Ads

jom kita kawan

Sunday, July 28, 2019

WANITA BERGELAR ISTERI





"Abang keluar sekarang! Saya tak suka tengok muka abang!"
Saya ambil kunci. Ambil anak dan masuk kereta.
Isteri call
'Abang pergi mana? Kenapa tinggalkan saya?'
Allahu. Saya patah balik dan masuk rumah.
"Kalau nak keluar, keluarlah. Saya tak paksa pun abang nak pergi mana!"
Saya duk depan pintu. Serba salah nak keluar ke nak masuk ni. Masuk nanti salah, keluar lagilah salah. Saya duduk tepi rak kasut.
"Abang ni, kenapa duduk situ? Kotorkan! Masuklah!"
Saya masuk dengan anak sekali. Kami duduk macam tetamu yang datang nak beraya. Rasa asing di rumah sendiri.
Duduk sampai tertido. Sedar-sedar isteri dah baring di riba. Habis basah airmatanya membasahi seluar saya.
Nak bagitahu apa?
Itulah isteri kita. Dia makhluk yang paling ajaib pernah kita jumpa. Dia tiba-tiba macam bidadari dari syurga, kadang-kadang macam geram je kita rasa. Kadang nak cubit secubitnya.
Allah ciptakan mereka untuk kita. Tak percaya? Buka Al Quran dan bacalah.
Kita yang lelaki ni boleh tegak berdiri.
Perempuan ni memang memang dia punya senget dan kona boleh lari sana sini.
Sabarlah.
Itu sahaja Allah pesan pada kita.
Kalau tak boleh sabar, gigitlah pokok pisang tu berkali-kali!
Via Abu Hurairah Asifa
Share!

Monday, July 22, 2019

9 TESTIMONI PESAKIT STROKE






ANTARA IKHTIAR  SELAIN KE KLINIK

TESTIMONI VIVIX SHAKLEE UNTUK STROKE

TESTIMONI VIVIX STROKE #1 | PERTUTURAN SUAMI MAKIN PULIH SETELAH BERIKAN VIVIX SELAMA 1 TAHUN

Terbaru saya ternampak perkongsian di dalam group iReach tentang suami kepada seorang ahli group. Suaminya menghidap stroke yang turut melemahkan badan dan membuat suami tersebut sangat susah nak bercakap. Kita ikuti kisahnya..


Tapi alhamdulillah biiznillah setelah amalkan Vivix Shaklee, keadaan suaminya hampir pulih.

TESTIMONI VIVIX STROKE #2 | BACAAN KOLESTEROL TURUN & TAK PERLU MAKAN UBAT DARAH TINGGI DENGAN PENGAMBILAN VIVIX


TESTIMONI VIVIX STROKE #3 | DOCTOR NASIHAT TERUSKAN PENGAMBILAN VIVIX UNTUK PULIHKAN MINOR STROKE


TESTIMONI VIVIX STROKE #4 | MAMPU BANGUN DAN BERJALAN SENDIRI SELEPAS 7 HARI AMALKAN VIVIX SHAKLEE


TESTIMONI VIVIX STROKE #5 | BOLEH BERDIRI SELEPAS 2 MINGGU AMALKAN VIVIX


TESTIMONI VIVIX STROKE #6 | PESAKIT STROKE BOLEH BERGERAK SELEPAS 1 MINGGU MINUM VIVIX


TESTIMONI VIVIX STROKE #7 | MILD STROKE PULIH SELEPAS 3 HARI MINUM VIVIX


TESTIMONI VIVIX STROKE #8 | PESAKIT STROKE DAH BOLEH JALAN 


TESTIMONI VIVIX STROKE #9 | STROK SEMAKIN PULIH SELEPAS CONSUME 3 BOTOL VIVIX


Kos Vivix untuk 2 bulan hanya RM475.Sayangi insan tersayang. Beri lah peluang untuk mereka menikmati keindahan setiap saat kehidupan.






KLINIK JEGA, KOTA BHARU

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

KLINIK STROKE ANDA
.
.

Pertama kali ke KLINIK JEGA,seperti yang ramai orang review,sangat bagus untuk orang stroke.

             

 

Jadi,sebagai ikhtiar,kami pun bawa juga abah ke sana.
Ida kongsikan jika anda orang pertama kali nak ke sana.
Call dulu untuk dapatkan maklumat jika Dr.Jeganathan bertugas ataupun tidak.
Dan pergi ke klinik bawa bersama KAD PENGENALAN DIRI.

Jika ingin berjumpa dengn Dr.Jega ,waktu beliau berada di klinik ialah :
Ahad &Rabu : 8am-2pm & 8pm-10.30pm (malam tak pasti buka sampai pukul berapa)
Isnin-Sabtu : 8am-2pm sahaja.

Pada waktu lain,doktor lain yang akan bertugas iaitu DR. AMIR.

Bagi ida,tak kisah doktor mana sebab ubat yang digunakan,sudah tentu ubat yang sama kan? 
Jika anda ingin buat temujanji kali ke-2,call sehari sebelum untuk temujanji. Beri 4 ANGKA TERAKHIR KAD PENGENALAN pesakit. WAJIB CALL!! Kalau nak terus pergi,pastikan sampai disana sebelum pukul 8 pagi.

Sebab klinik ini sangat ramaiii pesakitnya.

Dan selepas buat panggilan temujanji,jika ada saudara mara di KOTA BHARU,boleh minta tolong ke KLINIK JEGA pada hari temujanji UNTUK MENGAMBIL NOMBOR GILIRAN. (Pastikan anda buat anggaran yang lebih kurang untuk pesakit sendiri sampai di klinik,jika tak terlepas nombor giliran nanti)

Kali pertama bawa aboh,kami pergi pukul 2pm dan buat temujanji. Turn aboh pukul 3.30pm. Jadi,kami balik ke homestay dulu untuk aboh makan dan solat.

Selepas 3hari cucuk di klinik ni,dengan izin Allah,aboh dah boleh berdiri dan duduk sendiri yang mana sebelum ini,semua perlu diangkat.

Kali kedua pergi,Ida buat temujanji pada pukul 8.30malam. Pagi esoknya,kami bertolak dari KUALA LIPIS dan sampai di KLINIK JEGA pukul 9.30pagi.

Ambil nombor,turn aboh NO.55! Memang ramai betul tiap pagi kat klinik ni. Kebanyakan memang orang yang stroke.

Bagi anda yang berada jauh dari KOTA BHARU,seeloknya carilah homestay untuk bermalam. Supaya tak kelam kabut.

Susun temujanji mengikut kesesuaian anda.
Semua dengan izin Allah jua bagaimana pun kn.
Moga anda sentiasa sihat 
Ni ida kongsikan 
NO TELEFON KLINIK JEGA : 09 -7441758

COORDINATE: 3585, Jalan Ismail, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan @6.128789,102.238062

Atau boleh juga hubungi saya jika ada yang nak tanya
www.wasap.my/60126818241


SHARE lah mana tahu ada orang yang memerlukan.

Monday, July 1, 2019

IKHTIAR KURANGKAN SAKIT ENDOMETRIOSIS TANPA PEMBEDAHAN


Cara Merawat Endometriosis Tanpa Pembedahan

 

Assalamualaikum w.b.t 

Sungguh beruntung menjadi seorang wanita tau. Ini kerana kita dianugerahkan rahim dalam badan dan ia adalah organ yang sangat penting untuk pembiakan. Namun, ada di kalangan kita yang kurang bernasib baik kerana diuji dan salah satu penyakit yang biasa dihadapi ialah endometriosis

KENALI ENDOMETRIOSIS

Berlaku apabila tisu yang membentuk lapisan rahim hadir pada organ-organ lain di dalam badan kita. Biasanya ditemui di bahagian bawah abdomen atau pelvis, tetapi boleh muncul di mana-mana di dalam badan. Ia boleh wujud atau tumbuh di bahagian ovari, pundi kencing, usus, rektum dan lain-lain.

SIMPTOM ENDOMETRIOSIS

Wanita dengan endometriosis sering mengalami sakit iaitu di bahagian abdomen,sakit di bahagian pelvis,pendarahan vagina yang tidak normal,sakit dengan datangnya haid atau sakit dengan hubungan seks, danb oleh mempunyai kesukaran untuk hamil. 

Atau simptom usus besar dan pundi kencing(seperti sakit dengan pembuangan air besar, perut kembung, sembelit,  darah dalam air kencing atau sakit semasa membuang air kecil. 

Sebaliknya, sesetengah wanita dengan endometriosis mungkin tidak mempunyai simptom sama sekali. Endometriosis ini dianggarkan melibatkan 3-10% wanita yang berada dalam lingkungan umur yang boleh melahirkan anak.

Semasa proses kitaran haid pada setiap bulan, tisu dalam rahim akan membesar dan menjadi tebal, seterusnya telur akan merembeskan hormon yang akan menghakis tisu tersebut dan ianya akan keluar sebagai darah haid.

Bagi tisu yang wujud di luar rahim (endometriosis), ini tidak berlaku. Kemungkinan tisu ini akan berdarah sedikit tetapi tidak dapat keluar daripada bahagian badan dan menyebabkan penggumpalan darah di kawasan itu.


MENGAPA RASA SAKIT?

Apabila seorang wanita dengan endometriosis mengalami haid, dia mengalami pendarahan bukan sahaja dari sel-sel dan tisu di dalam rahim, tetapi juga boleh mempunyai pendarahan dari sel-sel dan tisu di luar rahim.

Apabila darah menyentuh organ-organ lain, terutama di dalam abdomen, ia boleh menyebabkan keradangan dan kerengsaan, ini mewujudkan kesakitan.

Kadang-kadang tisu parut juga boleh terbentuk dari endometriosis yang juga boleh menyumbang kepada kesakitan.

Jadi tisu rahim yang membengkak atau berdarah tadi adalah punca kesakitan yang dialami oleh mereka yang menghidapi penyakit ini.


.