 1.Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

jadi,kita tahu apa yang patut kita buat kan kalau ada masalah yang ida sebut kat atas tu..so cepat2 grab sementara promosi ni yer.

sekian moga bermanfaat.



Atau boleh juga hubungi saya untuk consultation percuma.

012-6818241
ida omar

nak jana income 4-5 angka sebulan pun boleh tw..