Ads

jom kita kawan

Sunday, December 20, 2020

Pergaduhan suami isteri

Apabila berlaku perselisihan antara suami isteri , ingatlah perkara ini :

1 . Dia jodoh yang ditakdirkan untuk kita . Terimalah dengan hati yang terbuka . Usah menyesal dengan takdir .

2 . Allah menguji kita melalui dia . Ujian Allah pasti baik , yakni samada  pengampunan dosa atau pengurnian pahala .

3 . Sedarlah ada pihak ketiga yakni syaitan yang sedang menghasut dalam hati kita dan dia . Hakikatnya , syaitan itulah lawan kita bukan pasangan  kita . 

4 . Ingatlah , kebaikan dan kelebihan  pasangan kita lebih banyak berbanding keburukan dan kelemahannya . 

5 . Jadilah orang pertama memulakan langkah ke arah pembaikan kerana Allah sesungguhnya cinta kepada orang yang dahulu berbuat baik . Meminta maaf , mengakui kesalahan dan kekhilafan diri bukan bererti kalah tetapi itulah kemenangan sebenar di sisi Allah .


Kredit:
🌸 T.me/RahsiaRezkiMelimpah
🌹 Fb.me/rahsiarezkimelimpah769