Ads

jom kita kawan

Tuesday, October 9, 2018

Bersentuhan antara suami isteri batal wudhu atau tidak?


Bersentuhan antara suami isteri batal wudhu atau tidak?

Salam Ustaz, Saya ingin mengetahui tentang wuduk. Adakah batal wuduk itu bila bersentuhan antara suami & isteri. Ada yang berpendapat batal wuduk itu dan ada yang tidak batal.

Jawapan:

Oleh: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak

Dalam masaalah ini para ulama berbeza pendapat kepada 3 golongan:

1. Berpandangan menyentuh atau bersentuhan antara lelaki dan wanita (termausk suami dan isteri) membatalkan wudhu dalam apa keadaan sekalipun, samaada sentuhan itu beserta syahwat ataupun tidak. Inilah pandangan mazhab al-Imam al-Syafie R.H.

Dalilnya mazhab pertama antaranya:

i- Ayat al-Quran:

أَوْ لاَمَسْتُمُ النِّسَاء

Maksudnya: “Atau kamu menyentuh wanita.” – maka kamu perlu mengambil wudhu.

2. Berpandangan menyentuh wanita tidak membatalkan wudhu samaada sentuh dengan syahwat ataupun tidak. Ini adalah pandangan dalam mazhab Hanafi R.H.

Dalil mazhab kedua antaranya:

i. Hukum asal orang yang berwudhu adalah kekal wudhunya selama-mana tidak ada dalil yang menunjukkan sesuatu perkara yang dilakukannya itu membatalkan wudhunya. Maka dalam bab menyentuh wanita ini tidak ada dalil yang menunjukkan ia membatalkan wudhu. Adapun tentang ayat di atas, mazhab Hanafi memahami ianya membawa maksud bersetubuh bukan bersentuhan dalam ertikata kulit dengan kulit semata-mata. Selain itu terdapat hadith yang menunjukkan bersentuhan semata-mata tidak membatalkan wudhu, dan hadith-hadith ini menguatkan lagi pandangan mazhab Hanafi yang mengatakan maksud sentuhan di dalam ayat di atas adalah dimaksudkan kepada jima’ atau bersetubuh. Hadith-hadith tersebut ialah:

ii. Daripada ‘Aisyah R.’anha:

كُنْتُ أَنَامُ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرِجْلَايَ فِي قِبْلَتِهِ فَإِذَا سَجَدَ غَمَزَنِي فَقَبَضْتُ رِجْلَيَّ فَإِذَا قَامَ بَسَطْتُهُمَا

Maksudnya: “Aku pernah tidur dihadapan Rasulullah S.A.W. dalam keadaan dua kaki-ku di hadapan kiblat baginda (dan baginda sedang menunaikan solat), lalu apabila baginda hendak sujud, baginda memegang kaki-ku, lalu akupun menarik kaki-ku (untuk membolehkan baginda sujud), apabila baginda bangun, aku lunjurkan semula dua kaki-ku tadi.” (HR al-Bukhari)

iii. Daripada ‘Aisyah juga:

فَقَدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً مِنْ الْفِرَاشِ فَالْتَمَسْتُهُ فَوَقَعَتْ يَدِي عَلَى بَطْنِ قَدَمَيْهِ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ وَهُمَا مَنْصُوبَتَانِ وَهُوَ يَقُولُ : اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ

Maksudnya: “Aku kehilangan Rasulullah S.A.W. pada suatu malam di tempat tidur-ku, aku meraba-raba mencari baginda, lalu dua tanganku tersentuh belakang kakinya, dan baginda di dalam masjid (sedang sujud menunaikan solat), kedua-dua kaki baginda itu ditegakkan, dan baginda membaca: “Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan keredhaan-Mu dari kemurkaan-Mu, dan dengan kemaafan-Mu dari kemuerkaan-Mu.” (HR Muslim)

Zahir dari kedua-dua hadith ini jelas menunjukkan Nabi S.A.W. pernah menyentuh ‘Aisyah R.A. ketika baginda menunaikan solat. Demikian juga ‘Aisyah R.A. juga pernah menyentuh Nabi S.A.W. ketika baginda menunaikan solat. Jika sentuhan antara lelaki dan wanita itu membatalkan wudhu sudah tentu Nabi S.A.W. akan membatalkan solatnya disebabkan wudhu baginda terbatal kerana baginda telah disentuh oleh ‘Aisyah.

Para ulama dari mazhab al-Syafie mengemukan jawapan terhadap hadith ini. Namun jawapan mereka dianggap lemah oleh ulama mazhab lainnya, iaitulah mereka berpendapat barangkali sentuhan yang berlaku antara Nabi S.A.W. dan ‘Aisyah itu berlaku dengan berlapik. Alasan ini dianggap lemah oleh ulama mazhab lainnya, sehingga al-Syaukani berkata: “Takwilan ini merupakan takalluf dan bersalahan dengan zahir (dalil).”

3. Berpendapat bersentuhan antara lelaki dan perempuan dengan syahwat membatalkan wudhu jika tanpa syahwat tidak membatalkan wudhu. Ini adalah mazhab Malik dan Hambali.

Pandangan ini merupakan hasil daripada menggabungkan antara nas-nas yang ada dalam masaalah ini, iaitu ayat al-Quran yang bermaksud: “Atau apabila kamu menyentuh

wanita (kamu perlu berwudhu)” kerana zahir ayat ini menunjukkan seolah-olah batal wudhu dengan hanya bersentuhan antara lalaki dan wanita, dengan hadith-hadith yang menunjukkan berlakunya persentuhan antara Nabi dan ‘Aisyah, dan baginda tidak memperbaharui wudhu.

Sebahagian ulama, terutama yang berpendapat tidak batal wudhu dengan bersentuhan antara lelaki dan wanita berpendapat, cara menggabungkan nas-nas seperti yang dilakukan oleh ulama mazhab Malik dan Hambali ini benar jika ayat al-Quran di atas memaksudkan dengan bersentuhan itu adalah semata-mata bersentuhan antara kulit. Akan tetapi terdapat penafsiran yang sahih yang menunjukkan ayat tersebut memaksudkan jima’ atau bersetubuh bukan semata-mata bersentuhan. Ini sepert yang ditafsirkan oleh Ibn Abbas R.A. dan penafsiran ini dipilih oleh Ibn Jarir, dan penafsiran Ibn ‘Abbas ini didahulukan berbanding penafsiran lain, kerana Nabi S.A.W. pernah berdoa kepada Ibn ‘Abbas dengan doa baginda yang berbunyi:

اللهم فقّهه في الدين وعلمّه التأويل

Maskudnya: Ya Allah fakihkanlah ia (Ibn ‘Abbas) dalam hal-ehwal agama dan ajarkanlah dia tafsir (al-Quran).” (HR Ahmad, al-Albani telah mensahihkan hadith ini di dalam Tahkik al-Tohawiah)

Selain itu banyak ayat al-Quran lain yang menggunakan kalimat menyentuh (المس) dengan maksud jima’ atau bersetubuh, antaranya firman Allah S.W.T.:

لاَّ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن طَلَّقْتُمُ النِّسَاء مَا لَمْ تَمَسُّوهُنُّ أَوْ تَفْرِضُواْ لَهُنَّ فَرِيضَةً

Maksudnya: “Tidak mengapa jika kamu mentalak isteri kamu sebelum kamu menyentuh (yakni membawa maksud bersetubuh) mereka atau sebelum kamu menentukan mahar mereka.” (al-Baqarah : 236)

Di dalam ayat yang lain Allah berfirman:

وَإِن طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْ

Maksudnya: “Jika kamu mentalak isteri-isteri kamu sebelum kamu menyentuh (yakni membawa maksud bersetubuh), pada hal kamu telah menentukan mahar mereka, maka bayarlah setengah daripada mahar yang telah kamu tentukan itu.” (al-Baqarah: 237)

Di dalam ayat yang lain lagi Allah berfirman dengan menggunakan kalimah menyentuh dengan maksud bersetubuh:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا فَمَتِّعُوهُنَّ وَسَرِّحُوهُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi wanita-wanita yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuh (yakni sebelum kamu menyetubuhi) mereka, maka tidak wajib ke atas mereka iddah bagi mu yang kamu minta menyempurnakan nya, maka berilah mereka mut’ah dan lepaskan lah mereka itu dengan cara yang sebaik-baiknya.” (al-Ahzab: 49)

Berdasarkan ini semua, maka pandangan yang lebih kuat dan lebih hampir kepada maksud yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul dalam persoalan ini adalah pandangan mazhab Hanafi yang mengatakan tidak batal wudhu dengan bersentuhan antara lelaki dan wanita. Inilah juga pandangan yang dipilih oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, dan ulama semasa seperti al-Syeikh Abdullah ‘Aziz Abdillah bin Baz, al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin, para ulama dari Lujnah Fatwa Arab Saudi dan ramai para ulama yang lain lagi.

Wallahu a’lam. bs.

Cik Puan Siti Hajar:
Jadi pilihan kita di Malaysia ni macam mane pulak? Ade tak cara terbaik sebarkan perkara ni terutamanya pada golongan senior (orang2 tua) jadi serba salah pulak 😅

A Jamil Yahaya:
ini perkara khilaf. golongan tua biarlah mrk dgn mazhab mrk. kita pulak pilih mana yg lebih tepat dgn sunnah. tak perlu ikut majoriti negara kerana x pernah pun nabi atau sahabat menetapkan negara tertentu kena ikut mazhab tertentu.

Saya pegang tak batal. Suami sudah dikira mahram pun dgn perkahwinan. Jadi kalau dah ada wudhu dan terpegang suami, perkara biasa dah duduk pun serumah berinteraksi setiap masa.

Wednesday, September 19, 2018

2 AYAT PENTING UNTUK MENGHADAPI ORANG YANG KASAR & MASALAH SIHIR,SANTAU



Terima Kasih Allah... 




Assalamualaikum sahabat...



Surah Toha ayat 55 - Ayat ini bila berhadapan dengan orang yang garang,orang yang nak ajak bertumbuk,atau yang berniat tak baik terhadap kita ataupun orang yang ingin berkasar dengan kita.
Jika jumpa orang gila,binatang liar seperti anjing gila

Amakan ayat surah Toha -55.





PETUA UNTUK ELAKKAN SIHIR/SANTAU.


surah al-fatihah 7 kali + surah Hud ayat 56 + 2 ayat terakhir surah at -Taubah - elak @ kalih sihir / santau  



Moga bermanfaat untuk semua.

Monday, June 18, 2018

10 SUPPLEMENT TERBAIK SHAKLEE



Terima Kasih Allah... 

Assalamualaikum sahabat...



KENALI 10 PRODUK SHAKLEE PALING LARIS
Shaklee Top 10 Best Seller!!



Jangan hairan kalau dengar produk Shaklee selalu Out Of Stock. Sebabnya memang produk-produk ini berkualiti tinggi untuk kesihatan. Ramai berebut-rebut untuk dapatkan supplement Shaklee. Walau ada yang komplen kata Shaklee ni mahal (eh mahal ke? hehe...), tapi lagi ramai yang tahu nilai sebuah kesihatan dan merasakan Shaklee jauh lebih murah. 

Jom kita kenali serba sedikit tentang produk-produk ini! 😍


1. Vivix

Produk yang dipatenkan khas untuk Shaklee. Ia adalah satu-satunya produk berbentuk cecair. Bahan yang digunakan adalah kaya dengan Polifenol yang menjadikan ia Antioksidan terbaik & mempunyai 10x ganda Resveratrol daripada produk Resveratrol lain di pasaran. Produk Shaklee paling mahal ni tapi ini lah yang paling laris!


2. ESP

Minuman Protein Soya yang diperbuat daripada soya Non-GMO. Ini menjadikan ESP minuman soya yang berkualiti tinggi & berbeza dengan minuman soya biasa. Lengkap dengan kesemua asid amino yang penting untuk badan.


3. OmegaGuard

Minyak ikan yang kaya dengan Omega 3 yang sesuai untuk kanak-kanak & dewasa. Ia diproses secara 3x penyulingan bagi memastikan bebas dari sebarang merkuri dan bahan berbahaya.


4. SR Vita-C Plus

Ia diperhebatkan dengan "Sustained Release System" dimana vitamin c akan dilepaskan secara perlahan pada kadar 100mg/jam selama 5jam untuk setiap tablet. Jadi keseluruhan tablet vitamin c dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk badan. Baik untuk kecantikan kulit & sistem imun tubuh.


5. OsteMatrix

Vitamin Kalsium lengkap dengan Magnesium, Boron serta mineral penting lain. Ia baik untuk membantu masalah Osteoporosis, kejang otot, sakit sendi & masalah sembelit.


6. Alfalfa Complex

Mengandungi 300 jenis nutrient. Terkenal sebagai Kacip Fatimah moden & sangat baik diamalkan untuk kesihatan wanita. Alfalfa juga sesuai untuk lelaki & wanita bagi meneutralkan asid urik, detox & banyak lagi khasiat lain.


7. Vita-E Complex

Merupakan vitamin Antioksidan, baik untuk kesihatan lelaki serta baik untuk kecantikan kulit. Vitamin E Shaklee juga dilengkapi dengan Silenium dan Grape Seed Extract.


8. Vita-Lea Iron Formula

Merupakan Multivitamin pertama di dunia dan telah berusia lebih 100 tahun. Ia mengandungi 28 jenis multivitamin dan multimineral lengkap untuk keperluan nutrisi badan. Turut dilengkapi dengan zat besi.


9. Collagen Powder

Ia dihasilkan daripada sisik Ikan Merah laut dalam. Setiap sachet mengandungi 4000mg kolagen dengan saiz 1000 Dalton yang menjadikan ia mudah diserap ke dalam kulit. Collagen Powder Shaklee bertindak dengan 3 cara iaitu untuk keanjalan, penghidratan dan antioksidan. Tanpa pewarna dan perasa tambahan.


10. Lecithin

Ia dikenali sebagai agen pengemulsi atau pemecah lemak. Ia juga boleh berfungsi sebagai penghubung Neurotrasmitter otak untuk menguatkan memori otak kita. Pengemulsi lemak semulajadi dan juga penghubung Neurotrasmitter otak kita.

Kesemua jenis produk diatas saya pernah guna dan memang memberi impak positif kepada kesihatan saya. 

Jika tak berkesempatan untuk makan kesemua vitamin ini, biasanya saya akan memilih Vivix pada sebelah malam kerana ia membantu kesihatan badan secara menyeluruh. Satu sudu kecil sahaja sudah memadai! 😉

Thursday, May 17, 2018

Ragam rumahtangga

“Dia sakiti hati kita dan kita tak nak memaafkannya…”

Perit kan?

Berulang kali memaafkan,mengharapkan hati makin sayang,makin bertimbang rasa. Tapi makin cepat dimaafkan,makin selalu dilukai.

Yer. Disakiti,terluka tu ibarat racun yang bergerak laju dalam saluran darah. Seperti bisa.

Bila kita memilih utk tidak memaafkannya,makan racun tersebut terus menerus didalam badan kita. Kesannya juga pada kita sendiri.

Mungkin juga akan membunuh kita.

Patukan itu tidak akan memudaratkan kita tetapi racun itu lah yang berbisa…racun itulah yg akan ‘membunuh’ kita..

Hanya dgn memaafkan, dapat mengeluarkan racun itu dari dalam diri kita…

Memaafkan tak bermakna melupakan

Thursday, April 26, 2018

COQTROL PENJAGA JANTUNG



Terima Kasih Allah... Assalamualaikum sahabat...



CoQ-Trol Shaklee Untuk Jantung Sihat

CoQ-Trol mempunyai campuran proprietari semulajadi sebanyak 100 mg CoQ10 bersama resveratrol dalam softgel bioavailable. CoQ10 telah terbukti dapat:
Menyokong pengeluaran tenaga pada jantung
Menggalakkan dan melindungi arteri yang sihat daripada pengoksidaan LDL
Membantu menambah dan mengekalkan tahap CoQ10 dalam darah

CoQ-Trol juga mengandungi resveratrol, yang telah dibuktikan di dalam kajian makmal untuk membantu melegakan saluran darah dan menggalakkan kesihatan aliran darah.

Selain daripada itu, pakar perubatan terutama kardiologi turut mengesahkan nutrisi CoQ10 penting untuk pelbagai lagi kondisi penyakit jantung. Beratus-ratus kajian saintifik dan beribu-ribu aplikasi klinikal telah mendokumentasikan bahawa bahan ini memberikan faedah untuk menyokong rawatan pelbagai jenis penyakit klinikal termasuk:

Kegagalan jantung kongestif
Tekanan darah tinggi
Angina
Arrhythmia
Penyakit injap aorta
Penyakit arteri koronari
Serta keadaan kardiologi yang lain

Kebaikan Bahan Utama – CoQ10 dan Resveratrol

1. Coenzyme Q10.
CoQ10 adalah nutrien yang larut lemak yang dihasilkan di dalam badan dan terdapat dalam semua sel. Kepekatan yang lebih tinggi
nutrien ini terdapat dalam organ yang bekerja keras dan memerlukan sejumlah besar tenaga selular, seperti jantung, hati, buah pinggang, dan pankreas.

CoQ10 adalah penting kepada trilion sel dalam badan yang mesti membuat tenaga mereka sendiri untuk bertahan hidup. Untuk membuat tenaga, sel-sel membakar gula dan lemak yang berasal dari makanan yang kita makan.

Nutrien ini dipecahkan dan dibawa melalui jalur penghasil tenaga yang memerlukan CoQ10. Proses penghasilan tenaga ini berlaku berulang kali setiap saat dan bahan api yang anda leburkan jantung dan organ badan lain yang memerlukan aliran tenaga yang berterusan.

Tanpa CoQ10, sel-sel tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ-organ tidak dapat berfungsi dengan baik. CoQ10 juga dikenali kerana aktiviti antioksidan yang kuat, melindungi membran sel daripada radikal bebas.

Sebagai antioksidan, CoQ10 membantu melindungi arteri daripada pengoksidaan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL). Ini sangat penting kerana ia membantu menggalakkan fungsi saluran darah, termasuk mereka yang mengangkut darah ke jantung.


2. Resveratrol
Resveratrol adalah fitonutrien yang terdapat dalam wain merah, kulit merah anggur, dan jus anggur ungu. Seperti CoQ10, resveratrol memainkan peranan dalam kesihatan jantung dan saluran darah.

Dalam kajian makmal, resveratrol telah terbukti untuk membantu mengurangkan pengoksidaan LDL dan mempromosi kelonggaran saluran darah. Lebih banyak saluran darah yang lebih santai, lebih luas ia terbuka untuk menggalakkan aliran darah yang sihat.
Sumber semulajadi CoQ10

Pengambilan makanan membantu mengekalkan tahap CoQ10. Walau bagaimanapun, jumlah CoQ10 yang dimakan daripada makanan biasanya
kurang daripada 10 mg sehari.

Justeru, sangat baik dan bermanfaat untuk mendapatkan 100mg CoQ10 yang sama dalam CoQ-Trol.

Nak order?

PM ida di +60126818241

atau click link
wasap.la/jomsihat

Sunday, March 11, 2018

OMEGA 3

Terima Kasih Allah... 

 Assalamualaikum sahabat...

OMEGA-3

Merupakan ESSENTIALS FATTY ACIDS yang sangat penting untuk tubuh badan kita.

Sebab??

KITA TAK HASILKANNYA
Omega 3 ni ada dalam 3 commone bentuk;

EPA
DHA
ALA

(Nama panjang leh google)

So usually EPA & DHA ni dalam haiwan.
ALA dalam tumbuhan.

Ini secara generalnya.

EPA & DHA kita boleh guna terus oleh badan.

ALA badan kita perlu tukarkan atau convert jadi DHA & EPA sebelum kita boleh gunakan.

Usually perubahan ALA kepada DHA & EPA adalah sangatttttttt minimal.

Jadi maksudnya.

Lebih baik kita dapatkan source omega3 yang kaya DHA & EPA berbanding ALA kan???

Setuju?



nak cuba?wasap.la/noraidaomar

Atau call 012 6818241